School of Multimedia Technology & Communication UUM Official FB

Call Directions Website

School of Multimedia Technology & Communication UUM Official FB School of Multimedia Technology & Communication (SMMTC), Universiti Utara Malaysia (UUM) was formed t

UUM DAN KERAJAAN SARAWAK RINTIS KERJASAMA STRATEGIK BIDANG KOMUNIKASI DI I-COME’26Berita dan gambar oleh: Dr. Mohamad Ha...
22/09/2026

UUM DAN KERAJAAN SARAWAK RINTIS KERJASAMA STRATEGIK BIDANG KOMUNIKASI DI I-COME’26

Berita dan gambar oleh: Dr. Mohamad Hafifi Bin Jamri

Kuching, 11-12 Sept. 2026 - Universiti Utara Malaysia (UUM) menerusi Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi (SMMTC) merintis kerjasama strategik bersama Kerajaan Sarawak bersempena dengan 10th International Conference on Communication and Media (COME’26) yang berlangsung di Borneo Cultures Museum, Kuching, Sarawak.

Kerjasama ini dimeterai menerusi penyerahan Surat Hasrat (LoI) oleh Naib Canselor UUM, Prof. Dr. Ahmad Martadha Mohamed kepada Pengarah Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), En. Awang Putrayusrie Awang Redzuan, dengan disaksikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Yang Berhormat Datuk Abdullah Saidol.

Ketika merasmikan i-COME’26, Datuk Abdullah Saidol menegaskan kepentingan kecekapan digital dan literasi maklumat bagi memelihara keharmonian sosial di tengah-tengah kebangkitan teknologi kecerdasan buatan (AI). Beliau turut menyarankan agar setiap projek pembangunan negara dilengkapi pelan induk komunikasi awam bagi memastikan maklumat dasar kerajaan disampaikan secara berkesan kepada masyarakat.

Prof. Dr. Ahmad Martadha dalam ucapan aluannya menyatakan bahawa jalinan UUM bersama UKAS akan membuka ruang perkongsian kepakaran, pertukaran idea serta perancangan inisiatif bersama yang memberi manfaat langsung kepada pembangunan komuniti dan akademik. Beliau turut menyatakan kesediaan UUM untuk menawarkan program-program pasca siswazah secara pesisir kepada agensi awam di Sarawak.

Mengangkat tema "Navigating Global Communication through Digital Competence for a Sustainable Future", persidangan dwitahunan anjuran SMMTC UUM ini menghimpunkan kira-kira 130 peserta dari kalangan akademik dan industri tempatan serta antarabangsa. Sebanyak 73 kertas persidangan dibentangkan, dengan fokus utama diberikan kepada cabaran teknologi digital, etika komunikasi digital, isu sosial siber dan aplikasi AI dalam komunikasi sepanjang dua hari persidangan tersebut.

Menurut Dr. Jamilah Jamal selaku Pengarah i-COME’26, persidangan kali turut menampilkan tokoh SDG tersohor iaitu Prof. Jeffrey Sachs, Presiden UN Sustainable Development Solutions Network menyampaikan Ucaptama. Manakala Datuk Ashwad Ismail, Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia dan Tuan Syed Mohammed Idid Syed Ahmed Idid, Pengurus Besar West Coast Expressway Holdings Bhd. p**a telah menyampaikan Pembentangan Utama.

PELAJAR KOMUNIKASI SMMTC DALAMI PERANAN KEDUTAAN MALAYSIA DI BANGKOKBerita dan gambar oleh: Nur Atikah HasrilBangkok - S...
22/09/2026

PELAJAR KOMUNIKASI SMMTC DALAMI PERANAN KEDUTAAN MALAYSIA DI BANGKOK

Berita dan gambar oleh: Nur Atikah Hasril

Bangkok - Seramai 10 pelajar Komunikasi, Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi (SMMTC) memperoleh pendedahan mengenai fungsi diplomatik dan peranan perwakilan negara menerusi sesi dialog bersama Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok sempena program Global Academic and Volunteer Trips: Thailand 2026 (GO-THAI’26).

