Living Campus Universiti Utara Malaysia

Living Campus Universiti Utara Malaysia Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Living Campus Universiti Utara Malaysia, College & University, Universiti Utara, Sintok.

The Living Campus Project is a UUM-level project that will outline strategic plans for green and sustainable development for the purpose of making UUM a national driver institution in Green development and sustainability.

Festival Tradisi pacu pelancongan baharu ChangloonCHANGLOON, 23 Jun – Penganjuran Festival Tradisi secara tahunan di Kam...
23/06/2025

Festival Tradisi pacu pelancongan baharu Changloon

CHANGLOON, 23 Jun – Penganjuran Festival Tradisi secara tahunan di Kampung Tradisi adalah selaras dengan inisiatif Transformasi Pelancongan di bawah Projek Transformasi Changloon (CTP) iaitu menawarkan produk pelancongan baharu kepada pengunjung.

Pengarah Pusat Pengujian, Pengukuran dan Penilaian (CeTMA) Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Madya Dr. Masnita Misiran berkata, festival tersebut mempunyai keunikan dan kekuatan tersendiri untuk dijadikan salah satu tarikan pelancong ke Changloon.

“Di bawah Transformasi Pelancongan yang dirangka untuk CTP, Festival Tradisi mengintegrasikan elemen akademik, budaya, keusahawanan dan kerohanian untuk menjadi agen perubahan komuniti menerusi pendidikan yang transformatif dan bersifat holistik.

"Penganjuran pertama festival melibatkan kerjasama UUM dan komuniti pada 13-14 Jun lalu di Dataran Kampung Tradisi. Kita dapati, Festival Tradisi mampu memacu pembangunan sosioekonomi masyarakat Changloon melalui penganjuran acara berasaskan komuniti,”katanya.

Penganjuran program rintis Festival Tradisi oleh Pusat Pengajian Pengurusan Pelancongan, Hospitaliti dan Acara (STHEM), Event Management Training, Research, Activities and Consultancy (EMTRAC), CeTMA dan komuniti Kampung Tradisi, berjaya menarik ramai pengunjung untuk mengikuti pelbagai program yang disediakan.

Antara segmen menarik yang disediakan adalah sukan rakyat, demonstrasi masakan tradisional, pertandingan pakaian tradisional, program kitar semula, Pertandingan Master Chef Warisan Kubang Pasu dan pelbagai acara menarik lain.

Festival turut menggabungkan elemen keusahawanan dengan menyediakan pusat jualan dan pameran produk Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang membolehkan pengusaha menawarkan produk IKS Changloon kepada pengunjung.

Acara kemuncak pada sebelah malam adalah penganjuran Kubang Pasu Berselawat dengan tema solidariti kepada Palestin yang mendapat sokongan dan penajaan Pusat Islam UUM.

Menurut salah seorang pengunjung, Muhammad Sollehudin Md Nadzir, penganjuran Festival Tradisi disambut baik oleh komuniti Changloon kerana bermatlamat meningkatkan sosioekonomi penduduk.

“Sebagai warga komuniti Changloon, saya benar-benar teruja melihat kejayaan penganjuran Festival Tradisi yang boleh dijadikan salah satu produk pelancongan kepada daerah ini. Seperti kita tahu, Changloon merupakan salah satu laluan pintu masuk ke Thailand dan ini membuka pelbagai peluang dalam bidang pelancongan tempatan,” jelas beliau.

Azizah Ibrahim p**a berkata, Festival Tradisi merupakan satu wadah kepada usaha pemberdayaan komuniti melalui kerjasama strategik dengan institusi pendidikan tinggi yang sangat wajar disokong sepenuhnya.

“Bagi penduduk Changloon, penganjuran festival ini memberi nilai ekonomi kepada komuniti selain dapat memupuk semangat muafakat dan pada masa memperkukuhkan jati diri warisan budaya tempatan.

"Saya mengikuti pelbagai acara sepanjang berlangsung festival dan saya pasti, penganjur akan sentiasa menambah baik perjalanan program supaya ia dapat diangkat sebagai produk pelancongan Changloon,” katanya.

