Teknologi Mekatronik ILP Tangkak

Teknologi Mekatronik ILP Tangkak ILP Tangkak menawarkan Kursus Sepenuh Masa Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 di ILP Tangkak. Salah satu bidang yang ditawarkan adalah Teknologi Mekatronik.

BENGKEL LATIHAN TEKNOLOGI TERKINI –“ INDUSTRIAL INTELLIGENCE 4.0” ANJURAN KUKA ROBOT GERMANYDua orang Tenaga Pengajar Te...
21/08/2024

BENGKEL LATIHAN TEKNOLOGI TERKINI –“ INDUSTRIAL INTELLIGENCE 4.0” ANJURAN KUKA ROBOT GERMANY

Dua orang Tenaga Pengajar Teknologi Mekatronik iaitu En. Ahmad Mohsin Bin Mohd Yusoff dan Tn. Hj Zamry Bin Zakaria telah mengikuti bengkel ini yang bertempat di KUKA Malaysia. Semoga ilmu dan kemahiran yang diperolehi dapat membantu memperkasakan TVET di ILP Institut Latihan Perindustrian Tangkak.

𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐒𝐔𝐏𝐄𝐑𝐕𝐈𝐒𝐎𝐑𝐘(26 JULAI - 16 OGOS 2024 )Telah berlangsung kursus Supervisory Skills yang telah dilaksanakan di Bengk...
21/08/2024

𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐒𝐔𝐏𝐄𝐑𝐕𝐈𝐒𝐎𝐑𝐘
(26 JULAI - 16 OGOS 2024 )

Telah berlangsung kursus Supervisory Skills yang telah dilaksanakan di Bengkel Teknologi Mekatronik ILP Tangkak. Kursus jangka pendek selama 7 hari itu disertai oleh seramai 18 orang pekerja dari ST Microelectronic Muar (TVET ST-SIRI3). Kursus ini memberi pendedahan kepada penyelia terhadap kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan bagi menjalankan tugas harian dengan cemerlang.

Para peserta akan menjalani pelbagai analisa untuk menyedari kekuatan dan kelemahan diri sebagai seorang penyelia serta mempelajari pelbagai teknik penyeliaan dari pelbagai aktiviti seperti permainan perseorangan atau berkumpulan, video persembahan, dan perbincangan kumpulan. Ia secara tidak langsung dapat membantu para peserta menyesuaikan teknik yang dipelajari agar dapat dilaksanakan di tempat kerja.

"𝑬𝒎𝒑𝒐𝒘𝒆𝒓𝒊𝒏𝒈 𝑺𝒌𝒊𝒍𝒍𝒔, 𝑰𝒈𝒏𝒊𝒕𝒊𝒏𝒈 𝑭𝒖𝒕𝒖𝒓𝒆𝒔"
"𝑴𝒆𝒎𝒑𝒆𝒓𝒌𝒂𝒔𝒂 𝑲𝒆𝒎𝒂𝒉𝒊𝒓𝒂𝒏, 𝑴𝒆𝒏𝒚𝒆𝒎𝒂𝒓𝒂𝒌 𝑴𝒂𝒔𝒂 𝑯𝒂𝒅𝒂𝒑𝒂𝒏"




𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐈𝐍𝐓𝐄𝐑𝐍𝐄𝐓 𝐎𝐅 𝐓𝐇𝐈𝐍𝐆𝐒 (𝐈𝐨𝐓)[𝟔 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 - 𝟐𝟎 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟒]Telah berlangsung kursus 𝐈𝐧𝐭𝐞𝐫𝐧𝐞𝐭 𝐎𝐟 𝐓𝐡𝐢𝐧𝐠𝐬 (𝐈𝐨𝐓) 𝐈𝐧𝐝𝐮𝐬𝐭𝐫𝐢𝐚𝐥 𝐀𝐮𝐭...
23/07/2024

𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐈𝐍𝐓𝐄𝐑𝐍𝐄𝐓 𝐎𝐅 𝐓𝐇𝐈𝐍𝐆𝐒 (𝐈𝐨𝐓)
[𝟔 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 - 𝟐𝟎 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟒]

