Pusat Pengajian Pengurusan Industri Kreatif dan Seni Persembahan UUM

  • Home
  • Malaysia
  • Sintok
  • Pusat Pengajian Pengurusan Industri Kreatif dan Seni Persembahan UUM

Pusat Pengajian Pengurusan Industri Kreatif dan Seni Persembahan UUM Page Rasmi Pusat Pengajian Pengurusan Industri Kreatif dan Seni Persembahan (SCIMPA), Universiti Uta

17/03/2026

Teaser SCIMPA Raya 2026 NANTIKAN

17/03/2026

Salam Aidilfitri daripada Warga SCIMPA UUM

LAWATAN PEGAWAI PEMERINTAH 2 RAMD KEM SUNGAI ARA KE SCIMPA 11 Mac 2026 : SCIMPA menerima kunjungan hormat daripada Pegaw...
16/03/2026

LAWATAN PEGAWAI PEMERINTAH 2 RAMD KEM SUNGAI ARA KE SCIMPA

11 Mac 2026 : SCIMPA menerima kunjungan hormat daripada Pegawai Memerintah 2 RAMD Kem Sungai Ara, Lt. Kol. Mohammad Aziz bin Ahmad Azhar pada jam 11.30 pagi hari ini.

Sepanjang lawatan tersebut, delegasi turut diberi taklimat ringkas mengenai program akademik, aktiviti pelajar serta perkembangan semasa pusat pengajian berkenaan. Pelbagai perkara dibincangkan mengenai peluang kolaborasi antara SCIMPA dan RAMD yang boleh dilaksanakan secara bersama.

Pihak pusat pengajian merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesudian Lt. Kol. Mohammad Aziz bin Ahmad Azhar meluangkan masa untuk hadir dan berharap lawatan ini dapat mengukuhkan lagi jaringan kerjasama pada masa akan datang.

TAKLIMAT ALTERNATIVE ASSESSMENT AKHIRI BENGKEL PERSEDIAAN PENGAJARAN A252 UNTUK PENSYARAH SCIMPASINTOK, 5 Mac – Satu tak...
16/03/2026

TAKLIMAT ALTERNATIVE ASSESSMENT AKHIRI BENGKEL PERSEDIAAN PENGAJARAN A252 UNTUK PENSYARAH SCIMPA

SINTOK, 5 Mac – Satu taklimat berkaitan Alternative Assessment telah diadakan di Bilik Serbaguna SQS sebagai sebahagian daripada pengisian hari terakhir Bengkel Persediaan Pengajaran Semester A252. Taklimat tersebut disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Nurliyana Binti Bukhari dari Pusat Pengajian Pendidikan, Universiti Utara Malaysia (UUM), dan dihadiri oleh staf akademik SCIMPA.

Taklimat ini merupakan antara pengisian utama untuk bengkel yang telah berlangsung selama lima hari bermula 1 hingga 5 Mac 2026. Bengkel tersebut dianjurkan bagi membantu pensyarah membuat persediaan menyeluruh sebelum bermulanya semester baharu, termasuk perancangan pengajaran, penyediaan bahan kuliah, pembangunan nota pengajaran, penyediaan tugasan pelajar serta perbincangan berkaitan pelaksanaan Continuous Quality Improvement (CQI).

Dalam sesi taklimat tersebut, Dr. Nurliyana memberi penerangan khusus mengenai pelaksanaan alternative assessment sebagai pendekatan pentaksiran yang lebih pelbagai dan autentik dalam menilai pencapaian pelajar. Beliau turut menjelaskan kepentingan merancang pentaksiran yang selaras dengan hasil pembelajaran kursus (CLO) serta memastikan kaedah penilaian yang digunakan mampu menilai kemahiran dan kefahaman pelajar secara lebih menyeluruh. Selain itu, beliau turut berkongsi panduan dalam merangka tugasan dan aktiviti pentaksiran yang bersesuaian dengan keperluan kursus, di samping menekankan kepentingan menyediakan kriteria pemarkahan yang jelas melalui penggunaan rubrik bagi memastikan proses penilaian yang lebih telus dan konsisten.

Sesi taklimat turut disusuli dengan perbincangan serta sesi soal jawab yang aktif antara penceramah dan para peserta. Perbincangan tersebut banyak membantu pensyarah mendapatkan penjelasan lanjut berkaitan pelaksanaan pentaksiran alternatif, khususnya dalam aspek penyediaan tugasan serta kaedah pemarkahan yang bersesuaian. Sebagai tanda penghargaan atas komitmen dan penyertaan sepanjang bengkel berlangsung, semua staf yang hadir turut menerima cenderahati Bakul Ceria Ramadan pada akhir program tersebut.