Sesi dialog yang diketuai Timbalan Ketua Misi, Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok, Ahmad Phadil Mohamed Ismail yang memfokuskan peranan kedutaan dalam menjaga kepentingan negara dan kebajikan rakyat Malaysia di luar negara, selain menjadi penghubung dalam memperkukuh hubungan dua hala antara Malaysia dan Thailand.

Ahmad Phadil berkata, fungsi sesebuah kedutaan tidak hanya tertumpu kepada urusan konsular atau membantu rakyat Malaysia ketika berhadapan kecemasan, sebaliknya turut merangkumi aspek diplomasi serta hubungan dalam bidang ekonomi, pendidikan, sosial dan kebudayaan.

Beliau turut menyeru pelajar universiti yang melaksanakan program mobiliti dan aktiviti di luar negara agar mengambil peluang mengadakan lawatan ke Kedutaan Malaysia di negara yang dikunjungi.

“Lawatan ke kedutaan dapat memberi pendedahan secara langsung kepada pelajar mengenai fungsi dan peranan perwakilan Malaysia di luar negara, selain membantu mereka memahami bagaimana hubungan antara Malaysia dengan negara berkenaan diperkukuhkan melalui saluran diplomatik,” katanya.

Dalam sesi tersebut, delegasi GO-THAI’26 turut diberikan penerangan mengenai aspek keselamatan rakyat Malaysia ketika berada di luar negara termasuk kepentingan mendaftarkan keberadaan melalui e-Konsular serta memuat turun aplikasi MyWorldAlert bagi memperoleh maklumat dan amaran keselamatan semasa berada di negara asing.

Sementara itu, Pensyarah Pengiring GO-THAI’26, Dr. Mohd Zuwairi Mat Saad berkata, pendedahan tersebut penting khususnya kepada pelajar bidang komunikasi kerana membolehkan mereka memahami fungsi komunikasi dalam konteks diplomasi dan hubungan antarabangsa melalui pengalaman sebenar di lapangan.

Menurutnya, program mobiliti antarabangsa seperti GO-THAI’26 bukan sahaja memberi peluang kepada pelajar meneroka budaya, industri dan persekitaran pembelajaran di negara lain, malah membuka ruang untuk mereka mengenal pasti peluang pembangunan kerjaya pada masa hadapan.

“Program ini membantu pelajar memahami persekitaran komunikasi dan profesional dalam konteks antarabangsa. Pada masa yang sama, mereka dapat meneroka peluang untuk menjalani latihan industri di luar negara, khususnya di Thailand, sekali gus memperluas pengalaman dan jaringan profesional mereka,” katanya.

GO-THAI’26 yang berlangsung dari 15 hingga 26 September 2026 diketuai Pengarah Program, Nur Atikah Hasril dengan kerjasama SMMTC dan Persatuan Komunikasi (PERKOM) UUM.

Program mobiliti antarabangsa itu menggabungkan elemen akademik, industri, kesukarelawanan, jaringan antarabangsa dan pembelajaran silang budaya bagi memberi pengalaman pembelajaran di luar bilik kuliah kepada peserta.

Sepanjang program, delegasi dijadual mengadakan lawatan ke dua organisasi media utama di Thailand bagi mendapatkan pendedahan mengenai operasi serta perkembangan industri media dan penyiaran negara itu.

Delegasi turut melaksanakan aktiviti promosi UUM di sekolah, program tanggungjawab sosial korporat (CSR) bersama komuniti Muslim serta aktiviti kemasyarakatan di beberapa lokasi termasuk Suphan Buri, Kanchanaburi dan Bangkok.

Selain itu, delegasi GO-THAI’26 akan mengadakan program bersama Thaksin University, Songkhla Campus sebagai sebahagian daripada usaha memperluas jaringan akademik dan hubungan antara pelajar kedua-dua negara.

Penganjuran GO-THAI’26 diharap dapat memperkukuhkan kompetensi komunikasi antara budaya, kepimpinan dan kemahiran profesional pelajar, di samping meningkatkan keterlihatan UUM melalui jaringan bersama institusi pendidikan, industri dan komuniti antarabangsa.