Telah berlangsung kursus 𝐈𝐧𝐭𝐞𝐫𝐧𝐞𝐭 𝐎𝐟 𝐓𝐡𝐢𝐧𝐠𝐬 (𝐈𝐨𝐓) 𝐈𝐧𝐝𝐮𝐬𝐭𝐫𝐢𝐚𝐥 𝐀𝐮𝐭𝐨𝐦𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧 𝐄𝐧𝐠𝐢𝐧𝐞𝐞𝐫𝐢𝐧𝐠 𝐒𝐲𝐬𝐭𝐞𝐦 𝐀𝐬𝐬𝐞𝐦𝐛𝐥𝐲 untuk pekerja dari kilang ST Microelectronics Sdn Bhd. Muar. Kursus yang akan diadakan selama 5 hari itu sepanjang hari bercuti, telah dihadiri oleh 18 orang peserta dan telah dilaksanakan di Bengkel Teknologi Mekatronik ILP Tangkak.

Kursus ini bertujuan memberikan pendedahan serta pengalaman kepada peserta membangunkan aplikasi kawalan perkakasan di rumah dan industri dengan menggunakan Arduino dan Node MCU yang berteraskan kepada teknologi IoT.

"𝑬𝒎𝒑𝒐𝒘𝒆𝒓𝒊𝒏𝒈 𝑺𝒌𝒊𝒍𝒍𝒔, 𝑰𝒈𝒏𝒊𝒕𝒊𝒏𝒈 𝑭𝒖𝒕𝒖𝒓𝒆𝒔"
"𝑴𝒆𝒎𝒑𝒆𝒓𝒌𝒂𝒔𝒂 𝑲𝒆𝒎𝒂𝒉𝒊𝒓𝒂𝒏, 𝑴𝒆𝒏𝒚𝒆𝒎𝒂𝒓𝒂𝒌 𝑴𝒂𝒔𝒂 𝑯𝒂𝒅𝒂𝒑𝒂𝒏"




WORLDSKILLS MALAYSIA SELANGOR ADVANCED SKILLS (SAS2024)Teknologi Mekatronik ILP Tangkak telah menghantar 2 pasukan untuk...
14/07/2024

WORLDSKILLS MALAYSIA SELANGOR ADVANCED SKILLS (SAS2024)

Teknologi Mekatronik ILP Tangkak telah menghantar 2 pasukan untuk Pertandingan Kelayakan Worldskills Malaysia Bidang Mekatronik yang berlangsung pada 12-14 Julai 2024 bertempat di Selangor Technical Skills Development Centre Shah Alam (SDTCx).

Pelajar Teknologi Mekatronik telah diwakili oleh Zatie Iffah Hadirah Binti Zairani Nor, Muhammad Shah Ezairy Bin Abdulah dari Semester 1 dan Ahmad Shahrul Bin AB. Shatar, Muhammad Syahrul Amri Bin Mohd Ali dari Semester 2. Kedua-dua pasukan dibimbing oleh Tn. Hj. Zamry Bin Zakaria dan Pn Sahzaiha Binti Shahrom sebagai jurulatih serta Ketua Bahagian Mekatronik En. Ahmad Mohsin Bin Moud Yusoff banyak memberi dorongan dan semangat kepada pasukan.

2 pasukan dari ILP Institut Latihan Perindustrian Tangkak berjaya bertanding bersama-sama 28 pasukan lain yang terdiri pelbagai TVET Institusi seperti:

Institut Latihan Perindustrian (ILP) Institut Latihan Perindustrian Tangkak
Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kangar
Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Taiping
Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Shah Alam
Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Melaka
Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Batu Pahat
Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Bintulu
Japan Malaysia Technical Institute (JMTI)
IKTBN Bukit Mertajam Pulau Pinang
German Malaysian Institute
Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin
Politeknik Ibrahim Sultan
Politeknik Port Dickson
Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah
Politeknik Ungku Omar
Politeknik Merlimau Melaka
Politeknik Kota Bharu
Politeknik Nilai
Kolej Megatech

Tahniah !!! kepada 60 orang peserta.

