Gerakan Mahasiswa Pahang - Gema Pahang Uum

Gerakan Mahasiswa Pahang - Gema Pahang Uum GEMA PAHANG adalah sebuah Persatuan Anak Negeri Pahang yang berada di Universiti Utara Malaysia. Ditukarkan nama daripada MAMPAN UUM kepada GEMA PAHANG UUM

30/11/2014

-Admin Temerloh TUNKU CANSELOR MERIAHKAN GOLF AMAL DIRAJA UUM 2014

UUM ONLINE: Putrajaya, 23 November - Kira-kira 100 peserta menyertai Kejohanan Golf Amal DiRaja 2014 anjuran Universiti Utara Malaysia (UUM) yang diadakan buat julung kalinya di Palm Garden Golf Club IOI Resort City, Putrajaya semalam.

26/11/2014

-Admin Temerloh BANK NEGARA MALAYSIA KONGSI INFORMASI MENGENAI DUA AKTA BAHARU DALAM PERBANKAN

UUM ONLINE: 25 November -Bagi mendedahkan mengenai akta-akta baharu yang berkaitan perbankan, pelajar Semester Enam Sarjana Muda Perbankan Dengan Kepujian bagi Kursus Seminar In Banking telah menganjurkan ceramah mengenai 'Akta Perkhidmatan Kewangan' (FSA) dan 'Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013' (IFSA) di Dewan Seminar A, Pusat Konvensyen, semalam.

25/11/2014

-Admin Temerloh UUM KENANG JASA DUA MANTAN AHLI LPU

UUM ONLINE: Kuala Lumpur, 20 November - Bagi mengenang jasa atas khidmat bakti diberikan kepada Universiti Utara Malaysia (UUM), dua mantan Lembaga Pengarah Universiti (LPU) telah diraikan dalam Majlis Penghargaan dan Mengenang Jasa di Hotel Sheraton Imperial, malam tadi.

25/11/2014

-Admin Temerloh PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGURUSAN DAN KOMUNIKASI

UUM ONLINE: Buat julung-julung kalinya Universiti Utara Malaysia, Kuala Lumpur (UUMKL) menganjurkan Persidangan Kebangsaan Pengurusan dan Komunikasi (NCMC) Kali Pertama 2014. Persidangan yang telah berlangsung di Hotel Grand Seasons, Kuala Lumpur baru-baru ini telah berjaya meraih 50 penyertaan dari dalam dan luar negara. Peserta yang hadir telah membentangkan kertas kerja masing-masing dalam persidangan tersebut.

24/11/2014

-Admin Temerloh GALAK MAHASISWA SERTAI MISI KESUKARELAWANAN

UUM ONLINE: Mahasiswa Universiti Utara Malaysia (UUM) di ajak menyertai Kelab Penyayang dalam memenuhi visinya ‘Semaikan Kesukarelawan, Suburkan Kemanusiaan’ untuk membantu golongan yang memerlukan.

24/11/2014

-Admin Temerloh UUM JALANI AUDIT PEMANTAUAN MS ISO 9001:2008

UUM ONLINE: 19 November - Satu pasukan panel audit dari SIRIM QAS International Sdn. Bhd telah menjalankan Audit Pemantauan bagi pensijilan MS ISO 9001:2008 terhadap Universiti Utara Malaysia (UUM) selama dua hari bermula 17 hingga 18 November.

20/11/2014

-Admin Temerloh KENANG JASA MANTAN PENJAWAT UTAMA

UUM ONLINE: 16 November - Jasa dikenang, budi disanjung. Sumbangan serta bakti yang dicurahkan oleh mantan penjawat utama terhadap Universiti Utara Malaysia (UUM) sentiasa diingati dan dihargai oleh pihak universiti meskipun tidak lagi menjawat jawatan tersebut.

Justeru sebagai menghargai jasa dan sumbangan mereka kepada UUM, satu majlis Penghargaan dan Mengenang Jasa 2014 telah diadakan bertujuan menghargai jasa dan budi 13 mantan penjawat utama 2013.

19/11/2014

-Admin Temerloh 80 PELAJAR ISTIMEWA JALANI PROGRAM HIPPOTERAPI DI PUSAT EKUIN

UUM ONLINE: Seramai 80 pelajar istimewa dari empat buah sekolah sekitar daerah Kubang Pasu mengadakan “Program Hippotherapy Special Kids” atau “Terapi Berkuda Kanak-kanak Istimewa” di Pusat Ekuin Universiti Utara Malaysia (UUM) pagi semalam.

19/11/2014

-Admin Temerloh PESERTA PROGRAM EKSEKUTIF UUM-KELLOGG TAMATKAN MODUL 1

UUM ONLINE: Seramai 34 peserta daripada jabatan kerajaan dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) yang mengikuti Program Latihan Pembangunan Eksekutif Universiti Utara Malaysia (UUM) dengan kerjasama Kellogg School of Management, Northwestern University, Amerika Syarikat menerima sijil masing-masing setelah berjaya menamatkan Modul 1 program tersebut.

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.Barisan kepimpinan GEMA Pahang akan mengadakan "Family Day GEMA Pahang" pada ket...
19/11/2014

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Barisan kepimpinan GEMA Pahang akan mengadakan "Family Day GEMA Pahang" pada ketetapan seperti berukut :-

Tarikh : 21November 2014
Hari : Jumaat
Masa : 8.00 am hingga 12.30 tgh
Tempat: Pusat Sukan (Padang Bola Baling)

Kepada Anak2 Pahang UUM sekalian, anda semua dijemput untuk turut serta mengambil bahagian. Bayaran hanya RM1 dikenakan.

Pelbagai aktiviti menarik disediakan. Anda diminta untuk berpakaian sukan. Bas setiap laluan disediakan. Pendaftaran boleh dibuat secara terus kepada Hanis Razali (013 6271060).

Jumpa anda di sana.

18/11/2014

-Admin Temerloh BENGKEL PEMERKASAAN WANITA DALAM PERUNDANGAN SYARIAH TINGKAT KESEJAHTERAAN WANITA

UUM ONLINE: Alor Setar, 17 November - Isu diskriminasi wanita dalam Undang-undang Keluarga Islam sering dibangkitkan dalam masyarakat apabila terdapat dakwaan bahawa perundangan Islam mengamalkan bias gender.

18/11/2014

-Admin Temerloh PESERTA PROGRAM EKSEKUTIF UUM-KELLOGG TAMATKAN MODUL 1

UUM ONLINE: Seramai 34 peserta daripada jabatan kerajaan dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) yang mengikuti Program Latihan Pembangunan Eksekutif Universiti Utara Malaysia (UUM) dengan kerjasama Kellogg School of Management, Northwestern University, Amerika Syarikat menerima sijil masing-masing setelah berjaya menamatkan Modul 1 program tersebut.

Penyerahan sijil kepada peserta telah disempurnakan oleh Naib Canselor, Prof. Dato’ Wira Dr. Mohamed Mustafa Ishak pada satu majlis penyerahan sijil yang dilangsungkan di EDC-UUM, semalam.

Address

Sintok
06010

Telephone

014-5156627

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Gerakan Mahasiswa Pahang - Gema Pahang Uum posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share