Prof. Dr. Norhafezah Yusof daripada Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi (SMMTC) menjadi moderator Forum ...
22/09/2026

Prof. Dr. Norhafezah Yusof daripada Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi (SMMTC) menjadi moderator Forum KOMPaS-PESAN bertajuk “Menangani Keciciran Murid: Di manakah Kita?” yang diadakan sempena Persidangan Kerja Sosial Kebangsaan (PESAN3 2026) di EDC-UUM, baru-baru ini.

Forum tersebut menghimpunkan panel daripada pelbagai sektor bagi membincangkan isu keciciran murid secara lebih menyeluruh, meliputi faktor motivasi, sokongan keluarga, penghargaan kendiri, persekitaran sosial, kesihatan, ekonomi serta pengangkutan.

Perbincangan yang dipandu oleh Prof. Dr. Norhafezah turut mengetengahkan keperluan pendekatan kolaboratif pentahelix melibatkan sekolah, keluarga, agensi kerajaan, institusi pengajian tinggi, komuniti dan sektor korporat dalam mengenal pasti murid berisiko lebih awal serta menyediakan intervensi bersesuaian.

Antara usaha yang diketengahkan ialah ziarah cakna, peranan aktif role model melalui Duta KoMPaS, penggunaan modul intervensi komunikasi strategik i-MOVE sebagai pelengkap kepada intervensi sedia ada di sekolah serta pewujudan pekerja sosial sekolah.

Forum turut membincangkan cabaran memastikan intervensi yang dilaksanakan benar-benar berkesan dan mampu membantu murid kekal dalam sistem pendidikan, di samping kepentingan pembiayaan dan kerjasama strategik pelbagai pihak bagi menjamin kelangsungan intervensi KoMPaS.
|
Para panel turut menyokong peluasan inisiatif KoMPaS dan modul i-MOVE ke seluruh negeri Kedah serta berpotensi diperluaskan ke peringkat nasional, selain menyarankan agar profesion Pekerja Sosial Sekolah (School Social Worker) diwujudkan secara rasmi di sekolah-sekolah Malaysia bagi menangani isu murid berisiko tercicir, khususnya dalam konteks cabaran kesihatan mental yang semakin kompleks.

Forum ini selari dengan tema PESAN 3 2026, “Peranan Kerja Sosial dalam Memupuk Harmoni, Kelestarian dan Kohesi Sosial”, khususnya dalam memperkukuhkan sokongan kepada golongan murid yang berisiko tercicir.

Melaka - Prof. Madya Ts. Dr. Nadia Diyana binti Mohd Muhaiyuddin dari Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikas...
22/09/2026

Melaka - Prof. Madya Ts. Dr. Nadia Diyana binti Mohd Muhaiyuddin dari Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi (SMMTC), Universiti Utara Malaysia (UUM), merupakan salah seorang penyelidik dalam projek “An Industry–Community Model for Sustainable Islamic Astrotourism as a Cultural Heritage Product within Malaysia’s Muslim-Friendly Tourism Sector” di bawah Islamic Tourism Research Grant (ITRG) 2026 dengan sokongan Islamic Tourism Centre (ITC), Kementerian Pelancongan, Seni, dan Budaya Malaysia (MOTAC). Penglibatan beliau bersama pasukan penyelidik pelbagai disiplin UUM membawa perspektif multimedia dalam meneliti potensi Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara, sebagai destinasi yang menggabungkan ilmu, teknologi, pendidikan dan warisan Islam. Kompleks yang merangkumi Balai Cerap, Planetarium dan Pusat Latihan, selain ruang pameran, kemudahan tayangan dan pembelajaran serta penginapan, menawarkan pengalaman daripada pengenalan ilmu, interpretasi, tayangan, latihan hingga pencerapan siang dan malam. Kajian lapangan bersama Pegawai Sains (Kontrak), Bahagian Falak Syarie, Jabatan M***i Negeri Melaka, Nor Nazmi Razali, turut memberi peluang kepada pasukan UUM memahami pengurusan, program dan kemudahan kompleks serta potensi pembangunan kandungan sejarah dan warisan, interpretasi digital dan produk astropelancongan Islam. Kajian ini menghimpunkan kepakaran sejarah dan tamadun, pelancongan serta teknologi bagi menilai Kompleks Falak Al-Khawarizmi bukan sahaja sebagai lokasi astronomi, tetapi sebagai ruang pendidikan, warisan dan pengalaman pelancongan yang berpotensi menghidupkan ilmu falak sebagai warisan tamadun Islam.

