A212 Mpu1013 Kumpulan 8

A212 Mpu1013 Kumpulan 8 Halaman Facebook ini dihasilkan bagi tujuan menyempurnakan kerja kursus kami bagi subjek MPU1013 Penghayatan Etika Dan Peradaban (N).

Terima kasih kerana sudi singgah di halaman kami :)

 Nama: Nurul Fatihah Binti Mohamad NorzamNo. Matrik: 286557Tajuk: Isu-isu Sensitif Mampu Menggugat Hubungan Antara KaumI...
07/06/2022


Nama: Nurul Fatihah Binti Mohamad Norzam
No. Matrik: 286557
Tajuk: Isu-isu Sensitif Mampu Menggugat Hubungan Antara Kaum
Isu: Politik dan Perkauman

“Dalam persekitaran yang berlaku konflik antara kaum, cuma ada ruang untuk satu parti atau gabungan pelbagai kaum sahaja. Setelah sebuah parti sebegitu rupa bertapak, maka semua peluang pilihan raya wujud di penghujung-penghujung kaum (ethnic flanks).”

Malaysia sedang mengambil pelbagai inisiatif untuk menggalakkan keharmonian dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini, tetapi telah terjejas oleh penggunaan meluas retorik perkauman semasa kempen politik, menurut laporan yang dikeluarkan Isnin oleh NGO KOMAS Centre. Pusat KOMAS, dalam dokumennya bertajuk "Laporan Diskriminasi Kaum di Malaysia 2021", memetik beberapa contoh insiden, termasuk komen pemimpin parti Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), yang mengetuai kerajaan persekutuan, bahawa jika mereka melakukannya tidak mengekalkan perpaduan.

🔴"Gabungan parti-parti politik seperti Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) perlu berhenti memainkan isu perkauman dan agama dalam kempen-kempen mereka.
🔴"Ia adalah sesuatu yang ironik apabila mereka menganjurkan penyatuan [antara kaum] di kalangan rakyat Malaysia melalui kempen Keluarga Malaysia serta pelancaran Dasar Perpaduan Negara dan Rangka Tindakan Perpaduan Negara 2021-2030, tetapi pada masa yang sama mereka juga berkempen untuk satu etnik dan agama secara spesifik," kata laporan tersebut.
🔴"Perbandingan bilangan mesej yang berkait kaum dan agama oleh parti-parti politik, BN mencatat bilangan tertinggi mengenai topik bangsa (terutama mengenai polisi berasaskan kaum), dan memperjuangkan naratif mengenai hak serta keistimewaan bumiputera. Mereka juga menganjurkan kepentingan bahasa kebangsaan," kata Pusat KOMAS.

Perikatan Nasional (PN) p**a adalah parti yang paling banyak menyebut mengenai isu keagamaan disebabkan slogan kempen mereka 'Islam Menyatukan Ummah' selain memperjuangkan mengenai penutupan kedai judi nombor ekor serta mendesak penukaran jenama arak 'Timah', kata laporan itu. Parti-parti pembangkang dalam gabungan Pakatan Harapan (PH) p**a lebih memfokuskan kempen mereka kepada mempromosikan polisi yang bersifat merangkumi semua tanpa mengira bangsa, agama dan latarbelakang.

2. senjata untuk meraih sokongan✊🏼
Menurut Pusat KOMAS, penggunaan isu agama dan perkauman oleh gabungan parti-parti politik terutama sekali dalam memperjuangkan agama dan etnik mereka dilihat sebagai satu senjata penting bagi meraih sokongan pengundi dari sesuatu kaum atau agama yang dikhuatiri boleh memberikan impak kekal terhadap hubungan antara kaum di Melaka.

