Penghayatan Etika dan Peradaban D Group 8

Penghayatan Etika dan Peradaban D Group 8 Pelajar UUM. Penubuhan page ini untuk projek kami.

16/12/2024

hiii

POSTER BERKUMPULANTEMA: KESEDARAN MENGETAHUI MASALAH MENTAL DALAM KALANGAN PELAJARHi semua pembaca page kami , kump**an ...
19/12/2022

POSTER BERKUMPULAN
TEMA: KESEDARAN MENGETAHUI MASALAH MENTAL DALAM KALANGAN PELAJAR

Hi semua pembaca page kami , kump**an kami telah menaikkan poster pertama kami iaitu poster berkump**an. Anda boleh melihat gambaran keseluruhan tema kami dalam poster ini. Komponen dalam poster ini terdiri daripada pendahuluan, trend jenis masalah mental yang para pelajar tahu, Langkah-langkah mengatasi masalah masalah mental yang, punca masalah mental dalam kalangan pelajar .

Harap semua pembaca s**a dengan karya poster kami.

Sekian terima kasih.

AHLI-AHLI KUMPULAN YANG MENYEDIAKAN :

Kump**an 8

Ketua Kump**an: NURUL HUDA KHALIDA BINTI ABD HALIM 292262
Penolong ketua Kump**an : AZIZAH BINTI ZULKAFLI (292652)

1. NURUL NABILA BINTI HANAPI 292751
2. ATIRAH NUR NAJWA BINTI MUHAMMAD 292497
3. SOFIA NATASYAH BINTI SAPARIN 292793
4. NURUL FATIAH BINTI MOHD HAZAN 292115
5. NUR FAQIHAH BINTI MOHD BAHARUDIN 292099
6. PUTRI NAJWA BINTI ABDUL RAHMAN 292584
7. HENG EE LIAN 292139
8. CHARLES WAN ULUI 292391

04/12/2022

NAMA : NURUL HUDA KHALIDA BINTI ABD HALIM
No. MATRIK :292262
POSTINGAN 9 : KESAN JIKA MENGATASI MASALAH MENTAL

1. Lebih berbeyakinan diri

Keyakinan diri yang rendah akibat daripada tekanan juga boleh membuatkan seseorang pelajar berada dalam keadaan bimbang dan tertekan, ditambah p**a dengan desakan ibu bapa dan guru yang sentiasa menekankan pelajar untuk berdaya saing.Bukan sahaja terhadap pelajaran, malah kebimbangan terhadap perasaan malu yang ditanggung akibat sesuatu perkara turut membawa pelajar kepada keresahan yang melampau,”Akibat terlalu resah, seseorang pelajar bakal berdepan beberapa situasi seperti sentiasa berpeluh dan jantung sentiasa berdebar- debar, tidak boleh tidur di waktu malam atau menghidapi insomnia yang akan menjejaskan kesihatan pelajar jika berterusan berlaku kemurungan. Dengan mengatasi mental pelajar tersebut akan lebih berani untuk tampil menonjolkan diri di hadapan khalayak dan yakin dalam membuat sesuatu keputusan

2. Sistem pencernaan dapat berkerja dengan baik

Stres yang kronik boleh mengganggu sistem penghadaman manusia. Simptom seperti mual, perut berangin, makanan susah untuk dihadam boleh jadi berpunca daripada stres. Sekiranya kita menghadapi simptom ini, pastinya kualiti kehidupan dan kesihatan terjejas. Dengan mengatsi masalah kesihatan mental pelajar dapat membantu membuatkan seseorang pelajar itu lebih aktif.

3. Dapat mengelakkan penyakit kronik

Hormon berperanan penting untuk memastikan keremajaan dan kualiti kesihatan seseorang. Hormon juga adalah bahan kimia yang dihasilkan oleh kalenjar endokrin yang memiliki kesan tertentu kepada aktiviti organ lain dalam tubuh.
Terdapat pelbagai kajian yang menunjukkan kaitan antara ketidakseimbangan hormon dan kanser payudara.Walaubagaimanapun, ketidakseimbangan hormon boleh diatasi dengan menjaga pemakanan anda.
Oleh itu, hidangan makanan perlu diiringi protein, karbohidrat dan lemak yang seimbang. Antara amalan pemakanan yang boleh anda lakukan adalah makan ikan yang tinggi dengan lemak Omega-3 seperti salmon dan sardin, minum teh hijau yang tinggi anti-oksida, dan gunakan lemak sihat seperti minyak kelapa dan minyak kelapa sawit semasa memasak.