Bagi Siti Nazirah Md Nadzir p**a, beliau teruja melihat kepelbagaian produk IKS yang dipamer dan dijual ketika Festival Tradisi 2025 yang memperlihatkan potensi IKS di daerah Changloon.

Selain itu, penganjuran festival ini memenuhi Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) antarabangsa iaitu menyediakan pendidikan berkualiti, menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan penyediaan peluang pekerjaan dan pembinaan komuniti mampan.

Ia juga menepati SDGs

Akuaponik sesuai diperluas untuk projek pembangunan komuniti ChangloonNasional  Dicipta: 12 Jun 2025 07:00 AMSINTOK, 12 ...
15/06/2025

Akuaponik sesuai diperluas untuk projek pembangunan komuniti Changloon
Nasional Dicipta: 12 Jun 2025 07:00 AM

SINTOK, 12 Jun – Projek Pembangunan Ekonomi Komuniti Akuaponik (PEKA) dikenal pasti sebagai salah satu program berimpak tinggi yang sesuai diperluaskan kepada komuniti di bawah inisiatif Projek Transformasi Changloon (CTP) yang bermatlamat meningkatkan sosioekonomi komuniti.

Ketua PEKA, Prof. Madya Dr. Mohamad Farizal Rajemi berkata, projek rintis melibatkan 30 keluarga di Changloon mendapati, penggunaan sistem akuaponik yang lestari dapat menghasilkan pendapatan tambahan kepada peserta sehingga RM500 sebulan.

Dalam dunia yang semakin mencabar dengan isu perubahan iklim dan keterjaminan makanan, akuaponik muncul sebagai salah satu penyelesaian pertanian moden cekap, mampan dan menguntungkan pengusaha.

Akuaponik adalah kaedah pertanian lestari menggabungkan akuakultur (penternakan ikan) dan hidroponik (penanaman tumbuhan tanpa tanah) dalam satu ekosistem tertutup.

Sisa buangan ikan akan menjadi baja semula jadi untuk tanaman, manakala tanaman p**a membersihkan air untuk ikan.

“PEKA memperkenalkan sistem pertanian organik moden yang sangat inovatif menggunakan kaedah akuaponik kepada komuniti. Teknologi, sistem automasi dan pemantauan secara masa nyata menggunakan Internet Benda (IoT) bagi projek ini dapat memaksimakan penggunaan sumber terhad tetapi mampu mengeluarkan hasil yang tinggi. Dengan gabungan teknologi dan sistem akuaponik, peserta bukan sahaja boleh menternak ikan tetapi turut mengusahakan penanaman sayur-sayuran organik bagi menjana pendapatan,” jelas Dr. Mohamad Farizal.

Beliau merupakan salah satu penyelidik Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi dan Logistik (STML) yang berjaya menghasilkan produk akuaponik dikenali sebagai “Ezee DIY Aquaponics Automation System” (EDAAS) sempena Kovensyen Inovasi Sosial (KIS) 2024 dengan menggabungkan akuakultur dan hidroponik.

Projek rintis yang dilaksana, melibatkan 30 buah keluarga dari Kampung Tradisi dan Felda Batu 8 di Changlun dengan matlamat menambah pendapatan isi rumah, mengurangkan kebergantungan kepada satu sumber pendapatan dan memanfaatkan akuaponik untuk menghasilkan sumber makanan.

“Selain itu, pembangunan sistem pertanian organik moden ini atau akuaponik didapati berupaya memperkasa sesebuah komuniti, membawa faedah kepada kesihatan apabila hasil sayur dan ikan adalah lebih segar dan berkhasiat. Ia juga dapat membuka peluang pendidikan kepada komuniti melibatkan belia untuk mendalami bidang pertanian moden serta mengeratkan kerjasama dalam komuniti,”jelas beliau lagi.

Teknologi akuaponik yang digunakan mudah diselenggara dan tidak memerlukan pemantauan sepenuh masa menjadikannya sebagai teknologi yang mudah dikendali dengan pengetahuan teknikal minimum.

