Kolej Perikanan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah - KPSN

Kolej Perikanan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah - KPSN Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Kolej Perikanan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah - KPSN, College & University, Sitiawan.

Selamat Menyambut Hari Pekerja 2026 diucapkan kepada seluruh warga kerja serta warga Kolej Perikanan Sultan Nazrin Muizz...
30/04/2026

Selamat Menyambut Hari Pekerja 2026 diucapkan kepada seluruh warga kerja serta warga Kolej Perikanan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, semoga terus komited, berintegriti, berdedikasi dan cemerlang dalam melaksanakan setiap amanah yang dipertanggungjawabkan, seterusnya menyumbang kepada kecemerlangan organisasi serta kemajuan negara secara berterusan. πŸ’Όβœ¨






Assalamualaikum Permohonan melalui UPTVET akan berakhir pada 8 Mei 2026, jadi jangan lepaskan peluang untuk mengikuti ti...
29/04/2026

Assalamualaikum Permohonan melalui UPTVET akan berakhir pada 8 Mei 2026, jadi jangan lepaskan peluang untuk mengikuti tiga program TVET pilihan anda, dengan kemasukan ke KPSN dijadualkan pada 27 Julai 2026.

KURSUS PENGURUSAN ASET TAK ALIH KERAJAAN 2026Kolej Perikanan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah telah berjaya menganjurkan Ku...
22/04/2026

KURSUS PENGURUSAN ASET TAK ALIH KERAJAAN 2026

Kolej Perikanan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah telah berjaya menganjurkan Kursus Pengurusan Aset Tak Alih Kerajaan yang berlangsung pada 20 hingga 22 April 2026 dengan penuh jayanya dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada warga kerja. Penganjuran kursus ini adalah selaras dengan usaha berterusan pihak kolej dalam memperkasakan pengetahuan serta meningkatkan kompetensi pegawai dan kakitangan dalam aspek pengurusan aset tak alih kerajaan yang lebih sistematik, cekap dan berintegriti.

Sepanjang tempoh tiga hari pelaksanaan kursus, para peserta telah didedahkan dengan pelbagai modul komprehensif yang merangkumi Pengenalan Aset Tak Alih (ATA), Garis Panduan Sistem Kod Aset Tak Alih (SKATA), proses pengumpulan serta pendaftaran aset melalui sistem PeDATA, selain pengurusan Daftar Aset Premis (DPA) dan Daftar Aset Khusus (DAK) termasuk pengisian borang berkaitan seperti D.A.3. Lebih menarik, setiap sesi turut disertakan dengan latihan praktikal (hands-on) bagi memastikan peserta benar-benar memahami kaedah pelaksanaan serta dapat mengaplikasikan ilmu yang diperoleh secara terus dalam tugasan harian.

Bagi sesi Pendaftaran Aset Tak Alih yang berlangsung pada 20 hingga 21 April 2026, kursus ini telah dikendalikan oleh penceramah berpengalaman dari Jabatan Kerja Raya (JKR) iaitu Ir. Ts. Mohd Suharizal Bin Mohamad Subri dengan sokongan fasilitator Encik Md Khairull Nizam bin Kamisan, yang telah berkongsi kepakaran serta pengalaman mereka dalam memastikan pemahaman peserta berada pada tahap yang terbaik.

Manakala pada 22 April 2026, sesi diteruskan dengan modul berkaitan Sistem MyInfra yang memberi fokus kepada penggunaan sistem digital dalam pengurusan dan pendaftaran aset secara lebih efisien dan selaras dengan transformasi pendigitalan sektor awam. Sesi ini telah disampaikan oleh Ir. Ts. Intan Baizurah binti Jamaluddin bersama fasilitator Puan Raja Azizah binti Raja Shariffuddin, yang telah memberikan tunjuk ajar secara terperinci serta bimbingan langsung kepada para peserta sepanjang latihan praktikal berlangsung.

Pihak Kolej Perikanan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua penceramah dan fasilitator atas kesudian berkongsi ilmu, kepakaran dan pengalaman, serta kepada semua peserta yang telah memberikan komitmen, kerjasama dan penglibatan aktif sepanjang kursus ini dijalankan.

