Kolej Komuniti Ledang

Call Directions Website

Kolej Komuniti Ledang Sebuah institusi pengajian tinggi yang menawarkan bidang pengajian peringkat Sijil. Sebuah institusi pengajian tinggi di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi.

Penafian:
KERAJAAN MALAYSIA tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan yang di alami kerana menggunakan maklumat di dalam laman web ini.

๐Ÿ” ๐๐€๐Š ๐๐„๐‹๐€ ๐€๐˜๐€๐Œ ๐ƒ๐ˆ ๐‘๐”๐Œ๐€๐‡, ๐“๐€๐๐ˆ ๐“๐€๐Š ๐“๐€๐‡๐” ๐๐€๐Š ๐Œ๐”๐‹๐€?Tak perlu tanah luas.Tak perlu terus bela ratusan ekor.Dengan ilmu yang...
24/09/2026

๐Ÿ” ๐๐€๐Š ๐๐„๐‹๐€ ๐€๐˜๐€๐Œ ๐ƒ๐ˆ ๐‘๐”๐Œ๐€๐‡, ๐“๐€๐๐ˆ ๐“๐€๐Š ๐“๐€๐‡๐” ๐๐€๐Š ๐Œ๐”๐‹๐€?

Tak perlu tanah luas.
Tak perlu terus bela ratusan ekor.
Dengan ilmu yang betul, ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ ๐—ฒ๐—ธ๐—ผ๐—ฟ ๐—ฎ๐˜†๐—ฎ๐—บ ๐—ฝ๐˜‚๐—ป ๐—ฏ๐—ผ๐—น๐—ฒ๐—ต ๐—ท๐—ฎ๐—ฑ๐—ถ ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—บ๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ฎ๐—ป.

๐Ÿฅš ๐๐ˆ๐๐€ ๐’๐„๐Š๐”๐‘๐ˆ๐“๐ˆ ๐Œ๐€๐Š๐€๐๐€๐ ๐Š๐„๐‹๐”๐€๐‘๐†๐€
Hasilkan bekalan telur untuk keperluan keluarga.
๐Ÿ’ฐ ๐‰๐€๐๐€ ๐๐„๐๐ƒ๐€๐๐€๐“๐€๐ ๐’๐€๐Œ๐๐ˆ๐๐†๐€๐
Belajar mengurus dan menjual hasil ternakan.

๐ƒ๐€๐‹๐€๐Œ ๐Š๐”๐‘๐’๐”๐’ ๐ˆ๐๐ˆ, ๐€๐๐ƒ๐€ ๐€๐Š๐€๐ ๐๐„๐‹๐€๐‰๐€๐‘:
๐Ÿ” Kenali Baka
Hibrid vs baka tulen + kriteria pemilihan baka.
๐Ÿ  Bina Reban DIY
Mudah, praktikal & murah.
๐ŸŒพ Pengurusan Ternakan
Dari DOC hingga dewasa, makanan, kesihatan, reban & asas inkubasi telur (proses mengeramkan telur).
๐Ÿ“Š Kira ROI
Tahu kos, hasil & potensi pulangan.
๐Ÿ›’ Jual Hasil Ternakan
Telur & produk ternakan.

Sesuai untuk pemula, komuniti & sesiapa yang mahu mula menternak secara kecil-kecilan.

๐Ÿ”๐‰๐Ž๐Œ ๐๐„๐‹๐€๐‰๐€๐‘, ๐‰๐Ž๐Œ ๐“๐„๐‘๐๐€๐Š!
Mulakan dengan ilmu.
Mulakan dengan beberapa ekor.
Bina makanan untuk keluarga, bina peluang untuk diri.