Pasukan penyelidik bagi projek PEKA yakin bahawa teknologi akuaponik yang sangat mudah ini dapat menjadi pemangkin kepada komuniti melibatkan diri dalam sektor ini dan seterusnya bersama-sama menjayakan agenda CTP.

Ia juga berpotensi menjadi bidang yang mampu mewujudkan peluang pekerjaan baharu kepada golongan sasaran hasil kerjasama strategik rakan industri seperti Majlis Perbandaran Kulim, UUM Leads dan Jabatan Perikanan Malaysia.

Paling utama, pelaksanaan projek komuniti ini selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) iaitu penghapusan kemiskinan, kelaparan sifar, tindakan iklim dan kehidupan bawah air.

UUM melancarkan CTP pada Januari 2025 bagi membantu meningkatkan pembangunan sosioekonomi penduduk bandar ini dan memperkasa komuniti menjadi Komuniti Berpengetahuan serta memiliki pemikiran yang progresif.

Bagi mencapai matlamat, empat bidang diberi tumpuan iaitu Transformasi Sisa, Transformasi Pengetahuan, Transformasi Pelancongan dan Transformasi Sosial melalui kerjasama strategik UUM, kerajaan, pihak berkuasa tempatan (PBT), masyarakat setempat, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan rakan industri.

Pelaksanaan program kepada komuniti di Changlun dibuat berdasarkan strategi-strategi yang telah digariskan dalam tempoh 10 tahun mengikut perancangan strategik CTP.

Pemindahan teknologi pertanian moden bawah Projek Transformasi ChanglunNasional  Dicipta: 04 Jun 2025 03:10 PMCHANGLUN, ...
15/06/2025

Pemindahan teknologi pertanian moden bawah Projek Transformasi Changlun
Nasional Dicipta: 04 Jun 2025 03:10 PM

CHANGLUN, 4 Jun – Pelaksanaan penanaman fertigasi cili dipilih sebagai salah satu program di bawah Projek Transformasi Changlun (CTP) adalah kerana ia mampu meningkatkan pendapatan kepada peserta dan merupakan inisiatif perusahaan sosial yang berimpak tinggi.

Menurut Ketua Projek Pembangunan Komuniti Pertanian Moden (D’MAC), Dr. Rozana Samah, jika penanaman fertigasi cili dilaksanakan secara meluas, projek tersebut dapat menyumbang kepada keterjaminan makanan negara.

“Sehingga kini, kami telah berjaya melakukan pemindahan teknologi pertanian moden berkaitan kaedah fertigasi untuk penanaman cili kepada 20 peserta dari Mukim Temin dan Mukim Sungai Laka di Kubang Pasu. Setiap peserta menerima sistem fertigasi lengkap untuk 300 polibeg tanaman cili sebagai program rintis. Projek tersebut didapati telah stabil dan mengeluarkan hasil memberangsangkan. Ini merupakan salah satu projek yang diintegrasi di bawah CTP bagi tujuan meningkatkan pembangunan sosioekonomi komuniti di Changlun. Projek ini adalah hasil kerjasama Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Kementerian Kewangan (M*F) dikenali sebagai D’MAC yang bermatlamat meningkatkan kesejahteraan hidup masyarakat luar bandar melalui teknologi pertanian moden,”jelas beliau.

Selain pemindahan teknologi pertanian moden kepada kump**an sasaran, pembangunan komuniti turut melibatkan pemindahan ilmu pengurusan kewangan dan pengurusan pemasaran digital.

“Jadi, projek ini sangat relevan untuk CTP kerana berlaku pemindahan ilmu yang komprehensif yang mampu diamalkan oleh peserta dan komuniti yang sekaligus dapat memastikan kelangsungan projek selain mencapai objektif membina komuniti pertanian moden di Changlun. Secara keseluruhan, projek ini membawa impak positif kepada komuniti, industri, kerajaan dan akademik. Paling utama, ia selaras dengan Sustainable Development Goals (SDGs) iaitu penghapusan kemiskinan, menangani masalah kekurangan makanan dan mewujudkan peluang pekerjaan serta menggalakkan pertumbuhan ekonomi,”katanya lagi.

