Pusat Zakat dan Wakaf UUM

Call Directions Website

Pusat Zakat dan Wakaf UUM Pusat Zakat dan Wakaf UUM (PZW)

Bahagian Zakat, Wakaf dan Endowmen (BZWE) telah dinaiktaraf menjadi Pusat Zakat dan Wakaf UUM (PZW) pada 1 Mac 2024.

21/09/2026

๐“๐€๐–๐€๐‘๐€๐ ๐“๐€๐‰๐€๐€๐ ๐๐„๐๐ƒ๐ˆ๐ƒ๐ˆ๐Š๐€๐ ๐‹๐„๐Œ๐๐€๐†๐€ ๐™๐€๐Š๐€๐“ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐Š๐„๐ƒ๐€๐‡ ๐Š๐€๐“๐„๐†๐Ž๐‘๐ˆ ๐”๐๐ˆ๐•๐„๐‘๐’๐ˆ๐“๐ˆ ๐€๐–๐€๐Œ (๐ˆ๐๐“๐€) ๐’๐„๐’๐ˆ ๐€๐Š๐€๐ƒ๐„๐Œ๐ˆ๐Š ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ• ๐Š๐ˆ๐๐ˆ ๐ƒ๐ˆ๐๐”๐Š๐€โ—

Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) mempelawa calon-calon berkelayakan untuk membuat permohonan Tajaan Pendidikan LZNK seperti maklumat berikut :

๐Ÿ“Syarat kelayakan permohonan seperti berikut :

โœ… ๐’๐˜๐€๐‘๐€๐“-๐’๐˜๐€๐‘๐€๐“ ๐”๐Œ๐”๐Œ
1.Pemohon mestilah beragama Islam.
2.Pemohon merupakan Anak Negeri Kedah atau sedang bermastautin / menetap di Negeri Kedah.
3.Keutamaan diberikan kepada asnaf fakir dan miskin
4.Semua Bidang Pengajian bagi peringkat Ijazah Sarjana Muda sahaja

โœ… ๐’๐˜๐€๐‘๐€๐“ - ๐’๐˜๐€๐‘๐€๐“ ๐Š๐‡๐”๐’๐”๐’
5.Pemohon merupakan pelajar tahun pertama bagi sesi pengajian ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ•.
6.Pemohon mestilah berumur tidak melebihi 25 tahun ketika permohonan dilakukan.
7.Memperolehi Purata Gred Keseluruhan (PNGK) sekurang-kurangnya 3.00 bagi peringkat STPM/Diploma/Matrikulasi/Asasi/A-Level atau pangkat sekurang-kurangnya Jayyid Jiddan bagi STAM.
8.Pemohon tidak menerima sebarang tajaan Pendidikan daripada mana-mana pihak

Cara Memohon โ“
โ–ช๏ธAplikasi atas talian (Portal Biasiswa) : biasiswa.zakatkedah.com.my
โ–ช๏ธDaftar ID Pengguna di portal Biasiswa tersebut.

โ—Peringatanโ—
โ–ช๏ธSetiap pemohonan dibuat secara online dan dokumen berkaitan perlu dilampirkan (attach/upload) masuk ke dalam sistem.
โ–ช๏ธSila pastikan anda klik pada ๐‡๐€๐๐“๐€๐‘ ๐๐„๐‘๐Œ๐Ž๐‡๐Ž๐๐€๐ setelah selesai mengisi profil permohonan untuk hantar permohonan.

โœ… Tarikh Permohonan
๐Ÿ“Permohonan Fasa 1 ๐ƒ๐ˆ๐๐”๐Š๐€ sehingga ๐Ÿ‘๐Ÿ ๐ƒ๐ˆ๐’๐„๐Œ๐๐„๐‘ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”.
๐Ÿ“ Calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga

โœ… Sebarang persoalan boleh hubungi :

Divisyen Pendidikan Lembaga Zakat Negeri Kedah
๐Ÿ“ž 1-800-88-1740 / EXT : 520
๐Ÿข Aras 3, Menara Zakat, Jalan Teluk Wan Jah, 05200 Alor Setar, Kedah
๐ŸŒ Portal Biasiswa : biasiswa.zakatkedah.com.my
๐Ÿ“ฉEmail : [email protected]
๐Ÿ“ฒ Facebook : Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman

" Zakat Anda Merubah Asnaf "

โ–ถ๏ธ Panjangkan makluman ini, untuk kebaikan anak-anak asnaf yang menyambung pengajian di Universiti Awam dalam negara pada tahun ini

