Taman Agroteknologi MARDI Cameron Highlands

Call Directions Contact the university

Taman Agroteknologi MARDI Cameron Highlands This park is one of the eight MARDI Agricultural Research and Innovation Centres.
(493)

Waktu lawatan:
8.00 pagi hingga 5.00 petang
(Ditutup pada hari Selasa kecuali pada cuti umum atau cuti sekolah)

Kemudahan termasuk:
Pusat Maklumat Teknologi
Kerusi roda
Surau
Kafeteria
Taman permainan
Gazebo
Laluan pejalan kaki
Bilik mesyuarat dan seminar

Penginapan:
Kotej Inggeris - 2 unit
Apartmen Camelia Home stay - 6 unit
Penginapan Rumah KoMARDI - 8 unit

Pusat Jualan (cenderahati/tanaman pasu/produk tempatan)


Visiting hours:
8.00am to 5.00pm
(Closed on Tuesday except on public holiday or school holiday)

Facilities included:
Technology Information Centre
Wheelchairs
Surau
Cafeteria
Playground
Gazebo
Pedestrian walkway
Meeting and seminar rooms

Accommodation:
English Cottage – 2 unit
Camelia Home stay Apartment – 6 unit
KoMARDI Home stay – 8 unit

Sale Centre (souvenirs/potted plants/local products)

04/10/2026

Min naik atas kejap tadi nak rekod ni, gayat!

Berbesar hati dapat kembali melawat Taman Agroteknologi MARDI Cameron Highlands selepas tiga tahun. Turut bersama saya i...
03/10/2026

Berbesar hati dapat kembali melawat Taman Agroteknologi MARDI Cameron Highlands selepas tiga tahun. Turut bersama saya ialah Sdr YB Ho Chi Yang, ADUN Tanah Rata.

Selain meninjau perkembangan operasi di lapangan, saya turut menerima taklimat daripada Ketua Stesen, Encik Azlan Azizi Muhamad Nor, mengenai cabaran perubahan iklim dan kesannya terhadap sektor tanaman di Cameron Highlands.

Kajian MARDI menunjukkan trend pemanasan yang berterusan, dengan suhu maksimum dijangka meningkat sehingga 2°C menjelang penghujung abad ini. Perubahan ini tentunya memberi cabaran kepada produktiviti dan kelestarian pertanian tanah tinggi.

Justeru, penyelidikan dan data saintifik amat penting untuk merangka strategi adaptasi yang bersesuaian.

Melalui penyelidikan di kawasan tanah tinggi, MARDI turut membangunkan teknologi berkaitan pengeluaran tanaman mampan, pertanian organik, pengurusan nutrien cekap dan perlindungan tanaman secara biologi.

Usaha ini penting untuk meningkatkan daya tahan petani, mengurangkan kebergantungan kepada input kimia serta memperkukuh keterjaminan makanan negara. 🌱🇲🇾

很高兴再次走访MARDI的金马仑农业科技园,距离上一次到访已经三年。

此次也与丹那拉打州议员何子扬同志一同走访,并听取金马仑农业科技园站长阿兹兰的汇报,了解当地农业生产情况,以及气候变化对高原农业所带来的挑战。

MARDI的研究显示,金马仑高原正面对持续升温趋势,预计本世纪末最高气温可能上升2°C。气候变化将对高原农作物的生产力与可持续发展带来新的考验。

因此,以科学研究和数据为基础,制定适当的气候适应策略至关重要。

与此同时,MARDI也持续研发可持续种植、有机农业、高效养分管理及生物防治等技术,协助农民减少对化学投入品的依赖,提高农业生产的韧性与可持续性。

面对气候变化,农业必须不断创新,才能守住国家粮食安全。🌱🇲🇾

Menerima Kunjungan Mesra Daripada YBDatuk Chan Foong HinTaman Agroteknologi MARDI Cameron Highlands berbesar hati meneri...
02/10/2026

Menerima Kunjungan Mesra Daripada YB
Datuk Chan Foong Hin

Taman Agroteknologi MARDI Cameron Highlands berbesar hati menerima kunjungan mesra daripada YB Datuk Chan Foong Hin, Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) bersama YB Ho Chi Yang, ADUN Tanah Rata pada hari ini.

Kunjungan ini diisi dengan perbincangan teknikal serta lawatan ke kawasan taman bagi meninjau perkembangan dan operasi di lapangan.

Terima kasih YB Datuk dan YB atas masa, pandangan, serta sokongan yang diberikan kepada warga MARDI!

