Penghayatan Etika & Peradaban H - Group 14

Penghayatan Etika & Peradaban H - Group 14 Page ini disediakan untuk pelajar MPU 1013 (H) kumpulan 14 untuk memuat naik maklumat penting yang p

04/01/2021

NUR ANIS IRYANI BINTI AZID (281192)
[ Re-posting pada tarikh: 24 Disember 2020 ]
Assalamualaikum dan Hai Semua!
Penyalahgunaan dadah pada kalangan masyarakat hari ini semakin berleluasa walaupun telah banyak pendedahan yang telah diberikan oleh pelbagai pihak. Namun sesetengah masyarakat masih tidak mengendahkan nasihat juga pesanan yang bertalu-talu diberikan sama ada dari pihak agensi dadah mahupun media sosial. Penyalahgunaan dadah masih menjadi isu yang hangat diperkatakan dalam kalangan masyarakat hari ini. Oleh itu, hukuman yang setimpal harus dilaksanakan dengan tegas untuk menyedarkan masyarakat akan kemudaratan dadah kepada kehidupan. Sebagai contohnya, masyakarat perlu sedar akan hukuman mengikut Seksyen 398 dengan kesalahan memiliki 15gm atau lebih he**in dan/atau morfin atau memiliki 1000gm atau lebih candu atau mentah atau memiliki 40gm he**in atau lebih atau memiliki 200gm atau lebih g***a atau memiliki 2000gm daun koka atau lebih boleh dijatuhkan hukuman mandatori. Dalam pada itu, contoh lain yang dapat diberi perhatian adalah pada Seksyen 39(A)(2) dengan kesalahan memiliki 5-15gm he**in atau morfin atau memiliki 250-1000gm candu atau memiliki 50-200gm g***a atau memiliki lebih 15-40gm kokain atau memiliki lebih 750gm daun koka. Terdapat pelbagai lagi hukuman berat mengikut kesalahan yang telah digariskan oleh undang-undang dalam memberi kesedaran dan menangani masalah ini daripada terus berleluasa. Masyarakat seharusnya berasa gentar dan takut akan setiap hukuman setimpal yang dikenakan kerana ia jelas merosakkan masa depan yang cerah dan kehidupan yang berharga.

NUR ANIS IRYANI BINTI AZID (281192)[ Re-posting pada tarikh: 21 Disember 2020 ]Hello Semua!Hari ini s**a untuk saya memb...
04/01/2021

NUR ANIS IRYANI BINTI AZID (281192)
[ Re-posting pada tarikh: 21 Disember 2020 ]
Hello Semua!
Hari ini s**a untuk saya memberi peringatan kepada semua tentang kesan penyalahgunaan dadah kepada fizikal dan mental individu yang terjebak. Seperti yang kita ketahui, penggunaan dadah dalam rawatan dengan kuantiti yang betul dapat memberi kelegaan, membantu mematikan bakteria jahat yang menyerang tubuh seperti demam dan sebagainya. Namun, penyalahgunaan dadah dengan penggunaan yang tidak betul akan menyebabkan badan memberi satu reaksi yang buruk kerana dadah adalah bahan yang aktif. Hal ini dapat dilihat pada penagih dadah yang bertubuh kurus, mata sembab dan merah, menjadi cengkung dengan iritasi seperti luka kesan daripada suntikan di lengan dan kudis di seluruh tubuh. Hal ini adalah kerana dadah akan mengubah fungsi tubuh dari aspek yang negatif yang akan memberi kesan ketara kepada tubuh apabila kelihatan lesu, selalu resah dan gelisah dan akan mengabaikan penampilan yang seterusnya kelihatan tidak terurus. Manakala dari sudut mental p**a, emosi penagih dadah akan mengalami perubahan sikap secara mendadak seperti tabiat makan, tidur dan aktiviti harian yang normal. Penagih dadah juga akan sentiasa mengalami perubahan emosi secara tiba-tiba seperti cepat marah, s**a menyendiri untuk melayani halusinasi kesan daripada dadah yang diambil. Hal ini juga mengakibatkan mental penagih menjadi buruk seperti bercakap perkara mengarut dan menjadi ganas secara mendadak. Bagi kes yang serius, penagih dadah terdedah kepada masalah psikiatri yang teruk. Kesan pada fizikal dan emosi kerana penyalahgunaan dadah amatlah buruk dan setiap individu haruslah menghindarkan diri daripada terjebak dengan gejala tidak sihat ini.
http://www.myhealth.gov.my/isu-penyalahgunaan-dadah/