๐Ÿ“ฉ ๐“๐ž๐ฆ๐ฉ๐š๐ญ ๐ญ๐ž๐ซ๐ก๐š๐ ๐ค๐ž๐ฉ๐š๐๐š ๐Ÿ๐Ÿ“ ๐ฉ๐ž๐ฌ๐ž๐ซ๐ญ๐š ๐ฌ๐š๐ก๐š๐ฃ๐š.
๐Ÿ“ž ๐‡๐ฎ๐›๐ฎ๐ง๐ ๐ข:
Nasrul Hakem โ€” 019 6296263
Safuan โ€” 011 2902 9160

MAJLIS PENUTUP PROGRAM CITRA MERDEKA 2026 DAN HARI KECEMERLANGAN AKADEMIK  KOLEJ KOMUNITI LEDANGTANGKAK, 23 September202...
23/09/2026

MAJLIS PENUTUP PROGRAM CITRA MERDEKA 2026 DAN HARI KECEMERLANGAN AKADEMIK KOLEJ KOMUNITI LEDANG

TANGKAK, 23 September2026 โ€“ Kolej Komuniti Ledang telah menganjurkan Majlis Penutup Program Citra Merdeka 2026 dan Hari Kecemerlangan Akademik yang berlangsung pada hari ini bertempat di Dewan Kuliah, Kolej Komuniti Ledang.

Program telah dirasmikan oleh Tuan Pengarah, Encik Mohd Hoirie bin Abdul Manah dan turut dihadiri oleh barisan pengurusan, para pensyarah, warga kerja serta pelajar Kolej Komuniti Ledang.

Penganjuran program ini bertujuan menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan warga kolej sempena sambutan Bulan Kebangsaan, di samping memberikan penghargaan dan pengiktirafan kepada para pelajar atas pencapaian akademik serta kecemerlangan dalam bidang s**an.

Sepanjang pelaksanaan Program Citra Merdeka 2026, pelbagai pertandingan dan aktiviti bertemakan kemerdekaan turut dianjurkan bagi memeriahkan sambutan serta menggalakkan penglibatan aktif warga Kolej Komuniti Ledang. Pertandingan yang diadakan bukan sahaja mencungkil bakat dan kreativiti para pelajar, malah turut memupuk semangat patriotisme, kerjasama, keyakinan diri dan semangat kes**anan dalam kalangan peserta.

Dalam majlis tersebut, Hari Kecemerlangan Akademik menjadi salah satu pengisian utama dengan penyampaian penghargaan kepada para pelajar yang telah menunjukkan prestasi akademik yang cemerlang. Pengiktirafan ini diharapkan dapat menjadi suntikan motivasi kepada para pelajar untuk terus berusaha mencapai kejayaan yang lebih tinggi pada masa akan datang.

Selain kecemerlangan akademik, Anugerah Sukan turut diberikan sebagai tanda penghargaan kepada pelajar yang telah mengharumkan nama Kolej Komuniti Ledang melalui penglibatan dan pencapaian dalam bidang s**an.

Pihak Kolej Komuniti Ledang merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semua pelajar yang menerima pengiktirafan. Kejayaan yang dicapai merupakan hasil usaha, disiplin, komitmen dan semangat juang yang tinggi.

Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga pelajar untuk terus melakar kejayaan dalam bidang akademik, kokurikulum, s**an serta pembangunan sahsiah.

Tahniah dan syabas kepada semua penerima anugerah! Semoga kejayaan hari ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak kecemerlangan pada masa akan datang.







KKLJ Menjadi Saksi, Graduan Melakar Sejarah๐ŸŽ“PORT DICKSON, 15 September 2026 - Sidang 21 Majlis Konvokesyen Kolej Komunit...
17/09/2026

KKLJ Menjadi Saksi, Graduan Melakar Sejarah๐ŸŽ“

PORT DICKSON, 15 September 2026 - Sidang 21 Majlis Konvokesyen Kolej Komuniti Negeri Johor 2026 telah berlangsung di Dewan Wawasan, Politeknik Premier Port Dickson dengan penuh bermakna dan meriah, meraikan kejayaan para graduan Kolej Komuniti Negeri Johor yang telah menamatkan pengajian.

