UHEI, UiTM Cawangan Selangor Kampus Sg. Buloh

UHEI, UiTM Cawangan Selangor Kampus Sg. Buloh Unit Hal Ehwal Islam menawarkan bimbingan keagamaan secara individu dan kelompok

[ PROGRAM MAU'IZAH HASA ] Sukacita dimaklumkan Unit Spiritualiti Hospital Al Sultan Abdullah (HASA) telah menganjurkan P...
23/04/2026

[ PROGRAM MAU'IZAH HASA ]

Sukacita dimaklumkan Unit Spiritualiti Hospital Al Sultan Abdullah (HASA) telah menganjurkan Program Maui'zah Siri 2/2026 bagi meningkatkan pembudayaan nilai ESI-iDART pada 21 April 2026 pada jam 3.00 petang yang disampaikan oleh Ustazah Nurul Afidah Binti Awang, Penolong Pendaftar Hal Ehwal Islam UiTM Kampus Sungai Buloh.

Semoga Program ini dapat menjadikan kita hamba yang sentiasa konsisten dalam menjadi versi terbaik dan mengejar keredhaan dariNya.

Ikhlas dari,
Unit Hal Ehwal Islam
UiTM Cawangan Selangor
Kampus Sungai Buloh, Selayangan dan Teluk Intan

[ SOROTAN IFTAR JAMAIE & SOLAT HAJAT ]16 April 2026 — Sukacita dimaklumkan bahawa program Iftar Jamaie dan Solat Hajat a...
21/04/2026

[ SOROTAN IFTAR JAMAIE & SOLAT HAJAT ]

16 April 2026 — Sukacita dimaklumkan bahawa program Iftar Jamaie dan Solat Hajat anjuran Unit Hal Ehwal Islam Kampus Sungai Buloh dan Selayang bersama Persatuan Alliance of Insaniah bertempat di Surau Az-Zahrawi, RC2 UiTM Kampus Sungai Buloh.

Pihak Unit Hal Ehwal Islam merakamkan jutaan penghargaan kepada semua yang hadir memeriahkan program. Diharapkan agar program ini memupuk rasa mahabbah dan ikatan silaturrahim antara pelajar.

Ikhlas dari,
Unit Hal Ehwal Islam
UiTM Cawangan Selangor
Kampus Sungai Buloh, Selayang dan Teluk Intan.

[ SOROTAN IFTAR JAMAIE SYAWAL ]13 April 2026 — Sukacita dimaklumkan bahawa program Iftar Jamaie dan Solat Hajat anjuran ...
14/04/2026

[ SOROTAN IFTAR JAMAIE SYAWAL ]

13 April 2026 — Sukacita dimaklumkan bahawa program Iftar Jamaie dan Solat Hajat anjuran Unit Hal Ehwal Islam Kampus Sungai Buloh bersama Persatuan Alliance of Insaniah bertempat di Surau Az-Zahrawi UiTM Kampus Sungai Buloh.

Pihak Unit Hal Ehwal Islam merakamkan jutaan penghargaan kepada semua yang hadir memeriahkan program. Diharapkan agar program ini memupuk rasa mahabbah dan ikatan silaturrahim antara pelajar.

Ikhlas dari,
Unit Hal Ehwal Islam
UiTM Cawangan Selangor
Kampus Sungai Buloh, Selayang dan Teluk Intan.

[ SOROTAN IFTAR JAMAIE & SOLAT HAJAT ]9 April 2026 — Sukacita dimaklumkan bahawa program Iftar Jamaie dan Solat Hajat an...
14/04/2026

[ SOROTAN IFTAR JAMAIE & SOLAT HAJAT ]

9 April 2026 — Sukacita dimaklumkan bahawa program Iftar Jamaie dan Solat Hajat anjuran Unit Hal Ehwal Islam Kampus Sungai Buloh dan Selayang bersama Persatuan Alliance of Insaniah bertempat di Dewan Merbau Runduk, UiTM Kampus Selayang.

Pihak Unit Hal Ehwal Islam merakamkan jutaan penghargaan kepada semua yang hadir memeriahkan program. Diharapkan agar program ini memupuk rasa mahabbah dan ikatan silaturrahim antara pelajar.

Ikhlas dari,
Unit Hal Ehwal Islam
UiTM Cawangan Selangor
Kampus Sungai Buloh, Selayang dan Teluk Intan.