๐— ๐—”๐—ž๐—Ÿ๐—จ๐— ๐—”๐—ก ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—›๐—จ๐—•๐—จ๐—ก๐—š ๐—ฆ๐—ง๐—”๐—ง๐—จ๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐— ๐—ข๐—›๐—ข๐—ก๐—”๐—ก ๐—•๐—”๐—ก๐—ง๐—จ๐—”๐—ก ๐—ญ๐—”๐—ž๐—”๐—ง ๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—๐—”๐—ฅ
03/09/2026

๐— ๐—”๐—ž๐—Ÿ๐—จ๐— ๐—”๐—ก ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—›๐—จ๐—•๐—จ๐—ก๐—š ๐—ฆ๐—ง๐—”๐—ง๐—จ๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐— ๐—ข๐—›๐—ข๐—ก๐—”๐—ก ๐—•๐—”๐—ก๐—ง๐—จ๐—”๐—ก ๐—ญ๐—”๐—ž๐—”๐—ง ๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—๐—”๐—ฅ

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐— ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ง ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ž๐—˜๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—ฆ๐—”๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜-๐Ÿฒ๐Ÿต ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พSempena sambutan Hari Kebangsaan Ke-69, marilah kita bersama-sama menghayat...
29/08/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐— ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ง ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ž๐—˜๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—ฆ๐—”๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜-๐Ÿฒ๐Ÿต ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Sempena sambutan Hari Kebangsaan Ke-69, marilah kita bersama-sama menghayati erti kemerdekaan dengan menyemarakkan semangat perpaduan, memperkukuh keharmonian serta memupuk rasa cinta dan tanggungjawab terhadap negara.

Kemerdekaan yang dikecapi hari ini merupakan hasil perjuangan, pengorbanan dan kesatuan generasi terdahulu. Menjadi tanggungjawab kita untuk terus memelihara keharmonian serta menyumbang ke arah pembangunan negara yang sejahtera dan mampan.

๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜€๐—ถ๐—ฎ ๐— ๐—”๐——๐—”๐—ก๐—œ: ๐—ž๐—ฒ๐˜€๐—ฒ๐—ท๐—ฎ๐—ต๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐——๐—ถ๐—ป๐—ถ๐—ธ๐—บ๐—ฎ๐˜๐—ถ

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-69 kepada seluruh rakyat Malaysia ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

๐— ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฑ๐—ฒ๐—ธ๐—ฎ! ๐— ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฑ๐—ฒ๐—ธ๐—ฎ! ๐— ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฑ๐—ฒ๐—ธ๐—ฎ!

Ikhlas daripada,
Pengarah dan seluruh warga kerja
Pusat Zakat dan Wakaf
Universiti Utara Malaysia

27/08/2026

Program CSR yang telah berlangsung pada 19 July 2026. PZW bersama OYAGSB manjalankan Program CSR yang melibatkan dosen-dosen dari universiti di seluruh Indonesia/Pelajar Sekolah Zakat Kedah dan juga Warga Albukhary International University.

๐ŸŒ™ SALAM MAULIDUR RASUL 1448H | 2026M ๐ŸŒ™ุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ ูˆุณู„ู… ุนู„ู‰ ู†ุจูŠู†ุง ู…ุญู…ุฏ ๏ทบSempena memperingati kelahiran junjungan besar Nabi ...
24/08/2026

๐ŸŒ™ SALAM MAULIDUR RASUL 1448H | 2026M ๐ŸŒ™

ุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ ูˆุณู„ู… ุนู„ู‰ ู†ุจูŠู†ุง ู…ุญู…ุฏ ๏ทบ

Sempena memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW, marilah kita bersama-sama memperbanyakkan selawat serta menghayati sirah dan meneladani akhlak Rasulullah SAW dalam setiap aspek kehidupan.

โ€œMeneladani Akhlak Rasul, Menyemai Rahmah, Membina Ummahโ€

Semoga kecintaan kepada Rasulullah SAW terus menyuburkan iman, memperindah akhlak serta mengukuhkan kasih sayang dan ukhuwah sesama insan.

