11/09/2023
[SEDUTAN LATIHAN INTENSIF KOR SUKSIS UTM]
Pada 16 hingga 26 Ogos 2023, pelatih Kor SUKSIS UTM telah menjalani latihan intensif sempena Majlis Perbarisan Tamat Latihan dan Penyampaian Sijil Inspektor Kor Sukarelawan Simpanan Polis Siswa Siswi Universiti Awam Kali Ke-19 Tahun 2023.
Pelbagai jenis latihan yang telah dilaksanakan di Universiti Teknologi Malaysia sebagai persediaan sebelum bertolak ke Unisza. Antara latihan yang telah dijalankan ialah latihan senjata, latihan pedang, senaman pagi, latihan terima sijil dan lain-lain.