NUR ANIS IRYANI BINTI AZID (281192)[ Re-posting pada tarikh: 13 Disember 2020 ]Hi Semua!Untuk posting kali ini, saya aka...
04/01/2021

NUR ANIS IRYANI BINTI AZID (281192)
[ Re-posting pada tarikh: 13 Disember 2020 ]
Hi Semua!
Untuk posting kali ini, saya akan berkongsi perasaan ingin tahu juga merupakan faktor kepada penyalahgunaan dadah dalam kalangan masyarakat. Persekitaran yang negatif seperti masyarakat sekitar yang banyak terlibat dengan dadah menjadi penyumbang utama kepada keinginan individu yang memerhati untuk mencuba dadah itu sendiri. Golongan remaja yang pada awalnya bebas dengan dadah mula berjinak-jinak dengan dadah tersebut setelah melihat sendiri di depan mata cara bagaimana dadah itu digunakan. Setelah melihat sendiri di depan mata, perasaan ingin mencuba itu timbul dalam diri individu. Reaksi daripada penagih yang tenang dan dikatakan dadah itu sedap dan dapat melegakan tekanan menambahkan lagi perasaan ingin mencuba itu. Golongan remaja terutamanya mula terpengaruh dengan persekitaran mereka apabila melihat ada segelintir rakan-rakan atau kawasan persekitaran yang negatif kerana kebanyakannya menagih. Perasaan ingin tahu yang memuncak ditambah p**a dengan kecetekan ilmu dan kurangnya pendedahan akan bahaya dadah akan menjerumuskan individu tersebut ke kancah kehinaan yang akan memberi kesan sepanjang hayat. Hal ini amat jelas bahawa perasaan ingin tahu mengikut emosi tanpa akal yang betul akan menyusahkan dan memberi kesan yang buruk kepada diri sendiri.

MPU1013 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN (H) - KUMPULAN 14TEMA : ANCAMAN DADAH KEPADA GENERASI MUDA"Bersama Menentang Dad...
31/12/2020

MPU1013 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN (H) - KUMPULAN 14

TEMA : ANCAMAN DADAH KEPADA GENERASI MUDA

"Bersama Menentang Dadah, Hidup Sihat Tanpa Dadah"
JANGAN BIARKAN KELUARGA ANDA MUNAH KERANA - DADAH!



Nama: Muhammad Ammar bin Mohd RosliNo. Matrik: 281274Pihak yang berkenanaan sama ada kerajaan mahupun swasta dalam usaha...
31/12/2020

Nama: Muhammad Ammar bin Mohd Rosli
No. Matrik: 281274

Pihak yang berkenanaan sama ada kerajaan mahupun swasta dalam usaha untuk membanteras isu penyalahgunaan dadah perlu mengadakan pendidikan untuk mencegah. Sebagai contoh, mengadakan aktiviti-aktiviti seperti ceramah, seminar, pameran dan sebagainya. Hal ini bertujuan untuk memberi informasi, pengetahuan serta kefahaman kepada masyarakat terutama golongan remaja tentang bahaya dadah dan kesedaran mereka. Selain itu, pihak yang berkenaan boeh mengadakan aktiviti ko-kurikulum seperti perkhemahan motivasi dan sebagainya.

