Mpu1013w Penghayatan Etika Dan Peradaban Kumpulan 5

Mpu1013w Penghayatan Etika Dan Peradaban Kumpulan 5 Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Mpu1013w Penghayatan Etika Dan Peradaban Kumpulan 5, College & University, Universiti Utara, Sintok.

MPU1013-w Penghayatan Etika Dan Peradaban Kumpulan 5 PENINGKATAN SUGARBABY DALAM KALANGAN PELAJAR
20/12/2022

MPU1013-w Penghayatan Etika Dan Peradaban Kumpulan 5

PENINGKATAN SUGARBABY DALAM KALANGAN PELAJAR

Pakaian bagi sesuatu majlis rasmi adalah tertakluk kepada tahap atau taraf majlis tersebut. Penampilan seseorang individ...
20/12/2022

Pakaian bagi sesuatu majlis rasmi adalah tertakluk kepada tahap atau taraf majlis tersebut. Penampilan seseorang individu dalam sesuatu urusan rasmi sentiasa diiringi oleh beberapa bentuk imej. ✨

(a) Kesesuaian pakaian wanita 👚👩
Perkara seperti berikut harus diberi perhatian‼️
●Elakkan daripada memakai kain berkilat / berkilau pada siang hari.
●Elakkan daripada memakai satu warna sahaja.
●Jangan melebihi empat warna pada satu masa
●Pilihan warna kain hendaklah berasaskan kepada warna kulit dan bentuk badan.
●Jangan terikut-ikut fesyen yang mungkin tidak sesuai.
●Gunakan kain jenis nipis, lembut dan serap tetapi tidak jarang.
●Bila menggunakan alat solek, jangan keterlaluan.
●Gunakan bedak yang tidak mempunyai bau yang kuat.
●Rambut hendaklah tersisir rapi.
●Semua bahagian rambut tertutup dan diikat kemas jika memakai tudung.
●Jika memakai mini telengkong, warna tudung hendaklah bertentangan dengan warn baju.
●Bila gunakan sarung kaki pilih warna 'skin colour'
●Corak fabrik tidak lebih dari empat warna.
●Hindarkan daripada memakai anting-anting labuh, rantai tangan yang berloceng yang akan membuat bunyi apabila anda berjalan.
●Jauhi daripada memakai baju yang banyak rupol (frills) ataupun berbunga besar.
●Perhiasan hendaklah yang minima dan bukan menjolok mata.
●Jangan memakai gelang tangan dan jam tangan ditangan yang sama.

(b) Kesesuaian Pakaian Lelaki 👔👨
●Kurang sesuai berbaju lengan pendek jika bertali leher.
●Sematkan semua butang baju jika tidak bertali leher (kecuali butang kolar).
●Jangan lipat bahagian lengan kemeja lengan panjang.
●Memakai tali leher hanya dengan kemeja lengan panjang
●Bahagian hujung tali leher mestilah sampai ke bahagian kepala tali pinggang.
●Sesuaikan warna tali leher dengan baju.
●Tali leher berjalur sesuai dengan baju tapa corak.
●Badan kurus dan gempal hendaklah memakai singlet
●Sesuaikan warna stoking dengan seluar.
●Kasut hendaklah bersih dan berkilat.
●Stoking putih tidak sesuai dalam majlis.
●Gunakan 'cologne' dan deodoron yang kembut. Jika bergaul dengan orang ramai sapukan 'cologne' di kedua belah bahu.
●Pakai singlet jika memakai bush-jacket tetapi jangan sampai kelihatan singlet tersebut.
●Seluar dan bush-jacket hendaklah sama warna dan bahan (material)
●Baju berwarna putih sebagai pilihan pertama.Lain-lain warna tanpa corak (light and plain) sebagai pilihan kedua.
●Baju hendaklah sentiasa dimasukkan dalam seluar.
●Elakkan dari memakai baju ketat yang boleh menyulitkan pergerakan badan dan tangan.
●Jangan memakai baju, seluar dan stoking corak/jenis berjalur keseluruhannya.
●Seluar jangan terlalu labuh hingga memecah lantai ataupun singkat hingga kelihatan tergantung. Jangan memakai seluar yang ketat (drainpipe).
●Stokin berwarna putih tidak sesuai dengan pakaian pejabat melainkan berpakaian putih / berpakaian s**an.
●Kasut bers**an walaupun mahal, tidak ada tempat dalam urusan rasmi.

