Persatuan Komunikasi Universiti Utara Malaysia

Directions Website Contact the university

Persatuan Komunikasi Universiti Utara Malaysia FOLLOW, LIKE, SHARE AND SUBSCRIBE US NOW! 😍💙
Instagram:
Facebook: perkomuum
Youtube: https://www.youtube.com/channel/UCxdV8xWkKdATPMab1dayJWw

RM5,000 sumbangan buku, al-Quran dekati komuniti Islam ThailandThailand – Bukan sekadar menimba pengalaman di luar negar...
25/09/2026

RM5,000 sumbangan buku, al-Quran dekati komuniti Islam Thailand

Thailand – Bukan sekadar menimba pengalaman di luar negara, sekumpulan pelajar Komunikasi Universiti Utara Malaysia (UUM) membawa misi kemasyarakatan apabila berjaya mengumpulkan sumbangan buku bernilai RM5,000 untuk sekolah rendah Islam serta mengagihkan naskhah al-Quran kepada komuniti Islam di beberapa wilayah Thailand.

Inisiatif menerusi program Global Academic and Volunteer Trips: Thailand 2026 (GO-THAI’26) itu menyaksikan sumbangan disalurkan kepada sekolah dan komuniti Islam termasuk di Suphan Buri, Kanchanaburi dan Bangkok, khususnya bagi membantu keperluan pendidikan dan pembelajaran agama masyarakat setempat.

Pengarah agihan buku dan al-Quran, Muhammad Kamal Fandi berkata, usaha tersebut bukan sahaja bertujuan menyampaikan sumbangan, malah memberi peluang kepada peserta mendekati komuniti Islam setempat dan memahami kehidupan serta keperluan mereka dengan lebih dekat.

Misi kesukarelawanan itu turut diperluas menerusi aktiviti tanggungjawab sosial di Sekolah Sahavith, Suphan Buri dengan pelajar Komunikasi Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi (SMMTC) berkongsi pengetahuan berkaitan promosi dan literasi media komunikasi digital bersama golongan remaja.

Pengarah aktiviti sekolah, Muhammad Danish Mustapa berkata, aktiviti berkenaan dirangka secara interaktif bagi meningkatkan kesedaran remaja terhadap peranan media digital, selain memberi pendedahan tentang bagaimana platform komunikasi boleh digunakan secara lebih berkesan dalam kehidupan seharian.

Pensyarah pengiring GO-THAI’26, Dr. Mohd Zuwairi Mat Saad berkata, pendekatan itu membolehkan mahasiswa mengaplikasikan pengetahuan komunikasi yang dipelajari di universiti untuk memberi manfaat secara langsung kepada masyarakat.

“Mobiliti antarabangsa bukan hanya tentang tempat yang kita lawati, tetapi nilai yang kita tinggalkan kepada komuniti. Pelajar perlu belajar bahawa ilmu komunikasi juga boleh menjadi medium untuk mendidik, berkongsi dan membina hubungan merentasi budaya.

“Apabila mereka turun sendiri ke sekolah, masjid dan komuniti, pengalaman itu membentuk kepekaan sosial serta membantu mereka memahami realiti masyarakat yang berbeza daripada persekitaran mereka sendiri,” katanya.

GO-THAI’26 menggabungkan elemen akademik, pendedahan industri, kesukarelawanan dan silang budaya sebagai sebahagian daripada usaha memperluas pengalaman pembelajaran mahasiswa SMMTC di peringkat antarabangsa.

PELAJAR KOMUNIKASI TIMBA PENGALAMAN PENYIARAN DI RADIO THAILANDBANGKOK: Pelajar Program Komunikasi, SMMTC, Universiti Ut...
23/09/2026

PELAJAR KOMUNIKASI TIMBA PENGALAMAN PENYIARAN DI RADIO THAILAND

BANGKOK: Pelajar Program Komunikasi, SMMTC, Universiti Utara Malaysia (UUM) memperoleh pengalaman secara langsung dalam bidang penyiaran menerusi lawatan industri ke Radio Thailand di bawah National Broadcasting Services of Thailand (NBT) sempena program Global Academic & Volunteer Trips (GO-THAI’26).

Delegasi UUM disambut oleh Pengarah Radio Thailand, Kim, bersama kakitangan yang berkongsi mengenai operasi stesen radio, proses penerbitan kandungan serta perkembangan industri penyiaran di Thailand menerusi sesi dialog bersama pelajar.

Selain sesi dialog, pelajar turut diberi peluang menjalani simulasi membaca berita radio, sekali gus membolehkan mereka mempraktikkan aspek penyampaian berita seperti sebutan, intonasi, kelancaran dan keyakinan ketika berada di hadapan mikrofon.

Pengalaman pembelajaran itu diteruskan menerusi aktiviti drama radio yang mendedahkan pelajar kepada penggunaan suara, ekspresi dan kreativiti dalam menghasilkan penceritaan berbentuk audio. Ketiga-tiga aktiviti berkenaan memberi peluang kepada pelajar menghubungkan pengetahuan komunikasi yang dipelajari di bilik kuliah dengan amalan sebenar industri penyiaran.

Lawatan industri tersebut merupakan antara pengisian GO-THAI’26 yang berlangsung di Thailand dari 15 hingga 26 September 2026, melibatkan 10 pelajar Program Komunikasi SMMTC dan diketuai Pengarah Program, Nur Atikah Hasril, dengan fokus kepada pendedahan industri, jaringan antarabangsa, kesukarelawanan dan pengalaman silang budaya.