🔵"Perdebatan dan pertengkaran yang berkait dengan isu agama dan bangsa dilihat telah berleluasa di media sosial disebabkan oleh mesej-mesej sedemikian seperti disampaikan oleh parti-parti politik.
🔵"Walaupun terdapat gabungan parti politik yang cuba meraih sokongan melalui penyampaian mesej penyatuan, tetapi pertikaman lidah di antara parti yang saling tuduh menuduh bahawa parti lawan bersifat perkauman adalah lebih menonjol sehingga menyebabkan mesej penyatuan yang mahu disampaikan menjadi kurang berkesan."
Sekiranya perbuatan serupa diteruskan oleh parti dan ahli politik semasa pilihan raya pada masa hadapan, kata Pusat KOMAS, ia berkemungkinan boleh mencetuskan ketegangan kaum serta menghalang usaha pembinaan negara.
Pusat tersebut meminta supaya semua ahli politik dan parti tidak memainkan isu agama dan kaum, serta meminta pengundi memastikan wakil rakyat yang dipilih lebih bertanggungjawab, menolak mengeksploitasi isu agama dan bangsa demi kepentingan sendiri.
🔵"Sebagai pengundi, kita mempunyai tanggungjawab untuk meneliti setiap calon sebelum mengundi mereka. Kita mesti memilih dengan berhemah dan menolak ahli politik serta parti yang mengeksploitasi isu agama dan kaum demi kepentingan," kata laporan itu lagi.

BenarNews telah menghubungi Kementerian Perpaduan Negara bagi mendapatkan respon terhadap laporan yang dikeluarkan oleh Pusat KOMAS tetapi seorang wakil kementerian memaklumkan yang perkara tersebut akan dirujuk kepada Menterinya, Halimah Mohamed Sadique dan "satu kenyataan akan dikeluarkan sekiranya beliau setuju untuk membuat kenyataan."
BN merupakan satu gabungan parti politik yang diketuai UMNO manakala PN p**a adalah gabungan yang diketuai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), dan mereka membentuk kerajaan persekutuan hari ini bersama beberapa parti lain.
Namun, kedua-dua gabungan parti politik itu - yang merebut sokongan daripada demografi pengundi yang sama iaitu kump**an pengundi berbangsa Melayu dan beragama Islam - telah menjadi tidak sehaluan sejak tahun lepas.

🇲🇾🙍🏻‍♀️🙍🏽‍♀️🙍‍♀️Rakyat Malaysia perlu berhati-hati dengan politik perkauman kerana ia mampu menggugat hubungan antara kaum di mlaysia dan keharmonian negara. Pihak yang bertanggugnjawab haruslah berhati-hati dalam menjalankan kempen, ucapan atau sebagainya dengan tidak menyentuh isu perkauman. Perkara seperti ini tidak akan dapat membantu menyatukan rakyat Malaysia malah akan merenggangkan lagi hubungan antara kaum.

 Nama: Muhammad Ariff Bin Ahmad RizalNo. Matrik: 286599Tajuk: Isu-isu Sensitif Mampu Menggugat Hubungan Antara KaumIsu: ...
03/06/2022


Nama: Muhammad Ariff Bin Ahmad Rizal
No. Matrik: 286599
Tajuk: Isu-isu Sensitif Mampu Menggugat Hubungan Antara Kaum
Isu: Kerajaan Perlu Bijak Urus Hubungan Antara Kaum

“I am the happiest Prime Minister in the world” kata Perdana Menteri Malaysia yang pertama, YANG Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj, dalam bukunya Looking Back. Kenyataan ini timbul kerana beliau percaya Malaysia sebuah negara yang aman kerana rakyatnya bersatu padu. Malah, ungkapan ini dicemari dan disalah letak oleh pengisytiharan darurat berikutan tercetusnya tragedi 13 Mei 1969.
Akibatnya, kerajaan terpaksa menggubal pelbagai dasar dan meminda beberapa perkara dalam Perlembagaan Persekutuan bagi memulihkan hubungan baik antara kaum dan menjaga ketenteraman awam. Malah, tragedi hitam ini menjadikan kerajaan lebih prihatin dan sedar setiap isu perpaduan rakyat. Walaupun terdapat beberapa insiden "nakal" antara kaum, ia dapat diselesaikan dengan baik dan dikawa. Oleh itu, tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa sehingga kini, Malaysia berjaya menguruskan banyak kump**an etnik

