School Of Education UUM

Call Directions Website

School Of Education UUM School Of Education (SoE) UUM

Undergraduate Programme (UG)
Postgraduate Programme (PG)

Assalamualaikum wbt. and greetings.*UNLOCK GLOBAL INSIGHTS: JOIN GLOBAL EXPERTS AT IFEX@UUM 2026 HOSTED BY SOE, UUM*Dear...
23/10/2026

Assalamualaikum wbt. and greetings.

*UNLOCK GLOBAL INSIGHTS: JOIN GLOBAL EXPERTS AT IFEX@UUM 2026 HOSTED BY SOE, UUM*

Dear School of Education (SOE) Community,

We are pleased to invite all SOE staff and students to the International Faculty Exchange Week 2026 (IFEX@UUM 2026) , hosted by the SOE, Universiti Utara Malaysia (UUM).

This international exchange brings together distinguished academic leaders to share innovative pedagogical strategies and cutting-edge educational frameworks:

📅 Date: 26 October 2026 (Monday)
⏰ Time: 9:00 a.m. – 12:00 p.m.
📍 Physical Venue: Saujana Meeting Room, SOE
💻 Online Access (Google Meet): https://meet.google.com/yvz-sgoc-pxg

Featured Speakers:

1. Assoc. Prof. Dr. Difuza Umurzakova
Oriental University, Uzbekistan
Topic: Methods and Strategies in Teaching English

2. Prof. Dr. Sri Rahayu
Universitas Negeri Malang, Indonesia
Topic: Developing Scientific Literacy through Contextual Learning Based on Socioscientific Issues within the SDG Framework

Why You Should Attend?

Participating in IFEX@UUM 2026 offers a unique opportunity to expand your global academic perspective without leaving campus. This session provides valuable, actionable insights from international experts. Attending will enable you to gain fresh instructional approaches, enhance cross-cultural research networking, and stay at the forefront of modern educational practices.

For more details, kindly contact the following SOE officials:

1. Dr. Nazmin binti Abdullah (019-262 7556 / [email protected]) ; or
2. Dr. Surianti binti Lajuma (019-582 3861 / [email protected]).

We look forward to seeing you there, either in person at the Saujana Meeting Room or virtually via Google Meet!

Warm regards,

School of Education
Universiti Utara Malaysia




TAHNIAH ‼️PENERIMA GERAN SCHOLARSHIP OF TEACHING & LEARNING (SOTL) TAHUN 2026📖✨PROF. MADYA DR. MARDZELAH BINTI MAKHSINPE...
23/10/2026

TAHNIAH ‼️

PENERIMA GERAN SCHOLARSHIP OF TEACHING & LEARNING (SOTL) TAHUN 2026📖✨

PROF. MADYA DR. MARDZELAH BINTI MAKHSIN
PENSYARAH SOE

DR. RUKHAIYAH BINTI HAJI ABD. WAHAB
PENSYARAH SLCP

TAJUK
MENINGKATKAN KEMAHIRAN PENULISAN KRITIS MELALUI PENGORGANISASIAN NILAI DOMAIN MENGGUNAKAN AI GENERATIF DALAM KALANGAN PELAJAR PASCASISWAZAH PENDIDIKAN ISLAM.

27 OKTOBER 2026 HINGGA 26 OKTOBER 2027

BERJUMLAH RM 10,000.00




TAHNIAH‼️ DIUCAPKAN KEPADA PENERIMA DANA INSTITUT LATIHAN DARUL NAIM (ILDAN)✨KETUA PENYELIDIK :📌 PROF. MADYA DR. MAT RAH...
21/10/2026

TAHNIAH‼️

DIUCAPKAN KEPADA

PENERIMA DANA INSTITUT LATIHAN DARUL NAIM (ILDAN)✨

KETUA PENYELIDIK :
📌 PROF. MADYA DR. MAT RAHIMI BIN YUSOF

PENYELIDIK BERSAMA :
📍 PROF. MADYA DR. MOHAMAD KHAIRI BIN HAJI OTHMAN
📍 PROF. MADYA DR. MOHD FAIZ BIN MOHD YAAKOB
📍 PROF. MADYA DR. FARAH BINTI MOHAMAD ZAIN

