Majlis Profesor Universiti Utara Malaysia

Majlis Profesor Universiti Utara Malaysia Official Facebook for Majlis Profesor UUM (UUM Council of Professors) Dato’ Dr. Ahmad Fawzi Basri, the 5th Vice-Chancellor of UUM. ROLES
1. RESPONSIBILITIES
1.

The UUM Council of Professors (or Majlis Profesor UUM – MPUUM) is the University’s council of academic elders that gathers and represents the voice of professors at the Universiti Utara Malaysia. MPUUM aspires to mobilize the expertise of UUM professors and other academics in helping UUM to become the eminent management University, as well as supporting the government's efforts to develop the coun

try and provide well-being to the society at-large. MPUUM has been established since 2001 by the UUM Executive Council under the leadership of the late Prof. MPUUM is governed under its University’s approved bylaws – the “PERATURAN MAJLIS PROFESOR UNIVERSITI UTARA MALAYSIA”. VISION
To be an authoritative leader in driving the nation-state excellence

MISSION
Spreading knowledge, seeding virtues, and sowing services. Enhancing the academia visibility of the University as the eminent management university.
2. Providing services that have added value to the University and society at-large; and
3. Steering the knowledge leadership and expertise for the society at-large. To serve as a think tank to the University Management when needed.
2. To provide insights on policies related to the progress of research, academic and management of the University.
3. To assist University’s departments in establishing collaborations with various local and foreign organizations; and
4. To organize knowledge sharing and public advocacy activities in line with the interests of the university.

SESI PERTEMUAN MPUUM BERSAMA TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA)Sintok, 24 Mei - Majlis Profesor Universiti...
25/05/2026

SESI PERTEMUAN MPUUM BERSAMA TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA)

Sintok, 24 Mei - Majlis Profesor Universiti Utara Malaysia (MPUUM) telah mengadakan sesi pertemuan bersama Prof. Dr. Mohd. Azizuddin bin Mohd. Sani, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), UUM bagi membincangkan beberapa isu kritikal semasa yang melibatkan universiti khususnya dalam aspek akademik dan pengantarabangsaan.

Pertemuan tersebut memberi ruang kepada kedua-dua pihak untuk bertukar pandangan serta mendapatkan maklum balas berkaitan isu semasa termasuk pelaksanaan BDR, cabaran pengambilan pelajar antarabangsa yang menunjukkan trend penurunan serta beberapa perkara lain berkaitan pembangunan akademik universiti.

Selain itu, perbincangan turut menyentuh keperluan untuk MPUUM bergerak lebih aktif melalui pelaksanaan perbincangan ilmiah (discourse & engagement) yang dapat memberi impak kepada warga universiti, komuniti akademik dan pihak berkepentingan.

MPUUM komited untuk terus memainkan peranan sebagai platform intelektual universiti dalam menyumbang idea, pandangan dan cadangan strategik ke arah memperkukuhkan kecemerlangan akademik serta agenda pengantarabangsaan UUM.

🌟 Selamat Bersara 🌟Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepadaProf. Dr. Huda binti Hj Ibrahim atas seg...
12/05/2026

🌟 Selamat Bersara 🌟

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada
Prof. Dr. Huda binti Hj Ibrahim atas segala jasa, dedikasi dan komitmen sepanjang berkhidmat.

Segala ilmu, bimbingan dan sumbangan yang dicurahkan akan sentiasa menjadi inspirasi serta dikenang oleh seluruh warga MPUUM.

Semoga persaraan ini membawa kebahagiaan, kesihatan yang baik dan lebih banyak masa indah bersama keluarga tercinta.

Terima kasih atas segala bakti dan pengorbanan.

💐 Selamat Bersara dan semoga terus cemerlang dalam apa jua bidang yang diceburi. 💐

🌄 PROF. AZIAH TAWAN PUNCAK RINJANI 🌄Dari UUM ke puncak Gunung Rinjani, gunung kedua tertinggi di Indonesia — satu perjal...
07/05/2026

🌄 PROF. AZIAH TAWAN PUNCAK RINJANI 🌄

Dari UUM ke puncak Gunung Rinjani, gunung kedua tertinggi di Indonesia — satu perjalanan yang sarat dengan cabaran, ketahanan dan semangat luar biasa.

Tahniah diucapkan kepada Pengarah Bahagian Perancangan dan Prestasi Korporat (BPPK) UUM, Prof. Dr. Nor Aziah Abd. Manaf atas kejayaan menawan puncak Rinjani.

Pendakian ini bukan sekadar mencapai destinasi, tetapi membuktikan bahawa dengan azam, disiplin dan semangat yang tinggi, tiada puncak yang mustahil untuk ditawan.

Alhamdulillah, UUM sampai ke puncak! 💙💛

SINTOK, 30 April - Majlis Profesor Universiti Utara Malaysia (MPUUM) telah menganjurkan Sesi Kenal Mesra: Majlis Eksekut...
30/04/2026

SINTOK, 30 April - Majlis Profesor Universiti Utara Malaysia (MPUUM) telah menganjurkan Sesi Kenal Mesra: Majlis Eksekutif MPUUM bersama ahli baharu dalam suasana santai dan harmoni, pada petang ini.

