HEP UUM

HEP UUM Facebook Rasmi Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Universiti Utara Malaysia.
(1)

10/05/2026

CERITA DI SEBALIK FESTIVAL

๐Ÿ“ข *Jom Sertai Social Support Group!*Pusat Kaunseling Universiti Utara Malaysia menjemput anda untuk bersama dalam Progra...
23/04/2026

๐Ÿ“ข *Jom Sertai Social Support Group!*

Pusat Kaunseling Universiti Utara Malaysia menjemput anda untuk bersama dalam Program Social Support Group yang direka khas bagi memberi ruang kepada pelajar untuk berkongsi, menyokong dan berkembang bersama.

Program: Social Support Group
๐Ÿ“… Tarikh: 24 April 2026 (Jumaat)
โฐ Masa:
Sesi Pagi : 8.30am -12.00pm
๐Ÿ“Tempat:Pusat Kaunseling

๐ŸŒฟ Program ini memberi peluang kepada pelajar untuk:

* Berkongsi pengalaman dalam suasana yang selamat dan selesa
* Memahami serta mengurus emosi dengan lebih baik
* Membina keyakinan diri dan hubungan sosial yang positif

Selain itu, peserta juga akan dibimbing oleh kaunselor dalam aktiviti yang interaktif dan santai.

๐Ÿ’› Jangan lepaskan peluang untuk jadi sebahagian daripada komuniti yang saling menyokong.

Diminta kepada semua peserta untuk memberi maklum balas segera dan mendaftar selewat-lewatnya sebelum pukul 6 petang hari ini.

๐Ÿ“ž Sebarang pertanyaan:
Aida โ€“ 016-6698597
Faten โ€“ 011-73103360

TAHNIAH & SELAMAT DATANGSeluruh warga Hal Ehwal Pelajar & Alumni Universiti Utara Malaysia (UUM) merakamkan setinggi-tin...
21/04/2026

TAHNIAH & SELAMAT DATANG

Seluruh warga Hal Ehwal Pelajar & Alumni Universiti Utara Malaysia (UUM) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Prof. Madya Dr. Bakti bin Hasan Basri atas pelantikan sebagai Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) berkuat kuasa 20 April 2026.

Semoga pelantikan ini akan terus memperkukuh kecemerlangan universiti serta memperkasa agenda pembangunan pelajar dan alumni ke arah yang lebih gemilang.

Ikhlas daripada:
Seluruh Warga Kerja
Hal Ehwal Pelajar & Alumni
Universiti Utara Malaysia

ZIARAH PRIHATIN & PENGHANTARAN PULANG PELAJAR UUMHEPA ONLINE: Nur Aleeya Khairani binti Ahmad Shukri, pelajar Semester 5...
15/04/2026

ZIARAH PRIHATIN & PENGHANTARAN PULANG PELAJAR UUM

HEPA ONLINE: Nur Aleeya Khairani binti Ahmad Shukri, pelajar Semester 5 Ijazah Sarjana Muda Perakaunan, yang terlibat dalam kemalangan motosikal pada 31 Januari lalu telah dibenarkan pulang ke rumah pada 9 April 2026 selepas menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah.

Beliau dihantar pulang ke Kampung Kubang Pisang, Pendang menggunakan ambulans universiti dengan penyelarasan PKKU serta diiringi pegawai universiti dan wakil MPP.

Kini beliau dalam fasa pemulihan di rumah dan masih memerlukan pemantauan perubatan berterusan. Pihak keluarga merakamkan penghargaan atas segala bantuan dan sokongan warga universiti.

Semoga beliau diberikan kesembuhan dan dapat kembali menyambung pengajian.

13/04/2026

[Video] Rangkuman Majlis Perasmian Hari Organisasi Pelajar (HOPE DAY) Perdana 2026.

Majlis disempurnakan oleh YBhg. Naib Canselor dihadiri oleh Jawatankuasa Pengurusan Universiti dan pegawai-pegawai kanan universiti.

Turut memeriahkan majlis pada malam tersebut ialah Majlis Perwakilan Pelajar dan warga kampus UUM.

- 12 April 2026 | Padang Kawad UUM -

๐ƒ๐š๐ฉ๐ฎ๐ซ ๐’๐ข๐ฌ๐ฐ๐š ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ ๐”๐”๐Œ ๐ญ๐ž๐ซ๐ข๐ฆ๐š ๐ฌ๐ฎ๐ง๐ญ๐ข๐ค๐š๐ง ๐‘๐Œ๐Ÿ.๐Ÿ ๐ฃ๐ฎ๐ญ๐š,๐ฉ๐ž๐ซ๐ค๐š๐ฌ๐š ๐ค๐ž๐›๐š๐ฃ๐ข๐ค๐š๐ง ๐๐š๐ง ๐ข๐ง๐จ๐ฏ๐š๐ฌ๐ข ๐ฉ๐ž๐ฅ๐š๐ฃ๐š๐ซOleh:Noor Zafiera Ahmad Idris (Pe...
13/04/2026

๐ƒ๐š๐ฉ๐ฎ๐ซ ๐’๐ข๐ฌ๐ฐ๐š ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ ๐”๐”๐Œ ๐ญ๐ž๐ซ๐ข๐ฆ๐š ๐ฌ๐ฎ๐ง๐ญ๐ข๐ค๐š๐ง ๐‘๐Œ๐Ÿ.๐Ÿ ๐ฃ๐ฎ๐ญ๐š,๐ฉ๐ž๐ซ๐ค๐š๐ฌ๐š ๐ค๐ž๐›๐š๐ฃ๐ข๐ค๐š๐ง ๐๐š๐ง ๐ข๐ง๐จ๐ฏ๐š๐ฌ๐ข ๐ฉ๐ž๐ฅ๐š๐ฃ๐š๐ซ

