28/12/2023
Selamat sejahtera dan Salam Biru Warna! 💙 Hari ini saya akan menerangkan tentang satu topik yang sinonim dalam kalangan masyarakat kita namun selalu dipandang enteng iaitu tentang contoh gangguan seksual☝
Pertama sekali mengenai budaya “catcalling” 😾 Catcalling boleh dikira sebagai budaya yang telah dinormalisasikan tidak mengira jantina dan umur namun ia tidak sepatutnya berlaku. Antara perlakuan catcalling ialah apabila seseorang itu bersiul atau mengeluarkan kata-kata pujian yang berbentuk sindiran, seperti contoh “feewit, adik cantik nak kemana tu” ataupun “hensem-hensem ni single lagi tak” sambil mengenyit mata 🗣 Budaya ini wujud dari peringkat sekolah lagi, golongan ini menjadi lebih berani untuk bersiul kepada orang yang mereka tidak kenali apabila mereka berada dalam kumpulan 🚨 Mungkin perkara ini berlaku kerana mereka ini kurang kasih sayang dan perhatian 😿 Golongan ini bahkan berasa bangga apabila mereka berbuat demikian dengan sokongan atau sorakan daripada rakan mereka 😾 Budaya ini adalah sangat jelek dan tidak sopan. Terdapat lebih banyak cara yang sesuai dan sopan untuk berkenalan dengan seseorang itu 🙊 Melalui cara catcalling, mangsa bahkan mungkin lebih menyampah atau gelisah apabila melihat lelaki atau wanita yang telah ‘catcall’ mereka 😨
Kedua, perbuatan menghantar mesej lucah 🤮 Perbuatan ini kerap berlaku diatas talian teruatama sekali kerana semua orang boleh mengakses laman web di hujung jari 📶 Perkara ini boleh berlaku di mana-mana sahaja anda berada. Anda mungkin masih bersekolah, atau pun sudah bekerja. Golongan yang s**a menghantar mesej seperti ini mungkin hanya seorang remaja yang di 'dare' ataupun memang seorang yang gatal. Bahkan sesetengah mereka yang pengecut, mungkin menggunakan nama samaran atau 'anonymously' untuk mengacau mangsa 👤 Oleh itu, saya merasakan bahawa kita sendiri tidak perlu melayan mesej sebegini dan terus melaporkan nombor yang menghantar mesej tersebut atau terus mem 'block' nombor mereka 🚫
Ketiga, gangguan seksual secara fizikal iaitu dengan menyentuh badan mangsa. Pada pendapat saya, gangguan seksual ini merupakan gangguan yang paling serius ‼ Hal ini kerana mangsa sendiri merasakan perlakuan tersebut. Mangsa mungkin berasa dirinya dinodai akibat trauma disentuh, atau merasa diri mereka tidak lagi berharga 😢 Pelaku gangguan seksual ini tidak boleh dilepaskan begitu sahaja kerana dia dilihat sebagai seorang yang berbahaya kerana mereka tidak boleh mengawal nafsu mereka sendiri 🤬
Kita sepatutnya cuba untuk membanteras perkara ini dalam masyarakat kita. Contohnya, anda boleh menegur perbuatan mereka secara ‘direct’ atau menjerkah pelaku jika anda melihat situasi ini berlaku di hadapan mata anda sendiri memandangkan mangsa biasanya tidak mampu berkata-kata kerana terkejut atau takut ‼ Selain itu, memberi jelingan yang tajam kepada mereka juga dapat memberi kesedaran bahawa perbuatan mereka itu menjijikkan 👀 Kita juga boleh terus melaporkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa supaya pelaku dikenakan tindakan yang sepatutnya.
Di bawah ini saya sertakan sebuah video eksperimen yang dijalankan di New York City tentang catcalling yang perlu dihadapi oleh seorang wanita yang hanya berpakaian normal. Anda nilaikan sendiri. Sekian sahaja dari saya bagi posting hari ini, terima kasih 🤗
Ditulis oleh: Nur Ezlynn Syamimi Binti Roslan (294335)