Hassan, yang pernah berkhidmat sebagai Pegawai Takbir Negeri Johor (1973-2008). Pembinaan Kompleks ini bermatlamat untuk menjadikan sebuah institusi kebajikan dengan menjurus kepada bidang pengajian Al-Quran dan Al-Hadis, serta pengajian ilmu agama Islam lain untuk masyarakat setempat dan luar kawasan. Dengan niat semata-mata memberikan ruang untuk menuntut ilmu akhirat dan meningkatkan amal ibada
t dengan lebih baik dan sempurna. Maka pada akhirnya kelak, kompleks ini dapat menyumbang peranan membantu kerajaan membentuk generasi yang berilmu, bersahsiah tinggi dan bertakwa serta membentuk masyarakat Islam yang mendukung ahli sunah waljamaah. Selain menjadikan alternatif kepada pengajian lain, golongan yang berminat mendalami ilmu agama, Kompleks Tarbiyah Yayasan Faidhut Tijani turut menjadikan pilihan kepada warga emas yang ingin memastikan sisa hidup dimanfaat sepenuhnya dengan aktiviti agama. Sistem Pengajian
Mengekalkan dan juga memperkenalkan kaedah talaqqi dan musyafahah iaitu suatu kaedah atau sistem penyampaian secara berkesan dan diambil langsung dari guru-guru yang mempunyai kepakaran dalam bidang agama seperti penguasaan ilmu al-Quran, hadis, usul fiqh, qawaid dan segala ilmu yang berkaitan dengannya, yang mana kaedah ini merupakan asal-usul dan teras penyebaran ilmu agama Islam yang diasaskan oleh baginda Rasullulah s.a.w bersama para sahabat r.a. Seterusnya diteruskan oleh tokoh-tokoh ilmuan Islam yang terkemuka lagi muktabar dalam memperkembangkan ajaran serta kefahaman agama Islam yang tulen dan menghasilkan para pendakwah yang memiliki akhlak dan keperibadian yang tinggi dalam melahirkan ulama sebagai pewaris para anbiya.