28/09/2026
ποΈββοΈ AGN UUM ANJUR SEMINAR R&A LEVEL 1 RULES
Akademi Golf Nasional (AGN), Universiti Utara Malaysia (UUM) telah berjaya menganjurkan Seminar R&A Level 1 Rules di Kelab Golf Sultan Sallehuddin, UUM.
Program yang berlangsung dari 8.00 pagi hingga 5.30 petang ini dikendalikan oleh dua orang penceramah daripada Malaysian Golf Association (MGA), En. Bambang Sumanteri Osman dan En. Mohammad Khairi Abd Jalil.
Program merangkumi sesi seminar, demonstrasi praktikal di padang serta peperiksaan R&A Level 1 Rules pada sebelah petang. Penganjuran program ini merupakan program pensijilan professional AGN yang memberi peluang kepada pelajar meningkatkan pengetahuan mengenai peraturan golf serta memperoleh sijil yang dapat menjadi nilai tambah dalam pembangunan profesional mereka dalam industri golf.
Tahniah kepada semua peserta dan terima kasih kepada pihak MGA atas perkongsian ilmu dan kerjasama yang diberikan! πποΈββοΈποΈββοΈ