23/09/2026
𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐑𝐄𝐍𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐀𝐆𝐈 & 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐒𝐓 𝐄𝐌𝐏𝐋𝐎𝐘𝐄𝐄 𝐎𝐅 𝐓𝐇𝐄 𝐌𝐎𝐍𝐓𝐇
Bahagian Governan dan Pentadbiran, Jabatan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Johor Bahru telah menganjurkan Sesi Renungan Pagi dan Bacaan Doa pada 22 September 2026 (Selasa), jam 8.15 pagi, bertempat di Ruang Legar Bahagian Governan dan Pentadbiran, Bangunan SUB. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh En. Muhammad Azreen bin Rahim dan dikendalikan oleh Cik Iffah Adriana binti Subre sebagai pengacara majlis.
Sesi ini bertujuan menyemai nilai kerohanian serta memperkukuh semangat kebersamaan warga kerja, di samping menjadi platform penghargaan kepada staf cemerlang melalui penyerahan Sijil Best Employee of The Month (July) 2026.
𝐏𝐞𝐧𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 𝐁𝐞𝐬𝐭 𝐄𝐦𝐩𝐥𝐨𝐲𝐞𝐞 𝐨𝐟 𝐓𝐡𝐞 𝐌𝐨𝐧𝐭𝐡 (𝐉𝐮𝐥𝐲) 𝟐𝟎𝟐𝟔:
➤ Cik Nazratul Hazirah binti Rushdan – Bahagian Governan dan Pentadbiran
➤ En. Mohd Nur bin Enjah – Bahagian Aktiviti dan Pembangunan Pelajar
➤ Cik Nor Anizah binti Othman – Pusat Kecemerlangan Sukan
➤ En. Shahril Tuah bin Maarof – Pusat Kesihatan Universiti
➤ Pn. Shuhara binti Sulaiman – Pejabat Pengetua Kolej 9 & 10
➤ Pn. Suzana binti Zakaria – Pusat Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling
➤ Pn. Marfina binti Abdul Mustafa – Pusat Kerjaya UTM
➤ En. Shamsul Azli bin Shamsuray – Pusat Inovasi Mahasiswa dan Keusahawanan Teknologi (UTMXCITE)
➤ Pn. Nur Amalina binti Md Sareh – UTM Alumni
➤ Cik Fitriah Sabriah binti Sidek – Pusat islam UTM
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua penerima atas kecemerlangan, dedikasi serta komitmen yang berterusan. Semoga pengiktirafan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga JTNCHEPA ke arah budaya kerja sihat, cemerlang dan berintegriti.