04/06/2022
NAMA : NURNASRIN SYUHADA BINTI MOHD FAIZAL
NO. MATRIK : 285431
TEMA : JENAYAH SIBER
Tajuk : Trend Terkini Jenayah Siber
📌 Berdasarkan Liputan akhbar Sinar Harian online pada 24 Januari 2022, Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata masalah kerugian yang melibatkan jenayah siber mencecah kerugian dalam angka yang besar berbanding kerugian jenayah harta benda. Hal ini, terutama apabila kegiatan itu dapat diselubungi melalui pekerjaan. Masyarakat yang biasa dan sesiapa sahaja boleh melakukan jenayah siber ini walaupun bekerja sebagai penjawat biasa seperti masyarakat yang lain. Hal demikian boleh berlaku disebabkan kegiatan dapat dilakukan hanya dihujung jari dengan menggunakan kecanggihan gajet seperti telefon pintar. Oleh itu, masyarakat perlu sentiasa berwaspada terhadap trend terkini jenayah siber melibatkan unsur-unsur seperti 'scam' atau penipuan yang boleh menyebabkan kerugian mencecah puluhan ribu ringgit kepada mangsa.
📌 Melalui liputan akhbar yang sama juga beliau berkata, sejumlah 511 kes jenayah penipuan dalam talian dilaporkan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul tahun lepas membabitkan 251 kes berbentuk e-dagang (belian dalam talian) diikuti 203 kes penipuan telekomunikasi (talian dan khidmat pesanan ringkas), 36 kes “scam” (penipuan cinta) dan penipuan e-kewangan sebanyak 21 kes. Secara keseluruhannya, kerugian bagi kesemua kes penipuan dalam talian yang dilaporkan sepanjang tahun lepas di IPD Sentul adalah sejumlah RM10,209,648.
📌 Eng Lai berkata, antara kejayaan terbaharu pihak polis bahagian Sentul adalah mereka berjaya memberkas sindiket ‘To Up Games’ pada 13 Januari yang lepas, yang menjadikan unit kediaman di sebuah pangsapuri di Sentul sebagai pusat panggilan kegiatan itu. Hasil serbuan itu, sebanyak tiga lelaki yang dipercayai terlibat dengan sindiket berkenaan telah ditahan dan siasatan mendapati mereka memperoleh sejumlah RM100,000 sebulan dan cara beroperasi mereka termasuklah mempromosikan cara-cara mudah untuk memperoleh wang melalui pautan laman sesawang di laman sosial seperti Facebook dan WeChat untuk menarik perhatian khalayak umum.
‼️ Isu kegiatan jenayah siber ini semakin menular dan menjadi trend kepada kelompok masyarakat terutama golongan remaja disebabkan kegiatan yang sangat mudah dilakukan dan mendapat keuntungan yang cepat dalam masa yang pantas. Hal ini kerana penjenayah siber boleh menggunakan cara mudah menipu helah orang lain untuk mendapatkan habuan maksimum yang jauh lebih beruntung daripada perlu berpendidikan tinggi untuk bekerja sebagai penjawat awam atau swasta untuk mendapatkan gaji yang lumayan pada setiap bulan. Di samping itu, kegiatan yang sukar untuk diberkas oleh pihak berkuasa disebabkan pelbagai peranti yang digunakan dan identiti penjenayah juga dapat dirahsiakan menyebabkan pihak penjenayah siber ini semakin rancak melakukan jenayah mereka dan berani menyamar sebagai pihak berkuasa seperti pihak LHDN, atau pihak pengurusan bank yang menuntut hutang secara rawaknya kepada pengguna dalam talian. Oleh itu, masyarakat perlu lebih peka dan berpengetahuan terbuka tentang hal ini supaya tidak terpedaya dengan helah yang digunakan penjenayah.
Sumber : https://www.sinarharian.com.my/ampArticle/184523