Perkara di atas adalah etika pemakaian di meja makan ketika majlis rasmi.

Sumber : https://www.slideshare.net/errynoor/protokol-danetiketmajlisrasmi
Disediakan oleh : Puah Yee Joe (293969)

MPU1013-W Penghayatan Etika Dan Peradaban (Kumpulan5)🌟 Topik:Etika sebelum makan di majilis🎉Pernah menghadiri acara-acar...
20/12/2022

MPU1013-W Penghayatan Etika Dan Peradaban (Kumpulan5)🌟
Topik:Etika sebelum makan di majilis🎉

Pernah menghadiri acara-acara keramaian yang dilangsungkan di hotel, tempat-tempat berkelas mahupun di restoran mewah bertaraf lima bintang? Penulis jelas, ramai di antara kita yang masih belum faham dengan tata cara betul sebelum berada di meja makan, bahkan ada juga jenis individu yang langsung tidak peduli untuk mengamalkan etika yang sebaiknya ketika menjamu selera.🎊

Marilah! Penulis boleh menyampaikan maklumat tentang etika sebelum makan yang betul kepada pembaca.
Berikut adalah etika sebelum makan yang memerlukan perhatian❗
1.Mencuci tangan terlebih dahulu
2.Membaca doa sebelum makan
3.Makan dengan tangan kanan
4.Duduk dengan postur yang betul dan letakkan napkin di atas riba
5. Tunggu sehingga semua orang berada di meja sebelum makan
6.Keluar dan masuk hendak melalui sebelah kanan kerusi tempat duduk

Perkara yang diatas adalah etika seblum makan yang perlu dipatuhi oleh pembaca semasa makan.🍴🍽️🍴

Disediakan Oleh: Hon Zhi Qing(293822)

Bufet berasal dari Bahasa Perancis iaitu buffet ialah kaedah penyajian makanan di mana makanan ditempatkan di kawasan um...
20/12/2022

Bufet berasal dari Bahasa Perancis iaitu buffet ialah kaedah penyajian makanan di mana makanan ditempatkan di kawasan umum yang boleh dikunjung dan dilihat orang ramai melayani diri sendiri mendapatkan makanan diingini.

KONSEP BUFET
💵 MENUNJUKKAN KEKAYAAN

Semasa abad ke-18, Bufet itu dihidupkan semula di England dan Perancis pada akhir abad ini, masyarakat Eropah s**a menikmati waktu sarapan yang menarik, bahkan di antara mereka yang dapat memiliki pelayan di belakang setiap kerusi.

😋 ALL YOU CAN EAT

Biasanya Bufet menawarkan makanan yang pelbagai seperti pembuka selera, salad, hidangan panas atau pencuci mulut. Ini membolehkan pelanggan makan hidangan yang berbeza-beza supaya mereka dapat menikmati makanan sepuas-puasnya.

✨Perjumpaan Khas ✨

Banyak restoran akan menawarkan bufet sebagai promosi restoran atau untuk majlis-majlis khas. Contohnya, sebagai promosi restoran, restoran mungkin menawarkan bufet makanan laut istimewa pada hari tertentu .Sesetengah restoran mungkin menawarkan bufet istimewa untuk hari khas seperti Hari Ibu dan bukannya menu biasa.
Sumber: https://www.liveabout.com/restaurant-buffet-2888694
Disediakan oleh: Lee Chen Nee

ETIKA SELEPAS MAKAN DI MAJLIS?tahukah anda bukan sahaja kita perlu beretika dan beradab semasa makan di majlis tetapi ki...
20/12/2022