𝐍𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍𝐀𝐋 𝐓𝐑𝐀𝐈𝐍𝐈𝐍𝐆 𝐖𝐄𝐄𝐊 (𝐍𝐓𝐖)𝟏. 𝐄𝐋𝐄𝐂𝐓𝐑𝐈𝐂𝐀𝐋 𝐌𝐎𝐓𝐎𝐑 𝐌𝐀𝐈𝐍𝐓𝐄𝐍𝐀𝐍𝐂𝐄 [𝟐𝟖 𝐉𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟒] - (𝐁𝐄𝐑𝐒𝐄𝐌𝐔𝐊𝐀)𝟐. 𝐓𝐎𝐖𝐀𝐑𝐃𝐒 𝐃𝐈𝐆𝐈𝐓𝐀𝐋𝐈𝐙𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍 𝐈𝐍 𝐄𝐋𝐄𝐂...
30/06/2024

𝐍𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍𝐀𝐋 𝐓𝐑𝐀𝐈𝐍𝐈𝐍𝐆 𝐖𝐄𝐄𝐊 (𝐍𝐓𝐖)

𝟏. 𝐄𝐋𝐄𝐂𝐓𝐑𝐈𝐂𝐀𝐋 𝐌𝐎𝐓𝐎𝐑 𝐌𝐀𝐈𝐍𝐓𝐄𝐍𝐀𝐍𝐂𝐄 [𝟐𝟖 𝐉𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟒] - (𝐁𝐄𝐑𝐒𝐄𝐌𝐔𝐊𝐀)
𝟐. 𝐓𝐎𝐖𝐀𝐑𝐃𝐒 𝐃𝐈𝐆𝐈𝐓𝐀𝐋𝐈𝐙𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍 𝐈𝐍 𝐄𝐋𝐄𝐂𝐓𝐑𝐈𝐂𝐀𝐋 𝐌𝐎𝐓𝐎𝐑 𝐂𝐎𝐍𝐓𝐑𝐎𝐋 [𝟐𝟗 𝐉𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟒] - (𝐁𝐄𝐑𝐒𝐄𝐌𝐔𝐊𝐀)

Telah berlangsung 2 kursus di Bengkel Teknologi Mekatronik ILP Institut Latihan Perindustrian Tangkak sempena minggu National Training Week (NTW). Terima kasih diucapkan kepada En Said bin Ismail dan En Al-Hazari Bin Jamal, Tenaga Pengajar Pakar di Bengkel Teknologi Mekatronik diatas ilmu yang diberikan buat 19 orang peserta 2 Kursus secara bersemuka dalam Program National Training Week (NTW).

"𝑬𝒎𝒑𝒐𝒘𝒆𝒓𝒊𝒏𝒈 𝑺𝒌𝒊𝒍𝒍𝒔, 𝑰𝒈𝒏𝒊𝒕𝒊𝒏𝒈 𝑭𝒖𝒕𝒖𝒓𝒆𝒔"
"𝑴𝒆𝒎𝒑𝒆𝒓𝒌𝒂𝒔𝒂 𝑲𝒆𝒎𝒂𝒉𝒊𝒓𝒂𝒏, 𝑴𝒆𝒏𝒚𝒆𝒎𝒂𝒓𝒂𝒌 𝑴𝒂𝒔𝒂 𝑯𝒂𝒅𝒂𝒑𝒂𝒏"





𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐈𝐍𝐃𝐔𝐒𝐓𝐑𝐈𝐀𝐋 𝐀𝐔𝐓𝐎𝐌𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍 𝐒𝐘𝐒𝐓𝐄𝐌 𝐂𝐀𝐋𝐈𝐁𝐑𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍[𝟏 - 𝟏𝟓 𝐉𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟒]Telah berlangsung kursus 𝘐𝘯𝘥𝘶𝘴𝘵𝘳𝘪𝘢𝘭 𝘈𝘶𝘵𝘰𝘮𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯 𝘚𝘺𝘴𝘵𝘦𝘮 𝘊𝘢...
16/06/2024

𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐈𝐍𝐃𝐔𝐒𝐓𝐑𝐈𝐀𝐋 𝐀𝐔𝐓𝐎𝐌𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍 𝐒𝐘𝐒𝐓𝐄𝐌 𝐂𝐀𝐋𝐈𝐁𝐑𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍
[𝟏 - 𝟏𝟓 𝐉𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟒]

Telah berlangsung kursus 𝘐𝘯𝘥𝘶𝘴𝘵𝘳𝘪𝘢𝘭 𝘈𝘶𝘵𝘰𝘮𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯 𝘚𝘺𝘴𝘵𝘦𝘮 𝘊𝘢𝘭𝘪𝘣𝘳𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯 di Makmal MPS Bengkel Teknologi Mekatronik ILP Institut Latihan Perindustrian Tangkak. Kursus ini diajar oleh pengajar yang berpengalaman, iaitu En Al-Hazari Bin Jamal dan dibantu oleh Hj. Zamry Bin Zakaria. Seramai 18 orang pekerja dari ST Microelectronics Sdn. Bhd menghadiri kursus ini untuk mendedahkan kaedah melaksanakan penentukuran ke atas alat kawalan sistem automasi.