1. Bangsa Malaysia dalam Wawasan 2020
-Kini apabila rakyat Malaysia telah memasuki fasa Wawasan 2020, salah satu hasrat kerajaan adalah untuk menyatukan semua etnik di bawah satu payung yang dinamakan "Bangsa Malaysia". Matlamatnya adalah untuk membangunkan warganegara yang mempunyai semangat kekitaan sebagai sebuah negara dalam sesebuah negara. Maksudnya, bangsa Malaysia adalah satu konsep yang mewakili semua kaum dan etnik di Malaysia. Selagi mereka hanya warganegara Malaysia, sama ada Melayu, Cina, India, Orang Asli Sabah dan Sarawak serta kaum lain, mereka semua bersatu sebagai Bangsa Malaysia.
2. Wawasan Kemakmuran Bersama
-Dari perspektif ekonomi, pengenalan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB 2020-2030) sebagai lanjutan kepada Dasar Ekonomi Baru dan Model Ekonomi Baru merupakan langkah bijak kerajaan untuk merapatkan jurang ekonomi antara kaum. Dalam konteks bangsa Malaysia, pai ekonomi bukan sahaja perlu diagihkan secara adil dan saksama, tetapi tidak lagi mencerminkan monopoli ekonomi sesuatu kaum. Paling penting, tiada lagi keinginan di kalangan kaum untuk bermegah-megah bahawa bidang ekonomi adalah hak milik mutlak mereka-apatah lagi meragui kejayaan kaum lain.

3. Rakyat matang dan berjiwa ikhlas
-Seharusnya menikmati kemerdekaan pada tahun 1962, rakyat telah matang dan mengenali antara satu sama lain. Kita tidak perlu lagi berpura-pura pergi ke rumah terbuka percutian atau acara yang melibatkan pelbagai kaum hanya sebagai "wayang". Turut serta dengan hati yang ikhlas dan dalam semangat al-samahah (semangat toleransi) atas dasar "sebangsa" untuk mencapai matlamat kolektif hidup bersama (coexistence).

Walaupun wujud beberapa insiden 'usik-mengusik nakal' antara kaum, ia dapat diselesaikan dengan baik dan terkawal.

 Nama: Nur Syaidatul Syahadah bt IdrusNo. Matrik: 286346Tajuk: Isu-isu Sensitif Mampu Menggugat Hubungan Antara KaumIsu:...
26/05/2022



Nama: Nur Syaidatul Syahadah bt Idrus
No. Matrik: 286346
Tajuk: Isu-isu Sensitif Mampu Menggugat Hubungan Antara Kaum
Isu: Langkah-langkah untuk Menangani Isu-Isu Kepelbagaian Budaya Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

1. Memberikan layanan yang lebih adil
Seorang tenaga pengajar haruslah mengelakkan daripada memeberi layanan yang berbeza kepada murid atau lebih tepat lagi 'pilih kasih' dari segi pengamalan adat resam, kelas sosial atau perttuturan bahasa tetapi melayani murid sebagai individu yang mempunyai keunikan. Guru tidak seharusnya menggunakan maklumat latar belakang keluarga murid untuk mengesahkan generalisasi dan pelabelan yang telah dibuat.

2. Hubungan interpersonal yang baik di antara guru dan murid
Proses penganjaran dan pembelajaran yang mengenepikan perbezaan kelas sosial dan kaum mampu menggalakkan interaksi serta pergaulan yang sihat.

3. Penglibatan dalam Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP)
Program ini jelas menunjukkan bahawa betapa pentingnya mewujudkan persekitaran kelas yang mesra budaya. Keperluan pendidikan berbilang budaya ini amat meruncing di Malaysia. Guru perlu peka kepada murid-murid yang datang daripada latar belakang dan budaya yang berbeza. Oleh itu, guru perlu peka supaya tiada pelajar yang akan rasa tersisih.

4. Pembelajran koperatif
Guru perlu merancang pengajaran dan pembelajaran dengan membahagikan murid kepada beberapa kump**an dan memberikan tugasan kepada setiap kump**an. Murid-murid perlu bekerjasama untuk melengkapkan tugasan tersebut. Motif tugasan ini adalah untuk memastikan setiap murid berinteraksi antara satu sama lain.

5. Menerapkan Rukun Negara dalam pengajaran dan pembelajaran
Pada era yang semakin mencabar ini, Rukun Negara umpama pelengkap kepada pendekatan-pendekatan yang sedia ada untuk mengukuhkan lagi perpaduan bagi menjamin kestabilan, ke arah mencapai kemajuan dan pembangunan yang lebih tinggi bagi rakyat dan negara Malaysia. Oleh itu, adalah tanggungjawab guru untuk mendedahkan Rukun Negara dalam pengajaran dan pembelajaran supaya murid memahami prinsip-prinsip Rukun Negara dan menjadinya sebagai pegangan hidup sejak di bangku sekolah.

