Kolej Rahman Putra, UTM

Call Directions

Kolej Rahman Putra, UTM Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Kolej Rahman Putra, UTM, College & University, G01 KOLEJ RAHMAN PUTRA, UNIVERSITI TEKNOLOGI, Skudai.

Program 1 Kolej 1 DaerahUTM perkasa komuniti FELDA Bukit Ramun menerusi pemindahan ilmu AI dan tenaga solar
27/08/2026

Program 1 Kolej 1 Daerah

UTM perkasa komuniti FELDA Bukit Ramun menerusi pemindahan ilmu AI dan tenaga solar

Komuniti FELDA Bukit Ramun menerima pendedahan mengenai aplikasi kecerdasan buatan (AI) dan teknologi tenaga boleh diperbaharui menerusi Program Nusantara Buddy 2026 (NusaBuddy’26) anjuran Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Sesi pertama, Bengkel Reka Bentuk Web Menggunakan Canva AI, membimbing 1...

Program 1 kolej 1 ASEAN: KRP (UTM) vs UNAIRNusaBuddy’26 erat jalinan KRP UTM–UNAIR, jayakan aspirasi 1 Kolej 1 ASEAN
27/08/2026

Program 1 kolej 1 ASEAN: KRP (UTM) vs UNAIR

NusaBuddy’26 erat jalinan KRP UTM–UNAIR, jayakan aspirasi 1 Kolej 1 ASEAN

Program NusaBuddy'26 diadakan oleh Kolej Rahman Putra (KRP), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bersama Universitas Airlangga (UNAIR), Indonesia. Program ini melibatkan 58 mahasiswa, termasuk 29 dari UTM dan 27 dari UNAIR, dan bertujuan untuk memperkukuh jalinan antara kedua universiti serta mening

Nusantara Buddy 2026 (NUSABUDDY'26) DAY 16 - 23 AUGUST 2026"Bridging Culture, Building Connection"Pada hari terakhir Pro...
23/08/2026

Nusantara Buddy 2026 (NUSABUDDY'26)

DAY 16 - 23 AUGUST 2026

"Bridging Culture, Building Connection"
Pada hari terakhir Program NusaBuddy, Kami menghantar para pelajar Universitas Airlangga (UNAIR) ke Lapangan Terbang Senai. Mereka bertolak ke sana dengan menaiki bas
yang kami sediakan sambil memastikan semua pelajar berada dalam keadaan baik dan bersedia
sebelum bertolak. Kami turut membantu menguruskan perjalanan
dan memastikan mereka sampai ke lapangan terbang dengan selamat dan lancar.

Sebelum berpisah, kami telah mengambil gambar besama-sama sebagai kenangan dan mengucapkan selamat tinggal kepada semua para pelajar UNAIR. Kami juga menyampaikan ucapan terima kasih atas segala kerjasama, kemesraan serta kenangan yang telah dikongsi sepanjang program berlangsung. Semoga segala pengalaman yang diperoleh dapat menjadi kenangan yang indah dan hubungan persahabatan yang terjalin terus berkekalan.

Nusantara Buddy 2026 (NUSABUDDY'26)DAY 15 - 22 AUGUST 2026JB Tour ke Paradigm MallJB Tour bersama pelajar Universitas Ai...
22/08/2026

Nusantara Buddy 2026 (NUSABUDDY'26)

DAY 15 - 22 AUGUST 2026

JB Tour ke Paradigm Mall

JB Tour bersama pelajar Universitas Airlangga (UNAIR) dan krew NusaBuddy telah berlangsung pada 22 Ogos di Paradigm Mall Johor Bahru. Lawatan ini merupakan antara aktiviti terakhir sebelum mahasiswa UNAIR berangkat p**ang pada keesokan harinya.

Sepanjang lawatan, semua peserta berpeluang untuk menikmati masa bersama dengan meneroka pelbagai kedai, menikmati makanan serta meluangkan masa di Paradigm Mall. Suasana lawatan yang lebih santai memberi peluang kepada para peserta untuk menikmati hari terakhir bersama selepas melalui pelbagai aktiviti sepanjang program NusaBuddy.

Secara keseluruhannya, JB Tour menjadi penutup yang bermakna sebelum mahasiswa UNAIR kembali ke Indonesia. Walaupun hanya berlangsung dalam tempoh yang singkat, lawatan ini membuka ruang kepada para peserta untuk meluangkan masa bersama, mengeratkan hubungan dan mencipta kenangan terakhir sebelum berpisah pada keesokan harinya.

