Pusat Sejahtera USM

Pusat Sejahtera USM Pusat Kesihatan USM telah ditubuhkan pada tahun 1969 untuk menyediakan perkhidmatan perubatan dan pe

Pusat Kesihatan USM telah ditubuhkan pada tahun 1969 untuk menyediakan perkhidmatan perubatan dan pergigian kepada pelajar dan staf-staf USM.

Musim durian telah kembali!!!Aroma menggoda, rasa lemak manis, memang susah nak tolak. Tapi ingat, nikmati raja buah ini...
05/05/2026

Musim durian telah kembali!!!

Aroma menggoda, rasa lemak manis, memang susah nak tolak. Tapi ingat, nikmati raja buah ini dengan berhemah supaya kesihatan kekal terjaga.

Ambil 2–3 ulas sudah memadai untuk sekali makan kerana pengambilan berlebihan boleh meningkatkan paras gula dalam darah serta menyumbang kepada kenaikan berat badan.

Durian juga mengandungi gula semula jadi seperti glukosa dan fruktosa serta kalori yang tinggi. Disebabkan itu penting untuk makan secara berpada-pada.

Antara tip sihat semasa makan durian adalah berkongsi dengan keluarga atau kawan, elakkan minum minuman manis bersama durian dan minum air kosong secukupnya.

Ingat, makan untuk nikmat, bukan secara berlebihan.
Jom kekal sihat sepanjang musim durian.

PERINGATAN KESIHATAN - HFMD Kes Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) masih perlu diberi perhatian oleh semua pihak, kh...
29/04/2026

PERINGATAN KESIHATAN - HFMD

Kes Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) masih perlu diberi perhatian oleh semua pihak, khususnya ibu bapa, penjaga serta pengusaha pusat jagaan kanak-kanak.

Kesedaran awal dan tindakan pantas amat penting bagi membendung penularan wabak ini. Kerjasama semua pihak dalam memastikan kebersihan, pemantauan gejala serta kepatuhan kepada langkah pencegahan dapat membantu melindungi kanak-kanak dan komuniti sekeliling.

Sekiranya anak menunjukkan tanda-tanda tidak sihat, segera dapatkan pemeriksaan dan elakkan mereka hadir ke taska, tadika atau sekolah sehingga benar-benar pulih.

Mencegah lebih baik daripada merawat. Bersama kita lindungi anak-anak daripada HFMD.

🌟 PROJEK RINTIS “GATEKEEPER HEBAT, ANAK SIHAT”📍 Hadhanah Child Care Centre, Universiti Sains Malaysia, Pulau PinangHadha...
01/04/2026

🌟 PROJEK RINTIS “GATEKEEPER HEBAT, ANAK SIHAT”
📍 Hadhanah Child Care Centre, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang

Hadhanah Child Care Centre di bawah Pusat Islam Universiti Sains Malaysia telah terpilih sebagai lokasi pelaksanaan Projek Rintis Behavioural Insights di daerah Timur Laut, Pulau Pinang.

Projek ini merupakan inisiatif kerjasama antara Pejabat Kesihatan Daerah Timur Laut, Pusat Islam USM, Pusat Sejahtera USM dan pihak Hadhanah Child Care Centre dalam usaha memperkukuh pencegahan penyakit Hand, Foot and Mouth Disease (HFMD) serta penyakit berjangkit lain di institusi pendidikan awal kanak-kanak.

Pendekatan yang digunakan adalah melalui Behavioural Insights (sains tingkah laku) bagi membentuk amalan kesihatan yang lebih berkesan, konsisten dan berimpak tinggi dalam kalangan warga taska.

🎯 Objektif Projek:
1️⃣ Meningkatkan keupayaan guru mengecam gejala HFMD dengan pantas dan tepat melalui sokongan amaran visual.
2️⃣ Mewujudkan persekitaran yang lebih peka dan responsif terhadap amalan pencegahan penyakit berjangkit.
3️⃣ Mengurangkan risiko penularan kes serta kejadian wabak HFMD melalui pembudayaan saringan pintu masuk (gatekeeping) yang berstruktur dan konsisten.