Setiap perjalanan pasti ada penghujungnya. Namun, bagi seorang graduan, hari ini bukanlah pengakhiran sebaliknya permulaan kepada sebuah perjalanan yang lebih besar. โค๏ธ

Sidang 21 Majlis Konvokesyen Kolej Komuniti Negeri Johor 2026 menjadi saksi kepada detik istimewa para graduan yang akhirnya menerima sijil setelah melalui perjalanan penuh cabaran, usaha dan pengorbanan. Dalam sidang ini, seramai 113 graduan Kolej Komuniti Ledang telah menerima sijil masing-masing.

Di sebalik setiap jubah yang disarungkan dan setiap sijil yang diterima, tersimpan seribu cerita tentang usaha yang tidak pernah berhenti, hari-hari yang mencabar, doa keluarga serta insan-insan yang sentiasa percaya bahawa mereka mampu sampai ke tahap ini.

Hari ini, segala penat lelah terbayar.

Tahniah dan syabas buat seluruh graduan KKLJ. Jadikan ilmu dan pengalaman yang diperoleh sebagai bekalan untuk melangkah lebih jauh. Teruskan mengejar impian dan buktikan bahawa kejayaan ini hanyalah permulaan.

Tahniah dan syabas, graduan KKLJ!
KKLJ sentiasa berbangga dengan kalian. ๐ŸŽ“โค๏ธ

Selamat melangkah ke dunia yang lebih luas, graduan KKLJ. Semoga setiap langkah selepas ini membawa kalian lebih dekat kepada impian.

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SELAMAT HARI MALAYSIA 2026!๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโ€œMalaysia MADANI, Rakyat Disantuniโ€Kolej Komuniti Ledang dengan penuh rasa bangga dan se...
16/09/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SELAMAT HARI MALAYSIA 2026!๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

โ€œMalaysia MADANI, Rakyat Disantuniโ€

Kolej Komuniti Ledang dengan penuh rasa bangga dan semangat patriotik mengucapkan Selamat Hari Malaysia kepada seluruh rakyat Malaysia.

Semoga sambutan Hari Malaysia ini terus menyemarakkan semangat perpaduan, keharmonian dan kecintaan kepada tanah air, serta memperkukuh iltizam kita bersama dalam membina masa depan Malaysia yang lebih gemilang. โค๏ธ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Ikhlas daripada:
Pengarah serta seluruh warga Kolej Komuniti Ledang






16/09/2026
๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—œ๐—ก๐—œ | ๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—ž๐—ข๐—ก๐—ฉ๐—ข๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—ฌ๐—˜๐—ก ๐—ž๐—ข๐—Ÿ๐—˜๐— ๐—ž๐—ข๐— ๐—จ๐—ก๐—œ๐—ง๐—œ ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐‰๐Ž๐‡๐Ž๐‘ ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐ŸฒKini masanya telah tibaโ€ฆ  Majlis Konvokesyen Kolej K...
14/09/2026

๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—œ๐—ก๐—œ | ๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—ž๐—ข๐—ก๐—ฉ๐—ข๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—ฌ๐—˜๐—ก ๐—ž๐—ข๐—Ÿ๐—˜๐— ๐—ž๐—ข๐— ๐—จ๐—ก๐—œ๐—ง๐—œ ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐‰๐Ž๐‡๐Ž๐‘ ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

Kini masanya telah tibaโ€ฆ

Majlis Konvokesyen Kolej Komuniti Negeri Johor Tahun 2026 ๐ŸŽ“

๐ŸŽ“ ๐—ฆ๐—œ๐——๐—”๐—ก๐—š ๐Ÿ๐ŸŽ โ€” ๐Ÿ–.๐ŸŽ๐ŸŽ ๐—ฃ๐—”๐—š๐—œ

โœจ Kolej Komuniti Segamat
โœจ Kolej Komuniti Segamat 2
โœจ Kolej Komuniti Kluang
โœจ Kolej Komuniti Tanjung Piai
โœจ Kolej Komuniti Batu Pahat
โœจ Kolej Komuniti Bandar Tenggara