Diharapkan segala pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh melalui kursus ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya dalam mempertingkatkan kualiti pengurusan aset tak alih di jabatan, seterusnya menyokong penyampaian perkhidmatan awam yang lebih cekap, telus dan berkesan selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

πŸ“· FOTO : KORPORAT KOMUNIKASI KPSN







πŸ“… 17 APRIL 2026 (JUMAAT) | Terengganu🚒 LAWATAN PEMANTAUAN LATIHAN INDUSTRI (LI) PELATIH SKM 3 OPERASI PERIKANAN TANGKAPA...
17/04/2026

πŸ“… 17 APRIL 2026 (JUMAAT) | Terengganu

🚒 LAWATAN PEMANTAUAN LATIHAN INDUSTRI (LI) PELATIH SKM 3 OPERASI PERIKANAN TANGKAPAN

Satu siri lawatan pemantauan telah dilaksanakan ke atas pelatih program SKM 3 Operasi Perikanan Tangkapan yang sedang menjalani latihan industri di negeri Terengganu.

​Lawatan ini merangkumi dua lokasi penempatan utama:

β€‹πŸ“ Sesi Pagi: Benting Lintang
Lawatan ke vesel pukat jerut di bawah seliaan terus pengusaha vesel yang juga bertindak sebagai Tekong.

β€‹πŸ“ Sesi Petang: Dungun
Pemantauan diteruskan ke lokasi kedua yang melibatkan penempatan pelatih di vesel bubu. Sesi ini turut disertai oleh Ketua Daerah Perikanan (KDP) Daerah Dungun, En. Abd Halim Bin Mat Noor sebagai tanda sokongan padu terhadap program latihan kemahiran pelatih.

Selain memantau perkembangan kemahiran praktikal, siri lawatan ini bertujuan untuk:

πŸ”Ή Mendapatkan maklum balas daripada penyelia industri mengenai prestasi dan disiplin pelatih di lapangan.
πŸ”Ή Memastikan aspek keselamatan dan kebajikan pelatih sentiasa diutamakan sepanjang tempoh latihan industri.
πŸ”Ή Memperkukuh kerjasama dua hala antara kolej dan pihak industri.

Terima kasih diucapkan kepada semua penyelia industri serta pihak Pejabat Perikanan Daerah Dungun atas bimbingan dan kerjasama yang diberikan dalam melahirkan tenaga kerja mahir bagi industri perikanan tangkapan βš“πŸ’ͺ.

πŸ“· FOTO : KORPORAT KOMUNIKASI KPSN







16 April 2026 | Simpang Ampat, Pulau PinangLAWATAN PEMANTAUAN LATIHAN INDUSTRI BIDANG AKUAKULTUR MARINKPSN telah melaksa...
16/04/2026

16 April 2026 | Simpang Ampat, Pulau Pinang

LAWATAN PEMANTAUAN LATIHAN INDUSTRI BIDANG AKUAKULTUR MARIN

KPSN telah melaksanakan lawatan pemantauan Latihan Industri bagi pelatih Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 bidang Akuakultur Marin di GST Group (Omega Direct Sdn Bhd)

Lawatan ini bertujuan memantau perkembangan dan prestasi pelatih sepanjang menjalani latihan industri, di samping memastikan pelaksanaan latihan selaras dengan keperluan standard kemahiran serta kehendak sebenar industri.

Sepanjang lawatan, pelatih dan pegawai turut berpeluang mengikuti sesi perkongsian ilmu serta demonstrasi teknikal yang disampaikan oleh pihak industri, sekali gus memberi pendedahan langsung terhadap teknologi, kaedah kerja dan amalan terbaik dalam operasi akuakultur. Selain itu, lawatan ini turut menjadi platform untuk pertukaran pandangan, penilaian keberkesanan latihan serta penambahbaikan berterusan antara pihak kolej dan industri dalam usaha melahirkan tenaga kerja yang kompeten dan berdaya saing.

Turut berlangsung ialah sesi penyerahan Sijil Kolaborasi yang telah disempurnakan oleh Pengarah KPSN, sebagai simbol penghargaan dan komitmen bersama dalam memperkukuh hubungan strategik antara institusi dan industri.

Sekalung penghargaan kepada pihak GST Group (Omega Direct Sdn Bhd) atas kesudian menerima kunjungan serta komitmen dalam membimbing pelatih KPSN.

🌟 Jom sertai kami dan bina masa depan dalam bidang akuakultur bersama !

πŸ“Έ Foto: Komunikasi Korporat KPSN





15 April 2026 | Kuala Kurau, PerakLAWATAN PEMANTAUAN LATIHAN INDUSTRI BIDANG AKUAKULTUR MARINKPSN telah melaksanakan law...
15/04/2026

15 April 2026 | Kuala Kurau, Perak

LAWATAN PEMANTAUAN LATIHAN INDUSTRI BIDANG AKUAKULTUR MARIN

KPSN telah melaksanakan lawatan pemantauan Latihan Industri bagi pelatih Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 bidang Akuakultur Marin di Green Ocean Aquaculture Sdn Bhd.