Salam Maulidur Rasul 1448H
12 Rabiulawal 1448H | 25 Ogos 2026

Ikhlas daripada,
Pengarah dan seluruh warga kerja
Pusat Zakat dan Wakaf (PZW)
Universiti Utara Malaysia

ุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ ุนู„ู‰ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ ูˆุนู„ู‰ ุขู„ู‡ ูˆุตุญุจู‡ ูˆุณู„ู… ๐Ÿคฒ

๐ŸŒฑ ๐— ๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ช๐—”๐—ž๐—”๐—™, ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—”๐—œ ๐—ž๐—˜๐—•๐—”๐—œ๐—ž๐—”๐—ก ๐—ฌ๐—”๐—ก๐—š ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฃ๐—”๐—ก๐—๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—กSedikit bagi kita, besar manfaatnya buat ramai. ๐ŸคฒPusat Zakat dan Wakaf ...
17/08/2026

๐ŸŒฑ ๐— ๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ช๐—”๐—ž๐—”๐—™, ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—”๐—œ ๐—ž๐—˜๐—•๐—”๐—œ๐—ž๐—”๐—ก ๐—ฌ๐—”๐—ก๐—š ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฃ๐—”๐—ก๐—๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก

Sedikit bagi kita, besar manfaatnya buat ramai. ๐Ÿคฒ

Pusat Zakat dan Wakaf (PZW), Universiti Utara Malaysia mengajak seluruh warga UUM dan masyarakat untuk bersama-sama membudayakan amalan berwakaf serendah RM10.

Setiap sumbangan wakaf yang diberikan bukan sekadar sebuah pemberian, malah menjadi sebahagian daripada usaha menyokong manfaat pendidikan dan pembangunan modal insan di Universiti Utara Malaysia.

โœจ Wakaf hari ini, manfaatnya berpanjangan.

Anda boleh berwakaf dengan mudah melalui:
๐Ÿ”ธ DuitNow
๐Ÿ”ธ Potongan Gaji
๐Ÿ”ธ E-Pay UUM

Imbas kod QR yang tertera pada poster untuk mula berwakaf.

Firman Allah SWT:

โ€œ๐˜—๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ถ๐˜ฎ๐˜ฑ๐˜ข๐˜ฎ๐˜ข๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฐ๐˜ณ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ-๐˜ฐ๐˜ณ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ ๐˜บ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ข๐˜ง๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฉ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฉ๐˜ข๐˜ณ๐˜ต๐˜ข๐˜ฏ๐˜บ๐˜ข ๐˜ฅ๐˜ช ๐˜ซ๐˜ข๐˜ญ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ˆ๐˜ญ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฉ ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ข๐˜ญ๐˜ข๐˜ฉ ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ถ๐˜ฑ๐˜ข ๐˜ฅ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜จ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ฃ๐˜ถ๐˜ต๐˜ช๐˜ณ ๐˜ฃ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ช๐˜ฉ ๐˜บ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ถ๐˜ฎ๐˜ฃ๐˜ถ๐˜ฉ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ต๐˜ถ๐˜ซ๐˜ถ๐˜ฉ ๐˜ต๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ช; ๐˜ฑ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ข ๐˜ต๐˜ช๐˜ข๐˜ฑ-๐˜ต๐˜ช๐˜ข๐˜ฑ ๐˜ต๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ช ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ข ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ข๐˜ต๐˜ถ๐˜ด ๐˜ฃ๐˜ช๐˜ซ๐˜ช.โ€
(๐˜š๐˜ถ๐˜ณ๐˜ข๐˜ฉ ๐˜ข๐˜ญ-๐˜‰๐˜ข๐˜ฒ๐˜ข๐˜ณ๐˜ข๐˜ฉ: 261)

Ayuh bersama-sama menyemai manfaat dan meninggalkan legasi kebaikan yang terus mengalir. ๐ŸŒฟ

WAKAF ANDA, LEGASI KEKAL
KEBAJIKAN DAN MANFAAT BERTERUSAN

๐Ÿ“ž Sebarang pertanyaan: 04-9283974 / 3975 / 3976 / 3977
๐Ÿ“ง [email protected]

17/08/2026

Terima kasih Bank Simpanan Nasional (BSN) atas sumbangan zakat kepada Universiti Utara Malaysia. ๐Ÿค

Pusat Zakat dan Wakaf (PZW) UUM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada BSN atas sumbangan zakat yang disalurkan bagi menyokong usaha UUM dalam memperkasa kebajikan dan kesejahteraan pelajar yang memerlukan.

Semoga jalinan kerjasama strategik antara BSN dan UUM dapat terus diperkukuh serta memberi manfaat yang berterusan kepada warga universiti.

Terima kasih BSN atas kepercayaan kepada UUM dan PZW.