TAJUK PROJEK:
PEMBANGUNAN MODUL KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN SEKOLAH BAGI PEMIMPIN SEKOLAH DI BAWAH YAYASAN ISLAM KELANTAN

TEMPOH: 1 OKTOBER 2026 HINGGA 30 SEPTEMBER 2027

JUMLAH DANA : RM15,000.00

Semoga projek ini berjalan lancar, mencapai objektif yang ditetapkan serta memberikan manfaat dalam memperkukuh kepimpinan dan pengurusan sekolah di bawah Yayasan Islam Kelantan.




KEM CINTAI BAHASA 2026 PERKUKUH KEMAHIRAN KOMUNIKASI DAN JARINGAN KOMUNITI🌎📖✨ SINTOK, 11 Oktober 2026 – Seramai 80 murid...
21/10/2026

KEM CINTAI BAHASA 2026 PERKUKUH KEMAHIRAN KOMUNIKASI DAN JARINGAN KOMUNITI🌎📖✨

SINTOK, 11 Oktober 2026 – Seramai 80 murid Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Bendahara, Kodiang, Kedah menyertai Program BRAVE-KOKU Kem Cintai Bahasa 2026 yang dilaksanakan melalui kerjasama dengan Pusat Pengajian Pendidikan (SoE), Universiti Utara Malaysia (UUM).

Program ini menyediakan ruang kepada murid untuk mempraktikkan kemahiran Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu menerusi aktiviti pembelajaran interaktif serta interaksi bersama warga universiti.
Berteraskan pemindahan ilmu dan tanggungjawab sosial universiti, program ini melibatkan kerjasama Persatuan Pengurusan Pendidikan (PENDIDIK), pelajar Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PGDE), pelajar antarabangsa dan pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) sebagai jawatankuasa pelaksana serta fasilitator. Penglibatan mereka menghubungkan pengalaman pembelajaran di universiti dengan keperluan komuniti sekolah melalui pengendalian aktiviti bahasa secara berkumpulan.

Antara pengisian program ialah sesi perkongsian bersama pelajar antarabangsa UUM serta aktiviti Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Sesi bersama pelajar antarabangsa memberi peluang kepada peserta untuk berinteraksi dalam suasana pembelajaran yang berbeza, di samping memperluas pendedahan mereka terhadap kepelbagaian latar budaya.

Aktiviti bahasa secara berkumpulan telah menyediakan ruang kepada murid untuk menyampaikan idea, mendengar pandangan rakan dan bekerjasama bagi melaksanakan tugasan. Pendekatan ini bertujuan menggalakkan penyertaan aktif serta membina keyakinan peserta untuk berkomunikasi.

Bagi mahasiswa yang terlibat, pelaksanaan program menyediakan pengalaman praktikal dalam kepimpinan, pengurusan aktiviti, komunikasi dan kerja berpasukan. Peranan sebagai fasilitator turut memberi peluang kepada mereka untuk menyesuaikan pendekatan penyampaian dengan keupayaan peserta serta mengaplikasikan kemahiran mengendalikan pembelajaran dalam konteks komuniti.

Turut hadir dalam program ini, Dekan SoE, Prof Madya Dr. Mohamad Khairi bin Haji Othman, Timbalan Dekan Akademik, barisan pensyarah serta guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, barisan guru mewakili Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Bendahara, Kodiang, Kedah.Kerjasama ini menyokong pelaksanaan aktiviti yang menghubungkan murid sekolah dengan mahasiswa dan persekitaran universiti.