Arak dan minuman memabukkan lain bukan sahaja membahayakan tubuh dan akal, tetapi juga membawa kesan negatif kepada kelu...
06/04/2026

Arak dan minuman memabukkan lain bukan sahaja membahayakan tubuh dan akal, tetapi juga membawa kesan negatif kepada keluarga dan masyarakat. Dalam Islam, pengharaman arak jelas dinyatakan untuk melindungi manusia daripada mudarat yang nyata dan tersembunyi. Allah SWT berfirman:

“Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya (meminum) khamr, berjudi, (menyembah) berhala, dan mengundi nasib dengan anak panah adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan itu supaya kamu berjaya.” (Surah Al-Ma’idah: 90)

Rasulullah SAW juga bersabda:

“Semua yang memabukkan adalah haram.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Mari bersama-sama menyebarkan kesedaran, mengingatkan satu sama lain, dan memilih jalan yang membawa kebaikan kepada diri, keluarga, masyarakat dan Negara.

Unit Hal Ehwal Islam
UiTM Cawangan Selangor
Kampus Sungai Buloh, Selayang & Teluk Intan

Jom Puasa Sunat 6 Hari di Bulan Syawal✨Marilah kita bersama-sama menghidupkan amalan Puasa Sunat 6 Hari di Bulan Syawal ...
01/04/2026

Jom Puasa Sunat 6 Hari di Bulan Syawal✨

Marilah kita bersama-sama menghidupkan amalan Puasa Sunat 6 Hari di Bulan Syawal sebagai tanda kesyukuran atas nikmat Ramadhan yang telah berlalu.

Jangan biarkan amalan di bulan Ramadhan terhenti begitu sahaja, teruskanlah mengekalkan momentum ibadah dengan menjadi sebaik-baik hamba yang mengejar keredhaan dan keberkatan dariNya.

Ikhlas dari Unit Hal Ehwal Islam UiTM Cawangan Selangor, Kampus Sungai Buloh, Selayang dan Teluk Intan.

Unit Hal Ehwal Islam mengucapkan selamat datang kepada Saudari Nurul Izzah Binti Mohd Adam, Pelajar Latihan Industri dar...
31/03/2026

Unit Hal Ehwal Islam mengucapkan selamat datang kepada Saudari Nurul Izzah Binti Mohd Adam, Pelajar Latihan Industri daripada Universiti Sains Islam Malaysia.

Diharapkan tempoh latihan ini dapat dimanfaatkan sebaiknya dalam membina pengalaman, meningkatkan kompetensi serta memahami persekitaran kerja sebenar.

Semoga segala urusan sepanjang latihan industri dipermudahkan dan memberi manfaat kepada semua.

Ucapan Terima Kasih Infak RamadanPihak kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua p...
30/03/2026

Ucapan Terima Kasih Infak Ramadan

Pihak kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan serta menyumbang melalui Infak Ramadan sepanjang bulan yang penuh keberkatan ini.

Sesungguhnya setiap sumbangan yang diberikan amat bermakna dalam membantu menjayakan pelbagai program dan inisiatif kebajikan yang dilaksanakan. Semoga segala infak yang disumbangkan diterima sebagai amal soleh di sisi Allah SWT serta dilipatgandakan ganjarannya.

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah ayat 261 yang bermaksud:

“Perumpamaan orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah seperti sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai; pada tiap-tiap tangkai itu seratus biji.”

Semoga segala usaha dan sumbangan ini menjadi asbab keberkatan hidup, dipermudahkan segala urusan serta dikurniakan ganjaran yang berlipat ganda oleh Allah SWT.

Pihak kami masih membuka sumbangan Tabung Amanah Pusat Islam Kampus Sungai Buloh bagi menaik taraf infrastuktur Surau Az Zahrawi boleh disalurkan di pautan berikut

https://uitmpay.uitm.edu.my/giving/products/AA04/02/4537

Program terakhir bagi Ramadan 1447H
19/03/2026

Program terakhir bagi Ramadan 1447H

11/03/2026

Address

Universiti Teknologi MARA, Sungai Buloh Campus Branch, Jalan Hospital, Sungai Buloh
Sungai Buloh
47000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when UHEI, UiTM Cawangan Selangor Kampus Sg. Buloh posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share