NUR ANIS IRYANI BINTI AZID (281192)Hai semua!Kali ini saya akan menjelaskan peranan media massa dalam membanteras penyal...
30/12/2020

NUR ANIS IRYANI BINTI AZID (281192)
Hai semua!
Kali ini saya akan menjelaskan peranan media massa dalam membanteras penyalahgunaan dadah di dalam negara kita ini. Pada hari ini, gajet dapat diistilahkan sebagai keperluan dan pelengkap hidup kerana semua urusan rasmi ataupun tidak rasmi, dapat diselesaikan melalui kemajuan teknologi sahaja yang berada di hujung jari sahaja. Dalam hal ini,media massa perlu menggunakan peluang ini dengan memperbanyakkan penyiaran berita-berita dan cerita-cerita yang lebih membawa keinsafan dan iktibar kepada masyarakat mengenai kesan-kesan dadah terhadap kehidupan seharian. Isu penyalahgunaan dadah yang berlaku pada semua peringkat umur perlulah dihentikan. Media massa adalah elemen penyelesaian yang paling fleksibel kerana ia dapat ditonton dengan meluas sekali. Sebagai contohnya, media massa mempamerkan iklan di kaca televisyen, memuat naik peringatan hukuman di media sosial seperti Facebook dan lain-lain tindakan lagi. Masyarakat akan mempunyai kesedaran yang jitu mengenai keburukan dadah kepada kehidupan mereka dan akan berusaha untuk menghindarinya. Hal ini jelaslah bahawa, media massa adalah antara penyelesaian yang baik dalam menangani masalah penyalahgunaan dadah ini daripada terus berleluasa.

NUR ANIS IRYANI BINTI AZID (281192)Hello semua!Hari ini saya akan berkongsi tentang peranan Rukun Tetangga sebagai langk...
30/12/2020

NUR ANIS IRYANI BINTI AZID (281192)
Hello semua!
Hari ini saya akan berkongsi tentang peranan Rukun Tetangga sebagai langkah meminimumkan penyalahgunaan dadah daripada terus berlaku di dalam negara kita. Umum kita ketahui bahawa, dengan wujudnya sesuatu jawatankuasa di setiap kampung atau taman, ia akan memberikan impak yang baik kepada kawasan tersebut. Hal ini kerana, jawatankuasa yang dilantik akan membahagi tugas dalam mengekalkan keharmonian kawasan mereka. Situasi contoh yang dapat dilihat adalah, apabila rondaan selalu dibuat akan menyebabkan tempat-tempat yang berkemungkinan menjadi sarang penagihan dadah seperti rumah-rumah kosong dapat dibanteras. Keadaan akan dapat dikawal melalui kesepakatan rukun tetangga yang aktif. Kesannya, anak-anak akan lebih terjamin keselamatan mereka untuk bebas bermain di kawasan kediaman mereka. Hal ini jelas membuktikan bahawa bukan hanya kerajaan yang perlu menangani masalah ini namun masyarakat yang prihatin dengan memartabatkan budaya rukun tetangga dan juga saling berganding bahu bersama-sama demi kesejahteraan negara ini adalah usaha murni dalam menjadikan kes penyalahgunaan dadah dalam masyarakat menjadi angka sifar.

Dasawarsa ini,sama ada kita sedar ataupun tidak,kita telah dihidangkan dengan pembangunan politik,ekonomi dan sosial yang semakin gah ...

Nama: Tan Zhi AnNo. Matrik: 281264Tema : Ancaman dadah kepada generasi mudaTajuk: Kerajaan mengetatkan sempadan negaraNe...
30/12/2020

Nama: Tan Zhi An
No. Matrik: 281264
Tema : Ancaman dadah kepada generasi muda
Tajuk: Kerajaan mengetatkan sempadan negara

Negara kita disekelilingkan dengan beberapa buah negara seperti Thailand, Vietnam dan Cambodia. Oleh itu, lokasi di sempadan negara kita sering menjadi lorong tikus kepada penyeludup dadah ketika PKP. Sejak Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa kawalan lebih ketat di sepanjang sempadan Malaysia pada 10 April lalu, tiada pergerakan tidak sah dan aktiviti penyeludupan dilaporkan. Kawalan yang lebih ketat di sempadan bukan hanya dapat menjamin keselamatan rakyat Malaysia daripada penularan pandemik Covid-19 oleh pelawat tanpa dokumen sah, malah ia juga dapat mengelakkan merebaknya kegiatan penyeludupan dan perdagangan haram. Akta Agensi Kawalan Sempadan Malaysia 2017 (Akta 799) telah dikeluarkan dan bermula pada 29/12/2017.