Lawatan ini bukan sahaja bertujuan memantau perkembangan dan prestasi pelatih sepanjang menjalani latihan industri, malah memastikan pelaksanaan latihan selari dengan standard kemahiran serta keperluan sebenar industri. Selain itu, lawatan ini turut menjadi platform untuk perkongsian ilmu, pertukaran pandangan serta penambahbaikan berterusan antara pihak kolej dan industri dalam melahirkan tenaga kerja yang kompeten dan berdaya saing.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Ketua Daerah Perikanan (KDP) Daerah Kerian atas kesudian turut hadir bersama, sekali gus menyokong usaha memperkukuh hubungan antara institusi latihan dan industri. Sekalung terima kasih juga kepada pihak Green Ocean Aquaculture Sdn Bhd atas kerjasama dan komitmen dalam membimbing pelatih KPSN.

🌟 Jom sertai kami dan bina masa depan dalam bidang akuakultur bersama !

πŸ“Έ Foto: Komunikasi Korporat KPSN





14 April 2026 | Pekan, PahangLAWATAN PEMANTAUAN LATIHAN INDUSTRI BIDANG AKUAKULTUR MARINKPSN telah melaksanakan lawatan ...
14/04/2026

14 April 2026 | Pekan, Pahang

LAWATAN PEMANTAUAN LATIHAN INDUSTRI BIDANG AKUAKULTUR MARIN

KPSN telah melaksanakan lawatan pemantauan Latihan Industri bagi pelatih Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 bidang Akuakultur Marin di Serandu Aquaponic System Sdn. Bhd dan FDIGS Makmur Sdn Bhd sekitar Pekan, Pahang.

Lawatan ini bertujuan memastikan pelaksanaan latihan industri berjalan dengan baik, selaras dengan keperluan standard latihan serta kehendak industri semasa.

Antara kepentingan Latihan Industri:
βœ”οΈ Memberi pendedahan kepada suasana kerja sebenar dalam industri akuakultur
βœ”οΈ Mengaplikasikan pengetahuan teori kepada situasi praktikal
βœ”οΈ Meningkatkan kemahiran teknikal dan keyakinan diri pelatih
βœ”οΈ Membina jaringan hubungan antara pelatih dan pihak industri

Melalui pemantauan ini, pihak kolej dapat memastikan pelatih memperoleh pengalaman pembelajaran yang berkualiti serta relevan dengan keperluan industri. Selain itu, jalinan kolaborasi antara pihak KPSN dan industri juga dapat dilaksanakan.

Sekalung penghargaan kepada pihak Serandu Aquaponic System Sdn. Bhd dan FDIGS Makmur Sdn. Bhd atas kerjasama dan komitmen dalam membimbing pelatih KPSN.

🌟 Jom sertai kami dan bina kerjaya dalam bidang akuakultur bersama ** **!

πŸ“Έ Foto: Komunikasi Korporat KPSN





πŸ“… 10 APRIL 2026 β€‹πŸš’ AMALI OPERASI PUKAT HANYUT (WAKTU MALAM)​Pelatih Program DKM Perikanan Tangkapan menjalani sesi amali...
11/04/2026

πŸ“… 10 APRIL 2026
β€‹πŸš’ AMALI OPERASI PUKAT HANYUT (WAKTU MALAM)

​Pelatih Program DKM Perikanan Tangkapan menjalani sesi amali khas bermula lewat petang hingga tengah malam. Inisiatif ini bertujuan memberi pengalaman sebenar mengendalikan operasi Pukat Hanyut dalam suasana malam yang mencabar dengan jarak penglihatan yang terhad.

​Antara fokus utama:
πŸ”Ή Pengendalian bot & navigasi berpandukan lampu Alat Bantuan Pelayaran (Buoy).
πŸ”Ή Kecekapan pengurusan pukat hanyut waktu malam.
πŸ”Ή Disiplin, keselamatan, dan kerjasama pasukan.

​Syabas buat semua pelatih atas komitmen tinggi yang ditunjukkan! πŸ’ͺβš“

​



10/04/2026

πŸ“’ HEBAHAN KEMASUKAN LEPASAN SPM 2025

πŸŽ“ Perhatian kepada semua lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)!
Inilah peluang anda untuk melakar masa depan yang lebih cerah dan berkemahiran tinggi πŸ’ͺ

πŸ“ Permohonan kini dibuka ke
Kolej Perikanan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah

πŸ“… Tarikh Kemasukan: 27 Julai 2026

🌊 Kolej ini menawarkan program latihan kemahiran dalam bidang perikanan yang komprehensif dan berorientasikan industri, merangkumi:
βœ… Latihan praktikal secara hands-on
βœ… Kemahiran teknikal yang relevan
βœ… Pendedahan kepada dunia industri sebenar

πŸš€ Tingkatkan peluang kerjaya anda dalam bidang yang semakin berkembang dan berpotensi tinggi!