Kursus jangka pendek selama lima hari itu, membolehkan para peserta didedahkan tentang penyambungan 𝘱𝘳𝘰𝘹𝘪𝘮𝘪𝘵𝘺 𝘴𝘦𝘯𝘴𝘰𝘳 pada 𝘳𝘦𝘭𝘢𝘺 dan 𝘵𝘪𝘮𝘦𝘳, melaksanakan pemasangan 𝘔𝘰𝘥𝘶𝘭𝘢𝘳 𝘗𝘳𝘰𝘥𝘶𝘤𝘵𝘪𝘰𝘯 𝘚𝘺𝘴𝘵𝘦𝘮 𝘴𝘰𝘳𝘵𝘪𝘯𝘨 𝘴𝘵𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯 serta melakukan tentukur komponen kawalan dan sensor pada mesin MPS dan seterusnya menggunakan perisian dan aplikasi PLC bagi membolehkan bendakerja dapat diasingkan dan dikawal melalui PLC.

Diharapkan agar ilmu yang diperolehi dari kursus ini dapat digunakan dan seterusnya dapat mengembangkan kemahiran yang sedia ada ditempat kerja.

"𝑬𝒎𝒑𝒐𝒘𝒆𝒓𝒊𝒏𝒈 𝑺𝒌𝒊𝒍𝒍𝒔, 𝑰𝒈𝒏𝒊𝒕𝒊𝒏𝒈 𝑭𝒖𝒕𝒖𝒓𝒆𝒔"
"𝑴𝒆𝒎𝒑𝒆𝒓𝒌𝒂𝒔𝒂 𝑲𝒆𝒎𝒂𝒉𝒊𝒓𝒂𝒏, 𝑴𝒆𝒏𝒚𝒆𝒎𝒂𝒓𝒂𝒌 𝑴𝒂𝒔𝒂 𝑯𝒂𝒅𝒂𝒑𝒂𝒏"





𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐓𝐎𝐖𝐀𝐑𝐃𝐒 𝐓𝐄𝐂𝐇𝐍𝐎𝐋𝐎𝐆𝐘 𝐃𝐈𝐆𝐈𝐓𝐀𝐋𝐈𝐙𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍 𝐈𝐍 𝐌𝐀𝐍𝐔𝐅𝐀𝐂𝐓𝐔𝐑𝐈𝐍𝐆 𝟏.𝟎[𝟏𝟎 - 𝟏𝟏 𝐉𝐔𝐍  𝟐𝟎𝟐𝟒]Bengkel Teknologi Mekatronik ILP Institu...
13/06/2024

𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐓𝐎𝐖𝐀𝐑𝐃𝐒 𝐓𝐄𝐂𝐇𝐍𝐎𝐋𝐎𝐆𝐘 𝐃𝐈𝐆𝐈𝐓𝐀𝐋𝐈𝐙𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍 𝐈𝐍 𝐌𝐀𝐍𝐔𝐅𝐀𝐂𝐓𝐔𝐑𝐈𝐍𝐆 𝟏.𝟎
[𝟏𝟎 - 𝟏𝟏 𝐉𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟒]