NAMA: HENG EE LIANNO MATRIK: 292139POSTING 10: KESIMPULAN KEPENTINGAN KESIHATAN DIRI PELAJAR UNIVERSITI Kesimp**annya, t...
04/12/2022

NAMA: HENG EE LIAN
NO MATRIK: 292139
POSTING 10: KESIMPULAN KEPENTINGAN KESIHATAN DIRI PELAJAR UNIVERSITI

Kesimp**annya, tubuh badan yang sihat dan mental yang bersemangat positif merupakan elemen penting bagi pelajar universiti untuk menjadi seorang yang lebih baik pada peringkat tersebut. Setiap pelajar universiti perlulah mementingkan isu-isu ini supaya dapat melahirkan tiang negara yang dapat mengembangkan negara kita. Pada peringkat universiti merupakan sesuatu peluang yang dapat menguatkan diri dan mengenalikan dunia yang lebih baik, jika pelajar tidak dapat tubuh badan yang sihat dan mental yang bersemangat positif dalam kehidupan, pelajar tersebut akan menghilangkan dan membazirkan masa terbaik dalam sepanjang hidup.
Masalah kesihatan mental pelajar semakin meningkat dari tahun ke tahun harus lebih disedari oleh orang ramai. Oleh itu, penjagaan kesihatan pelajar universiti perlu menjadi agenda dan keutamaan dalam hidup kita seharian. Para pihak yang berkepentingan perlulah mengambil tindakan yang disasarkan untuk membantu pelajar universiti yang menghadapi masalah kesihatan kerana kesihatan fizikal dan mental diri pelajar amat penting untuk menjamin kehidupan yang berkualiti. Sejajar dengan kata-kata hikmat, individu yang sihat akan mampu memberi sumbangan kepada kemakmuran negara selaras dengan slogan, “Rakyat Sihat Negara Sejahtera”.

NAMA : NUR FAQIHAH BINTI MOHD BAHARUDIN NO MATRIK : 292099POSTING 8 : PUNCA MASALAH MENTAL📍PUNCA PENYAKIT MENTAL📍📝 Penya...
04/12/2022

NAMA : NUR FAQIHAH BINTI MOHD BAHARUDIN
NO MATRIK : 292099
POSTING 8 : PUNCA MASALAH MENTAL

📍PUNCA PENYAKIT MENTAL📍

📝 Penyakit Kegelisahan

- Post Traumatic Stress Disorder (PTSD)
•Sebabnya masih tidak diketahui. Tetapi ia dipercayai bahawa apa anda lalui, lihat atau belajar tentang sebuah peristiwa yang melibatkan kematian yang sebenar atau ancaman, kecederaan yang serius atau perkosaan adalah antara faktor menyebabkan PTSD.

-Obsessive Compulsive Disorder (OCD)
• Punca sebenar penyakit OCD masih belum difahami, namun pengkaji berpendapat bahawa terdapat kawasan pada otak yang tidak memberikan respons yang normal kepada serotonin, iaitu sejenis bahan kimia yang dirembeskan oleh sel saraf untuk berkomunikasi antara satu sama lain di dalam otak. Faktor genetik juga boeh meningkatkan risiko penyakit OCD. Jika ibu bapa atau adik-beradik mengalami OCD, seseorang mempunyai peluang sehingga 25 peratus untuk mendapat penyakit ini.

📝Ayunan Mood

-Kemurungan
• Ada banyak punca kemurungan antaranya ialah perubahan kimia dalam otak iaitu berlaku ketidakseimbangan kimia (Neurotransmitter Serotonin dan Neropinephine). Selain itu, baka keturunan juga mempengaruhi faktor berlakunya kemurungan. Peristiwa lain yang boleh mencetuskan kemurungan termasuklah
penyalahgunaan dadah atau ketagihan arak, menghidapi penyakit
serius atau tinggal bersama dengan orang yang menghidap penyakit tersebut, kehilangan orang yang disayangi, atau individu yang baru melahirkan anak.

-Kecelaruan Bipolar
• Penyakit bipolar boleh berlaku kerana faktor genetik. Kajian menunjukkan seseorang yang mempunyai ibu bapa atau ahli keluarga yang mempunyai bipolar akan menjadi empat ke enam kali ganda lebih berisiko untuk mendapat penyakit ini.
Walaubagaimanapun ianya juga bergantung kepada faktor lain seperti faktor luaran. Ada juga penghidap bipolar yang tidak mempunyai ahli keluarga dengan masalah ini.

📝Kecelaruan Psikotik
-Schizophrenia

📝Kecelaruan Perkembangan

-Hyperactivity Disorder (ADHD)
• Walaupun penyebab sebenar ADHD masih tidak jelas, kajian yang terperinci masih lagi dijalankan. Namun, faktor-faktor yang mungkin terlibat dalam masalah ini termasuklah pengaruh genetik, persekitaran atau masalah semasa perkembangan. Masalah dengan sistem saraf otak semasa perkembangan seperti kelahiran pramatang dan lahir tidak cukup berat.