Nusantara Buddy 2026 (NUSABUDDY'26)DAY 14 - 21 AUGUST 2026JB Tour ke Kompleks Kraf Johor dan Johor Premium OutletJB Tour...
22/08/2026

Nusantara Buddy 2026 (NUSABUDDY'26)

DAY 14 - 21 AUGUST 2026

JB Tour ke Kompleks Kraf Johor dan Johor Premium Outlet

JB Tour bersama pelajar Universitas Airlangga (UNAIR) dan krew NusaBuddy telah berlangsung pada 21 Ogos dengan lawatan ke Kompleks Kraf Johor dan Johor Premium Outlets (JPO).

Lawatan dimulakan di Kompleks Kraf Johor, di mana para peserta berpeluang mengenali dengan lebih dekat seni, kraftangan dan warisan budaya tempatan. Para peserta turut melihat pelbagai hasil kraf yang dihasilkan oleh penggiat tempatan.

Seterusnya, rombongan bergerak ke JPO untuk menikmati pengalaman membeli-belah. Para peserta berpeluang meneroka pelbagai kedai dan jenama yang terdapat di JPO serta menikmati suasana di sekitar kawasan tersebut.

Secara keseluruhannya, JB Tour memberikan pengalaman yang menarik kepada para pelajar UNAIR dan krew NusaBuddy untuk mengenali budaya serta destinasi pop**ar di Johor. Lawatan ini turut menjadi peluang untuk mengeratkan hubungan antara para peserta sepanjang kunjungan mereka.

Nusantara Buddy 2026 (NUSABUDDY'26) DAY 13 - 20 AUGUST 2026UTM Tour ke Perpustakaan Raja Zarith Sofia, Stadium Azman Has...
21/08/2026

Nusantara Buddy 2026 (NUSABUDDY'26)

DAY 13 - 20 AUGUST 2026

UTM Tour ke Perpustakaan Raja Zarith Sofia, Stadium Azman Hashim, Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim dan Dusun UTM

UTM Tour bersama pelajar Universitas Airlangga (UNAIR) dan krew NusaBuddy bermula pada jam 9.30 pagi dengan lawatan ke Perpustakaan Raja Zarith Sofia. Para peserta diperkenalkan kepada kemudahan dan fasiliti yang disediakan oleh pihak perpustakaan.
Lawatan diteruskan ke Stadium Azman Hashim, di mana peserta berkesempatan melihat gimnasium, bilik sidang media serta kolam renang. Seterusnya, rombongan bergerak ke Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim, dan para pelajar UNAIR turut mengambil kesempatan untuk membeli cenderamata serta merchandise UTM.
Sebagai lokasi terakhir, peserta melawat Dusun UTM dan diperkenalkan kepada kolam pemeliharaan ikan yang terdapat di kawasan tersebut. Secara keseluruhannya, UTMTour memberikan peluang kepada para pelajar untuk mengenali fasiliti, kemudahan dan persekitaran UTM dengan lebih dekat.

Nusantara Buddy 2026 (NUSABUDDY'26)DAY 12 - 19 AUGUST 2026Majlis Penutup di Kolej Rahman Putra Pada sebelah pagi, krew U...
21/08/2026

Nusantara Buddy 2026 (NUSABUDDY'26)

DAY 12 - 19 AUGUST 2026

Majlis Penutup di Kolej Rahman Putra

Pada sebelah pagi, krew UTM membuat persiapan dan raptai bagi Majlis Penutup NusaBuddy 2026 di Kolej Rahman Putra. Persiapan ini dijalankan bagi memastikan majlis penutupan tersebut berjalan dengan lancar dan seperti yang dirancang.

Pada sebelah malam p**a jam 8.30 pm, Majlis Penutup NusaBuddy 2026 berlangsung dengan kehadiran Pengetua Kolej Rahman Putra iaitu Dr. Zul-hilmi bin Che Daud. Selain itu, majlis ini turut dihadiri oleh Majlis Felow Kolej Rahman Putra. Majlis ini telah berlangsung dengan jayanya.

Nusantara Buddy 2026 (NUSABUDDY'26)DAY 11 - 18 AUGUST 2026Selamat Tinggal Kampung Felda Bukit RamunSetelah beberapa hari...
19/08/2026

Nusantara Buddy 2026 (NUSABUDDY'26)

DAY 11 - 18 AUGUST 2026

Selamat Tinggal Kampung Felda Bukit Ramun

Setelah beberapa hari dipenuhi pelbagai aktiviti, gelak tawa dan kenangan bersama keluarga angkat serta warga Kampung Felda Bukit Ramun, tibalah masa untuk kami kembali ke UTM. Pada awal pagi, rakan-rakan UNAIR serta krew UTM berkumpul untuk bertolak p**ang. Setelah mengucapkan selamat tinggal kepada keluarga angkat dan warga kampung, kami meninggalkan kampung dengan perasaan yang berat dan sayu. Walaupun hanya beberapa hari bersama, hubungan yang terjalin begitu erat sehingga perpisahan terasa begitu sukar.