Jelas Dr. Rozana, antara kelebihan kaedah penanaman fertigasi adalah pengurangan kos operasi, menjimatkan masa dan mengurangkan penggunaan tenaga kerja.

Ia juga meningkatkan kualiti produk dan produktiviti menerusi penggunaan sistematik sistem pengairan serta baja yang menambahbaik keberkesanan dari segi pengeluaran hasil serta keuntungan kepada peserta.

“Jika peserta berjaya menguruskan 300 polibeg tanaman cili, ia dapat menjana pendapatan sekitar RM750 sebulan. Selain itu, kaedah ini tidak memerlukan tanah yang luas selain penggunaan air yang jimat menggunakan peranti automatik mengawal air. Projek fertigasi sangat pop**ar ketika ini kerana ia adalah amalan pertanian moden yang selari dengan National Agrofood Policy (DAN 2.0) yang fokus kepada usaha membangunkan sektor pertanian menjadi lebih moden untuk meningkatkan keselamatan makanan negara,” jelas Dr. Rozana.

Projek ini turut disertai oleh Ketua Program Perusahaan Sosial M*F-UUM, Prof. Dr. Mukaramah Harun, penyelidik Institut Dasar Ekonomi dan Kewangan (EcoFI), Prof. Madya Dr. Roslina Kamaruddin serta pasukan penyelidik Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan (SEFB) iaitu Dr. Sabariah Nordin, Dr. Juhaida Abu Bakar dan Dr. Hartinee Abbas.

Bagi memastikan projek itu dipantau secara komprehensif, penyelidik Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan (SBM), Ts. Dr. Mathivannan Jagathanan turut berkongsi kepakaran beliau di samping kerjasama strategik industri iaitu AMM Agrofarm.

CTP yang dilancarkan pada Januari 2025 bermatlamat memperkasa komuniti menjadi Komuniti Berpengetahuan serta memiliki pemikiran progresif.

Pelaksanaan program kepada komuniti di Changlun dibuat berdasarkan strategi-strategi yang telah digariskan dalam tempoh 10 tahun mengikut perancangan strategik CTP.

Bagi tahun pertama hingga lima, rangka kerja CTP memberi tumpuan kepada usaha membina asas yang fokus kepada pemerkasaan pendidikan, keterlibatan komuniti dan merintis pelbagai projek transformasi.

Manakala, bagi tahun keenam hingga sepuluh p**a, CTP akan berusaha memanfaatkan asas-asas yang telah dibina untuk mengintegrasikan sepenuhnya teknologi moden dan amalan lestari dalam kalangan komuniti Changlun.

Program rintis bantu murid sekolah kuasai kemahiran bertutur dengan yakinNasional  Dicipta: 14 Jun 2025 08:49 PMProgram ...
15/06/2025

Program rintis bantu murid sekolah kuasai kemahiran bertutur dengan yakin
Nasional Dicipta: 14 Jun 2025 08:49 PM

Program rintis ini bertujuan membantu murid-murid membina keyakinan diri dalam pengucapan awam dan penggunaan betul teknologi digital / Foto UUM
CHANGLOON, 14 Jun – Program rintis anjuran Changlun Youth Leadership Club (CYLC) bermatlamat mendidik murid sekolah menguasai -kemahiran bertutur dengan yakin dan teratur, berpotensi untuk diperluas kepada lebih ramai peserta selari dengan insiatif Projek Transformasi Changloon (CTP) dilancarkan Januari lalu oleh Universiti Utara Malaysia (UUM).

Pengasas Projek, Prof. Madya Dr. Sabrina Mohd Rashid dari Program Teknologi Media Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi (SMMTC) berkata, peserta yang menyertai program rintis memberi maklum balas memberangsangkan selepas mengikuti 2 modul latihan dari 6 modul.

