Sekolah Rendah Islam Ad-Diniah Sungai Bakap

Call Directions Website

Sekolah Rendah Islam Ad-Diniah Sungai Bakap Juga dikenali dengan nama Madrasah Ad-Diniah Islamiah (Sejak 1932)

JAIPP/PEND/06.R.001

MESYUARAT BAKA BIL. 3 & ZIARAH MUHIBBAHAlhamdulillah, Mesyuarat BAKA Bil. 3 telah selesai dilaksanakan dengan jayanya. M...
28/09/2026

MESYUARAT BAKA BIL. 3 & ZIARAH MUHIBBAH

Alhamdulillah, Mesyuarat BAKA Bil. 3 telah selesai dilaksanakan dengan jayanya. Mesyuarat ini menjadi ruang untuk membincangkan perkara-perkara berkaitan serta memperkukuh kerjasama dan komitmen dalam menjayakan aktiviti BAKA SERIAD.

Selesai mesyuarat, pihak BAKA SERIAD meneruskan kunjungan ziarah kepada Encik Shahril Azli bin Ishak, waris kepada murid SERIAD serta suami kepada guru TASKI, yang telah ditimpa kemalangan baru-baru ini. Semoga beliau dikurniakan kesembuhan segera, dipermudahkan segala urusan dan diberikan kesihatan yang baik. Terima kasih kepada JK BAKA yang turut hadir bersama dalam ziarah ini. 🀲🏻

Semoga usaha ini dapat mengeratkan lagi ukhuwah serta menyemai nilai keprihatinan dalam keluarga besar SERIAD. Marilah kita sama-sama mendoakan kesembuhan buat beliau. Hati-hati di jalan raya dan semoga Allah SWT sentiasa melindungi kita semua.

BAKA SERIAD 24/26
πŸ“… 26 September 2026

🌷 SELAMAT MAJU JAYA, TEACHER SITI SALIHAH BINTI RAMBELY 🌷Setelah 11 tahun menabur bakti dan mencurahkan ilmu di Sekolah ...
29/08/2026

🌷 SELAMAT MAJU JAYA, TEACHER SITI SALIHAH BINTI RAMBELY 🌷

Setelah 11 tahun menabur bakti dan mencurahkan ilmu di Sekolah Rendah Islam Ad Diniah, tibalah masa untuk melangkah ke destinasi seterusnya.

11 tahun bukanlah satu tempoh yang singkat. Pelbagai kenangan, pengalaman, cabaran dan kejayaan telah dilalui bersama. Setiap ilmu yang dicurahkan, setiap nasihat yang diberikan serta setiap jasa dan pengorbanan Teacher Siti Salihah akan sentiasa terpahat dalam ingatan seluruh warga sekolah. 🀍

πŸ“š Terima kasih atas 11 tahun perkhidmatan, dedikasi dan kasih sayang kepada anak-anak didik.

Semoga segala jasa menjadi amal jariah, dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan kejayaan serta kebahagiaan di tempat yang baharu.

πŸ’ Selamat maju jaya, Teacher Siti Salihah.
11 tahun bersama, selamanya dalam kenangan.

Ikhlas daripada,
Seluruh Warga Sekolah Rendah Islam Ad Diniah πŸ’™πŸ’›






πŸŽ‰ CUTI PENGGAL 2 DAH TIBA! πŸŽ‰Yeay! Tibalah masa untuk anak-anak berehat, bergembira dan meluangkan masa bersama keluarga!...
29/08/2026

πŸŽ‰ CUTI PENGGAL 2 DAH TIBA! πŸŽ‰

Yeay! Tibalah masa untuk anak-anak berehat, bergembira dan meluangkan masa bersama keluarga! πŸ₯°πŸ’™πŸ’›

πŸ“… 29 Ogos 2026 hingga 6 September 2026

🏫 Jangan lupa ya!
Murid-murid akan kembali ke sekolah pada 7 September 2026 (Isnin). πŸ“šβœ¨

Sepanjang cuti, manfaatkan masa dengan aktiviti yang menyeronokkan dan berfaedah. Luangkan masa bersama keluarga, jaga keselamatan dan paling penting, jaga kesihatan diri! πŸ’§πŸŒΏπŸ˜Š

Semoga semua anak-anak Sekolah Rendah Islam Ad Diniah menikmati cuti dengan penuh keceriaan dan kembali ke sekolah nanti dengan semangat baharu! πŸŒˆπŸ“š

πŸ’› Selamat bercuti, anak-anak Ad Diniah!
πŸ’™ Jaga diri, jaga kesihatan dan jumpa lagi di sekolah! πŸ₯³





27/08/2026

Address

Sg Bakap
Sungai Bakap
14200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60197049676

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Rendah Islam Ad-Diniah Sungai Bakap posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share