Kolej Komuniti Jeli

Kolej Komuniti Jeli TARIKH MULA OPERASI: 1 JULAI 2006 PENGAMBILAN PELAJARAN ADALAH PADA SETIAP JANUARI DAN JULAI SETIAP TAHUN. HUBUNGI TALIAN 09-958 3800 UNTUK URUSAN PENGAMBILAN.

MENAWARKAN DUA BENTUK KURSUS PENGAJIAN IAITU:
i) KURSUS SEPENUH MASA
ii) KURSUS PENDEK @ PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT


BAGI KURSUS SEPENUH MASA,
2 PROGRAM PERINGKAT SIJIL DITAWARKAN IAITU:
1) SIJIL PASTRI
2) SIJIL FESYEN DAN PAKAIAN

MOD PENGAJIAN: SEPENUH MASA

SYARAT KEMASUKAN: LULUS SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)
SEJARAH

TEMPOH PENGAJIAN:
- MINIMUM 4 SEMESTER
- MAXIMUM 10 SEMESTER

BANTUAN K

EWANGAN DISEDIAKAN PADA YANG LAYAK. KAMI JUGA MENAWARKAN PELBAGAI KURSUS PENDEK SEPERTI JAHITAN, SULAMAN, GUBAHAN, KEK, MASAKAN, PEMBUATAN ROTI DAN BANYAK LAGI PADA HUJUNG MINGGU DAN JUGA HARI BEKERJA. UNTUK MAKLUMAT KURSUS PENDEK BOLEH HUBUNIGI TALIAN 09-958 3800

Tahniah kepada Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2025Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada penerima Anugerah P...
04/05/2026

Tahniah kepada Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2025

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2025 bagi Kolej Komuniti Jeli.

Pengiktirafan ini merupakan simbol penghargaan terhadap dedikasi, kecekalan serta komitmen berterusan dalam melaksanakan amanah dengan penuh tanggungjawab, integriti dan profesionalisme.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi dan pemangkin semangat kepada seluruh warga Kolej Komuniti Jeli untuk terus melakar kecemerlangan, memperkasa inovasi serta membudayakan mutu kerja yang berkualiti dalam memartabatkan institusi ke tahap yang lebih tinggi.

Ikhlas daripada Pengurusan dan Warga
Kolej Komuniti Jeli

🌸 Selamat Maju Jaya kepada semua calon Program Sijil Fesyen dan Pakaian, Kolej Komuniti Jeli! 🌸Jangan takut dan jangan r...
27/04/2026

🌸 Selamat Maju Jaya kepada semua calon Program Sijil Fesyen dan Pakaian, Kolej Komuniti Jeli! 🌸

Jangan takut dan jangan risau dengan sesi temu duga (IV) 😊

Pihak kolej sentiasa berusaha membantu dan memberi peluang terbaik kepada semua calon untuk berjaya melepasi sesi temu duga ini. Yang penting, hadir dengan yakin, bersedia, dan jadi diri sendiri πŸ’ͺ✨

Kami di Kolej Komuniti Jeli menanti anda! ❀️






Hubungi Pegawai Pengambilan KK Jeli untuk peluang menyambung pengajian di sini

http://wasap.my/+601117894184/sayanakmasukKKJELI

Majlis Anugerah Gemilang Siswa & Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kolej Komuniti Jeli Telah berlangsung Majlis Anugerah Gem...
27/04/2026

Majlis Anugerah Gemilang Siswa & Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kolej Komuniti Jeli

Telah berlangsung Majlis Anugerah Gemilang Siswa bagi Sesi II 2025/2026 sebagai penghargaan kepada para pelajar yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam akademik, kokurikulum dan sahsiah diri.

Pada hari yang sama, turut diadakan Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat Kolej Komuniti Jeli yang berlangsung dengan penuh meriah, ceria dan semangat kekeluargaan. Setiap kelas menyediakan menu raya istimewa masing-masing, menjadikan suasana lebih meriah dengan pelbagai juadah menarik dan kreatif.

Warga kolej bersama para pelajar tampil anggun dan segak dengan busana raya, sambil menikmati hidangan serta mengeratkan silaturahim dalam suasana penuh warna-warni. Majlis ini turut dimeriahkan dengan pelbagai persembahan menarik daripada para pelajar dan staf yang menambahkan lagi keceriaan dan kemeriahan suasana sepanjang program berlangsung.