16/09/2026

Menjelang sambutan Hari Malaysia yang bakal dirai tidak lama lagi, sejauh manakah rakyat Malaysia memahami lipatan sejarah serta detik penyatuan Tanah Melayu, Sabah, dan Sarawak sehingga terbentuknya sebuah negara bangsa?

Penuntut Universiti Utara Malaysia, Nur Afiqah Mustafa mengupas perjalanan penubuhan Malaysia pada 16 September 1963, termasuk cabaran diplomatik serta detik bersejarah yang menyatukan pelbagai etnik di bawah satu bendera.

📹 Nur Afiqah Mustafa/ Penuntut Universiti Utara Malaysia







Kepada semua pelajar yang perlu mendaftarkan kursus Ko-Kurikulum untuk semester A261.
16/09/2026

Kepada semua pelajar yang perlu mendaftarkan kursus Ko-Kurikulum untuk semester A261.

🇲🇾 SELAMAT HARI MALAYSIA KE-63 🇲🇾Bersatu dalam kepelbagaian, teguh melangkah demi Malaysia.Dekan dan seluruh warga Pusat...
15/09/2026

🇲🇾 SELAMAT HARI MALAYSIA KE-63 🇲🇾

Bersatu dalam kepelbagaian, teguh melangkah demi Malaysia.

Dekan dan seluruh warga Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi (SMMTC), Universiti Utara Malaysia (UUM) dengan penuh rasa bangga dan cinta akan tanah air mengucapkan Selamat Hari Malaysia ke-63 kepada seluruh rakyat Malaysia.

Hari Malaysia menjadi wadah untuk kita mengenang sejarah pembentukan sebuah negara yang berteraskan perpaduan, keharmonian dan semangat kebersamaan.

Semoga semangat ini terus menyatukan kita, memperkukuh jati diri dan menginspirasi setiap warga untuk bersama-sama menyumbang kepada masa depan Malaysia yang lebih gemilang.

Daripada kami, warga SMMTC untuk Malaysia yang kita cintai. 🇲🇾







🎓✨ SELAMAT DATANG, PELAJAR BAHARU SMMTC! ✨🎓Tahniah dan selamat datang kepada semua pelajar baharu ke Pusat Pengajian Tek...
15/09/2026

🎓✨ SELAMAT DATANG, PELAJAR BAHARU SMMTC! ✨🎓

Tahniah dan selamat datang kepada semua pelajar baharu ke Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi (SMMTC), Universiti Utara Malaysia (UUM)! 💙

Selamat memulakan satu perjalanan baharu yang penuh ilmu, pengalaman, persahabatan dan peluang untuk berkembang. 🌱

Jadikan SMMTC bukan sekadar tempat menimba ilmu, tetapi ruang untuk mencipta, berkomunikasi, berinovasi dan membina masa depan. 🚀

Selamat datang ke keluarga SMMTC!
Your journey begins here. 💫

JITRA, 14 September 2026 – Research Group (RG) CERITA, Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi (SMMTC), Univ...
14/09/2026

JITRA, 14 September 2026 – Research Group (RG) CERITA, Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi (SMMTC), Universiti Utara Malaysia (UUM) sedang melaksanakan program “CERITA bersama Komuniti Media: Berkongsi Ilmu, Mencipta Impak” di Sekolah Kebangsaan Hosba, Jitra, Kedah hari ini.

Program ini memberi pendedahan kepada murid terpilih Tahun 4 & 5 seramai 20 orang mengenai storytelling, asas rakaman video, komposisi visual dan penghasilan kandungan digital melalui aktiviti perkongsian ilmu dan latihan praktikal bersama rakan industri dari Radio Televisyen Malaysia (RTM), Kedah.

Inisiatif ini bertujuan meningkatkan literasi media, kreativiti, keyakinan dan kemahiran digital pelajar, di samping memperkukuh hubungan antara universiti, industri dan komuniti sekolah.

Address

School Of Multimedia Technology And Communication, Universiti Utara Malaysia, UUM Sintok.
Sintok
06010

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 15:30
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+6049285801

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when School of Multimedia Technology & Communication UUM Official FB posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share