ETIKA SELEPAS MAKAN DI MAJLIS?
tahukah anda bukan sahaja kita perlu beretika dan beradab semasa makan di majlis tetapi kita juga perlu beretika selepas makan di majlis. Menjadi persoalan, bagaimana dan apakah etika yang perlu kita adaptasi selepas makan di majlis?
Di sini terdapat beberapa etika selepas makan di majlis yang boleh menjadi panduan para pembaca.
1. Kumpulkan sisa makan di tepi pinggan atau piring layan
2. Rapatkan kutleri setelah selesai makan
3. Beredar bersama setelah semua selesai makan
4. Minta izin sekiranya pelu meninggalkan meja makan lebih awal.
5. Letakkan napkin di atas kerusi sekiranya anda ingin meninggalkan meja makan sebentar atau untuk ke tandas.
Perkara di atas adalah etika selepas makan di majis. sebagai seorang yang mempunyai budi pekerti dan seseorang yang penuh dengan adab, kita hendaklah menjaga tingkah laku dan sentiasa beretika ketika berada di majlis-majlis yang penting ataupun di mana jua kita berada.

✨CARA PENGGUNAAN KUTLERI ✨Penggunaan kutleri yang betul boleh menyelamatkan kita daripada terjebak didalam situasi yang ...
20/12/2022

✨CARA PENGGUNAAN KUTLERI ✨
Penggunaan kutleri yang betul boleh menyelamatkan kita daripada terjebak didalam situasi yang kekok apabila berada di meja makan. Kutleri bagi sajian barat adalah pelbagai dan mempunyai fungsi tertentu. Kutleri bagi sajian Cina ataupun Melayu adalah berbeza. Ianya bergantung terhadap pihak penganjur yang menyediakan jenis menu yang dihidangkan di dalam suatu majlis jamuan rasmi.
Penggunaan sudu dan garpu yang betul adalah penting. Secara asasnya, kita memegang sudu di sebelah kanan dan garpu di sebelah kiri sekiranya sajian makanan Melayu dihidangkan. Memegang pisau disebelah kanan dan garpu disebelah kiri untuk sajian makanan Barat. Chopstick di sebelah kanan untuk sajian makanan Cina. Tidak mengambil kira sama ada anda seorang yang kidal.

💫Panduan Menggunakan Pisau Sudu Garpu dengan Betul
Susunan Pisau Sudu Garpu di Meja Makan Cara Barat
(Makan Tengah Hari atau Makan Malam)
📌Pisau mentega (diletak di atas piring layan untuk roti)
📌Garpu hidangan pertama (juga digunakan untuk ikan atau salad)
📌Garpu makan hidangan utama.
📌Camca sedang ‘dessert’ (jika pisau yang diperlukan, gantikan ia dengan pisau makanan pencuci mulut ini).
📌Garpu sedang (‘desert’)
📌Gelas
📌Napkin
📌Pisau hidangan utama untuk daging (jika ikan yang disediakan, letakkan pisau untuk ikan sebagai ganti)
📌Sudu makan hidangan utama ( di Malaysia ia digunakan untuk nasi).
📌Pisau hidang,garpu-garpu untuk pelbagai keperluan menurut jenis hidangannya diletakkan berderet di sebelah kiri piring, sedangkan di sebelah kanan piring adalah deretan pisau-pisau dan sudu-sudu.
📌Garpu diletakkan dengan jari-jarinya menghadap ke atas. Pisau diletakkan dengan mata pisau menghadap ke piring, sedang sendoknya menghadap ke atas.
📌Serbet diletakkan dengan terlipat rapi di atas piring utama jika makanan disajikan di dalam pinggan lain tapi kalau makanan sudah di piring seperti di restoran serbetnya diletakkan di tempat piring ,atau di sebelah paling kiri dari letak garpu.
📌Berbagai gelas minum terletak berderet di sebelah kanan atas.
📌Piring mentega atau roti, dan beberapa tempat penyedap makanan berada di sebelah atas kiri.
📌Aturan umum tentang peringkat makan adalah mulai dari posisinya yang paling luar, dan kemudian bergerak ke arah di mana piring utama kita berada: senduk sup dulu, kemudian pisau ikan dan garpu, dan barulah pisau dan garpu utama.

