ROTU ARMY UTM

ROTU ARMY UTM Penubuhan PALAPES UTM adalah pada April 1990. Kerjasama erat dan persetujuan antara IPT, Kementerian PALAPES telah ditubuhkan secara rasmi di 9 buah IPTA.
(24)

SEJARAH RINGKAS PENUBUHAN PALAPES

PALAPES adalah singkatan kepada Pasukan Latihan Pegawai Simpanan atau ROTU (Reserve Officer Training Unit). Penubuhan PALAPES mula diusahakan oleh Brig Jen Dato’ Abul ‘As bin Ismail, Pengarah Askar Wataniah dalam tahun 1979. Sebenarnya sumbangan mahasiswa dalam pertahanan negara bermula sejak tahun 1965 lagi. Ketika konfrontasi Malaysia – Indonesia, Universiti M

alaya telah menubuhkan Batalion Infantri Askar Wataniah Universiti Malaya (Bn Inf AW UM) pada April 1965 bagi menyahut seruan mempertahankan negara dari ancaman luar. Apabila meletusnya peristiwa berdarah 13 Mei 1969, mahasiswa tampil mempertahankan negara dengan penubuhan Bn Inf AW Institut Teknologi Mara (ITM kini UiTM). Penubuhan PALAPES adalah berasaskan kepada peruntukan perundangan iaitu Akta Angkatan Tentera 1972 Seksyen 196 yang memberi kuasa kepada Majlis Angkatan Tentera untuk menubuhkan pasukan-pasukan sukarela. Secara rasminya PALAPES di UM, UKM, UPM, USM, UTM dan UiTM ditubuhkan pada tahun 1980, PALAPES UUM pada tahun 1995, PALAPES UMS dan PALAPES UNIMAS pada tahun 1999 dan PALAPES UTHM dan PALAPES UPSI pada tahun 2003. Penubuhan PALAPES adalah satu rancangan tiga perkhidmatan ATM dengan kerjasama dari semua IPTA. Bagaimanapun, buat masa ini kesemua sembilan PALAPES adalah cawangan PALAPES (Darat) semata-mata kecuali PALAPES USM, PALAPES UTM dan PALAPES UiTM terdapat dua cawangan PALAPES (Darat dan Laut) dan PALAPES UUM terdapat ketiga-tiga Cawangan PALAPES (Darat, Laut dan Udara). IPTA yang mempunyai pertubuhan PALAPES (Darat) adalah seperti berikut:


PALAPES Universiti Malaya (UM). PALAPES Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). PALAPES Universiti Putra Malaysia (UPM). PALAPES Universiti Sains Malaysia (USM). PALAPES Universiti Teknologi Malaysia (UTM). PALAPES Universiti Teknologi Mara Malaysia (UiTM). PALAPES Universiti Utara Malaysia (UUM). PALAPES Universiti Malaysia Sabah (UMS). PALAPES Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). PALAPES Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). PALAPES Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

Address

Skudai

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when ROTU ARMY UTM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share