Bengkel Teknologi Mekatronik ILP Institut Latihan Perindustrian Tangkak telah menganjurkan 𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐓𝐄𝐂𝐇𝐍𝐎𝐋𝐎𝐆𝐘 𝐓𝐎𝐖𝐀𝐑𝐃𝐒 𝐃𝐈𝐆𝐈𝐓𝐀𝐋𝐈𝐙𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍 𝐈𝐍 𝐌𝐀𝐍𝐔𝐅𝐀𝐂𝐓𝐔𝐑𝐈𝐍𝐆 dibawah bidang 𝐒𝐌𝐀𝐑𝐓 𝐒𝐘𝐒𝐓𝐄𝐌 𝐈𝐍𝐓𝐄𝐆𝐑𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍 𝐒𝐏𝐄𝐂𝐈𝐀𝐋𝐈𝐒𝐓, 𝐍𝐄𝐖 𝐄𝐌𝐄𝐑𝐆𝐈𝐍𝐆 𝐓𝐄𝐂𝐇𝐍𝐎𝐋𝐎𝐆𝐘 (𝐍𝐄𝐓 𝟐.𝟎) kepada 10 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai agensi TVET awam.

Kursus yang telah dijalankan di Makmal Digital Lean dan MPS Bengkel Teknologi Mekatronik ini membolehkan peserta mempelajari cara menggunakan teknologi digital untuk meningkatkan kecekapan dan produktiviti dalam proses operasi industri, termasuk pemantauan secara realtime, Automasi, cycle time setiap proses penghasilan produk dan integrasi sistem.

Diharapkan melalui kursus ini akan dapat mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta dalam bidang ini serta dapat dikembangkan kepada pelajar-pelajar TVET apabila peserta kembali ke institusi masing-masing.

"𝑬𝒎𝒑𝒐𝒘𝒆𝒓𝒊𝒏𝒈 𝑺𝒌𝒊𝒍𝒍𝒔, 𝑰𝒈𝒏𝒊𝒕𝒊𝒏𝒈 𝑭𝒖𝒕𝒖𝒓𝒆𝒔"
"𝑴𝒆𝒎𝒑𝒆𝒓𝒌𝒂𝒔𝒂 𝑲𝒆𝒎𝒂𝒉𝒊𝒓𝒂𝒏, 𝑴𝒆𝒏𝒚𝒆𝒎𝒂𝒓𝒂𝒌 𝑴𝒂𝒔𝒂 𝑯𝒂𝒅𝒂𝒑𝒂𝒏"





𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐃𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐖𝐎𝐑𝐋𝐃 𝐒𝐊𝐈𝐋𝐋𝐒 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐁𝐄𝐋𝐈𝐀 (𝐖𝐒𝐌𝐁) 𝟐𝟎𝟐𝟒[𝟏𝟎-𝟏𝟏 𝐉𝐔𝐍 𝟮𝟬𝟮𝟰]Buat pertama kali Bengkel Teknologi Mekatronik telah...
13/06/2024

𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐃𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐖𝐎𝐑𝐋𝐃 𝐒𝐊𝐈𝐋𝐋𝐒 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐁𝐄𝐋𝐈𝐀 (𝐖𝐒𝐌𝐁) 𝟐𝟎𝟐𝟒
[𝟏𝟎-𝟏𝟏 𝐉𝐔𝐍 𝟮𝟬𝟮𝟰]

Buat pertama kali Bengkel Teknologi Mekatronik telah menghantar 2 team untuk Pertandingan 𝐏𝐞𝐫𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭 𝐏𝐫𝐚-𝐀𝐤𝐡𝐢𝐫 dalam bidang 𝐑𝐨𝐛𝐨𝐭 𝐒𝐲𝐬𝐭𝐞𝐦 𝐈𝐧𝐭𝐞𝐠𝐫𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧 (𝐑𝐒𝐈) yg akan diadakan di Fanuc Mechatronis Klang pada 10 ~11 Jun 2024. Berikut adalah senarai nama pelajar yang mewakili ILP Institut Latihan Perindustrian Tangkak ke Pertandingan tersebut.

𝐓𝐞𝐚𝐦 𝟏
1. MUHAMAD KHAIRUDDIN BIN MALIK
2. NURHUSNA AZIRA BINTI MOHD HAFIZAL

𝐓𝐞𝐚𝐦 𝟐
1. ALIFF AL HASYIR BIN ALI AKHBAR
2. MUHAMMAD MUIZZ BIN LABAI

Semoga pertandingan bidang RSI ini akan menjadi pengalaman berharga kepada pelajar yang terlibat.