Tahniah kepada Dr Siti Salmi binti Jamali kerana dilantik sebagai Penyelaras Bahagian Dasar, Pembangunan dan Inovasi Uni...
16/03/2026

Tahniah kepada Dr Siti Salmi binti Jamali kerana dilantik sebagai Penyelaras Bahagian Dasar, Pembangunan dan Inovasi Universiti Utara Malaysia

Tahniah kepada Ts. Nor Hissam bin Sulaiman kerana dilantik sebagai Penyelaras Unit Kemahiran Hidup dan Pertolongan Cemas...
16/03/2026

Tahniah kepada Ts. Nor Hissam bin Sulaiman kerana dilantik sebagai Penyelaras Unit Kemahiran Hidup dan Pertolongan Cemas Pusat Kokurikulum UUM

Tahniah kepada Dr. Amalia Rosmadi atas lantikan sebagai Penyelaras Kokurikulum, UUM
11/03/2026

Tahniah kepada Dr. Amalia Rosmadi atas lantikan sebagai Penyelaras Kokurikulum, UUM

Tahniah kepada Dr Adzira Husain atas pelantikan sebagai Timbalan Pengarah, Jabatan Strategik dan Pembangunan Perniagaan ...
11/03/2026

Tahniah kepada Dr Adzira Husain atas pelantikan sebagai Timbalan Pengarah, Jabatan Strategik dan Pembangunan Perniagaan (BSD) UUM.

SCIMPA: TAKLIMAT CQI PERKUKUH AMALAN PENAMBAHBAIKAN BERTERUSAN STAF SCIMPASINTOK, 1 Mac – Satu taklimat berkaitan Contin...
07/03/2026

SCIMPA: TAKLIMAT CQI PERKUKUH AMALAN PENAMBAHBAIKAN BERTERUSAN STAF SCIMPA

SINTOK, 1 Mac – Satu taklimat berkaitan Continuous Quality Improvement (CQI) telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kreatif SCIMPA sempena Bengkel Persediaan Pengajaran Semester A252. Taklimat tersebut disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Norani Binti Nordin dari Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi dan Logistik, Universiti Utara Malaysia (UUM), dan dihadiri oleh staf akademik SCIMPA.

Dalam sesi berkenaan, beliau menekankan kepentingan pelaksanaan CQI secara sistematik, berasaskan bukti serta selari dengan keperluan penjaminan kualiti dan standard akreditasi. Penerangan turut merangkumi kaedah mengenal pasti isu berdasarkan analisis pencapaian pelajar, teknik penyediaan dokumentasi yang lebih tersusun serta langkah merangka tindakan penambahbaikan yang realistik, relevan dan boleh diukur.

Prof. Madya Dr. Norani turut menjelaskan bahawa pelaksanaan CQI bukan sekadar memenuhi keperluan laporan, sebaliknya merupakan satu proses refleksi berterusan yang membantu pensyarah menilai keberkesanan strategi pengajaran, kaedah pentaksiran serta tahap pencapaian hasil pembelajaran kursus (CLO). Beliau menekankan bahawa setiap dapatan analisis perlu disusuli dengan tindakan susulan yang jelas, termasuk perancangan intervensi dan pemantauan impak pada semester berikutnya.

Para peserta juga didedahkan dengan contoh amalan terbaik serta pengalaman pelaksanaan CQI di peringkat fakulti bagi memastikan setiap dapatan penilaian kursus dapat diterjemahkan kepada tindakan yang memberi impak langsung terhadap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Sesi perbincangan dua hala turut membuka ruang kepada staf untuk mengemukakan persoalan serta berkongsi cabaran dalam melaksanakan CQI di peringkat kursus masing-masing.

Penganjuran taklimat ini diharap dapat memperkukuh kefahaman, kesediaan dan komitmen staf akademik SCIMPA dalam melaksanakan penambahbaikan berterusan secara lebih terancang dan konsisten, sekali gus memastikan kualiti pengajaran sentiasa dipertingkatkan bagi semester A252 yang akan datang.

Tahniah kepada semua Penjawat Utama Pusat Pengajian Pengurusan Industri Kreatif dan Seni Persembahan (SCIMPA)
06/03/2026

Tahniah kepada semua Penjawat Utama Pusat Pengajian Pengurusan Industri Kreatif dan Seni Persembahan (SCIMPA)

Komposer dan juga Pensyarah SCIMPA Dr Azmeer Abu Bakar adalah pencipta lagu viral tersebut.
03/03/2026

Komposer dan juga Pensyarah SCIMPA Dr Azmeer Abu Bakar adalah pencipta lagu viral tersebut.

25/02/2026

Address

School Of Creative Industry Management And Performing Arts, Universiti Utara
Sintok
06010

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+601156603804

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Pengajian Pengurusan Industri Kreatif dan Seni Persembahan UUM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share