Sumber : http://ubdkalqanaah.blogspot.com/2018/04/etika-di-meja-makan.html?m=1

Disediakan oleh NUR ZAHIRAH BINTI ZAKARIA (294052)

TATACARA MAKAN MAKANAN BERSUPMakan makanan bersup pun perlukan adab ke? Jawapannya ye. Taukah anda semua bahawa makanan ...
20/12/2022

TATACARA MAKAN MAKANAN BERSUP
Makan makanan bersup pun perlukan adab ke? Jawapannya ye. Taukah anda semua bahawa makanan bersup mempunyai sudu tersendiri iaitu dikenali sebagai “bouillon spoon”. Pengetahuan tentang adab dan tertib di meja makan amat berguna bagi mereka yang sering diundang ke majlis-majlis jamuan atau menghadiri jamuan di hotel-hotel atau di rumah orang kenamaan terutama dari segi tatacara memakan makanan bersup. Terdapat beberapa tatacara makan makanan bersup :
Gunakan sudu di sebelah kanan yang berbentuk bulat.
Cara menyenduk sup adalah dengan menghalakan sudu supke arah luar dari badan (inward towards outer position).
Sekiranya perlu, boleh ditambah lada atau garam ke dalamsup.
Bagi wanita, jika lada putih dan garam yang diperlukan di luar jangkauan, minta bantuan pasangan.
Makan roti atau ‘bun’ dengan cara mencubit atau mematahmenjadi kecil serta disapukan
mentega dan suap menggunakan tangan kiri atau boleh juga ditukarkan ke tangan kanan.
Selesai makan sup, letakkan sudu di dalam mangkuk sup.
Bagi sup
Bouillon spoon (sup daging lembu dalam bentuk cair)
Mangkuk sup bertelinga akan digunakan.
-Boleh dipegang kedua-dua belah telinga untuk makan sup.
Setelah selesai makan, sudu sup diletak di sebelah kanan atas piring pelapik dalam keadaan terlentang.
Sumber: Tatacara https://shakirana.wordpress.com/2009/03/05/tatacara-makan-sup/
Disediakan oleh : Nur Ain Athirah Binti Syahaidy (293824)

🍽TATACARA MAKAN MAKANAN BARAT 🍽'Masakan Barat?' Sudah lama kita dengar. Tapi masakan dan makanan barat ini dari mana ia ...
20/12/2022

🍽TATACARA MAKAN MAKANAN BARAT 🍽

'Masakan Barat?' Sudah lama kita dengar. Tapi masakan dan makanan barat ini dari mana ia berasal sebenarnya? Banyak negara barat tu, yang mana satu sejarah dan asal usulnya hingga makanan ini disebut sebagai masakan barat.

Sejarah masakan Eropah Barat telah wujud sejak berabad-abad lamanya dan evolusi telah menyebabkannya semakin berkembang selari dengan proses budaya yang berbeza untuk setiap negara. Masing-masing ada adat yang mereka pegang. Sejak abad ke-20, transformasi sistem kuliner telah meningkat dari hari ke hari. Namun, terdapat tatacara yang perlu diikuti untuk makan makanan barat. Antaranya ialah :-

🍽Table Manner🍽

📌Table manner merupakan etika ketika jamuan yang bersifat formal seperti makan bersama keluarga, rakan sekerja dan sebagainya.

📌Posisi duduk haruslah tegak dan tidak boleh menunjukkan sikap duduk yang malas.

📌Jarak antara badan dengan meja perlulah disesuaikan dan tidak terlalu dekat atau terlalu jauh.

📌Jika jamuan makan dilakukan di rumah orang lain, maka anda tidak boleh memulakan pembukaan kain napkin sebelum tuan rumah membukannya.

📌Anda juga tidak digalakkan untuk menyuapkan makanan dalam keadaan yang berlebihan serta mengeluarkan bunyi sewaktu mengunyah makanan.

📌Anda juga perlu menghindari dari bercakap semasa mengunyah makanan.

🍽Set Menu🍽

📌Set menu yang dihidangkan pada setiap jamuan berbeza mengikut tempat dimana cara table manner dilakukan. Walau bagaimanapun, secara amnya set menu yang dihidangkan perlulah mengikut turutan seperti dimulakan dengan Appetizer, Salad, Soup, Main course dan Dessert.

📌Appetizer ialah makanan pembuka selera. Biasanya terdapat dua jenis makanan iaitu cold appetizer dan hot appetizer. Contohnya ialah caviar, escargot dan crudites.