📝Kecelaruan Pemakanan

- Bulimia
• Tidak terdapat punca yang jelas mengapa gangguan ini berlaku. Namun, ada beberapa faktor yang mempengaruhi ia untuk berlaku. Ada sesetengah individu atau kelompok manusia yang berasa bahawa mereka perlu memenuhi kehendak atau jangkaan sosial seperti memiliki tubuh badan yang ramping yang melambangkan kecantikan. Selain itu, peranan media seperti media sosial turut mempengaruhi ramai individu untuk mengalami gangguan ini. Ada juga beberapa faktor lain yang turut mempengaruhi hal ini seperti isu berkaitan kemarahan, kemurungan dan kesempurnaan. Ada kajian yang menyatakan bahawa gangguan bulimia ini adalah satu gangguan yang diwarisi, dan ia juga boleh berlaku disebabkan kekurangan hormon serotonin dalam otak manusia

📝Kecelaruan Tingkah Laku

-Oppositional Defiant Disorder (ODD)
• faktor ibu yang merokok ketika hamil atau kekurangan nutrisi yang menyebabkan kecederaan di bahagian otak Selain itu faktor keluarga yang tidak harmoni juga dapat mempengaruhi berlakunya penyakit ini. Selain itu, faktor sosial disebabkan oleh kemiskinan atau tidak mempunyai rakan sebaya.

Sudah terang lagikan bersuluh bahawa masalah kesihatan mental adalah keperluan mendesak bagi remaja. Sebilangan besar masalah ini menunjukkan tanda-tanda yang konsisten di kalangan remaja dan dewasa. Rentetan itu, kesihatan mental seorang individu terutama di kalangan pelajar perlu dititikberatkan kerana ia merupakan isu penting yang memberi kesan terhadap kebajikan serta prestasi akademik secara keseluruhan.

Melalui hasil kajian yang dilakukan oleh seorang pensyarah, Prof. Madya Dr Mohd Zaid Mustafa, menyatakan bahawa pelajar wanita merupakan golongan yang mudah terdedah kepada stres dalam melaksanakan tanggungjawab dan peranan mereka di universiti. Walaupun tahap stress dalam kalangan sampel kejadian ini adalah sederhana, namun sewajarnya dilakukan usaha oleh pelbagai pihak universiti untuk mencegah dan memastikan tahap stres adalah dalam keadaan terkawal serta mampu menguruskan pembelajaran di universiti secara efektif.

"Prestasi akademik merupakan salah satu signal kepada produktiviti seseorang pelajar dan individu yang berproduktiviti tinggi adalah aset penting kepada pembangunan negara." (Shamsudin, S. & Chee Hong, K.T. (2016).

NAMA: NURUL FATIAH BINTI MOHD HAZANNO MATRIK: 292115CARA MEMPERLAKUKAN PELAJAR YANG MEMILIKI MASALAH MENTALPOSTING : 71️...
04/12/2022

NAMA: NURUL FATIAH BINTI MOHD HAZAN
NO MATRIK: 292115
CARA MEMPERLAKUKAN PELAJAR YANG MEMILIKI MASALAH MENTAL
POSTING : 7

1️⃣ HARGAI MEREKA

Terkadang, salah satu hal yang paling dibutuhkan oleh orang yang mengalami gangguan mental adalah didengar. Sayangnya, tidak semua orang mampu memahami dan menghargai mereka. Padahal, ketika mereka dihargai dan didengar, pikiran dan perasaan mereka akan lebih mudah membaik. Contohnya, hargailah mereka dengan pujian, ucapan yang menyenangkan hati dan perlakuan yang baik. Kesannya mereka akan merasakan diri mereka lebih dihargai.

2️⃣ JANGAN BERBOHONG

Anda mungkin pernah berasumsi bahwa seseorang yang memiliki ganguan mental bukanlah orang yang cerdas. Padahal, penyakit gangguan mental tidak ada hubungannya dengan tinkat kecerdasan seseorang. Jangan pernah berbohong kepada mereka, karena hal tersebut justru akan membuat mereka tidak akan percaya pada anda . Kebohongan anda kepada mereka dapat membuatkan kesihatan mental mereka semakin merosot. Hal ini kerana, mereka memiliki sifat curiga yang tinggi.

3️⃣ FAHAMI KEADAAN MEREKA

Mereka yang mengalami masalah mental hanya memerlukan orang disekitarnya memahami keadaan dirinya. Contohnya, keadaan emosi yang dialami oleh dirinya yang sering berubah-ubah. Fahamilah emosi mereka dengan sebaik mungkin dan jangan biarkan diri mereka keseorangan. Bukan itu sahaja, anda juga tidak seharusnya menjauhkan diri anda dengan mereka kerana hal itu akan menyebabkan mereka merasa tidak diperlukan dan dikhuatiri melakukan perkara yang boleh mencederakan diri mereka.

