14/10/2026
PROGRAM TVET MASJID 2026 SEMPENA SEDEKAD PISH KOLEJ KOMUNITI NEGERI PERAK
KURSUS PENGHASILAN KUIH PUTERI AYU
Program TVET Masjid 2026 melalui Kursus Penghasilan Kuih Puteri Ayu telah berjaya dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPk).
Tarikh: 13 Oktober 2026
Tempat: Masjid Al-Ikhwan, Desa Manjung Raya
Penyertaan: 25 orang ahli kariah masjid
Program ini bertujuan memberikan pendedahan dan kemahiran dalam penghasilan kuih tradisional, di samping menggalakkan perkongsian ilmu, memperkukuh hubungan komuniti serta membuka peluang menjana pendapatan melalui bidang keusahawanan makanan.
Semoga ilmu dan kemahiran yang diperoleh dapat dimanfaatkan oleh para peserta untuk kegunaan harian mahupun sebagai peluang menambah pendapatan keluarga.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini. Semoga usaha memperkasa komuniti melalui pendidikan dan latihan sepanjang hayat terus mendapat sambutan dan memberikan manfaat kepada masyarakat.
TVET Memperkasa Komuniti, Kemahiran Membina Masa Depan!