05/06/2026
PEMERKASAAN SINERGI UTM-PETRONAS: PERBINCANGAN KERJASAMA TAJAAN PENDIDIKAN 2026
JOHOR BAHRU, 5 Jun 2026 (Selasa)
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pada hari ini telah mengadakan satu sesi perjumpaan rasmi bertajuk 'Partnership Conversation UTM bersama PETRONAS'. Pertemuan ini diadakan susulan pengumuman dan pemilihan UTM sebagai Host Partner bagi program PETRONAS Powering Knowledge Education Sponsorship (PPKES) bagi tahun 2026.
Delegasi UTM diketuai oleh Prof. Ts. Dr. Ali bin Selamat, Timbalan Naib Canselor (HEPA), bersama Prof. Madya Dr. Syed Norris Hikmi Syed Abdullah, Pengarah UTMXCITE dan menjalankan fungsi Pengarah UTM Alumni, Prof. Madya Dr. Kamaludin Mohamad Yusof, Timbalan Dekan SPACE, Mohd Zaini Azizan, Pengurus Bahagian Pengurusan Akademik SPACE, Encik Masnawi Miskam, Timbalan Pendaftar JTNC (HEPA); serta Puan Raihan Abd Karim, Penolong Pendaftar Kanan JTNC (HEPA).
PETRONAS p**a diwakili oleh Encik Ahmad Munir Akram, General Manager (Education Sponsorship, Programme Management & TVET Excellence), Human Resource Management, Encik Halif Rizuan Baharuddin, Senior Manager (Sponsorship & Student Development), Human Resource Management, Encik Mohd Hadli Hafizul, Manager Student Development, Human Resource Management serta Puan Rahimah Asmawi, Manager Student Advisor, Human Resource Management.
Perbincangan tersebut telah dianjurkan oleh Seksyen Kemudahan, Kebajikan dan Tatatertib, Jabatan Timbalan Naib Canselor (HEP) UTM. Sesi ini berlangsung bermula pada jam 3.00 petang bertempat di Bilik Mesyuarat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Aras 2, Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim, UTM Johor Bahru.
Delegasi perbincangan ini turut melibatkan kehadiran wakil pengurusan pihak PETRONAS, iaitu Encik Ahmad Munir Akram, selaku General Manager (Education Sponsorship, Programme Management & TVET Excellence), Group HRM.
Sesi pertemuan ini dianjurkan dengan objektif utama untuk membincangkan potensi kerjasama strategik yang boleh dijalinkan antara universiti dan pihak industri. Selain itu, ia juga berfungsi sebagai platform penting bagi memperkukuh hubungan dua hala antara UTM dan PETRONAS, terutamanya di bawah kelolaan dan pelaksanaan program PPKES 2026.
Komitmen serta kehadiran pihak-pihak yang terlibat dalam perbincangan ini amat dihargai dalam memastikan kelancaran dan kejayaan perancangan program yang telah dirangka. Sesi ini diharap dapat membuka lebih banyak ruang ke arah kolaborasi yang memberikan impak positif kepada ekosistem pendidikan tinggi negara.
SKKT, JTNCHEPA