Nama: Charles Wan UluiNo Matrik: 292391POSTING 6⚠️Tanda-Tanda masalah kesihatan mental     dalam kalangan pelajar ⚠️1️⃣ ...
04/12/2022

Nama: Charles Wan Ului
No Matrik: 292391
POSTING 6

⚠️Tanda-Tanda masalah kesihatan mental dalam kalangan pelajar ⚠️

1️⃣ Perubahan drastik tingkah laku

Seseorang individu yang mengalami masalah mental akan menunjukkan gejala seperti hilang minat terhadap perkara yang biasa dilakukan, sering tidak hadir kelas dan prestasi akademik menurun. Contohnya, daripada seorang yang selalu ceria menjadi seorang yang pendiam dan murung. Selain itu, individu yang mengalami masalah mental juga akan bertindak agresif dan kasar, seperti bertindak memukul orang disekelilingnya ataupun diri sendiri.

2️⃣ Sukar mengawal emosi dan perasaan.

Terdapat banyak cara seseorang untuk mengekspresikan perasaan kepada orang lain. Namun, bagi individu yang mengalami masalah mental akan s**ar untuk mengawal emosi, seperti cepat marah akan hal yang remeh. Selain itu, individu juga menunjukkan perasaan sedih dan murung.

3️⃣ Mencederakan diri sendiri

Tindakan mencederakan diri sendiri bagi individu yang mengalami masalah kesihatan mental merupakan salah satu tindakan yang mungkin dilakukan bagi mencari kelegaan daripada tekanan yang terpendam, sebagai satu cara untuk mengalih perhatian atau melarikan diri daripada perasaan yang menyakitkan. Sesetengahnya mungkin tidak dapat menanggung emosi yang terlalu berat akibat situasi yang menekan dan berasa mereka tiada pilihan lain.

4️⃣ Mengasingkan diri daripada orang lain

Tindakan mengisolasikan diri daripada masyarakat sekeliling merupakan salah tanda individu mengalami masalah kesihatan mental. Individu tersebut menarik diri daripada rakan atau keluarga, tidak lagi mengambil bahagian dalam perkara atau aktiviti kegemaran mereka. Hal ini menunjukkan mereka mengalami tanda tanda kemurungan.

NAMA: ATIRAH NUR NAJWA BINTI MUHAMMADNO. MATRIK: 292497POSTING 5: PUNCA MASALAH MENTAL DALAM KALANGAN PELAJAR ADALAH KUR...
04/12/2022

NAMA: ATIRAH NUR NAJWA BINTI MUHAMMAD
NO. MATRIK: 292497
POSTING 5: PUNCA MASALAH MENTAL DALAM KALANGAN PELAJAR ADALAH KURANGNYA PERHATIAN DARIPADA IBU BAPA

Dewasa ini, ramai dalam kalangan ibu bapa mahupun penjaga yang terlalu sibuk sehingga tidak sedar mereka telah mengabaika anak dan keluarga. Ramai pelajar yang dari kecil tidak diberi peluang dalam keluarga untuk berkomunikasi dengan berkesan atau meluahkan perasaan mereka. Manakala ibu bapa p**a tiada kemahiran dalam mendidik anak-anak apabila masa yang diluangkan Bersama anak-anak berkurangan disebabkan faktor kerjaya. Mereka cenderung untuk merasa terabai apabila ibu bapa terlalu sibuk dengan pekerjaan. Perasaan terabai, kurang kasih saying dan perhatian akan membawa kepada masalah kesihatan mental mereka.

Harus diingat bahawa peranan ibu bapa selain membesarkan dan menyediakan tempat tinggal serta keperluan asas, adalah untuk menyantuni emosi dan perasaan anak-anak. Konsep komunikasi terbaik antara ibu bapa dan anak-anak ialah secara menyeluruh bukan sahaja menyantuni emosi ana-anak melalui pemantauan fizikal dan emosi tetapi seharusnya lebih banyak masa perlu diluangkan bersama.

Dengan cara ini, anak-anak tidak akan berasa kekok untuk berkongsi apa sahaja masalah yang dihadapi kerana cabaran hidup pada harini amat berbeza dengan cabaran hidup dahulu. Jika perasaan itu tidak diluahkan, kita bimbang lama kelamaan ianya semakin tidak dapat dikawal sehingga mencetuskan ketegangan atau bebanan yang membawa kepada tingkah laku yang kurang menyenangkan.

Address

UUM
Sintok

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Penghayatan Etika dan Peradaban D Group 8 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share