Tahniah kepada semua penerima anugerah dan seluruh warga kolej yang bersama-sama menjayakan program ini. Aidilfitri diraikan, kecemerlangan dihargai.

Lawatan Penanda Aras JPP Kolej Komuniti Jeli ke Perak Culinary Arts Academy @ Kolej Komuniti ChenderohπŸ“… 20–21 April 2026...
23/04/2026

Lawatan Penanda Aras JPP Kolej Komuniti Jeli ke Perak Culinary Arts Academy @ Kolej Komuniti Chenderoh
πŸ“… 20–21 April 2026

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya lawatan penanda aras JPP Kolej Komuniti Jeli ke Perak Culinary Arts Academy @ Kolej Komuniti Chenderoh.

Lawatan ini bukan sahaja membuka ruang perkongsian ilmu dan pengalaman, malah memberi inspirasi dalam memperkasa perancangan serta gerak kerja JPP bagi tahun 2026. Pelbagai input bermanfaat telah diperoleh sepanjang sesi lawatan, termasuk perkongsian amalan terbaik dan pengurusan organisasi pelajar.

Paling menyentuh hati adalah layanan yang sangat warm, mesra, dan penuh keikhlasan daripada pihak tuan rumah. Setiap detik di sana terasa begitu dihargai dan meninggalkan kenangan yang cukup bermakna buat kami semua.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada seluruh warga Perak Culinary Arts Academy @ Kolej Komuniti Chenderoh atas sambutan yang luar biasa. Mohon maaf atas segala kekurangan sepanjang kunjungan kami.

Semoga ukhuwah yang terjalin ini akan terus kukuh dan berpanjangan. InsyaAllah, ada rezeki kita bertemu lagi 🀝✨

Leaders Bootcamp JPP Kolej Komuniti Jeli πŸ’ͺπŸ”₯Pada 17-18 April 2026, telah berlangsung program Leaders Bootcamp bertempat d...
22/04/2026

Leaders Bootcamp JPP Kolej Komuniti Jeli πŸ’ͺπŸ”₯

Pada 17-18 April 2026, telah berlangsung program Leaders Bootcamp bertempat di Krai Park & Training Centre, Kuala Krai. Program ini menghimpunkan barisan kepimpinan JPP dalam satu pengalaman yang penuh cabaran dan pembelajaran.

Sepanjang kem, para peserta didedahkan dengan pelbagai aktiviti menarik termasuk LDK (Latihan Dalam Kumpulan), latihan fizikal serta seni mempertahankan diri yang menguji ketahanan diri dari segi mental dan fizikal.

Bukan itu sahaja, kesempatan ini juga dimanfaatkan untuk merangka dan menyiapkan takwim perancangan JPP bagi tahun 2026 dengan lebih teratur dan berfokus.

Semoga segala ilmu, pengalaman dan semangat yang dibina sepanjang program ini dapat membentuk barisan pemimpin yang lebih berdaya tahan, berdisiplin dan komited dalam menjalankan amanah.

KURSUS CANVA TO CASH 🌟Anda s**a melukis secara digital?Selalu menggunakan Canva dalam kerja seharian?Tahukah anda… hobi ...
20/04/2026

KURSUS CANVA TO CASH 🌟

Anda s**a melukis secara digital?
Selalu menggunakan Canva dalam kerja seharian?

Tahukah anda… hobi dan kemahiran yang anda ada sebenarnya boleh jadi sumber pendapatan?
Melalui kursus ini, anda akan belajar membuat templete canva, kad jemputan digital dll untuk dijual.

Jom sertai kursus Canva To Cash dan belajar cara:
✨ Tukar kreativiti kepada duit
✨ Hasilkan produk digital seperti planner, resume & template
✨ Jual design di platform seperti Etsy & Shopee
✨ ZERO COST Business

πŸ“… Tarikh: 8, 9, 15, 16 & 17 Mei 2026
πŸ“ Tempat: Kolej Komuniti Jeli

Anjuran:
Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat
Kolej Komuniti Jeli

Kursus Percuma!
Yuran Komitmen RM50
(dipulang kepada peserta yang berjaya tamat kesemua sesi)

Terbuka kepada belia & individu yang ingin jana income online.