Pelaksanaan Kem Cintai Bahasa 2026 memperkukuh hubungan antara UUM dengan komuniti sekolah melalui perkongsian ilmu dan pengalaman pembelajaran bahasa yang turut membuka ruang kepada kerjasama pendidikan berterusan antara SoE dengan SMK Tunku Bendahara.



a

TAHNIAH‼️AHLI RG OPTIMUS PRIME UUM MENERIMA GERAN PENYELIDIKAN ANTARABANGSA✨ UUM ONLINE: Kumpulan Penyelidikan OPTIMUS P...
21/10/2026

TAHNIAH‼️

AHLI RG OPTIMUS PRIME UUM MENERIMA GERAN PENYELIDIKAN ANTARABANGSA✨

UUM ONLINE: Kumpulan Penyelidikan OPTIMUS PRIME, Pusat Pengajian Pendidikan (SOE), Universiti Utara Malaysia (UUM) merakamkan ucapan tahniah kepada Dr. Abdul Hamid Bustami Nur atas kejayaan memperoleh geran penyelidikan antarabangsa berjumlah RM5,000 daripada Universitas Trunodjoyo Madura (UTM), Indonesia.

Geran tersebut menyokong pelaksanaan penyelidikan bertajuk “Artificial Intelligence and Critical Thinking in Higher Education: Investigating Current Research Directions” yang memberi tumpuan kepada perkembangan penyelidikan semasa berkaitan kecerdasan buatan (AI) dan pemikiran kritis dalam pendidikan tinggi.

Penyelidikan ini amat relevan dalam landskap pendidikan tinggi yang semakin dipengaruhi oleh perkembangan teknologi AI. Penelitian terhadap hubungan antara AI dengan pemikiran kritis penting bagi memahami arah aliran penyelidikan, mengenal pasti peluang kajian baharu serta memperkukuh amalan pengajaran dan pembelajaran yang menggalakkan pemikiran analitis, penilaian maklumat dan pertimbangan intelektual dalam kalangan pelajar.

Kejayaan ini mencerminkan komitmen ahli RG OPTIMUS PRIME dalam memperluaskan jaringan kerjasama akademik antarabangsa, memperkukuhkan budaya penyelidikan dan menyumbang kepada perkembangan ilmu dalam bidang pendidikan.

Penerimaan geran ini juga membuka peluang untuk mengukuhkan hubungan penyelidikan antara UUM dengan institusi pengajian tinggi antarabangsa, khususnya dalam bidang AI dan inovasi pendidikan.

RG OPTIMUS PRIME berharap kejayaan ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak penyelidikan kolaboratif berimpak tinggi yang menyokong transformasi pendidikan tinggi, pembangunan pemikiran kritis dan penggunaan AI secara bermakna serta bertanggungjawab.

Tahniah Dr. Abdul Hamid Bustami Nur! Semoga kejayaan ini terus menyemarakkan kecemerlangan penyelidikan dan mengukuhkan keterlihatan antarabangsa Pusat Pengajian Pendidikan, Universiti Utara Malaysia.




TAHNIAH ‼️RAIH DUA PINGAT PERAK DI IUCEL 2026 - KETENGAHKAN INOVASI EPEMBELAJARAN🎓✨   UUM ONLINE: Kuala Lumpur, 9 Oktobe...
15/10/2026

TAHNIAH ‼️

RAIH DUA PINGAT PERAK DI IUCEL 2026 - KETENGAHKAN INOVASI EPEMBELAJARAN🎓✨

UUM ONLINE: Kuala Lumpur, 9 Oktober 2026 — Universiti Utara Malaysia (UUM) meraih dua pingat perak dalam pertandingan Invention, Innovation & Design on e-Learning (IIDEL) sempena International University Carnival on E-Learning (IUCEL) 2026 yang berlangsung di Wyndham Grand Bangsar, Kuala Lumpur, pada 8 dan 9 Oktober.

Pengiktirafan tersebut diraih menerusi SPM Lifeline - Jangan Flatline dan AoRSeta Quest, dua inovasi yang menghubungkan pembelajaran digital dengan keperluan pendidikan dan komuniti.