Issue terkini yang berlaku :
Pada bulan lepas iaitu 28/11/2020, Polis Kedah berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan dadah terbesar bagi tahun ini, susulan penahanan tujuh lelaki dan penemuan pelbagai jenis dadah yang dianggarkan bernilai lebih RM18 juta berhampiran sempadan Malaysia-Thailand. Penahanan dilakukan dalam empat serbuan berasi-ngan pada Rabu dan Khamis itu, melibatkan tangkapan lima lelaki warga Thailand dan dua lelaki tempatan berumur 32 hingga 48 tahun.

Nama: Muhammad Ammar bin Mohd RosliNo. Matrik: 281274Tajuk: Cara mengatasi penagihan dadah.Masyarakat juga memainkan per...
29/12/2020

Nama: Muhammad Ammar bin Mohd Rosli
No. Matrik: 281274
Tajuk: Cara mengatasi penagihan dadah.

Masyarakat juga memainkan peranan penting dalam pencegahan penagihan dadah. Sebagai contoh,Rukun Tetangga,Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru yang memantau kawasan-kawasan yang sering menjadi sarang penagihan dadah seperti di flat-flat terbiar dan kawasan felda. Tugas masyarakat adalah untuk membuat rondaan dan melaporkan kepada pihak berkuasa jika berlaku kes penagihan dadah. Hai ini adalah disebabkan oleh tempat-tempat penagihan dadah seperti di rumah-rumah kosong perlulah dihapuskan bagi mengelakkan kes penagihan berlaku di tempat yang sama. Hal ini persis pepatah Melayu,seperti pisang berbuah dua kali.
Kita perlulah mendampingi golongan penagih dadah untuk membimbing mereka kembali ke pangkal jalan. Ironisnya,masyarakat juga turut membantu dalam pencegahan penagihan dadah.

Nama : Noor Erma Shamiza Binti AbdullahNo.Matrik : 281299Tema : Ancaman Dadah Kepada Generasi MudaTajuk : Mewujudkan Ker...
29/12/2020

Nama : Noor Erma Shamiza Binti Abdullah
No.Matrik : 281299
Tema : Ancaman Dadah Kepada Generasi Muda
Tajuk : Mewujudkan Kerjasama Antara Orang Awam dan Kerajaan (Cara Mengatasi Penyalahgunaan Dadah)

Hal ini bertujuan untuk masyarakat sentiasa berganding bahu bagi sama-sama membanteras isu penyalahgunaan dadah yang semakin berleluasa terutamanya di kalangan golongan remaja. Sebagai contoh, masyarakat perlu menjadi mata-mata pihak kerajaan dan bertindak pantas dalam melaporkan kegiatan-kegiatan yang mencurigakan. Ibu bapa perlu mengawasi dan bertanggungjawab dalam menjaga anak-anak mereka. Selain itu, kawalan kastam yang ketat perlu dilaksanakan.

Penyalahgunaan dadah menjadi isu besar di negara kita. Umum tahu kesannya boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan fizikal, mental, emosi dan tingkah laku.

