12/05/2024
[POSTING 2]
TOPIK: ISU GANGGUAN SEKSUAL
🚨 Mari Kita Bincang Isu Serius: Gangguan Seksual dalam Sektor Pendidikan 🚨
Hai semua! 😊 Hari ini, saya ingin membincangkan sesuatu yang serius dan penting yang telah lama bermain di fikiran saya iaitu gangguan seksual dalam sektor pendidikan. Isu ini jarang mendapat perhatian yang sewajarnya walaupun ia melibatkan keselamatan dan kesejahteraan pelajar serta staf pendidikan. Baik pelajar yang diganggu oleh guru, mahupun staf yang menghadapi tingkah laku tidak sesuai dari rakan sekerja, ini bukanlah sesuatu yang boleh kita abaikan. 🙅🏻♀️🙅🏻♀️
Sebagai seseorang yang menghargai pendidikan dan percaya bahawa persekitaran yang selamat adalah penting untuk pembelajaran yang efektif, sangat menyedihkan mendengar tentang insiden-insiden ini. 🥲 Tidak seorang pun patut merasa terancam atau tidak selesa di tempat belajar atau tempat kerja mereka. 🫶🏻✨
Apa Itu Gangguan Seksual? 🤔
Gangguan seksual merangkumi sebarang tingkah laku seksual yang tidak diingini, termasuk komen, jenaka, isyarat, sentuhan fizikal, atau tindakan yang lebih serius yang membuat seseorang merasa tidak selesa, terancam, atau terhina. 🗣️Tingkah laku ini boleh merangkumi dari kata-kata tidak senonoh hingga serangan yang terang-terangan. 🚫🚫 Mengetahui apa yang diklasifikasikan sebagai gangguan seksual membantu dalam mengenal pasti dan menghentikannya.
Mengapa Ini Berlaku? 🧐
Selalunya, faktor seperti ketidakseimbangan kuasa antara staf dan pelajar, kekurangan kesedaran yang betul tentang apa yang merupakan tingkah laku yang sesuai, atau budaya yang meremehkan insiden semacam ini menyumbang kepada kekerapan gangguan. 👥 Faktor lain termasuk pengaruh rakan sebaya, kurangnya pendidikan agama, dan pendedahan berlebihan kepada media sosial. 📱Mangsa mungkin berdiam diri kerana takut tidak dipercayai, malu, atau kemungkinan diancam dan diugut oleh pelaku, yang menjadikan isu ini semakin rumit. 🙍🏻♀️🙍🏻♂️
Kesan ke atas Mangsa 💥
Kesan terhadap mangsa adalah sangat besar dan mendalam. Gangguan seksual boleh menyebabkan masalah psikologi seperti tekanan, kebimbangan, dan kemurungan, serta mempengaruhi prestasi akademik dan interaksi sosial. 💆🏻💆🏻 Lebih parah lagi, mangsa boleh mula terlibat dengan pengambilan dadah dan alkohol secara berlebihan sebagai mekanisme menghadapi tekanan emosi. 🚫 Akibatnya, sekolah atau universiti yang sepatutnya menjadi persekitaran pembelajaran yang selamat menjadi tempat yang penuh dengan ketakutan dan kebimbangan. 🧑🏼🎓👩🏻🎓
Apa yang Kita Boleh Buat? 🙋🏻♀️
Langkah pertama bermula dari diri sendiri: kita perlu mengenal pasti dan mengecam tingkah laku yang tidak sesuai. 🤔Keluarga harus mendidik anak-anak mereka tentang hormat dan batasan peribadi. 🤗 Di samping itu, sekolah dan universiti perlu melaksanakan dasar yang jelas terhadap gangguan, menyediakan saluran pelaporan yang mudah diakses, dan memberikan sokongan kepada yang terjejas. 🏢 Kerajaan harus memastikan undang-undang dan peraturan yang ketat agar institusi pendidikan mengambil isu ini dengan serius. ⚖️
Dengan bekerjasama, kita dapat membentuk dan memelihara persekitaran pendidikan yang selamat dan kondusif. Mari kita bersatu padu melawan gangguan seksual dan menjadikan ruang pendidikan kita selamat untuk semua! 🤝💪
📚✊
Hi korangggggggg😍! buat apaaa tuuu 🙈santai santai je kannnn sambil korang scroll scroll facebook ni manetau ada something bermanfaat korang akan dapat kan! 💕😍
Dapat la jugak something kan!Harini may ada nak share something yang important dekat korang tapi sesetengah orang kita anggap benda ni Benda yang Taboo😔😩SEDIH KAN? 🥲
Benda yang May nak share ni jangan lupa share share p**ak dengan kawan kawan yang lain tauuuuu! penat May type ni😉
So benda yang may nak Share ni ialah tentang Pedofilia
APAKAH ITU PE******IA GUYS?
Pedofilia sebenarnya berasal dari perkataan Greek yang membawa maksud “anak” “cinta yang mesra”ataupun “persahabatan”.