"𝑬𝒎𝒑𝒐𝒘𝒆𝒓𝒊𝒏𝒈 𝑺𝒌𝒊𝒍𝒍𝒔, 𝑰𝒈𝒏𝒊𝒕𝒊𝒏𝒈 𝑭𝒖𝒕𝒖𝒓𝒆𝒔"
"𝑴𝒆𝒎𝒑𝒆𝒓𝒌𝒂𝒔𝒂 𝑲𝒆𝒎𝒂𝒉𝒊𝒓𝒂𝒏, 𝑴𝒆𝒏𝒚𝒆𝒎𝒂𝒓𝒂𝒌 𝑴𝒂𝒔𝒂 𝑯𝒂𝒅𝒂𝒑𝒂𝒏"





𝟑𝟓𝐭𝐡 𝐈𝐧𝐭𝐞𝐫𝐧𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥 𝐈𝐧𝐯𝐞𝐧𝐭𝐢𝐨𝐧, 𝐈𝐧𝐧𝐨𝐯𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧, 𝐓𝐞𝐜𝐡𝐧𝐨𝐥𝐨𝐠𝐲 𝐂𝐨𝐦𝐩𝐞𝐭𝐢𝐭𝐢𝐨𝐧 & 𝐄𝐱𝐡𝐢𝐛𝐢𝐭𝐢𝐨𝐧 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝟐𝟎𝟐𝟒[𝟭𝟲-𝟭𝟳 𝗠𝗲𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟰]Tahniah dan s...
20/05/2024

𝟑𝟓𝐭𝐡 𝐈𝐧𝐭𝐞𝐫𝐧𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥 𝐈𝐧𝐯𝐞𝐧𝐭𝐢𝐨𝐧, 𝐈𝐧𝐧𝐨𝐯𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧, 𝐓𝐞𝐜𝐡𝐧𝐨𝐥𝐨𝐠𝐲 𝐂𝐨𝐦𝐩𝐞𝐭𝐢𝐭𝐢𝐨𝐧 & 𝐄𝐱𝐡𝐢𝐛𝐢𝐭𝐢𝐨𝐧 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝟐𝟎𝟐𝟒
[𝟭𝟲-𝟭𝟳 𝗠𝗲𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟰]

Tahniah dan syabas kepada wakil peserta Teknologi Mekatronik Institut Latihan Perindustrian Tangkak yang berjaya memperolehi 𝐆𝐨𝐥𝐝 𝐀𝐰𝐚𝐫𝐝 di Pertandingan 35th International Invention, Innovation, Technology Competition & Exhibition Malaysia 2024 yang berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre.

Sebanyak 𝟕𝟎𝟎 𝐩𝐫𝐨𝐣𝐞𝐤 𝐢𝐧𝐨𝐯𝐚𝐬𝐢 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐬𝐞𝐥𝐮𝐫𝐮𝐡 𝐝𝐮𝐧𝐢𝐚 telah dipertandingkan dan dalam pertandingan tersebut. Jabatan Tenaga Manusia telah menghantar sebanyak 𝟏𝟎 𝐩𝐫𝐨𝐣𝐞𝐤 𝐢𝐧𝐨𝐯𝐚𝐬𝐢 𝐬𝐞𝐫𝐭𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐣𝐚𝐲𝐚 𝐦𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠𝐤𝐮𝐥 𝟖 𝐩𝐢𝐧𝐠𝐚𝐭 𝐞𝐦𝐚𝐬 𝐝𝐚𝐧 𝟐 𝐩𝐢𝐧𝐠𝐚𝐭 𝐏𝐞𝐫𝐚𝐤.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pemenang yang berjaya membawa pulang pingat Emas dan Perak di pertandingan inovasi peringkat antarabangsa tersebut.

𝗦𝗲𝗻𝗮𝗿𝗮𝗶 𝗣𝗲𝗺𝗲𝗻𝗮𝗻𝗴 𝗣𝗶𝗻𝗴𝗮𝘁 𝗘𝗺𝗮𝘀:
ILP Ipoh – Safety Domestic Wiring Board
ILP Tangkak 1 – Kineg Fan Hybrid With Solar System,
ILP Tangkak 2 - EDU Multipurpose Convenyor
ILP AP Nibong Tebal – Innovative Beverage Packaging
ADTEC Jerantut – Adapter Kit For Ungraspable Hand (A-clips V4.0)
ADTEC Kulim – IoT Key Management System
JMTI – Rotor Kit RK23 Training Equipment With Vibration Monitoring System
ADTEC Taiping – Anti – Electrical Shock Flame Retardant Composites Ladder

