28/01/2022
3.0 [ EKONOMI] - PART β Tamadun China dan Tamadun India π©βπ«π§βπ«π¨βπ«
___________________________________________________________________
β’ Tamadun China
Seterusnya, kemajuan di dalam bidang ekonomi semasa tamadun China p**a dapat dikesan semasa dinasti Chou dan Han. Tamadun awal China di Lembah Sungai Hwang Ho menampakkan kegiatan pertanian yang pesat. Di situ ditanam dengan sekoi, barli, padi dan gandum. Pada zaman Dinasti Chou, terdapat sistem pengairan dan latan pertanian yang diperbuat daripada besi. Mereka juga mengusahakan penternakan seperti lembu, Khinzir, kambing dan ulat sutera. Pada mulanya kegiatan ekonomi itu dilakukan sebagai sara diri tapi kemudian menjadi komersil apabila industri tenunan telah wujud, mereka telah mengusahakan tekstail dan bulu secara komersil.
Pada zaman Dinasti Chin, sistem timbang dan sukat mula digunakan. Kemajuan dalam sistem pengairan dan penggunaan baja telah menambahkan pengeluaran bijirin seperti beras, gandum, barli dan sekoi. Maharaja Han Wu Ti dari Dinasti Han telah membina tempat menyimpan padi, membuat terusan (yang menghubungkan Sungai Yangtze dengan Sungai Barat), parit dan tambak bagi mengawal banjir. Antara perusahaan yang dijalankan ialah membuat tembikar, barangan ukiran daripada kayu, gangsa dan jed serta menenun tekstil dan bulu.
Pada zaman Dinasti Han, China telah menjalin hubungan perdagangan dengan India, Mesir, Mesopotamia dan Rom. China telah mengeksport sutera, tembikar, barang-barang ukiran daripada kayu, gangsa , kulit binatang, kertas dan jed. Barang-barang buatan tangan China mendapat permintaan yang menggalakkan dari luar negeri. Selain itu, China telah menjalankan perdagangan dengan negara-negara sebelah barat melalui jalan darat yang merentangi Asia Tengah (jalan sutera). Perdagangan melalui jalan laut di selatan dilakukan apabila jalan darat didapati tidak selamat dan China banyak menggunakan jalan laut semasa berdagang dengan Alam Melayu. China juga mengenakan cukai dalam perdagangannya iaitu ketika di bawah pemerintahan Shih Huang Ti. Liu Pang merupakan pengasas Dinasti Han p**a telah mengurangkan cukai-cukai ke atas hasil pertanian dalam usaha menggalakkan perkembangan pertanian. Semasa China diperintah oleh Han Wu Ti dari Dinasti Han, beliau telah mewujudkan kembali sistem monopoli kerajaan atau sistem lesen ke atas pembuatan dan penjualan barang-barang tertentu yang pernah dipraktikkan pada zaman Dinasti Chin. Pada tahun119SM, Wu Ti telah memperkenalkan kembali monopoli kerajaan ke atas garam dan besi yang merupakan kegunaan utama. Maharaja Dinasti Han juga turut membina jalan raya untuk memajukan bidang ekonomi China. Dari segi penggunan mata wang, pada peringkat awal, china telah menggunakan wang kulit siput dan ekonomi wang yang telah diperkenalkan pada zaman Dinasti Chou itu telah meningkatkan lagi perdagangan dan kegiatan perindustrian di China namun ia ditukar kepada pada mata wang emas dan perak pada zaman Dinasti Han. Oleh itu, kita dapat lihat bahawa Cina menjalankan pelbagai aktiviti perdagangan di dalam negeri mereka dan menggunakan sumber alam semula jadi dengan baik bagi menghasilkan keuntungan ekonomi yang lumayan.
β’ Tamadun India
Akhir sekali ialah tamadun India. Kegiatan ekonomi utama ialah pertanian, perdagangan dan perusahaan. Pada zaman tamadun awal di Lembah Indus, tanaman kapas antara sektor utama yang diusahakan diusahakan. Di kawasan Harappa, penduduk telah menanam barli, kacang, gandum dan kapas. Mereka juga menternak ayam, kambing, kerbau, unta, gajah , anjing dan khinzir. Empayar Maurya di bawah Chandragupta Maurya telah membenarkan petani-petani menggunakan tanah milik kerajaan untuk kegiatan pertanian dan 1/3 daripada hasil perkapita mestilah diserahkan kepada kerajaan. Mereka juga membina sistem pengairan untuk meningkatkan lagi pengeluaran hasil pertanian. Di peringkat antarabangsa, India telah membuat hubungan perdagangan dengan Mesopotamia, Parsi, Saurashtra, Rajasthan, Afghanistan, Tibet,dan Asia Tengah. India telah mengimport kulit siput (dari Saurashtra dan Deccan), gangsa (dari Parsi), perak , firus, dan lapis lazuli (dari Parsi dan Afghanistan) dan batu jed (dari Tibet dan Asia Tengah). Kain tenun merupakan eksport utama tamadun ini di samping alat-alatan daripada gangsa, emas, tembaga, perak dantanah liat. Tambahan p**a, perlombongan seperti emas, perak dan tembaga juga turut diusahakan bagi menambah pendapatan ekonomi negara mereka. Kegunaan laut juga digunakan untuk mengusahakan kutipan mutiara, berlian dan garam. Kita dapat lihat bahawa orang India Selatan juga merupakan pedagang yang giat menjalankan perniagaan dengan dunia luar.
___________________________________________________________________
Kesimp**annya, sistem ekonomi yang telah mereka jalankan ini bukan sahaja memberi keuntungan kepada diri mereka sendiri, namun memberi keuntungan kepada banyak negara dari segi sistem eksport dan import yang memboleh kedua-dua buah negara yang terlibat dapat menjalankan aktiviti perdagangan secara bersama-sama sekaligus dapat menambah sumber ekonomi di negara masing-masing.