Diketuai oleh Profesor Madya Dr. Nurliyana Bukhari dari Pusat Pengajian Pendidikan (SOE), UUM, SPM Lifeline merupakan cadangan ekosistem pembelajaran dan sokongan untuk calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berada pada tahap garis lulus atau berisiko gagal. Projek ini mengintegrasikan persediaan Bahasa Melayu dan Sejarah dengan kesejahteraan pelajar melalui pendekatan BM–Sejarah–Sejahtera.

Sementara itu, AoRSeta Quest menjadikan pembelajaran sejarah suatu pengalaman penerokaan interaktif di sembilan lokasi warisan sepanjang laluan Jejak Diraja di Alor Setar. Aplikasi ini menggabungkan teknologi geolokasi, realiti terimbuh dan gamifikasi bagi membolehkan pengunjung mengakses kandungan sejarah serta cabaran di lokasi warisan.

Ketua delegasi UUM, Profesor Madya Dr. Nurliyana Bukhari, merakamkan penghargaan kepada pihak pengurusan UUM, UTLC, Dekan SOE dan Dekan SMMTC serta semua pihak yang membantu menjayakan penyertaan kedua-dua pasukan.

Kejayaan meraih dua pingat perak menjadi dorongan kepada pasukan UUM untuk terus membangunkan inovasi pembelajaran digital yang inklusif dan bermakna serta memperluas manfaat kedua-dua projek kepada pelajar, sekolah dan komuniti.




SUTRANITA SANTUNI ANAK YATIM DAN ANAK ASNAF MELALUI PEMBELAJARAN DAN LITERASI BAHASA INGGERIS✨🎓UUM ONLINE: Persatuan Wan...
15/10/2026

SUTRANITA SANTUNI ANAK YATIM DAN ANAK ASNAF MELALUI PEMBELAJARAN DAN LITERASI BAHASA INGGERIS✨🎓

UUM ONLINE: Persatuan Wanita (Sutranita), Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menganjurkan Program ‘Permata Ummah: Menyantuni, Membimbing dan Menginspirasi’ yang memfokuskan kepada Pembelajaran dan Literasi Bahasa Inggeris pada 11 Oktober lalu di Makmal Komputer, Pusat Islam UUM.

Program yang melibatkan anak-anak yatim dan anak asnaf dari Rumah Kebajikan Anak Yatim dan Anak Asnaf (RUKAYDA) dikendalikan oleh Dr. Fahainis Mohd Yusof dari Biro Pendidikan dan Ekonomi, SUTRANITA.

Program ini turut dimeriahkan dengan penglibatan seramai sembilan tenaga pengajar GLOKAL, tiga daripadanya dari negara Iraq dan enam pelajar tempatan yang mengikuti kursus Fundamentals of ELT, Sarjana Pendidikan English Language Teaching (ELT) di Pusat Pengajian Pendidikan (SOE).

Dr. Fahainis berkata, penglibatan mereka adalah untuk membantu menjayakan pelaksanaan program Pembelajaran Luar Bilik Darjah (PLBD) serta mewujudkan suasana pembelajaran infak ilmu digital yang lebih interaktif dan menyeronokkan untuk anak RUKAYDA.

Program yang Menjulang ILMU, Mengakar ADAB ini merupakan sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial dan ukhwah kemasyarakatan Persatuan Sutranita dalam menyantuni golongan yang memerlukan melalui pendidikan, bimbingan dan sokongan sosioemosi dan moral.

Aktiviti literasi Bahasa Inggeris yang dilaksanakan bertujuan menyediakan pengalaman pembelajaran yang bermakna, di samping menggalakkan minat belajar dan meningkatkan keyakinan diri dalam komunikasi antarbudaya Bahasa Inggeris.

Penganjuran program ini turut mencerminkan komitmen Persatuan Sutranita dalam memupuk nilai kasih sayang, empati dan keprihatinan terhadap kesejahteraan anak yatim dan anak asnaf, selain memberi ruang kepada peserta untuk mengembangkan potensi diri, inisiatif ini juga menggalakkan budaya kesukarelawanan serta memperkukuhkan hubungan kerjasama antara universiti dengan institusi kebajikan.