 Nama: Lim Ru YiNo. Matrik: 286459Tajuk: Isu-Isu Sensitif Mampu Menggugat Hubungan Antara KaumIsu: Langkah- Langkah  Men...
24/05/2022


Nama: Lim Ru Yi
No. Matrik: 286459
Tajuk: Isu-Isu Sensitif Mampu Menggugat Hubungan Antara Kaum
Isu: Langkah- Langkah Mengatasi Isu Perkauman

Malaysia merupakan sebuah negara yang berbilang kaum yang terdiri daripada pelbagai suku kaum seperti kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain lagi. Namun begitu, wujud juga isu-isu sensitif yang mampu mengugat hubungan antara kaum. Hal ini telah mewujudkan keburukan kepada negara kita dan dikatakan bahawa keperayaan in telah membawa kebinasan terhadap manusia. Oleh itu, masyarakat harus mengambil langkah untuk mengatasi masalah perkauman ini daripada terus berlaku.

Jadi, apakah langkah yang kita boleh ambil bagi mengatasi masalah ini?

~Ibu bapa harus mendidik anak-anak sejak dari kecil lagi. Ibu bapa seharusnya mendedahkan tentang wujudnya isu-isu perkauman ini kepada anak- anak agar anak-anak tidak terpesong dalam memberi fakta terhadap isu-isu ini. Hal ini juga boleh dikaitkan dengan peribahasa 'melentur buluh biarlah dari rebungnya' iaitu mendidik anak- anak sejak dari kecil lagi agar mereka tidak cenderung dalam memberi pandangan terhadap isu-isu perkauman ini.

~Sistem Pendidikan seharusnya mengambil langkah dalam mengatasi isu- isu perkauman. Sistem pendidikan memainkan peranan penting juga dalam mengekalkan keharmonian negara kita. Hal ini boleh dikatakan demikian kerana sistem pendidikan merupakan satu platform yang baik bagi memupuk keperibadian dan kesedaran masyarakat dalam isu-isu perkauman ini. Melalui sistem pendidikan ini, generasi yang hormat menghormati akan dilahirkan dan perpaduan negara akan diperkukuhkan.

~Media Sosial atau media massa seharusnya memberikan maklumat berdasarkan fakta dan bukti. Hal ini kerana sesetengah masyarakat akan menyebarkan maklumat tanpa melihat kesahihannya elah menyebabkan berlakunya masalah isu perkauman. Selain itu, media-media teresebut haruslah memikirkan akibat yang akan berlaku sekiranya media-media tersebut menular atau menyebarkan berita palsu. Oleh itu, media- media tersebut haruslah berfikir sebelum menyebarkan sesuatu maklumat.

Secara kesimp**annya, pelbagai pihak boleh mengambil langkah bagi mengatasi masalah isu perkauman. Jadi semua pihak seharusnya berkerjasama bagi mengekalkan keharmonian dan keaman negara kita.

Dipetik daripada https://theinspirasi.my/isu-perkauman-perlu-dihapuskan-jom-kenali-cara-untuk-mengatasinya/

 Nama: Leau Jia YeeNo. Matrik: 286630Tajuk: Isu-isu Sensitif Mampu Menggugat Hubungan Antara Kaum.– Kesan-kesan wujudnya...
19/05/2022


Nama: Leau Jia Yee
No. Matrik: 286630

Tajuk: Isu-isu Sensitif Mampu Menggugat Hubungan Antara Kaum.

– Kesan-kesan wujudnya isu sensitif yang mampu menggugat hubungan antara kaum.

Malaysia merupakan sebuah negara yang unik kerana masyarakatnya terdiri daripada berbilang kaum dan agama. Kepelbagaian ini satu keunikan yang sepatutnya dirai dan menjadi kebanggaan rakyat kita. Kaum Melayu, Cina, India dan rakyat peribumi yang lain dapat hidup dalam keadaan yang aman dan damai malah saling menghormati. Rakyat harus menghormati agama dan budaya antara satu sama lain bagi mengekalkan keamanan serta keharmonian kaum. Namun begitu, tetap akan mempunyai isu-isu sensitif yang mampu menggugat hubungan antara kaum. Apakah kesan-kesan yang akan wujud?