Makanan yang disajikan seterusnya ialah salad dan soup. Sup yang biasa dihidangkan ialah clear soup dan chilled soup. Cara memakan sup perlulah mengikut cara table manner seperti dengan mengambil sudu yang telah diesediakan di samping mangkuk sup.

📌Menu yang paling penting untuk disajikan ialah main course iaitu makanan utama dihidangkan. Contohnya ialah grilled steak, pasta, fillet dan chicken corden blue. Mengikut gaya orang barat, mereka akan makan steak dengan memotong daging sedikit demi sedikit untuk menikmati makanan tersebut.

📌Akhir sekali ialah dessert. Dessert merupakan pencuci mulut yang akan dimakan selepas selesai menikmati main course. Dessert terdapat dalam pelbagai jenis seperti apple pie, tropical fruit, cake, ais krim dan lain-lain dalam bentuk manisan.

Sumber : https://nutrisipangan.wordpress.com/2016/11/06/belajar-etika-makan-ala-barat-table-manner-class/
Disediakan oleh :
MUHAMMAD FIKRI SYAZWAN BIN KHAIRUL SALLEH (294253)

Adab semasa makan🍽️Makan juga memerlukan adab? Tidak ramai yang tahu semasa makan juga memerlukan adab yang sopan. Bagi ...
20/12/2022

Adab semasa makan🍽️

Makan juga memerlukan adab? Tidak ramai yang tahu semasa makan juga memerlukan adab yang sopan. Bagi muslim, kita perlu membaca doa makan terlebih dahulu. Terdapat beberapa adab semasa makan seperti yang tertera dalam rajah dibawah.

NurFarah Hanim Binti Mohd Zamri (293931)
Sumber : https://tirai.weebly.com/

PERKARA YANG DILARANG SEMASA DI MEJA MAKAN KETIKA MAJLIS RASMIAssalamualaikum dan salam sejahtera kami ingin mengkongsik...
20/12/2022

PERKARA YANG DILARANG SEMASA DI MEJA MAKAN KETIKA MAJLIS RASMI

Assalamualaikum dan salam sejahtera kami ingin mengkongsikan perkara-perkara yang dilarang dilakukan semasa di meja makan apabila dalam majlis rasmi. Antaranya ialah:

📌Jangan terlalu bising apabila menggunakan sudu dan garfu

📌Jangan merokok di meja makan

📌Jangan mencungkil gigi, mengorek hidung atau telinga di hadapan tetamu

📌Jangan terlalu gelojoh ketika makan

📌Jangan bercakap semasa mulut dipenuhi dengan makanan

📌Elakkan sendawa di hadapan tetamu

📌Jangan mengelap peralatan yang di atas meja dengan kain napkin

📌Jangan menolak pinggan sesudah makan kekalkan pinggan tersebut di atas meja sehingga pelayan mengambilnya

Perkara tersebut dilarang, dilakukan semasa di meja makan untuk menunjukkan tatacara yang betul dan beretika ketika di majlis rasmi🍽️🍽️🍴

Disediakan oleh: Nurfadlin Ilyana Bt Roslan (293993)
Sumber: https://knowledgecentre.wordpress.com/2007/02/13/perkara-perkara-yang-boleh-dan-tidak-boleh-dilakukan-semasa-makan/

🌟POSTING PERTAMA🌟🍽Topik : Cara penggunaan kain Napkin 🍴~ Sebelum masuk ke topik utama iaitu cara penggunaan kain napkin,...
20/12/2022

🌟POSTING PERTAMA🌟
🍽Topik : Cara penggunaan kain Napkin 🍴

~ Sebelum masuk ke topik utama iaitu cara penggunaan kain napkin, disini diselitkan info sedikit sebanyak mengenai sejarah awal wujudnya kain Napkin serta fungsinya.

🗨 Pernahkah kita terfikir, dari mana datangnya penggunaan napkin meja yang sering kita lihat sama ada di restoran atau hotel? Apakah fungsi di sebalik penggunaan napkin meja ini?