“Modul tersebut bertujuan membina keyakinan diri kepada murid-murid sekolah berusia 10-12 tahun dari sekitar Changloon untuk berucap di hadapan orang ramai. Program ini dibuat secara rintis bagi kami menilai keberkesanan dan membolehkan penambahbaikan terhadap modul-modul yang digunakan. Selain bercakap dengan lebih yakin, peserta turut dilatih menggunakan platform digital dengan selamat, beretika dan positif.

“Buat permulaan, kami hanya mengendalikan kump**an kecil peserta untuk melihat kesesuaian pengisian program ini kepada murid sekolah. Dan, selepas dua sesi latihan dibuat, kami mendapati peserta memberi maklum balas yang sangat positif kepada modul latihan. Peserta mampu berucap dengan teratur, bersemangat dan yakin dalam pelbagai situasi. Kami turut memasukkan elemen media secara kreatif dan selamat untuk peserta memahami potensi teknologi digital,” jelas beliau.

Sesi pada hari ini melibatkan aktiviti penceritaan menggunakan gaya podcast yang dapat meningkatkan minat peserta untuk menguasai bidang pengucapan awam.

Pemindahan pengetahuan kepada komuniti ini merupakan salah satu mekanisme bagi membolehkan inisiatif CTP mencapai matlamatnya.

CTP yang dilancarkan pada Januari 2025 bertujuan memperkasa komuniti menjadi Komuniti Berpengetahuan serta memiliki pemikiran progresif di pelbagai peringkat usia.

Pelaksanaan program kepada komuniti di Changloon dibuat berdasarkan strategi-strategi yang telah digariskan dalam tempoh 10 tahun mengikut perancangan strategik CTP.

Bagi tahun pertama hingga lima, rangka kerja CTP memberi tumpuan kepada usaha membina asas yang fokus kepada pemerkasaan pendidikan, keterlibatan komuniti dan merintis pelbagai projek transformasi.

Manakala, bagi tahun keenam hingga sepuluh p**a, CTP akan berusaha memanfaatkan asas-asas yang telah dibina untuk mengintegrasikan sepenuhnya teknologi moden dan amalan lestari dalam kalangan komuniti Changloon.

https://berita.rtm.gov.my/nasional/senarai-berita-nasional/senarai-artikel/program-rintis-bantu-murid-sekolah-kuasai-kemahiran-bertutur-dengan-yakin

♻️ UUM EIdaman DTRC: Impact Update Until End 2024! ♻️🚀 Total Earnings: RM44,738📦 Total Recyclables Collected: 71,142 kg🏆...
04/02/2025

♻️ UUM EIdaman DTRC: Impact Update Until End 2024! ♻️

🚀 Total Earnings: RM44,738
📦 Total Recyclables Collected: 71,142 kg
🏆 Highest Earner: RM791
📅 Top Collection Months: March & August 2024

Your contributions make a difference! Let’s keep building a greener, sustainable UUM together. 🌍💚

09/01/2025
Our Drive-Thru Recycle Centre (DTRC) at UUM has been a huge success! ♻️From April 2023 to August 2024, we’ve saved:* 58,...
12/09/2024

Our Drive-Thru Recycle Centre (DTRC) at UUM has been a huge success! ♻️

From April 2023 to August 2024, we’ve saved:
* 58,133 kg of waste from landfills
* RM35,047 returned to recyclers
* 349 trees, 3256 gallons of oil, 34,241 hours of electricity, and 30.781 million gallons of water estimated saved annually.

Let’s keep recycling and make a difference together! 🌱🌎

Sukacita dimaklumkan Pusat Pengujian, Pengukuran dan Penilaian (CeTMA) akan mengadakan sesi perkongsian “Speak Up For Na...
20/08/2024

Sukacita dimaklumkan Pusat Pengujian, Pengukuran dan Penilaian (CeTMA) akan mengadakan sesi perkongsian “Speak Up For Nature-Mitigation Of Climate Change Impact Through Modern Farming” yang akan berlangsung seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 21 Ogos 2024 (Rabu)
Masa : 10.00 pagi – 11.00 pagi
Platform : Webex
Pautan Webex : https://uum.webex.com/uum/j.php?MTID=m5129128c870fcead1f5f1b48f2c6dbe0
Meeting number : 2640 403 9956
Password : CetMA2024

Sekian, terima kasih.