01/10/2026

30 september 2026 | 5.31pm 😶‍🌫️

30/09/2026

🍓 LATIHAN SANGKUT KORDIAL STRAWBERI🍓

Telah berlangsung Latihan Sangkut Kordial Strawberi pada 29 September 2026 (Selasa) bertempat di Testbed MARDI Cameron Highlands.

👥 Kehadiran : 15 orang peserta Amanah Ikhtiar Malaysia
🎤 Penceramah : Puan Afni, Cik Juliana dan Puan Shura

Latihan ini memberi peluang kepada para peserta untuk menimba ilmu serta mendapatkan pendedahan berkaitan penghasilan Kordial Strawberi dalam suasana pembelajaran yang interaktif dan bermanfaat.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan, kerjasama dan komitmen dalam menjayakan latihan ini.

Terima kasih dan tahniah kepada semua yang terlibat!

📍Taman Agroteknologi MARDI Cameron Highlands📅 30 September 2026 (Rabu)PEMANTAUAN AKTIVITI DAN OPERASI MARDI CAMERON HIGH...
30/09/2026

📍Taman Agroteknologi MARDI Cameron Highlands
📅 30 September 2026 (Rabu)

PEMANTAUAN AKTIVITI DAN OPERASI MARDI CAMERON HIGHLANDS

Sesi pemantauan aktiviti dan operasi MARDI Cameron Highlands telah berlangsung bersama Pengarah MARDI Pahang, Ir. Zainuddin bin Zakaria @ Zahari, yang turut diiringi oleh Ketua Stesen MARDI Cameron Highlands, Encik Azlan Azizi bin Muhamad Nor dan Pengurus Ladang MARDI Cameron Highlands, Puan Nur Shahirah binti Jahuri.

Pemantauan ini meliputi perkembangan aktiviti serta operasi semasa di MARDI Cameron Highlands bagi memastikan kelancaran pengurusan dan pelaksanaan aktiviti yang dirancang.

Kunjungan ini turut menjadi kesempatan untuk bertukar pandangan, berkongsi perkembangan serta membincangkan perkara-perkara berkaitan pengurusan dan hala tuju MARDI Cameron Highlands. Perbincangan yang diadakan diharap dapat memperkukuh kerjasama serta menyokong kelancaran pengurusan dan pelaksanaan aktiviti pada masa akan datang.

30/09/2026

📣 CALLING ALL KELANTANESE!

Kelate cuti lama kan. Orang kelate dah ramai ke singgah TATMCH?
Kalau belum, demo tunggu gapo lagi? Jom singgah!

Setulus penghargaan buat Puan Azzalinda binti Pandak Abd Aziz dan Puan Amutha a/p Sundaram.Terima kasih atas segala jasa...
29/09/2026

Setulus penghargaan buat Puan Azzalinda binti Pandak Abd Aziz dan Puan Amutha a/p Sundaram.

Terima kasih atas segala jasa, pengorbanan, komitmen yang dicurahkan sepanjang berkhidmat di MARDI Cameron Highlands. Semoga langkah seterusnya dipenuhi dengan kejayaan, kebahagiaan dan segala yang baik-baik. Selamat maju jaya dan semoga terus cemerlang!

Terima kasih atas segala-galanya. Jasa dan kenangan bersama akan sentiasa terpahat di hati.

SALAM TAKZIAHPengurusan Tertinggi dan seluruh warga Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) meraka...
28/09/2026

SALAM TAKZIAH

Pengurusan Tertinggi dan seluruh warga Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) merakamkan setinggi-tinggi ucapan takziah kepada YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad serta seluruh ahli keluarga atas pemergian isteri tercinta, Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali.

Jasa, khidmat bakti dan sumbangan Allahyarhamah kepada masyarakat serta negara akan sentiasa dikenang dan dihargai.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah, mengampuni segala dosanya serta menempatkan beliau dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Al-Fatihah.

Ikhlas daripada,
Pengurusan Tertinggi dan seluruh warga MARDI

Table for two! Teh ais pun ada ni.Jomlah singgah, duduk santai, pekena teh ais dan nikmati suasana.
27/09/2026

Table for two!

Teh ais pun ada ni.
Jomlah singgah, duduk santai, pekena teh ais dan nikmati suasana.

Address

JKR266, Jalan Persiaran Endah
Tanah Rata
39000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00
Saturday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6054911255

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Taman Agroteknologi MARDI Cameron Highlands posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Taman Agroteknologi MARDI Cameron Highlands:

Share