☞Kesan pertama ialah menggugat kestabilan ekonomi. Hal ini dikatakan demikian kerana boleh menimbulkan konflik dan kekeliruan antara kaum. Ini akan menyebabkan pelabur yang datang untuk melabur di negara ini bimbang. Kemelesetan ekonomi juga akan melambatkan pembangunan dan kemajuan negara akibat kenaikan harga komoditi dan kemunduran teknologi. Taraf hidup rakyat juga akan menurun akibat kekurangan peluang pekerjaan.

☞Kesan kedua ialah ancaman kepada keselamatan negara. Hal ini dikatakan demikian kerana pertahanan sesebuah negara banyak bergantung kepada rakyatnya. Kewujudan perhubungan sosial yang harmoni dapat membina perpaduan yang kukuh dan mengelakkan gangguan tersurat atau tersirat daripada kuasa luar.

☞Kesan ketiga ialah menjejaskan imej negara di dunia. Ini akan menjadi topik perbincangan global, dan ia akan menjadi lebih teruk apabila kita dinafikan sama sekali kerjasama dengan negara maju yang lain. Dengan cara ini, negara akan ketinggalan, dan negara tanpa pergolakan akan terus berjaya.

 Nama: Nik Nur Mash*tah Binti HarunNo. Matrik: 286516Tajuk: Isu-Isu Sensitif Mampu Menggugat Hubungan Antara KaumIsu: Fa...
19/05/2022


Nama: Nik Nur Mash*tah Binti Harun
No. Matrik: 286516

Tajuk: Isu-Isu Sensitif Mampu Menggugat Hubungan Antara Kaum

Isu: Faktor-faktor berlakunya isu sensitif antara kaum di Malaysia.

Malaysia merupakan negara yang unik dan mempunyai masyarakat majmuk berbilang kaum yang berlainan budaya, agama dan kepercayaan. Namun begitu, dalam keharmonian masyarakat Malaysia yang berbilang kaum, masih terdapat ancaman-ancaman yang mampu menggugat perpaduan dan hubungan antara kaum rakyat Malaysia lebih-lebih lagi di era teknologi yang maju. Isu-isu sensitif seringkali timbul dalam masyarakat yang mengakibatkan berlakunya konflik antara masyarakat atau kaum. Isu sensitif ini seringkali dikaitkan dengan agama, namun isu sensitif ini juga didorong oleh pelbagai faktor antaranya adalah:

•👉Sistem Pendidikan yang berasingan- Contohnya sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil yang dipisahkan mengikut kaum menyebabkan interaksi antara kaum terhad dan perpaduan antara kaum sukar dipupuk.

• 👉Politik negara- kerangka politik negara yang bersifat perkauman, isu-isu sensitif seperti seperti Bahasa, agama, kerakyatan dan ekonomi dijadikan isu oleh pihak politik untuk kepentingan mereka.

• 👉Sikap masyarakat itu sendiri- konflik yang mengakibatkan isu sensitif sering disentuh oleh masyarakat di media sosial.

Dipetik daripada Harian Metro, Menurut Dr Ahmad El Muhammady “Isu agama dan kaum ini tidak boleh dipisahkan. Ia sentiasa berkait rapat namun saya tidak bersetuju jika kita anggap konflik berlaku kerana isu agama. Sebenarnya, punca utama dalam konflik adalah sikap.”

“Kita boleh hidup dalam masyarakat yang tidak beragama, namun masih tetap berkonflik. Jadi, hujah agama sebagai punca konflik tidak boleh digunakan sebaliknya perlu melihat kepada sikap setiap kita. Ia kembali kepada corak pemikiran dan bagaimana kita melihat sesuatu isu berkenaan.”

PERDEBATAN tiada henti terutama menerusi platform media sosial yang menyentuh isu sensitif seperti kaum serta agama mengundang situasi kurang harmoni di negara ini.

 Nama: Muhammad Faris Syazwan Bin Md DesaNo. Matrik: 286489Tajuk:  Isu-isu Sensitif Mampu Menggugat Hubungan Antara Kaum...
13/05/2022


Nama: Muhammad Faris Syazwan Bin Md Desa
No. Matrik: 286489
Tajuk: Isu-isu Sensitif Mampu Menggugat Hubungan Antara Kaum.
Isu: Kepelbagaian agama, budaya perlu dihormati.