🎉🚀 What an Incredible 1st Anniversary! 🌱💰 Let's dive into the amazing journey we've embarked on with UUM EIdaman DTRC fr...
20/05/2024

🎉🚀 What an Incredible 1st Anniversary! 🌱💰 Let's dive into the amazing journey we've embarked on with UUM EIdaman DTRC from April 2023 to April 2024. The results are nothing short of phenomenal:

👉 Over the past year, our UUM EIdaman DTRC Centre has saved an incredible 42,651 kg of recyclable items from clogging our precious landfills, and we've rewarded our dedicated recyclers with RM25,623! Your efforts are not just making the earth greener but also enriching your pockets!

🌳🛢️💡🚿 And that's not all! Your passion for recycling has led to monumental savings:

256 trees continue to purify our air because of you.
2,388 gallons of oil were not consumed, thanks to your recycling efforts.
25,122 hours of electricity have been saved, lighting up lives more sustainably.
An astonishing 22.584 million gallons of water have been conserved, protecting our most precious resource.

🌟 You are the true eco-heroes, making a significant impact on our planet. Let's keep this momentum going and aim even higher! Your contributions are not just numbers; they're a testament to what we can achieve together for a healthier, happier earth.

💪🌍 Spread the word, inspire others, and let's make recycling a way of life. The more we do, the more we save, and the greater the rewards! Together, we're not just recycling; we're redefining the future.

UUM tuan rumah Mesyuarat Projek Transnasional Perubahan Iklim Erasmus+Oleh Dr. Mohamad Farhan Mohamad Mohsin/UUM TodaySI...
08/05/2024

UUM tuan rumah Mesyuarat Projek Transnasional Perubahan Iklim Erasmus+
Oleh Dr. Mohamad Farhan Mohamad Mohsin/UUM Today

SINTOK, 6 Mei – Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menjadi tuan rumah bagi Mesyuarat Projek Transnasional kali kelima bagi geran penyelidikan antarabangsa Erasmus+ Pembangunan Kurikulum Polisi dan Undang-undang Perubahan Iklim (CCP-LAW) bermula 23 hingga 25 April lalu.

https://uumtoday.com/news/uum-tuan-rumah-mesyuarat-projek-transnasional-perubahan-iklim-erasmus/

Inisiatif UUM...
18/03/2024

Inisiatif UUM...

Kick Off 2024 with a Bang! 🌱💰 Let's dive into the incredible journey we've embarked on with EIdaman DTRC! Since April 20...
11/03/2024

Kick Off 2024 with a Bang! 🌱💰 Let's dive into the incredible journey we've embarked on with EIdaman DTRC! Since April 2023, you've all been phenomenal, contributing to a greener planet and embracing recycling like never before. Here's the scoop:

👉 This year, we've already turned 8,396kg of recyclable items into treasure, rewarding our eco-warriors with a whopping RM3,901!

🔥 Total Triumph: From the start, we've kept 35,743 kg of waste from clogging our precious landfills and rewarded our dedicated recyclers with RM20,751! Your efforts are not just making the earth greener but also enriching your pockets!

🌳🛢️💡🚿 And that's not all! Your passion for recycling has led to monumental savings:

- 214 trees continue to purify our air because of you.
- 2,002 gallons of oil were not consumed, thanks to your recycling efforts.
- 21,053 hours of electricity have been saved, lighting up lives more sustainably.
- An astonishing 18.9 million gallons of water have been conserved, protecting our most precious resource.

🌟 You are the true eco-heroes, making a significant impact on our planet. Let's keep this momentum going and aim even higher for the rest of 2024! Your contributions are not just numbers; they're a testament to what we can achieve together for a healthier, happier earth.

💪🌍 Spread the word, inspire others, and let's make recycling a way of life. The more we do, the more we save, and the greater the rewards! Together, we're not just recycling; we're redefining the future.

Address

Universiti Utara
Sintok
06010

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+6049284985

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Living Campus Universiti Utara Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Living Campus Universiti Utara Malaysia:

Share