Sepanjang perjalanan p**ang, pelbagai kenangan berada di kampung kembali bermain di fikiran. Gelak tawa, memori serta masa yang diluangkan bersama keluarga angkat menjadikan pengalaman ini begitu bermakna. Perasaan sedih turut dirasai apabila menyedari bahawa masa tersebut kini tiba ke penghujungnya.

Walaupun program bersama keluarga angkat di Kampung Felda Bukit Ramun telah berakhir, perjalanan NusaBuddy 2026 masih perlu diteruskan. Segala pengalaman dan kenangan bersama keluarga angkat, warga kampung serta rakan-rakan UNAIR akan terus menjadi sebahagian daripada perjalanan bermakna ini.

Nusantara Buddy 2026 (NUSABUDDY'26)DAY 10 - 17 AUGUST 2026Demonstration on Battery Solar and Energy SystemPada jam 8:30 ...
18/08/2026

Nusantara Buddy 2026 (NUSABUDDY'26)

DAY 10 - 17 AUGUST 2026

Demonstration on Battery Solar and Energy System

Pada jam 8:30 pagi, penduduk kampung menyertai Slot 12: Demonstration on Battery and Solar Energy System bersama Dr. Zul-hilmi bin Che Daud yang bertempat di Dewan Terbuka Kampung Felda Bukit Ramun. Sesi ini memberikan pendedahan kepada para peserta mengenai sistem tenaga solar dan penggunaan bateri melalui demonstrasi serta aktiviti interaktif. Perkongsian ini turut memberi peluang kepada peserta untuk memahami dengan lebih dekat aplikasi tenaga boleh diperbaharui dalam kehidupan seharian.

Malam Kebudayaan dan Majlis Penutup di Felda Bukit Ramun

Pada jam 9:00 malam, Malam Kebudayaan (Cultural Night) berlangsung di Dewan FBR dengan penglibatan para peserta serta wakil daripada UNAIR dan UTM. Acara ini mengetengahkan kepelbagaian budaya melalui persembahan dan aktiviti kebudayaan, contohnya tarian dan pertunjukan fesyen, sekali gus menjadi platform untuk para peserta berkongsi budaya, mengenali antara satu sama lain dan mengeratkan hubungan. Para peserta turut mengenakan pakaian tradisional bagi memeriahkan lagi suasana Malam Kebudayaan.

Nusantara Buddy 2026 (NUSABUDDY'26) DAY 9 - 16 AUGUST 2026Pada sebelah pagi, para pelajar UTM memulakan aktiviti dengan ...
16/08/2026

Nusantara Buddy 2026 (NUSABUDDY'26)

DAY 9 - 16 AUGUST 2026

Pada sebelah pagi, para pelajar UTM memulakan aktiviti dengan persiapan bagi Malam Kebudayaan yang bakal berlangsung pada hari Isnin. Para peserta bersama-sama membuat persiapan tempat, menyusun keperluan persembahan serta menjalani latihan bagi memastikan setiap persembahan dapat dipersembahkan dengan lancar.

Aktiviti diteruskan sehingga tengah hari sebelum para pelajar berehat seketika. Pada sebelah malam, para pelajar UTM dan UNAIR kembali berkumpul untuk meneruskan sesi rehearsal bersama. Latihan melibatkan penyelarasan gerak tari, susunan persembahan serta pergerakan setiap peserta bagi memastikan persembahan berjalan dengan lebih teratur dan lancar.

Sesi rehearsal pada malam tersebut turut menjadi ruang untuk para pelajar UTM dan UNAIR bekerjasama, bertukar idea serta membina keserasian antara satu sama lain. Semangat kerjasama, kreativiti dan kekompakan yang ditunjukkan sepanjang latihan menjadi salah satu persiapan penting dalam menjayakan Malam Kebudayaan yang bakal berlangsung.

Address

G01 KOLEJ RAHMAN PUTRA, UNIVERSITI TEKNOLOGI
Skudai
81310

Telephone

+6075530956

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kolej Rahman Putra, UTM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share