21/09/2026
Alhamdulillah.
Lawatan Penaziran Akademik (PeNA) 2026 di Kolej Komuniti Tanjong Karang telah berlangsung dengan jayanya dengan pencapaian markah keseluruhan yang sangat baik.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada barisan panel yang diketuai Dr. Rosmanizah Binti Derahman bersama Ts. Sumaini Binti Che Mad, Ts. Suryani Binti Ilias, En. Sharihan Bin Shahidan dan Pn. Khamisah Bt Mohamed atas segala pandangan dan cadangan penambahbaikan.
Terima kasih juga kepada urus setia, Pn. Siti Nur Yusra Binti Yusof (BIPD) dan En. Mohd Hafis Bin Abdul Wahab (BPPI), serta Pengarah, Timbalan Pengarah, Ketua Program, JK Pelaksana PeNA dan seluruh warga KKTK atas komitmen dan kerjasama yang diberikan.
Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk KKTK terus melakar kecemerlangan dan memperkukuh kualiti pendidikan.
Tahniah! dan syabas buat semua! πΉ