๐ŸŽ“ ๐—ฆ๐—œ๐——๐—”๐—ก๐—š ๐Ÿ๐Ÿ โ€” ๐Ÿ.๐ŸŽ๐ŸŽ ๐๐„๐“๐€๐๐†

โœจ Kolej Komuniti Pasir Gudang
โœจ Kolej Komuniti Ledang
โœจ Kolej Komuniti Bandar Penawar
โœจ Kolej Komuniti Bandar Penawar Cawangan Gelang Patah
โœจ Kolej Komuniti Muar
โœจ Kolej Komuniti Pagoh
โœจ Kolej Komuniti Kota Tinggi

Tahniah kepada 855 orang graduan Kolej Komuniti Negeri Johorโค๏ธ

๐Ÿ“… 15 September 2026 (Selasa)
๐Ÿ“Dewan Wawasan, Politeknik Premier Port Dickson

ESOK GUYS, ESOK! ๐Ÿšจ๐Ÿ˜ฑ Tak tenang dah ni, emosi dah bercampur aduk! baju dah gantung kat pintu, kasut dah kilat, tinggal na...
14/09/2026

ESOK GUYS, ESOK! ๐Ÿšจ๐Ÿ˜ฑ Tak tenang dah ni, emosi dah bercampur aduk! baju dah gantung kat pintu, kasut dah kilat, tinggal nak posing naik atas pentas je esok. Berdiri bulu roma bila fikir penat lelah kat KKJDT ni akhirnya tamat juga.

Jumpa korang semua ESOK GUYSSSS....

๐Ÿ“… 15 September 2026 (Selasa)
๐Ÿ“Dewan Wawasan, Politeknik Premier Port Dickson

Dengan tema โ€œGraduan TVET MADANI: Meneraju Transformasi Mencipta Legasiโ€, majlis ini menjadi medan meraikan pencapaian, kegigihan dan kecemerlangan graduan TVET yang bakal melangkah ke dunia kerjaya serta menyumbang kepada pembangunan negara.

๐“๐€๐‡๐๐ˆ๐€๐‡! ๐๐„๐‹๐€๐‰๐€๐‘ ๐’๐๐“ ๐Š๐Š๐‹๐‰ ๐‘๐€๐๐†๐Š๐”๐‹ ๐๐ˆ๐๐†๐€๐“ ๐๐„๐‘๐€๐Š ๐ƒ๐ˆ ๐‹๐€๐“๐“๐„ ๐€๐‘๐“ ๐‚๐‡๐€๐‹๐‹๐„๐๐†๐„@๐Œ๐€๐‡๐€ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐๐„๐‘๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“ ๐€๐๐“๐€๐‘๐€๐๐€๐๐†๐’๐€ โ˜•Kolej Komuniti L...
11/09/2026

๐“๐€๐‡๐๐ˆ๐€๐‡! ๐๐„๐‹๐€๐‰๐€๐‘ ๐’๐๐“ ๐Š๐Š๐‹๐‰ ๐‘๐€๐๐†๐Š๐”๐‹ ๐๐ˆ๐๐†๐€๐“ ๐๐„๐‘๐€๐Š ๐ƒ๐ˆ ๐‹๐€๐“๐“๐„ ๐€๐‘๐“ ๐‚๐‡๐€๐‹๐‹๐„๐๐†๐„@๐Œ๐€๐‡๐€ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐๐„๐‘๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“ ๐€๐๐“๐€๐‘๐€๐๐€๐๐†๐’๐€ โ˜•

Kolej Komuniti Ledang (KKLJ) merakamkan ucapan tahniah kepada pelajar Sijil Pastri (SPT)2, Iffah Nayli binti Mohd Rizal atas kejayaan meraih Pingat Perak dalam Pertandingan Latte Art Challenge@MAHA 2026 yang berlangsung di Dewan D, MAEPS Serdang.