πŸ”₯ Jangan tunggu lama! Tempat adalah TERHAD!
Mohon sekarang dan mulakan langkah pertama ke arah masa depan yang lebih stabil dan berjaya.

πŸ“Œ Rebut peluang ini sebelum terlambat!

9 April 2026 | Kompleks Tangki, KPSNAmali Gotong-Royong Membersihkan Tangki Ternakan Pelatih SKM Tahap 2Rentetan kejayaa...
09/04/2026

9 April 2026 | Kompleks Tangki, KPSN

Amali Gotong-Royong Membersihkan Tangki Ternakan Pelatih SKM Tahap 2

Rentetan kejayaan tuaian penuh tilapia marin minggu lalu, hari ini pelatih Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 telah menjalankan aktiviti gotong-royong membersihkan Kompleks Tangki KPSN sebagai persediaan untuk kitaran ternakan seterusnya. Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah;
🧽 Mencuci dinding tangki
🧴 Mencuci dan melakukan sanitasi peralatan
πŸ’¦ Membersihkan lumut di lantai kompleks menggunakan water jet
πŸ“¦ Mengemas serta menyusun peralatan di kompleks tangki
πŸ“‹ Mengemaskini fail ternakan

Aktiviti ini bukan sahaja memastikan persekitaran ternakan sentiasa bersih dan selamat, malah memberi pendedahan kepada pelatih mengenai kepentingan amalan biosekuriti dan pengurusan fasiliti dalam industri akuakultur. Kerja berpasukan, disiplin dan kemahiran praktikal β€” semua ini adalah asas kepada kejayaan dalam dunia sebenar! πŸ’ͺ🌊

πŸ“Έ Foto: Komunikasi Korporat KPSN





8 April 2026 I Sungai Besar, SelangorLAWATAN PEMANTAUAN LATIHAN INDUSTRI & PROGRAM PENDEDAHAN INDUSTRIBIDANG AKUAKULTUR ...
08/04/2026

8 April 2026 I Sungai Besar, Selangor

LAWATAN PEMANTAUAN LATIHAN INDUSTRI & PROGRAM PENDEDAHAN INDUSTRI
BIDANG AKUAKULTUR MARIN

Sekolah Akuakultur Marin, KPSN telah melaksanakan lawatan Pemantauan Latihan Industri bagi pelatih Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 yang sedang menjalani latihan bermula 2 Februari hingga 1 Mei 2026 di Global Goodway (M) Sdn Bhd. Lawatan ini bertujuan bagi memastikan pelaksanaan latihan berjalan lancar serta memenuhi keperluan standard industri.

Dalam masa yang sama, turut diadakan Program Pendedahan Industri bagi pelatih SKM Tahap 2 bidang Akuakultur Marin yang disertai oleh 9 orang pelatih bersama Pegawai Penilai SKM Tahap 2.

Program ini turut diserikan dengan kehadiran Pengarah KPSN, Timbalan Pengarah (Akademik) serta Ketua Daerah Perikanan (KDP) Sabak Bernam sebagai tanda sokongan terhadap pembangunan latihan berasaskan industri.

Untuk makluman semua, antara manfaat Program Pendedahan Industri adalah seperti berikut;
βœ”οΈ Memberi pendedahan kepada operasi sebenar industri akuakultur marin
βœ”οΈ Meningkatkan kefahaman terhadap teknologi, peralatan dan amalan terbaik industri
βœ”οΈ Mengukuhkan kemahiran praktikal serta keyakinan pelatih
βœ”οΈ Membina jaringan awal antara pelatih dan pihak industri

Program ini diharap dapat melahirkan pelatih yang lebih kompeten, berdaya saing serta bersedia menghadapi cabaran sebenar dalam industri akuakultur. 🌊πŸ’ͺ

Sekalung penghargaan kepada pihak Global Goodway (M) Sdn. Bhd atas kesudian menerima kunjungan dan berkongsi ilmu bersama pelatih KPSN.

🌟 Jom sertai kami dan alami sendiri pembelajaran berteraskan industri bersama !

πŸ“Έ Foto: Komunikasi Korporat KPSN





Address

Sitiawan
32000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6056906000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kolej Perikanan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah - KPSN posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share