Rakyat Malaysia haruslah bergembira kerana mereka dikelilingi oleh masyarakat yang berbilang agama, kaum dan budaya. Ini merupakan keunikan yang perlu dirai oleh rakyat Malaysia. Hal ini dikatakan demikian kerana keharmonian dalam kemajmukan telah menjadikan Malaysia sebagai contoh kepada masyarakat di negara lain yang sering menghadapi konflik disebabkan perbezaan agama seperti masyarakat Rohingya di Myanmar. Walaubagaimanapun, kadangkala rakyat Malaysia menghadapi isu sensitif yang melibatkan kaum. Sebagai contoh, pada tahun 2018 berlakunya rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman sehingga menyebabkan kematian seorang anggota bomba iaitu Muhammad Adib. Hal ini telah menimbulkan kekecohan dalam kalangan masyarakat.

Masyarakat Malaysia haruslah menghormati kepelbagaian agama, budaya supaya rakyat dapat hidup dengan aman tanpa ada sebarang pergaduhan antara kaum. Jika rakyat tidak menghormati kepelbagaian agama dan budaya, sudah semestinya akan menimbulkan pergaduhan yang boleh mengancam keselamatan masyarakat. Kesannya, penduduk di negara lain akan memandang serong terhadap masyarakat Malaysia kerana sering berlaku pergaduhan atau rusuhan antara kaum seperti kejadian yang berlaku pada tanggal 13 Mei 1969.

Kesimp**annya, pihak yang berwajib haruslah memainkan peranan yang penting dalam usaha untuk mengekalkan keamanan dalam masyarakat yang berbilang kaum. Antara perkara yang boleh dilakukan ialah mengadakan dialog bagi mengurangkan prasangka dan memupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia. Dengan cara ini , ia dapat menghindarkan konflik antara kaum dalam kalangan rakyat.

Rujukan:

RUSUHAN di kawasan Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya, Selangor, baru-baru ini, amat membimbangkan jika tidak diurus dengan baik dan berkesan.

 Nama: Nur Aziemah binti RozmanNo. Matrik: 286618Tajuk: Isu-isu Sensitif Mampu Menggugat Hububgan Antara KaumIsu: Sensit...
24/04/2022



Nama: Nur Aziemah binti Rozman
No. Matrik: 286618

Tajuk: Isu-isu Sensitif Mampu Menggugat Hububgan Antara Kaum

Isu: Sensitiviti Agama dalam Hubungan Masyarakat Pelbagai Kaum di Malaysia

Kepelbagaian kaum dan etnik yang wujud sudah semestinya mempunyai pegangan agama yang tersendiri dan berfungsi memandu kehidupan mereka ke arah yang lebih baik dan sempurna. Agama yang dianuti mereka dipelihara dan dijaga kesuciannya tanpa ada penindasan dan penghinaan oleh mana-mana agama lain sehingga boleh membawa kepada sensitiviti terhadap agama.

Namun sejak akhir ini, elemen agama sering menjadi instrumen yang membawa perpecahan dan konflik antara kaum. Isu agama yang timbul sememangnya memberi impak negatif walaupun sifat al-tasa’muh (toleransi) agama dalam budaya telah berlaku dalam masyarakat di Malaysia. Sensitiviti agama yang timbul sedikit sebanyak akan menyebabkan kerapuhan hubungan antara kaum jika agama yang diamalkan mereka dihina dan dipermain-mainkan oleh penganut lain.

Antara idea untuk mengatasi konflik keagamaan ialah:
🔅 Wacana akademik atau seminar interaksi untuk membincangkan kefahaman mengenai nilai agama.
🔅 Perlu ada penjelasan dari perspektif keagamaan mengenai prinsip kepelbagaian kepada masyarakat bagi memberi kefahaman lebih baik.
🔅 Memberi ruang kepada dialog yang sihat supaya dapat dikurangkan prasangka dan dipupuk semangat perpaduan serta kebersamaan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Sebagai masyarakat bertamadun, kita tidak sewajarnya membiarkan konflik agama timbul atau berulang kerana akan memberi kesan kepada masyarakat beragama dan generasi akan datang.