Melalui Program Permata Ummah, Persatuan Sutranita berharap usaha menyantuni, membimbing dan menginspirasi generasi muda dapat diteruskan secara berkesinambungan bagi melahirkan masyarakat yang prihatin, penyayang dan inklusif, di samping membantu membina generasi masa depan yang berilmu, berkeyakinan dan berpotensi mencapai kejayaan.




TAHNIAH‼️SINERGI OPTIMUS PRIME UUM BUAHKAN HASIL, DUA AHLI RG OPTIMUS PRIME UUM BERJAYA RANGKUL GERAN GET 2026 ✨UUM ONLI...
15/10/2026

TAHNIAH‼️

SINERGI OPTIMUS PRIME UUM BUAHKAN HASIL, DUA AHLI RG OPTIMUS PRIME UUM BERJAYA RANGKUL GERAN GET 2026 ✨

UUM ONLINE: Sintok, 10 Oktober 2026 - Kejayaan menerima geran penyelidikan peringkat kebangsaan menjadi bukti kukuh keupayaan dan komitmen Research Group (RG) OPTIMUS PRIME, Pusat Pengajian Pendidikan (SoE), Universiti Utara Malaysia (UUM) dalam memacu penyelidikan berimpak tinggi serta meluaskan research visibility institusi.

Selaras dengan matlamat utama RG OPTIMUS PRIME iaitu “Connecting Multidisciplinary Expertise, Advancing Educational Visibility, Sustaining Future-Ready Education”, dua ahli kumpulan ini telah berjaya meraih Geran Penyelidikan Eksploratori dan Transformatif (GET) bagi Tahun 2026 bagi Fasa 1 dan Fasa2.

Kejayaan pembiayaan geran penyelidikan ini mencerminkan keberkesanan pendekatan kolaborasi multidisiplin yang diamalkan oleh OPTIMUS PRIME. Berteraskan nilai kebersamaan (companionship), penerimaan (acceptance), dan toleransi (tolerance), kepelbagaian kepakaran ahli dapat digembleng secara sinergi untuk menterjemahkan idea penyelidikan kepada inovasi serta penyelesaian praktikal.

Pencapaian ini bukan sahaja melonjakkan visibility akademik SoE dan UUM di peringkat kebangsaan, malah menyokong usaha membina ekosistem pendidikan masa hadapan (future-ready education) yang mampu memberi impak positif kepada masyarakat, industri, dan pasaran buruh. RG OPTIMUS PRIME akan terus melangkah ke hadapan dalam menterjemahkan penyelidikan berimpak demi kelestarian pendidikan negara.




BICARA INSPIRASI: SHAHNON AHMAD SEMPENA DEKAD MEMBACA KEBANGSAAN PERINGKAT NEGERI KEDAH TAHUN 2026📖✨UUM, 6 Oktober 2026 ...
13/10/2026

BICARA INSPIRASI: SHAHNON AHMAD SEMPENA DEKAD MEMBACA KEBANGSAAN PERINGKAT NEGERI KEDAH TAHUN 2026📖✨

UUM, 6 Oktober 2026 (Selasa) – Pusat Pengajian Pendidikan (SoE), Universiti Utara Malaysia (UUM) dengan kerjasama Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB) dan Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara (DBPWU) telah menganjurkan program Bicara Inspirasi: Shahnon Ahmad sempena Dekad Membaca Kebangsaan Peringkat Negeri Kedah Tahun 2026 bertempat di Sudut Sasterawan, Bangunan Tambahan PSB, UUM.

Program ini bertujuan untuk menyemarakkan budaya membaca serta menghayati sumbangan dan karya Shahnon Ahmad sebagai tokoh sastera negara.




Address

School Of Education, Universiti Utara
Sintok
06010

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when School Of Education UUM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share