Oleh:Noor Zafiera Ahmad Idris (Pelajar Pelatih dari Politeknik METrO Tasek Gelugor)
Gambar oleh: Muhammad Shamsul Shafie

UUM ONLINE: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bersetuju menyuntik dana sebanyak RM1.2 juta bagi menjayakan inisiatif Universiti Utara Malaysia (UUM) merealisasikan program Dapur Siswa MADANI dengan memanfaatkan teknologi retort.

Program yang direka secara holistik ini bukan sahaja bertujuan menangani isu kelaparan di kampus, malah berfungsi sebagai ekosistem inovatif untuk memperkasakan kemahiran graduan, memupuk kerjasama universiti-industri dan menyediakan peluang pekerjaan kepada graduan serta komuniti setempat.

Berita lanjut, layari https://uumtoday.com/general-news/dapur-siswa-madani-uum-terima-suntikan-rm1-2-juta-perkasa-kebajikan-dan-inovasi-pelajar/

official

06/04/2026

๐ŸŒฟ Satu Bakau, Seribu Kehidupan ๐ŸŒฟ

Sekitar Program Khidmat Masyarakat yang telah berlangsung di Hutan Simpan Sungai Merbok, Kedah ๐ŸŒŠ
Program ini menjadi platform untuk menyemai kesedaran tentang kepentingan pemuliharaan ekosistem hutan bakau yang memainkan peranan besar dalam mengekalkan keseimbangan alam dan kehidupan ๐ŸŒฑ

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan usaha murni ini. Semoga langkah kecil ini memberi impak besar buat alam sekitar dan generasi akan datang.

official

MAKLUMAN PENGKREDITAN PTPTN SEMESTER A252Adalah dimaklumkan tarikh penting berkaitan pengkreditan PTPTN bagi pelajar UUM...
12/03/2026

MAKLUMAN PENGKREDITAN PTPTN SEMESTER A252

Adalah dimaklumkan tarikh penting berkaitan pengkreditan PTPTN bagi pelajar UUM.

Sekian, terima kasih.

Pengarah Pusat Islam Universiti Utara Malaysia (UUM), Tuan Haji Mohd Yusnaidi Sabri menerima Mushaf Al-Quran Sultan Miza...
11/03/2026

Pengarah Pusat Islam Universiti Utara Malaysia (UUM), Tuan Haji Mohd Yusnaidi Sabri menerima Mushaf Al-Quran Sultan Mizan Zainal Abidin mewakili UUM dalam Majlis Hibah Mushaf Al-Quran yang berlangsung di Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Mushaf yang penuh kemuliaan ini telah disampaikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah sebagai simbolik pemerkasaan dan penyebaran ilmu wahyu kepada masyarakat.

Penerimaan mushaf ini menjadi satu amanah besar serta penyuntik semangat kepada warga UUM untuk terus memperluaskan penghayatan Al-Quran dalam kehidupan kampus, selari dengan usaha memartabatkan ilmu wahyu dalam pembangunan sahsiah mahasiswa.

Semoga keberkatan Al-Quran terus menerangi perjalanan ilmu dan kehidupan seluruh warga Universiti Utara Malaysia.

Foto oleh: Media UMT

TAWARAN MENJALANI LATIHAN INDUSTRI DALAM KAMPUS (PENEMPATAN DI JABATAN HAL EHWAL PELAJAR)Pihak Jabatan Hal Ehwal Pelajar...
09/03/2026

TAWARAN MENJALANI LATIHAN INDUSTRI DALAM KAMPUS (PENEMPATAN DI JABATAN HAL EHWAL PELAJAR)

Pihak Jabatan Hal Ehwal Pelajar ( JHEP ) mempelawa pelajar-pelajar yang berkelayakan untuk menjalani latihan industri dalam kampus sebagai memenuhi sebahagian daripada keperluan akademik.

Bidang pengajian yang diperlukan :
- Pemasaran
- โ Multimedia / Teknologi Maklumat / Teknologi Media
- โ Kerja Sosial / Kaunseling
- โ Komunikasi
- โ Statistik Industri
- โ Pengurusan Sumber Manusia
- โ Industri Kreatif
- โ Pengurusan Pembangunan

๐Ÿ“Œ Terbuka kepada pelajar yang sedang mencari penempatan latihan industri berkaitan.

Hantar melalui emel :
๐Ÿ“ฉ [email protected]

Untuk sebarang maklumat lanjut sila hubungi kami di :
โ˜Ž๏ธ 04-9284015 / 04-9284020

08/03/2026

BIASISWA PERGURUAN PERSEKUTUAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN(ISMP) AMBILAN TAHUN 2026

Untuk semakan kelayakan, sila rujuk pautan yang disediakan di bawah.๐Ÿ‘‡

https://epenawaran.moe.gov.my/ijazah1/image/SYARAT_ISMP_2026.pdf

Address

Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Universiti Utara
Sintok
06010

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6049284031

Website

https://beacons.ai/hepuum

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when HEP UUM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to HEP UUM:

Share