📌 Projek ini akan mula dilaksanakan pada 6 April 2026 dan melibatkan penyertaan aktif penyelia, guru serta pengasuh dalam memastikan persekitaran yang lebih selamat dan sihat untuk kanak-kanak.

📢 Taklimat Pelaksanaan & Penyerahan Instrumen Projek
🗓 Tarikh: 1 April 2026 (Rabu)
⏰ Masa: 10.00 pagi
📍 Tempat: Hadhanah Child Care Centre, USM

Semoga pelaksanaan projek ini dapat memberi impak positif dalam meningkatkan tahap kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak di institusi pendidikan awal.

08/12/2025
08/12/2025
01/12/2025

“Bayangkan…seseorang rebah depan mata.
Siapa yang dia harapkan? Anda.

Jom hadir ke Program Mass CPR & AED 2025 pada:
📅 Tarikh: 7 Dec 2025 (Sunday)
🕗 Masa: 8:00 pagi – 8:00 malam
📍 Tempat: USM – Dewan Tuanku Syed Putra
💰 Yuran: PERCUMA

Dianjurkan oleh: Penang Heart Safe Society (PHSS) with co-organisers SJAM Penang, MRCS Penang & USM.

✨ Program Utama:
✅ Hands-on CPR & AED training (1 jam/sesi)
✅ Inisiatif pembelajaran Penang Heart Safe
✅ Sasaran memecahkan rekod Guinness World Records & Malaysia Book of Records
✅ Kempen Kesihatan

Dapatkan sijil penyertaan dan goodies bag dalam program ini.

Belajar, bertindak, selamatkan!”

“Saat Genting, Kita Bertindak.”

Sebarang pertanyaan boleh hubungi whatsapp: Jeff Yeong https://wa.me/60175825455.

Boleh klik link untuk pendaftaran:

https://howei.com/event_details/masscpraed2025

Boleh rujuk poster untuk maklumat lanjut.

Tahniah diucapkan kepada En. Md Saiful Syuwari b. Samuil, Penolong Pegawai Perubatan U6, atas kejayaan beliau merangkul ...
01/12/2025

Tahniah diucapkan kepada En. Md Saiful Syuwari b. Samuil, Penolong Pegawai Perubatan U6, atas kejayaan beliau merangkul Anugerah Kategori Pentadbir Sanjungan dalam Majlis Anugerah Sanggar Sanjung 2024 yang berlangsung pada 24 November 2025 di Hotel AC Marriott.

Pusat Sejahtera amat berbangga dengan pencapaian ini. Semoga terus cemerlang dan menjadi inspirasi kepada semua.

Tahniah Md Saiful Syuwari 👏🏻

27/11/2025
“Bayangkan…seseorang rebah depan mata.Siapa yang dia harapkan? Anda.Jom hadir ke Program Mass CPR & AEDPada 7 Disember 2...
27/11/2025

“Bayangkan…seseorang rebah depan mata.
Siapa yang dia harapkan? Anda.
Jom hadir ke Program Mass CPR & AED
Pada 7 Disember 2025.
Pilih slot anda 1 jam saja, dari 8 pagi – 8 malam.
Belajar, bertindak, selamatkan!”

“Saat Genting, Kita Bertindak.”

PROGRAM PERCUMA
Tahap umur yang boleh join 8 tahun hingga 12 tahun dengan bimbingan ibu bapa dan semua peringkat usia.

Boleh klik link untuk pendaftaran:

https://howei.com/event_details/masscpraed2025

Boleh rujuk poster untuk maklumat lanjut,

09/10/2025

Address

Universiti Sains
Sungei Nibong
11800

Opening Hours

Monday 08:10 - 17:10
Tuesday 08:10 - 17:10
Wednesday 08:10 - 20:10
Thursday 08:10 - 17:10
Friday 08:10 - 17:10

Telephone

+6046534900

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Sejahtera USM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Pusat Sejahtera USM:

Share