DIALOG BERSAMA 101 MEDIA BUKA PERSPEKTIF PELAJAR UUM TERHADAP MEDIA BEBAS THAILANDBANGKOK: Pelajar Komunikasi SMMTC UUM ...
21/09/2026

DIALOG BERSAMA 101 MEDIA BUKA PERSPEKTIF PELAJAR UUM TERHADAP MEDIA BEBAS THAILAND

BANGKOK: Pelajar Komunikasi SMMTC UUM memperoleh pendedahan mengenai operasi dan peranan media bebas di Thailand menerusi sesi dialog bersama 101 Media di Bangkok, sempena program Global Academic & Volunteer Trips (GO-THAI’26).

Sesi tersebut memberi peluang kepada delegasi UUM berdialog bersama Editor-in-Chief 101 Media, Somkid Puttasri dan Deputy Executive Editor, Wongpun Amarinthewa (Ben) mengenai amalan kewartawanan, pengurusan editorial serta cabaran yang dihadapi organisasi media bebas dalam landskap media digital.

Perbincangan turut memberi penekanan kepada proses menghasilkan kandungan dan kepentingan membina perspektif dalam penulisan berita. Pelajar didedahkan bahawa penguasaan asas 5W1H dan struktur piramid terbalik perlu disertai keupayaan wartawan menentukan sudut pemberitaan (news angle) yang relevan dan mempunyai nilai kepada khalayak.

Lawatan ke 101 Media merupakan antara pengisian GO-THAI’26 yang berlangsung dari 15 hingga 26 September 2026, melibatkan 10 pelajar Program Komunikasi SMMTC dan diketuai Pengarah Program, Nur Atikah Hasril, dengan fokus kepada pendedahan industri, jaringan antarabangsa, kesukarelawanan dan pengalaman silang budaya.

GO-THAI’26 Mulakan Agenda Rasmi di Kedutaan Malaysia, BangkokBANGKOK, 17 September 2026 – Program Global Academic and Vo...
17/09/2026

GO-THAI’26 Mulakan Agenda Rasmi di Kedutaan Malaysia, Bangkok

BANGKOK, 17 September 2026 – Program Global Academic and Volunteer Trips: Thailand 2026 (GO-THAI’26) memulakan agenda rasminya dengan sesi bersama Kedutaan Malaysia di Bangkok, hari ini.

Sesi tersebut memberi peluang kepada peserta untuk memahami peranan kedutaan bersama agensi Malaysia yang lain. Selain membantu rakyat Malaysia di luar negara, kedutaan menjadi penghubung antara Malaysia dan Thailand dalam memperkukuh hubungan serta kerjasama kedua-dua negara.

Pihak kedutaan turut mengingatkan peserta agar mendaftarkan perjalanan melalui e-Konsular dan memuat turun aplikasi MyWorldAlert sebelum ke luar negara. Langkah ini membantu rakyat Malaysia menerima maklumat dan makluman penting sepanjang berada di luar negara.

Lawatan ini membuka pengalaman antarabangsa GO-THAI’26 dengan pemahaman yang lebih jelas tentang peranan diplomasi dan kepentingan membuat persediaan sebelum perjalanan.

[Lailatul Qadr 1447H]Assalamualaikum and Salam Biru Warna 💙The Prophet (ﷺ) said: “Whoever fasted the month of Ramadan ou...
17/03/2026

[Lailatul Qadr 1447H]

Assalamualaikum and Salam Biru Warna 💙

The Prophet (ﷺ) said:
“Whoever fasted the month of Ramadan out of sincere Faith (i.e. belief) and hoping for a reward from Allah, then all his past sins will be forgiven, and whoever stood for the prayers in the night of Qadr out of sincere Faith and hoping for a reward from Allah, then all his previous sins will be forgiven.”
(Sahih al-Bukhari & Muslim)

May this blessed night bring mercy, forgiveness, and countless blessings, InshaAllah 🤲🏻✨

==========

“KEBAJIKAN TERUS TERJAGA,
DEMI SEJAHTERA”

PERSATUAN KOMUNIKASI (PERKOM),
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA.

==========

[Lailatul Qadr 1447H]Assalamualaikum and Salam Biru Warna 💙The Prophet (ﷺ) said: “Whoever fasted the month of Ramadan ou...
15/03/2026

[Lailatul Qadr 1447H]

Assalamualaikum and Salam Biru Warna 💙

The Prophet (ﷺ) said:
“Whoever fasted the month of Ramadan out of sincere Faith (i.e. belief) and hoping for a reward from Allah, then all his past sins will be forgiven, and whoever stood for the prayers in the night of Qadr out of sincere Faith and hoping for a reward from Allah, then all his previous sins will be forgiven.”
(Sahih al-Bukhari & Muslim)

May this blessed night bring mercy, forgiveness, and countless blessings, InshaAllah 🤲🏻✨

==========

“KEBAJIKAN TERUS TERJAGA,
DEMI SEJAHTERA”

PERSATUAN KOMUNIKASI (PERKOM),
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA.

==========

Address

Pusat Pengajian Teknologi Multimedia Dan Komunikasi
Sintok
06010

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Komunikasi Universiti Utara Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Persatuan Komunikasi Universiti Utara Malaysia:

Shortcuts

Share