Pertandingan peringkat antarabangsa ini menyaksikan penyertaan seramai 15 peserta, dengan Iffah Nayli berjaya menempatkan diri dalam Top 10 serta membawa pulang Pingat Perak bagi KKLJ.

Lebih membanggakan, majoriti peserta pertandingan terdiri daripada pelajar dalam bidang Pengoperasian Hotel, manakala KKLJ tampil sebagai satu-satunya institusi yang diwakili oleh pelajar daripada bidang Pastri.

Pencapaian ini membuktikan bahawa kemahiran, kreativiti dan ketelitian yang diterapkan menerusi bidang Pastri mampu diketengahkan dalam pertandingan yang melibatkan kemahiran latte art serta penghasilan minuman berasaskan kopi.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Iffah Nayli binti Mohd Rizal atas pencapaian yang membanggakan ini. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus mengasah bakat, meningkatkan kemahiran dan melakar lebih banyak kejayaan pada masa akan datang. ๐Ÿ‘โœจ

๐Ÿ’ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐—Ÿ๐—”๐—š๐—œ ๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—ž๐—ข๐—ก๐—ฉ๐—ข๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—ฌ๐—˜๐—ก ๐Š๐Ž๐‹๐„๐‰ ๐Š๐Ž๐Œ๐”๐๐ˆ๐“๐ˆ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐‰๐Ž๐‡๐Ž๐‘ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”๐ŸŽ‰๐ŸŽ“Menghitung hari menuju detik paling berharga. 4 h...
11/09/2026

๐Ÿ’ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐—Ÿ๐—”๐—š๐—œ ๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—ž๐—ข๐—ก๐—ฉ๐—ข๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—ฌ๐—˜๐—ก ๐Š๐Ž๐‹๐„๐‰ ๐Š๐Ž๐Œ๐”๐๐ˆ๐“๐ˆ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐‰๐Ž๐‡๐Ž๐‘ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”๐ŸŽ‰๐ŸŽ“

Menghitung hari menuju detik paling berharga. 4 hari lagi sebelum tirai pengajian di KKJDT dilabuhkan secara rasmi. Banyak sangat memori s**a duka yang tercipta sepanjang kat sini daripada tak kenal sesiapa sampai lah dah macam keluarga sendiri.

Terima kasih untuk semua yang jadi sebahagian daripada perjalanan ini. Jumpa korang di Majlis Konvokesyen nanti! ๐ŸŽ“๐Ÿ“ธ

๐Ÿ“… 15 September 2026 (Selasa)
๐Ÿ“Dewan Wawasan, Politeknik Premier Port Dickson

Dengan tema โ€œGraduan TVET MADANI: Meneraju Transformasi Mencipta Legasiโ€, majlis ini menjadi medan meraikan pencapaian, kegigihan dan kecemerlangan graduan TVET yang bakal melangkah ke dunia kerjaya serta menyumbang kepada pembangunan negara.

Syabas dan tahniah kepada SYED MIERZA EIRFAN BIN SYED FAIZAL atas usaha, keberanian dan komitmen dalam menyertai POLYCC ...
10/09/2026

Syabas dan tahniah kepada SYED MIERZA EIRFAN BIN SYED FAIZAL atas usaha, keberanian dan komitmen dalam menyertai POLYCC Students Tradepreneur Challenge (POLYSTRAC) 2026.

Daripada lebih 300 peserta, Eirfan berjaya mara ke TOP 15 peserta terbaik dan seterusnya tampil dalam sesi pitching di peringkat akhir pertandingan dan mendapat tempat saguhati.

Daripada mempelajari asas pasaran saham, membuat analisis sehinggalah berani membentangkan hasil analisis di hadapan panel juri, pengalaman ini pastinya menjadi satu pencapaian dan pengalaman yang sangat bermakna.


Address

KM5 Jalan Payamas
Tangkak
84900

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6069789295

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kolej Komuniti Ledang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share