ROTU NAVY UUM

ROTU NAVY UUM ROTU stand for Reserve Officer Training Unit

Kami dari Palapes Laut UUM.

[SELAMAT HARI ULANG TAHUN TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA KE-92]Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Biru Warna dan Sala...
27/04/2026

[SELAMAT HARI ULANG TAHUN TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA KE-92]

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Biru Warna dan Salam Samudera Raya.

Tanggal 27 April merupakan detik bersejarah yang memperingati penubuhan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sebagai tonggak pertahanan maritim negara. Selama 92 tahun, TLDM terus kekal gagah mempertahankan kedaulatan perairan negara dengan penuh dedikasi, disiplin dan semangat pengorbanan yang tinggi.

Warga PALAPES Laut Universiti Utara Malaysia merakamkan ucapan Selamat Hari Ulang Tahun TLDM ke-92.

"TLDM Perkasa Kedaulatan Terpelihara".


14/04/2026
14/04/2026
[KURSUS ASAS PRA-TAULIAH FASA 3 SIRI 3 TAHUN 2025]INGIN MENDALAMI ILMU TENTERA LAUT DENGAN LEBIH DEKAT? SERTAI KAMI DAN ...
20/08/2025

[KURSUS ASAS PRA-TAULIAH FASA 3 SIRI 3 TAHUN 2025]

INGIN MENDALAMI ILMU TENTERA LAUT DENGAN LEBIH DEKAT? SERTAI KAMI DAN JADILAH SEBAHAGIAN DARIPADA ANGGOTA PALAPES LAUT UUM.

Bravo Zulu!

[11 OGOS 2025 - 15 OGOS 2025]

Bertempat di Markas Pasukan Simpanan TLDM Sungai Lunchoo, Johor, telah berlangsungnya Kursus Asas Pra-Tauliah Fasa 3 Siri 3 bagi tahun 2025. Kursus pada siri kali ini melibatkan seramai 159 pegawai kadet terdiri daripada 3 buah universiti termasuk 38 pegawai kadet dari Universiti Utara Malaysia. Kursus ini telah dirasmikan oleh Lt kdr Ibrahim Halil bin Shamsuddin TLDM, Pegawai Staf Sumber Manusia.

Sepanjang berlangsungnya kursus ini, pelbagai aktiviti telah dilaksanakan untuk membimbing semua yang terlibat bagi menjadi seorang pegawai yang berkebolehan dan berkemahiran tinggi. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah Lawatan ke KD SULTAN ISMAIL, Pengenalan kepada Senjata Api Kecil, Mengawal Kebanjiran dan Melawan Api (МКМА), Komunikasi Tentera Laut, latihan kawad kaki, Pengendalian Bot, Assault Course dan latihan renang. Kursus ini juga merupakan salah satu prasyarat yang telah termaktub untuk ditauliahkan sebagai Leftenan Muda kelak.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat dalam KAPT Fasa 3 Siri 3 pada tahun ini. Semoga melalui kursus ini, setiap pengajaran dan pengalaman yang ditimba menjadi kunci untuk menjadi seorang pegawai TLDM yang berjaya dan berkaliber tinggi.




[NAVY RUN 2025]Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Biru Warna dan Salam Samudera Raya.Pada 03 Ogos 2025, telah berla...
05/08/2025

[NAVY RUN 2025]

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Biru Warna dan Salam Samudera Raya.

Pada 03 Ogos 2025, telah berlangsungnya NAVY RUN 2025 yang bertempat di Dataran DBKL, Kuala Lumpur. Seramai 54 orang Pegawai kadet termasuk seorang jurulatih dari PALAPES Laut UUM tidak ketinggalan menyertai dan memeriahkan lagi program hebat anjuran TLDM ini.

Larian ini bukan saja memupuk gaya hidup sihat dan semangat kesukanan, tapi juga mengukuhkan jalinan antara warga TLDM, pasukan simpanan dan masyarakat awam.

Syabas dan tahniah kepada semua peserta PALAPES Laut UUM yang hadir dengan penuh semangat!


Address

Sintok
06010

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when ROTU NAVY UUM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share