Sesi ini diadakan sebagai platform untuk memperkenalkan ahli baharu kepada barisan kepimpinan MPUUM, di samping mengukuhkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga akademik universiti.

Dalam sesi tersebut, Pengerusi Majlis Profesor UUM, Prof. Dr. Abdul Halim bin Abdul Majid turut berkongsi pandangan serta hala tuju MPUUM, selain menekankan kepentingan peranan profesor dalam menyumbang kepakaran kepada universiti dan masyarakat. Perkongsian itu dilihat memberi inspirasi kepada ahli baharu untuk terus aktif dan terlibat dalam pelbagai inisiatif akademik.

Sesi berkenaan turut diisi dengan interaksi dua hala serta perkongsian pengalaman yang dilihat mampu memperkasa jaringan akademik dan mempererat kolaborasi dalam pelbagai bidang kepakaran.

Penganjuran program seumpama ini diharap dapat terus menyokong usaha MPUUM dalam memartabatkan kecemerlangan akademik serta memperkukuh peranan profesor sebagai pemacu pembangunan ilmu dan masyarakat.

Satu lagi lakaran kecemerlangan buat warga Universiti Utara Malaysia (Official FB).Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kep...
22/04/2026

Satu lagi lakaran kecemerlangan buat warga Universiti Utara Malaysia (Official FB).

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Prof. Dr. Selamah binti Maamor atas pelantikan sebagai Penolong Naib Canselor, Kolej Perniagaan (COB), Universiti Utara Malaysia.

Kepimpinan berwibawa, pengalaman luas dan komitmen tinggi diyakini mampu terus memacu kecemerlangan akademik serta memperkukuh reputasi universiti di persada yang lebih tinggi.

Semoga terus cemerlang dalam menerajui amanah dan menginspirasi warga universiti ke arah kejayaan berterusan.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Prof. Ts. Dr. Suhaidi bin Hassan atas pelantikan sebagai Timbalan Pengerusi, Kl...
22/04/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Prof. Ts. Dr. Suhaidi bin Hassan atas pelantikan sebagai Timbalan Pengerusi, Kluster Sains, Teknologi dan Inovasi, Akademi Profesor Malaysia.

Semoga pelantikan ini terus memperkukuh peranan dalam memacu kecemerlangan serta pembangunan kepakaran negara.

Didoakan agar sentiasa diberikan kejayaan, kebijaksanaan dan kekuatan dalam menggalas amanah yang dipertanggungjawabkan.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Prof. Dr. Russayani binti Ismail atas pelantikan sebagai Ketua Korpus, Kesarjan...
22/04/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Prof. Dr. Russayani binti Ismail atas pelantikan sebagai Ketua Korpus, Kesarjanaan Ekonomi, Pengurusan dan Perundangan di Akademi Profesor Malaysia.

Semoga pelantikan ini menjadi pemangkin kepada pengukuhan bidang kesarjanaan serta menyumbang secara signifikan kepada pembangunan ilmu, dasar dan kepakaran negara.

Didoakan agar terus cemerlang, diberi kekuatan dan kebijaksanaan dalam memimpin serta menggalas amanah yang diberikan.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Prof. Dr. Norlena binti Hasnan atas pelantikan semula sebagai Provos Universiti...
22/04/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Prof. Dr. Norlena binti Hasnan atas pelantikan semula sebagai Provos Universiti Utara Malaysia Kampus Kuala Lumpur.🌸

Semoga pelantikan semula ini terus memperkukuh kecemerlangan kepimpinan dalam memacu pembangunan akademik dan pengurusan kampus ke arah yang lebih gemilang.

Didoakan agar terus diberikan kejayaan, kekuatan dan kebijaksanaan dalam menggalas amanah demi kemajuan universiti.

Tahniah dan setinggi-tinggi ucapan syabas diucapkan kepada Prof. Madya Dr. Bakti Hasan Basri atas pelantikan sebagai Tim...
22/04/2026

Tahniah dan setinggi-tinggi ucapan syabas diucapkan kepada Prof. Madya Dr. Bakti Hasan Basri atas pelantikan sebagai Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Universiti Utara Malaysia.

Semoga amanah yang dipertanggungjawabkan ini dapat digalas dengan penuh dedikasi dalam memperkasa kebajikan, pembangunan dan kesejahteraan serta memperkukuhkan jaringan warga UUM.

Didoakan agar terus diberikan kejayaan, ketabahan dan ilham dalam memacu kecemerlangan universiti.

Setinggi-tinggi ucapan Selamat Hari Lahir diucapkan kepada Prof. Dr. Ahmad Martadha Mohamed, Naib Canselor, Universiti U...
08/04/2026

Setinggi-tinggi ucapan Selamat Hari Lahir diucapkan kepada Prof. Dr. Ahmad Martadha Mohamed, Naib Canselor, Universiti Utara Malaysia (Official FB).

Semoga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, dipanjangkan usia serta terus cemerlang memimpin universiti ke arah kegemilangan.

Ikhlas daripada,
Majlis Profesor UUM

Address

Universiti Utara
Sintok
06010

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Majlis Profesor Universiti Utara Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Majlis Profesor Universiti Utara Malaysia:

Share