☆Selama lebih 600 tahun, masyarakat di Eropah mengamalkan budaya penggunaan napkin ketika makan dan proses ini sebenarnya telah banyak mengalami evolusi sejak penemuan penggunaan napkin yang pertama dalam sejarah purba. Berdasarkan rekod sejarah yang ditemui, didapati bahawa napkin pertama yang digunakan bagi membersihkan jari yang kotor adalah dalam kalangan masyarakat Sparta, iaitu di Greece purba. Napkin pertama ini dipanggil sebagai apomagdlies, iaitu segumpal doh yang kemudiannya dipotong kepada kepingan-kepingan kecil dan diuli serta dicanai di atas meja. Ini merupakan budaya menggunakan kepingan doh sebagai salah satu cara untuk membersihkan jari dan tangan.

☆Pada abad ke-16, napkin meja ini telah mula mendapat tempat di hati masyarakat dan merupakan antara komponen utama dalam mengendalikan majlis makan atau majlis keramaian. Napkin pada masa itu datang dalam pelbagai saiz, dan dikenali dengan pelbagai nama yang menarik. Napkin dikenali sebagai serviette, diaper dan touaille (tuala) bergantung kepada saiz dan fungsi mereka. Touaille merupakan tuala yang digunakan oleh orang bawahan, kebiasaannya bagi menunjukkan status mereka sebagai orang suruhan.

Untuk mendapatkan info-info yang lebih lanjut mengenai sejarah awal penggunaan kain napkin boleh lihat link di bawah 👇

https://www.thepatriots.asia/sejarah-pengunaan-napkin-meja/

📌 CARA PENGGUNAAN KAIN NAPKIN

☆1.Napkin diletakkan di atas paha anda

Sebaik sahaja duduk, ambil napkin dan buka lipatannya. Lipat dua napkin tersebut dan letakkan di atas paha anda. Janganlah melakukan perkara-perkara aneh, seperti menyelitkan napkin di leher baju anda.

☆2. Napkin tidak perlu dilipat dengan baik setelah selesai makan

Selepas selesai makan, berdiri dan angkatlah napkin itu dari paha anda Janganlah digumpal atau dilipat napkin tersebut, memadai dengan hanya meletakkannya begitu sahaja di atas meja, iaitu, di sebelah kiri anda. Jikalau ada "tuan rumah", tunggulah sehingga beliau meletakkan napkinnya di atas meja, barulah anda berbuat demikian untuk menandakan majlis sudah selesai.

☆3. Sekiranya anda perlu meninggalkan tempat duduk, letakkan napkin anda di atas kerusi untuk menandakan yang anda akan kembali. Sebenarnya, kaedah yang paling baik ialah menggunakan pinggan dan garpu untuk menekan sebahagian napkin tersebut dan biarkan ia terjuntai di tepi meja. Bagaimanapun, bahagian yang kotor pada napkin tersebut hendaklah dilipat ke dalam.

❗ KESIMPULAN❗

Napkin meja adalah salah satu komponen utama yang melengkapkan meja makan dan aspek penting dalam perkhidmatan makanan. Meskipun penggunaan napkin meja adalah meluas di restoran-restoran besar serta hotel, namun, ia juga boleh digunakan untuk majlis-majlis keramaian peribadi yang dilakukan di rumah-rumah persendirian.

Disediakan oleh :

NUR QHAIRIAH BINTI RASELI ( 294018 )

20/12/2022

📌Assalamuakaikum dan salam sejahtera 😄 kami daripada kumpulan 5 untuk subjek MPU1013-W Penghayatan Etika dan Peradaban dari Universiti Utara Malaysia. Tujuan page ini dibuat adalah untuk kami mudah berkongsikan maklumat-maklumat mengenai tajuk kajian yang telah dipilih iaitu Etika di meja makan ketika majlis rasmi. Oleh itu, kami berharap anda semua dapat Follow serta Like page ini agar kami dapat menjayakan kerja kursus bagi subjek ini dan bukan itu sahaja anda semua juga dapat mengetahui dengan lebih lanjut serta menambah ilmu pengetahuan yang sedia ada berkaitan etika di meja makan ketika majlis rasmi yang sebelum ini mungkin anda kurang mengetahui tentangnya. SEKIAN TERIMA KASIH🤗

👍

🥰

Address

Universiti Utara
Sintok
06010

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mpu1013w Penghayatan Etika Dan Peradaban Kumpulan 5 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share