19/08/2026
Sesi Lawatan JPA & KPT ke Makmal Quantum, Fakulti Sains
π¬ SESI LAWATAN PIHAK JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA) & KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI (KPT) KE MAKMAL QUANTUM, FAKULTI SAINS
Fakulti Sains berbesar hati menerima kunjungan pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) ke Makmal Quantum, Fakulti Sains dalam rangka permohonan Anggaran Belanjawan Mengurus (ABM) Tahun 2027.
Sesi lawatan ini menjadi platform penting bagi meninjau kemudahan, fasiliti serta keperluan pembangunan makmal dalam menyokong pengukuhan ekosistem pendidikan, penyelidikan dan inovasi di institusi pengajian tinggi.
Semoga sesi lawatan dan perbincangan ini dapat memperkukuh kerjasama strategik serta menyokong usaha Fakulti Sains dalam memperkasakan kemudahan penyelidikan dan pembelajaran bertaraf tinggi demi kecemerlangan akademik dan penyelidikan pada masa hadapan. π
Terima kasih diucapkan kepada pihak JPA dan KPT atas kunjungan serta komitmen yang diberikan.