Tempat terhad kepada 20 orang peserta sahaja.πŸ”₯

πŸ“² Daftar sekarang: https://forms.gle/z25gEHp9sxmwsxVn8

πŸ’° β€œDesign sekali, jual berkali-kali!”

πŸ“Œ Lawatan Penanda Aras JPP & Unit Kes**arelawananPada 12 April 2026, Kolej Komuniti Jeli (KKJ) telah menerima kunjungan ...
13/04/2026

πŸ“Œ Lawatan Penanda Aras JPP & Unit Kes**arelawanan

Pada 12 April 2026, Kolej Komuniti Jeli (KKJ) telah menerima kunjungan daripada JPP dan Unit Kes**arelawanan Kolej Komuniti Kuala Terengganu melibatkan 7 staf dan 37 pelajar.

Ketibaan sekitar jam 11.00 pagi disusuli dengan sesi perkongsian amalan baik yang membuka ruang kepada kedua-dua pihak untuk bertukar idea dan pengalaman dalam memperkasakan organisasi pelajar serta aktiviti kes**arelawanan serta lawatan sekitar kampus baharu KKJ.

Pihak tuan rumah memohon maaf atas sebarang kekurangan sepanjang menerima kunjungan ini. Terima kasih atas kehadiran dan kemesraan yang terjalinβ€”jangan lupa datang lagi! 🀝✨

**arelawanan

11/04/2026

𝟐 π‡π€π‘πˆ π‹π€π†πˆ 𝐀𝐍𝐔𝐆𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐓𝐕𝐄𝐓 𝐒𝐓𝐀𝐑 ππŽπ‹π˜π‚π‚ πŸπŸŽπŸπŸ“

Majlis anugerah yang akan meraikan para pelajar politeknik dan kolej komuniti (POLYCC) seluruh negara.

Tarikh: 13 April 2026 (Isnin)
Masa: 8.00 - 10.00 malam
Tempat : M Resort Hotel, Kuala Lumpur









πŸ’πŸ– π‰π€πŒ π“π„π‘π€πŠπ‡πˆπ‘ 𝐓𝐀𝐍𝐏𝐀 π‡π„ππ“πˆβ‰οΈYa, ini betul-betul bukan cubaan…POLYCC akan bersiaran secara langsung (Live) selama 48 Jam...
10/04/2026

πŸ’πŸ– π‰π€πŒ π“π„π‘π€πŠπ‡πˆπ‘ 𝐓𝐀𝐍𝐏𝐀 π‡π„ππ“πˆβ‰οΈ

Ya, ini betul-betul bukan cubaan…

POLYCC akan bersiaran secara langsung (Live) selama 48 Jam TANPA HENTI di aplikasi Tiktok sebagai pecutan terakhir sebelum tarikh tutup permohonan UPUOnline pada 12 April 2026, jam 5 petang.

Kepada semua calon lepasan SPM 2025 dan ibu bapa, jangan lepaskan peluang ini untuk bersama-sama kami Live di lebih 100 akaun Tiktok politeknik dan kolej komuniti bagi mendapatkan pelbagai maklumat lanjut tentang program pengajian yang ditawarkan di institusi TVET terbesar di πŸ‡²πŸ‡Ύ

Tanya je apa-apa berkaitan POLYCC, kami sedia membantu anda😎. Klik untuk berhubung dengan Pegawai Pengambilan kami

http://wasap.my/+601117894184/sayanakmasukKKJELI

Jumpa kami pada 10 April 2026, jam 5 petang dan berterusan sehingga 12 April, jam 5 petang!

Klik Reset, Jom Pilih POLYCC

Jumpa anda di Tiktok!

π‰πŽπŒ ππˆπ‹πˆπ‡ ππŽπ‹π˜π‚π‚

Politeknik.kolejkomuniti
polycc.edu
Ketua Pengarah JPPKK - Shamsuri Abdullah

Address

Kolej Komuniti Jeli Kementerian Pendidikan Tinggi Lot 2396 Kg. Chedok, Bukit Bunga Tanah Merah
Tanah Merah
17500

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6099583800

Website

https://linktr.ee/kkjeli, https://t.me/kursuspendekkkjeli

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kolej Komuniti Jeli posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Kolej Komuniti Jeli:

Share