Madrasatul Quran Yaakubiyah - MQY

Madrasatul Quran Yaakubiyah - MQY Madrasatul Quran Yaakubiyah (MQY) merupakan institusi pendidikan Al-Quran berasaskan konsep ‘5M’ iaitu membaca, menulis, menghafaz, memahami & mengamalkan.

Madrasatul Quran Yaakubiyah (MQY) merupakan sebuah institusi berasrama penuh khusus untuk pelajar memahirkan diri mereka dengan pendidikan Islam Syumul berteraskan Al-Quran dan As-sunnah disamping pengajian Bahasa Arab dan Tafsir serta asas Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik. MQY menawarkan peluang kepada ibubapa yang berhasrat menjadikan anak-anak mereka insan kamil yang bukan sahaja me

nguasai Al-Quran tetapi memainkan peranan dalam masyarakat sebagai ahli professional dalam bidang yang mereka minati. Program MQY digubal atas dasar keprihatinan terhadap perlunya penguasaan Al-Quran yang mantap dikalangan anak-anak muda disamping pengetahuan duniawi yang seimbang. Mereka seharusnya mampu memantapkan jiwa dan nilai serta jati diri mereka dan secara langsung dapat memartabatkan Al-Quran dan Agama Islam itu sendiri. Seterusnya mereka akan dapat menjalankan amanah dan memainkan peranan yang mencabar dalam kepesatan arus dunia moden masakini.

Majlis Iftar dan penyerahan zakat oleh Gas Malaysia.Terima kasih Gas Malaysia Berhad
09/03/2026

Majlis Iftar dan penyerahan zakat oleh Gas Malaysia.
Terima kasih Gas Malaysia Berhad

09/03/2026

Terima kasih Hotel Perdana KLCC
kredit to editor Saifuddin Ilyas

Lensa MQY 26/1/2026Berdamai bersama alam
28/01/2026

Lensa MQY 26/1/2026
Berdamai bersama alam

26/01/2026

25/1/2026
Alunan baca Al Quran pembuka majlis khotmul quran dari Koperal Kagat Ustaz Yusuf Al Hafiz

25/1/2026Sedikit perkongsian program meraikan para pelajar yang berjaya khatam quran pada tahun 2025, seramai 5 orang. D...
26/01/2026

25/1/2026
Sedikit perkongsian program meraikan para pelajar yang berjaya khatam quran pada tahun 2025, seramai 5 orang. Dan juga majlis Penyampaian Sijil Syahadah dan cenderamata kepada 3 orang pelajar yang telah menyelesaikan bacaan syahadah 30 juzuk pada tahun 2025.
Tahniah di ucapkan kepada semua guru, ibu bapa dan juga para pelajar. Sekalung penghargaan dan terima kasih juaga buat AF Maulana Hasnul Hizam di atas perkongsian ilmu.

01/01/2026

Tips Menghafal Al Quran Dengan Mudah

1. Ulang ayat pertama sebanyak 20 kali.
2. Ulang ayat kedua sebanyak 20 kali.
3. Ulang ayat ketiga sebanyak 20 kali.
4. Ulang ayat keempat sebanyak 20 kali.

Kemudian.
5. Ulang keempat-empat ayat ini sebanyak 20 kali.

Begitulah bagi ayat Al-Quran yang selanjutnya. Yang penting istiqamah, perlahan-lahan. Insha Allah.

Pantang Larang.

Jangan Tengok Secara Sengaja.

1 - Salib.
2 - Kemaluan.
3 - Najis.
4 - Aurat orang lain.

Jangan Makan.

1 - Makanan Syubhah.
2 - Makanan yg tidak mendapat keizinan drpd tuannya.
3 - Bahagian kepala haiwan.

Makan Lah.

1 - Madu.
2 - Kismis.
3 - Air zam-zam.
4 - Daging.

Waktu Sedap Nak Hafal.

1 - Sebelum dan selepas Subuh.
2 - Waktu Maghrib.

Cara Menghafal.

Kalau nak hafal satu muka surat, baca banyak-banyaj kali muka surat tu afdhal lebih 15 kali lah .. Dah lancar tajwid, baru hafal satu-satu tengok maksudnya sekali dan fahamkan dan amalkan.

Pesanan.

1 - Betulkan niat .. Jangan niat kita hafal ni kononnya nak tunjuk diri kita ni hebat boleh hafal ayat Quran, niat ikhlas kerana Allah, kalau niat salah, memang sangat lembab nak hafal.

2 - Jangan tinggalkan al-Quran walaupun sehari. Nanti nak ulang balik confirm traffic jam.

3 - Kurangkan nyanyi dan lebihkan baca al-Quran.

4 - Jangan hafal dengan 'otak' tapi dengan 'hati'. Jika ayat al-Quran di otak, akan ingat-ingat lupa kerana otak banyak fikir benda lain.

Kalau ayat al-Quran di hati,
UnsyaAllah akan ingat sampai bila-bila kerana hati ingat sesuatu yang berharga sahaja.

Engineer boleh hafaz Quran.
Doktor boleh hafaz Quran.
Polis boleh hafaz Quran.
Askar boleh hafaz Quran.
Guru boleh hafaz Quran.
Cleaner pun boleh hafaz Quran.

Semua orang boleh hafaz jika usaha sungguh-sungguh.

Seorang ustaz pernah berpesan,

kalau kita main game berterusan,
kita boleh jadi pakar game.
Begitu juga hafaz Quran,
kalau berterusan,
kita boleh hafaz Quran dengan lancar.

Jom mula hafal Quran .. Mulakan dengan surah yang senang-senang.

Semoga Berjaya ♥️
Aamiin...

Sumber : Dari Penulis Asal

20/12/2025
06/09/2025
06/09/2025
6 September 2025Majlis perarakan anjuran Masjid Al Irsyad Usj 1 Subang Jaya.Alhamdulillah dapat no. 😂😂😂
06/09/2025

6 September 2025
Majlis perarakan anjuran Masjid Al Irsyad Usj 1 Subang Jaya.
Alhamdulillah dapat no. 😂😂😂

Address

No. 2 Jalan Usj 1/2D
Subang Jaya
47620

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Madrasatul Quran Yaakubiyah - MQY posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Madrasatul Quran Yaakubiyah - MQY:

Share