𝗦𝗲𝗻𝗮𝗿𝗮𝗶 𝗣𝗲𝗺𝗲𝗻𝗮𝗻𝗴 𝗣𝗶𝗻𝗴𝗮𝘁 𝗣𝗲𝗿𝗮𝗸:
ADTEC Shah Alam – Retrofitted Smart Learning Factory
ILP Ipoh – Pojection Drawing Teaching Aid Using Physical Model and Augmented Reality App

"𝑬𝒎𝒑𝒐𝒘𝒆𝒓𝒊𝒏𝒈 𝑺𝒌𝒊𝒍𝒍𝒔, 𝑰𝒈𝒏𝒊𝒕𝒊𝒏𝒈 𝑭𝒖𝒕𝒖𝒓𝒆𝒔"
"𝑴𝒆𝒎𝒑𝒆𝒓𝒌𝒂𝒔𝒂 𝑲𝒆𝒎𝒂𝒉𝒊𝒓𝒂𝒏, 𝑴𝒆𝒏𝒚𝒆𝒎𝒂𝒓𝒂𝒌 𝑴𝒂𝒔𝒂 𝑯𝒂𝒅𝒂𝒑𝒂𝒏"






𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐧𝐝𝐢𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐊𝐫𝐞𝐚𝐭𝐢𝐯𝐢𝐭𝐢 𝐝𝐚𝐧 𝐈𝐧𝐨𝐯𝐚𝐬𝐢 (𝐂𝐈𝐓𝐄𝐂) 𝐉𝐓𝐌 𝟐𝟎𝟐𝟒[𝟓 - 𝟕 𝐌𝐀𝐂 𝟐𝟎𝟐𝟒]Syabas dan Tahniah buat 12 Penyertaan  ILP Tangkak d...
09/03/2024

𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐧𝐝𝐢𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐊𝐫𝐞𝐚𝐭𝐢𝐯𝐢𝐭𝐢 𝐝𝐚𝐧 𝐈𝐧𝐨𝐯𝐚𝐬𝐢 (𝐂𝐈𝐓𝐄𝐂) 𝐉𝐓𝐌 𝟐𝟎𝟐𝟒
[𝟓 - 𝟕 𝐌𝐀𝐂 𝟐𝟎𝟐𝟒]

Syabas dan Tahniah buat 12 Penyertaan ILP Tangkak dalam Pertandingan Kreativiti dan Inovasi (CITEC) JTM 2024 diatas kejayaan merangkul 12 pingat bagi setiap projek yang disertai sekaligus merangkul Anugerah CITEC Golden Award (Anugerah bagi Organisasi yang Memperoleh Anugerah Terbanyak) dalam CITEC 2024 kali ini.

Bengkel Teknologi Mekatronik ILP Tangkak telah menghantar 3 buah Projek Inovasi ke pertandingan tersebut dan telah memenangi 1 pingat Platinum, 1 Emas dan 1 Perak.

Syabas dan tahniah kepada semua pelajar dan pengajar yang terlibat. Semoga kejayaan terus menjadi inspirasi dan pengalaman yang berharga kepada para pelajar.

"𝘽𝙚 𝙄𝙣𝙨𝙥𝙞𝙧𝙚𝙙, 𝘽𝙚 𝙀𝙭𝙩𝙧𝙖𝙤𝙧𝙙𝙞𝙣𝙖𝙧𝙮, 𝘽𝙚 𝙒𝙤𝙧𝙡𝙙 𝘾𝙡𝙖𝙨𝙨 𝙒𝙞𝙩𝙝 𝙏𝙑𝙀𝙏"





Program Khidmat komuniti Pelajar Teknologi Mekatronik ILP Tangkak di Tahfiz Al-Quran Darul Tuba (Hafizah) Tangkak, Johor...
08/03/2024

Program Khidmat komuniti Pelajar Teknologi Mekatronik ILP Tangkak di Tahfiz Al-Quran Darul Tuba (Hafizah) Tangkak, Johor.

Address

Tangkak
84900

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Teknologi Mekatronik ILP Tangkak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Teknologi Mekatronik ILP Tangkak:

Share