Terima kasih Bank Simpanan Nasional (BSN) atas sumbangan zakat kepada Universiti Utara Malaysia. ๐ŸคPusat Zakat dan Wakaf ...
17/08/2026

Terima kasih Bank Simpanan Nasional (BSN) atas sumbangan zakat kepada Universiti Utara Malaysia. ๐Ÿค

Pusat Zakat dan Wakaf (PZW) UUM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada BSN atas sumbangan zakat yang disalurkan bagi menyokong usaha UUM dalam memperkasa kebajikan dan kesejahteraan pelajar yang memerlukan.

Semoga jalinan kerjasama strategik antara BSN dan UUM dapat terus diperkukuh serta memberi manfaat yang berterusan kepada warga universiti.

Terima kasih BSN atas kepercayaan kepada UUM dan PZW.

๐—ฃ๐—ญ๐—ช ๐—จ๐—จ๐—  ๐—”๐——๐—”๐—ž๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐—ฆ๐—ฌ๐—จ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ง ๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—•๐—”๐—ก๐—ง๐—จ๐—”๐—ก ๐—ญ๐—”๐—ž๐—”๐—ง ๐—ฌ๐—จ๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—•๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐—ง๐—œ๐— ๐—•๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐——๐—˜๐—ž๐—”๐—ก (๐—›๐—”๐—Ÿ ๐—˜๐—›๐—ช๐—”๐—Ÿ ๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—๐—”๐—ฅ ๐——๐—”๐—ก ๐—”๐—Ÿ๐—จ๐— ๐—ก๐—œ...
17/08/2026

๐—ฃ๐—ญ๐—ช ๐—จ๐—จ๐—  ๐—”๐——๐—”๐—ž๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐—ฆ๐—ฌ๐—จ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ง ๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—•๐—”๐—ก๐—ง๐—จ๐—”๐—ก ๐—ญ๐—”๐—ž๐—”๐—ง ๐—ฌ๐—จ๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—•๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐—ง๐—œ๐— ๐—•๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐——๐—˜๐—ž๐—”๐—ก (๐—›๐—”๐—Ÿ ๐—˜๐—›๐—ช๐—”๐—Ÿ ๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—๐—”๐—ฅ ๐——๐—”๐—ก ๐—”๐—Ÿ๐—จ๐— ๐—ก๐—œ)

SINTOK โ€“ Pusat Zakat dan Wakaf (PZW), Universiti Utara Malaysia (UUM) telah mengadakan Mesyuarat Pelarasan Bantuan Zakat Yuran Pembelajaran bersama Timbalan-Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) pusat-pusat pengajian UUM bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Othman Yeop Abdullah Graduate School of Business (OYAGSB).

Mesyuarat ini diadakan bagi menyelaras beberapa inisiatif bantuan dan kemudahan pembelajaran kepada pelajar UUM dengan memberi tumpuan kepada Bantuan Zakat Yuran Pembelajaran bagi Kursus Pensijilan Pelajar Tahun Akhir, Cadangan Elaun Buku Pelajar serta Pelaksanaan Wakaf Interactive Smartboard di pusat-pusat pengajian.

Bagi Bantuan Zakat Yuran Pembelajaran, perbincangan memberi fokus kepada cadangan pelaksanaan kursus pensijilan yang bersesuaian dan relevan dengan bidang pengajian pelajar tahun akhir, termasuk kaedah pencalonan dan pemilihan pelajar, kaedah pembayaran yuran serta mekanisme pemantauan dan pelaporan.

Mesyuarat turut membincangkan cadangan pemberian elaun buku kepada pelajar berdasarkan keperluan sebenar mengikut program pengajian, termasuk penetapan kadar dan bentuk bantuan yang bersesuaian sama ada melalui elaun, baucar atau kaedah lain yang dipersetujui.

Selain itu, perbincangan turut merangkumi cadangan pelaksanaan Wakaf Interactive Smartboard di pusat-pusat pengajian dengan pendanaan awal daripada Public Islamic Bank. Pelaksanaan inisiatif ini merupakan antara usaha memperluas manfaat wakaf dalam menyokong penyediaan kemudahan pembelajaran yang kondusif dan memberi manfaat berterusan kepada warga UUM.

PZW UUM komited untuk terus memperkukuh kerjasama strategik bersama pusat-pusat pengajian bagi memastikan pengurusan dan penyaluran manfaat zakat serta wakaf dilaksanakan secara terancang, berkesan dan berimpak kepada pembangunan serta kebajikan pelajar.

โ€œTransforming Receiver to Giverโ€

Address

Universiti Utara
Sintok
06010

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6049283924

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Zakat dan Wakaf UUM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share