Oleh itu, seminar atau dialog antara agama perlu kerap dianjurkan untuk memberikan pemahaman pelbagai agama yang lebih mendalam kepada masyarakat, terutama masyarakat yang sedang berkonflik.

 Nama: Ayu Syafika Binti YanriNo. Matrik: 286301Tajuk: Isu-isu Sensitif Mampu Menggugat Hubungan Antara Kaum.Isu: Penyal...
17/04/2022



Nama: Ayu Syafika Binti Yanri
No. Matrik: 286301

Tajuk: Isu-isu Sensitif Mampu Menggugat Hubungan Antara Kaum.

Isu: Penyalahgunaan Teknologi Mencetuskan Salah Faham Antara Kaum.

Malaysia merupakan sebuah negara yang unik dan terdiri daripada berbilang kaum seperti Melayu, Cina dan India yang mempunyai kepercayaan serta budaya yang berbeza. Demi menjaga keharmonian negara, kita sebagai rakyat perlulah saling menhormati antara satu sama lain termasuklah mengelakkan daripada menyentuh isu sensitif bagi kaum lain.

Pengguna media sosial cenderung mengedarkan perkara yang boleh mencetus kebencian dan rusuhan antara kaum apatah lagi bila ia berkaitan perbezaan pandangan dan agama masing-masing. Antara isu-isu sensitif tersebut ialah perkauman, agama dan institusi diraja.

Dr S Raja Rajeswari turut memberikan komen, “Secara peribadi saya tidak mahu menyalahkan teknologi maklumat ini kerana kalau kita gunakan demi kebaikan, ia akan membawa kepada kebaikan bersama"

“Saya fikir perkembangan teknologi maklumat ini menyebabkan banyak berita palsu, kurang tepat dan bukan daripada sumber sahih yang menyentuh sensitiviti kaum telah mempengaruhi rakyat di negara ini,” kandungan penuh ulasan beliau boleh dibaca melalui
Artikel Penuh :
https://www.sinarharian.com.my/article/66131/KHAS/
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kump**an Karangkraf

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) juga telah menyediakan platform aduan rakyat melalui talian aplikasi WhatsApp atau rakyat boleh melaporkan sebarang insiden menerusi emel [email protected]. SKMM menasihati semua pihak supaya berfikir terlebih dahulu sebelum membuat sebarang kenyataan atau ulasan mengenai perkara-perkara sensitif agar keharmonian dan kemakmuran bersama dapat dikekalkan.

KECANGGIHAN teknologi maklumat pada hari ini sepatutnya digunakan ke arah kebaikan terutama bagi menyampaikan maklumat yang boleh menyemai perpaduan antara kaum di Malaysia agar rakyat di negara ini dapat hidup harmoni.

10/04/2022

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera! Kami ahli kump**an 8 daripada subjek MPU1013 Penghayatan Etika dan Peradaban N dan merupakan pelajar di Universiti Utara Malaysia bagi Semester A212. Halaman Facebook ini ditubuhkan bertujuan untuk melengkapkan tugasan kump**an kami bagi subjek ini.

Tajuk: Isu-Isu Sensitif Mampu Menggugat Hubungan Antara Kaum.

Ahli-ahli kump**an terdiri daripada:
1. Ayu Syafika Binti Yanri (286301)
2. Nur Syaidatul Syahadah Binti Idrus (286346)
3. Chee Sin Tian (286358)
4. Lim Ru Yi (286459)
5. Muhammad Faris Syazwan Bin Md Desa (286489)
6. Nik Nur Mash*tah Binti Harun (286516)
7. Nurul Fatihah Binti Mohamad Norzam (286557)
8. Muhammad Ariff Bin Ahmad Rizal (286599)
9. Nur Aziemah Binti Rozman (286618)
10. Leau Jia Yee (286630)

Semoga anda berjaya memperolehi sedikit manfaat dan ilmu pengetahuan hasil daripada posting mingguan kami.
Segala kerjasama amat dihargai.
Sekian, terima kasih!

Address

Universiti Utara
Sintok

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when A212 Mpu1013 Kumpulan 8 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to A212 Mpu1013 Kumpulan 8:

Share