Nama : Noor Erma Shamiza Binti AbdullahNo.Matrik : 281299Tema : Ancaman Dadah Kepada Generasi MudaTajuk : Memilih Rakan ...
28/12/2020

Nama : Noor Erma Shamiza Binti Abdullah
No.Matrik : 281299
Tema : Ancaman Dadah Kepada Generasi Muda
Tajuk : Memilih Rakan yang Positif (Cara Megatasi Penyalahgunaan Dadah)

Berdasarkan statistik penagih mengikut status kes tahun 2014 hingga 2019 daripada Agensi Antidadah Kebangsaan Kementerian Dalam Negeri, peningkatan daripada 43,352 kes pada tahun 2014 kepada 52,258 kes pada tahun 2015. Perbezaan sebanyak 8,906 kes atau 20.54%. Merujuk kepada statistik ini, peranan rakan sebaya merupakan salah satu langkah yang signifikan dalam kerangka kita mengurangkan isu penyalahgunaan dadah. Ramai remaja sentiasa mempunyai perasaan ingin mencuba akan mengalami pelbagai perubahan yang drastik, termasuklah perubahan fizikal, jasmani, sosial, emosi, dan pertuturan. Justeru, remaja haruslah memilih rakan sebaya yang positif kerana tugas seorang rakan yang baik ialah menjadi penasihat dan contoh untuk melakukan segala kebaikan dan meninggalkan semua perkara yang negatif. Pengaruh rakan sebaya umpama tarikan magnet yang menjadikan remaja lebih gemar melepak dan mengikut rentak dan gaya hidup mereka. Jika rakan-rakan itu buruk perangainya dan aktif dalam kegiatan jenayah dan masalah sosial maka remaja akan mengikutnya kerana remaja hari ini lemah jati diri dan tiada matlamat hidup. Manakala, jika remaja mempunyai rakan sebaya yang positif dari segi pemikiran dan juga sikap, sudah pasti remaja juga akan memiliki akhlak yang positif. Bukan itu sahaja, ramai remaja pada masa kini juga boleh dikatakan lebih rapat dan banyak menghabiskan masa dengan rakan berbanding ibu bapa. Maka, boleh dikatakan rakan sebaya banyak mempengaruhi pemikiran remaja. Apabila dipelawa oleh rakan sebaya untuk mencuba sesuatu perkara yang baharu seperti dadah, individu yang lemah pegangan agama akan terpengaruh dan terjebak dalam penyalahgunaan dadah. Oleh itu, remaja haruslah memilih rakan sebaya yang dapat membimbing mereka ke jalan yang lurus dan bukannya jalan yang menyesatkan. Justeru, memilih rakan sebaya yang positif juga merupakan suatu cara yang terbaik untuk menyelesaikan isu penyalahgunaan dadah.

Nama : Nur Iylia bt HaslizanNo.Matrik : 281268Tajuk : Cara Mengatasi (Mempertingkatkan pusat-pusat Pemulihan di Malaysia...
26/12/2020

Nama : Nur Iylia bt Haslizan
No.Matrik : 281268
Tajuk : Cara Mengatasi (Mempertingkatkan pusat-pusat Pemulihan di Malaysia)

Penubuhan pusat-pusat pemulihan perlu dipertingkatkan. Pihak kerajaan juga telah menubuhkan pusat-pusat pemulihan yang bertujuan untuk memberi rawatan bagi penagih-penagih samada dari berbagai peringkat umur, bangsa dan lain-lain. Sebagai contoh, agensi PEMADAM telah menubuhkan sebuah rumah pemulihan yang dikenali sebagai PRABILA di Kuala Lumpur untuk merawat dan memulihkan pemikiran mental serta tingkah laku mereka kepada jalan yang benar. Hal ini kerana, pihak kerajaan mahu memberikan kesedaran kepada penagih-penagih dadah yang telah terlibat dengan penyalahgunaan dadah. Secara ringkasnya, cara yang paling biasa digunakan untuk mencegah penagih dari mengulangi tabiat mereka adalah melalui pemantauan yang kerap dan berterusan, kaunseling, dorongan keluarga dan manip**asi sekitaran. Ini kemudiannya diikuti dengan mencegah mereka dari bergaul semula dengan rakan-rakan lama mereka yang turut sama terlibat dan juga mencegah mereka daripada memperolehi bekalan dadah dengan mudah.

Address

University Utara Malaysia (UUM)
Sintok

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Penghayatan Etika & Peradaban H - Group 14 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share