Kalau korang nak tahu, Pedofilia ni digunakan untuk individu yang mempunyai minat seks yang utama terhadap kanak kanak belum baligh berusia 13 tahun atau lebih muda! SERAM KAN 😭 Ada jugak eh macamtu korang.Bukan itu jee korang kadang-kadang jugak dipanggil infantophilia iaitu sejenis cabang pedofilia jugak! Haaaaa baru tahu kan, kalau infantophilia ni merujuk kepada keutamaan utama seksual untuk bayi dan kanak kanak yang berusia 0-3 tahun atau kanak kanak di bawah umur 5 tahun,Haaaa korang ternganga kan😩Sama lah May pun! J*p j*p ada lagi tau korang.Hebephilia p**a ditakrifkan sebagai individu yang mempunyai minat seks yang utama atau eksklusif terhadap kanak kanak yang belum baligh berusia antara 11-14 tahun.
FAKTOR- FAKTOR BERLAKUNYA PEDOFILIA?
gabungan tiga faktor dikenal pasti mempengaruhi peningkatan jenayah seksual ke atas kanak-kanak termasuk mudahnya mengakses bahan lucah di media sosial.
• Penggunaan tanpa kawalan serta penyalahgunaan medium itu menjadikan bahan berunsur lucah semakin mudah diakses terutamanya individu yang cenderung ke arah itu.
• Faktor kedua adalah peluang yang menjadikan penjenayah mudah melakukan jenayah itu. Peluang itu hadir apabila kurangnya kesedaran orang dewasa mengawasi anak mereka.
Misalnya, ibu bapa sambil lewa menyerahkan anak untuk dijaga individu yang baru dikenali di media sosial dan sebagainya
• Menurutnya lagi, faktor ketiga adalah kelemahan mangsa iaitu kanak-kanak, penjenayah mengambil kesempatan ke atas golongan yang fitrahnya masih belum mampu berdikari.
Apabila tiga faktor ini bertembung, jenayah seksual ke atas kanak-kanak akan berlaku
Statistik 2018 mendedahkan daripada 639 kes jenayah seksual kanak-kanak, 73.4 peratus atau 469 kes didalangi oleh individu yang dikenali mangsa.
Malah, selain rakan-rakan kenalan, apa yang mengejutkan kelompok kedua pedofilia itu terdiri daripada guru, jiran sekampung dan bapa saudara.
KESAN KESAN PEDOFILIA KEPADA MANGSA
Implikasi daripada peristiwa pahit ini korang dapat berikan kesan psikologi terhadap mangsa tau.Ada antara mangsa yang terus menjadi celaru dan tertekan serta mempunyai keyakinan diri rendah serta merasakan diri tidak berguna lagi sehingga hilang fokus.Selain itu, tumpuan terhadap pelajaran juga mula terganggu disebabkan ketidakstabilan emosi sehingga ada kalangan mangsa yang masih tidak pandai membaca. Perasaan yang bercampur baur macam rungsing, geram, marah, sakit hati dan dendam kerap kali menguasai diri mangsa sehingga ada kalanya mereka hilang pertimbangan dan cuba melepaskan perasaan tersebut dengan memukul adik beradik atau rakan-rakan sekeliling.
Malah, ada mangsa pedofilia yang mengalami trauma berpanjangan kesan daripada serangan seksual yang dialami tersebut. Lebih merumitkan lagi ada antara kanak-kanak mangsa pedofilia ini hamil yang lagi menambahkan tekanan emosi dalam persediaan untuk menjadi ibu pada usia yang terlalu muda. Selain itu ada juga mangsa pedofilia kanak-kanak lelaki akan cuba melakukan perkara yang terjadi kepadanya kepada kawan-kawan lelaki yang lain.SERAM KAN KORANG!😞😰
CONTOH CONTOH KES PEDOFILIA DI SEKOLAH ?
Korang mesti nak tahu kan kes- kes pedofilia ni sekolah ni, sebenarnya banyak tauu ,meh May bagitau korang, ingat tak kes baru baru ni yang kecoh mengenai kes seorang guru sekolah menengah kebangsaan (SMK) didakwa menjalin hubungan bersama seorang pelajar tingkatan 5.Yang lebih mengejutkan , terdapat beberapa bukti tangkap layar dimana mesej perbualan antara cikgu tersebut dengan pelajar itu.dimana membuktikan mereka memang menjalin cinta walaupun pendidik tersebut seorang isteri dan juga ibu kepada empat orang cahaya mata, malah pelajar tersebut turut didakwa mempunyai kesan kemerahan pada leher susulan hubungan sulit yang terjalin.ish ish ish , ternganga kita dengar kan!😧 Ada lagi j*p j*p, Pada Mac 2018 yang berlaku di Kuantan Perbuatan sumbang seorang lelaki yang sering menghulurkan derma kepada sebuah pusat tahfiz sejak tahun 2015 terbongkar apabila dia ditahan selepas didakwa melakukan penderaan seksual ke atas 21 pelajar institusi itu berusia 10 hingga 17 tahun dan enam daripadanya mengaku diliwat.
Disediakan oleh:
Vanessa anak Basil 300587
Nur Hidayatul Maysara Bt Ab Halim 301125