Pusat Komuniti Saudara Kita ( PKSK ) Daerah Sipitang

Pusat Komuniti Saudara Kita ( PKSK ) Daerah Sipitang KBSK Latar Belakang Kelas

Kelas ini telah diasaskan oleh Ustaz Pg. Kamarudin Bin Pg. Shamshuddin yang berasal dari Kg. Pengiran, Sipitang. Tanah Merah, Kg. Bangsal.

Walaupun beliau berkelulusan Diploma Automotif dan sempat belajar di sekolah agama sehingga tingkatan 3, namun semangat dan kecekalan beliau untuk berdakwah telah memberi sinar baru kepada saudara-saudara kita di Daerah ini untuk belajar dan memahami Agama Islam dengan baik. Kelas Saudara Baru ini mula beroperasi pada tahun 2004 lagi, pada awalnya kelas ini dibuat dengan menggunakan Masjid, Surau,

Balairaya dan juga rumah ke rumah. Pada peringkat awal Kelas ini memfokuskan tempat yang jauh jaraknya dari pekan sipitang seperti Kg. Perumahan I.T.C di samping 1 kelas di buka di Masjid Imam Hj hashim Pekan Sipitang bagi saudara-saudara baru di sekitar Pekan Sipitang. Saban tahun permintaan kelas bertambah dengan jadual setiap hari semakin padat. Pada hari isnin 2 kelas bertembung dengan masa yang sama iaitu di Surau Bomba dan Masjid SFI. Pada hari Rabu dan Sabtu, Kelas diadakan di Masjid Imam Hj Ag Hashim Pekan Sipitang. Pada hari Khamis kelas akan dibuat di perumahan I.T.C yang mana pada peringkat awal kelas ini dibuat dari rumah ke rumah sehingga pihak kilang memberikan satu lot kedai untuk dijadikan kelas. Pada hari Sabtu Kelas akan dibuat di Kg. Bangsal dan pada hari Ahad kelas akan dibuat di Balairaya Tanah Merah Melamam. Pada 04.07.2010 kesemua kelas ini dikumpulkan menjadi satu kelas berpusat bagi Daerah Sipitang yang mana Sekolah Agama Negeri Pekan Sipitang menjadi titik permulaan Kelas Mualaf di Daerah ini. Setelah beberapa lama SAN Pekan Sipitang digunakan, pihak Masjid menyerahkan Bangunan Kafa untuk dijadikan Kelas Mualaf bagi Daerah Sipitang. Pada 06.03.2011 Kelas ini telah beroprasi sepenuhnya bagi merancang segala aktiviti saudara-saudara baru di Daerah ini. Bangunan ini pada asalnya dinamakan kelas Bimbingan Saudara Kita Daerah Sipitang tetapi hasil cadangan Tim. Pengarah JHEAINS Ust Mohd Sidik Hj Ag Adi maka Bangunan ini dinamakan Pusat Kegiatan Mualaf Daerah Sipitang.

23/01/2017
Sambutan Maulidurrasul Peringkat Negeri Sabah 2015
26/12/2015

Sambutan Maulidurrasul Peringkat Negeri Sabah 2015

Pertandingan Makan Durian...sempena lawatan dr KBSK Kota Marudu...
30/08/2014

Pertandingan Makan Durian...sempena lawatan dr KBSK Kota Marudu...

KEPADA SEMUA PELAJAR KELAS MUALLAF DAERAH SIPITANG DIJEMPUT HADIR KEMAJLIS RUMAH TERBUKA USTAZ PG KAMARUDIN PADA RAYA KE...
22/07/2014

KEPADA SEMUA PELAJAR KELAS MUALLAF DAERAH SIPITANG DIJEMPUT HADIR KEMAJLIS RUMAH TERBUKA USTAZ PG KAMARUDIN PADA RAYA KETIGA...ADA ANGPAU MENANTI...

Solat zuhur berjemaah...
15/06/2014

Solat zuhur berjemaah...

Konvensyen Pembangunan Saudara Kita Peringkat Negeri Sabah kali ke 8
28/11/2013

Konvensyen Pembangunan Saudara Kita Peringkat Negeri Sabah kali ke 8

Konvensyen saudara kita
20/11/2013

Konvensyen saudara kita

23/06/2013
23/04/2013

Hari Keluarga Kelas Bimbingan Saudara Kita Daerah Sipitang akan diadakan tidak lama lagi....
23/04/2013

Hari Keluarga Kelas Bimbingan Saudara Kita Daerah Sipitang akan diadakan tidak lama lagi....

Penyertaan pelajar2 wanita saudara kita dalam menjayakan Program 1 Million Women Purple Walk
17/03/2013

Penyertaan pelajar2 wanita saudara kita dalam menjayakan Program 1 Million Women Purple Walk

Tahniah.. KBSK Sipitang..
06/02/2013

Tahniah.. KBSK Sipitang..

Address

Sipitang
89857

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Komuniti Saudara Kita ( PKSK ) Daerah Sipitang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Pusat Komuniti Saudara Kita ( PKSK ) Daerah Sipitang:

Share