04/05/2025
[SALAM TAKZIAH]
Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un.
Dengan penuh rasa dukacita, kami ingin memaklumkan bahawa Bekas Penasihat BPLB Thinkers Society 2023/2024, Prof. Madya Dr. Ahmad Shamsul bin Abd. Aziz, telah kembali ke rahmatullah pada hari ini.
Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar buat kami semua. Kami mendoakan agar roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
Salam takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga. Semoga diberikan kekuatan dan ketabahan menghadapi saat yang mencabar ini.
Al-Fatihah.
“WISDOM | VERACITY | JUSTICE”