V-Fsk4u, UPSI

V-Fsk4u, UPSI Volunteers Fakulti Sains Kemanusiaan 4 You

PROGRAM INTERNATIONAL MOBILITY INBOUND UNNES X UPSI 2026SELAMAT DATANG,Assalamualaikum dan salam sejahtera,Kami barisan ...
05/05/2026

PROGRAM INTERNATIONAL MOBILITY INBOUND UNNES X UPSI 2026

SELAMAT DATANG,
Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kami barisan penganjur dengan sukacitanya ingin merakamkan ucapan selamat datang kepada delegasi dari Universitas Negeri Semarang (UNNES), Indonesia yang menyertai Program International Mobility Inbound bermula pada 5 Mei 2026 hingga 23 Mei 2026.

Semoga sepanjang tempoh program ini berlangsung, para pelajar UNNES dapat menimba pengalaman berharga, memperkaya pertukaran budaya serta mengeratkan lagi hubungan silaturahim bersama warga Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

PROGRAM INTERNATIONAL MOBILITY INBOUND UNNES X UPSI 2026Assalamualaikum dan selamat sejahtera,Dimaklumkan bahawa Fakulti...
04/05/2026

PROGRAM INTERNATIONAL MOBILITY INBOUND UNNES X UPSI 2026

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Dimaklumkan bahawa Fakulti Sains Kemanusiaan akan menerima seramai 39 mahasiswa dari Universitas Negeri Semarang (UNNES) dalam Program International Mobility Inbound bermula pada 5 Mei 2026 sehingga 23 Mei 2026.

Mahasiswa ini juga akan melaksanakan program khidmat komuniti di bawah team V-FSK4U dan kerjasama Persatuan Geografi (PERGEO) dan Persatuan Pengajian Malaysia (PPMAS).

Semoga dengan penglibatan mahasiswa UNNES dan UPSI akan menjadikan program ini sebagai salah satu program yang mampu meningkatkan nilai keinsanan dalam jiwa-jiwa mahasiswa UNNES dan UPSI๐ŸŒน

ZON 1 | DAY 1 LENSA PROGRAM RECYCLE AND LOW CARBON  CHALLENGE 2026Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.Pada 8 April 2026 ...
08/04/2026

ZON 1 | DAY 1 LENSA PROGRAM RECYCLE AND LOW CARBON CHALLENGE 2026

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pada 8 April 2026 telah berlangsungnya Program Recycle and Low Carbon Challenge 2026 (Zon 1 | Day 1) dengan penuh semangat, kerjasama dan komitmen daripada semua sukarelawan Team V-FSK4U bersama rakan kolaborasi Low Carbon Education & Research Centre (LCERC) serta Fakulti Sains Kemanusiaan.

Pelbagai aktiviti pengumpulan dan pengasingan bahan kitar semula telah dijalankan dengan jayanya hasil usaha berpasukan yang padu. Komitmen yang ditunjukkan membuktikan kesedaran terhadap kepentingan amalan rendah karbon dalam kehidupan seharian.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua sukarelawan yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini. Semoga usaha murni ini menjadi inspirasi dan langkah berterusan ke arah kelestarian alam sekitar ๐ŸŒฑ





Program Recycle & Low Carbon @ UPSI 2026Assalamualaikum dan selamat sejahtera,Sukacita dimaklumkan bahawa Team V-FSK4U d...
06/04/2026

Program Recycle & Low Carbon @ UPSI 2026

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Sukacita dimaklumkan bahawa Team V-FSK4U dengan kerjasama LCERC dan Fakulti Sains Kemanusiaan akan menganjurkan program Recycle & Low Carbon @ UPSI Challenge 2026 yang akan berlangsung tidak lama lagi.

๐Ÿ“ข Hanya 2 hari lagi!

Butiran program adalah seperti berikut:
Tarikh : 8 April 2026
Tempat berkumpul : Foyer FSK
Masa : 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari

Sehubungan itu, semua ahli yang terlibat diminta untuk memberikan komitmen penuh dan hadir seperti yang telah ditetapkan bagi memastikan kelancaran perjalanan program. Kerjasama anda amat dihargai dalam menjayakan usaha menyokong gaya hidup rendah karbon dan kelestarian alam sekitar.

Sekian, terima kasih.





๐ŸŒ Selamat Menyambut Hari Kesukarelawanan 2025!Hari ini kita menghargai semua sukarelawan yang terus meluangkan masa, ten...
05/12/2025

๐ŸŒ Selamat Menyambut Hari Kesukarelawanan 2025!

Hari ini kita menghargai semua sukarelawan yang terus meluangkan masa, tenaga dan komitmen untuk membantu masyarakat. Setiap usaha kecil atau besar telah memberi impak yang membawa kebaikan kepada semua.

Terima kasih kepada anda yang sentiasa menjadi sebahagian daripada perubahan positif. Semoga semangat kesukarelawanan terus subur dan menginspirasi lebih ramai orang.

๐ŸŒฑโ™ป๏ธ *HEBAHAN PROGRAM ECO GREEN MARKET: KEMPEN DERMA & JUALAN BARANG TERPAKAI* โ™ป๏ธ๐ŸŒฑ๐Ÿ“ฒ Jom sertai sebagai penyumbang!Imbas Q...
25/11/2025

๐ŸŒฑโ™ป๏ธ *HEBAHAN PROGRAM ECO GREEN MARKET: KEMPEN DERMA & JUALAN BARANG TERPAKAI* โ™ป๏ธ๐ŸŒฑ

๐Ÿ“ฒ Jom sertai sebagai penyumbang!
Imbas QR pada poster atau tekan link dibawah untuk daftar penyertaan.

https://forms.gle/BzvPDJnAi5S6MLbb8

Ayuh bersama kami menjaga alam sekitar dengan menyertai Eco Green Market, satu inisiatif hijau melalui kempen derma dan jualan barang terpakai!

๐Ÿ“Œ Apa yang anda boleh lakukan?
โœจ Derma barang terpakai yang masih elok
โœจ Beli barangan terpakai pada harga berpatutan
โœจ Sama-sama membantu projek kitar semula UPSI!

๐ŸŽ Penderma akan menerima:
๐Ÿ“„ Sijil Peserta
๐ŸŽฏ Mata CHAMP
๐ŸŽŸ๏ธ Kupon RM10 (20 penyumbang terawal)

๐Ÿ“ Lokasi Pengutipan Barang:
Kafe Kolej Harun Aminurrashid
Kafe Kolej Ungku Omar
Kafe Kolej Zaโ€™ba
Ruang Hadapan FSK, KSAS, UPSI
๐Ÿ“… : 29 November 2025 (Sabtu)
โฐ 9.00 pagi โ€“ 1.00 petang

๐Ÿ›๏ธ Jualan Barang Terpakai
๐Ÿ“ Foodtruck Hotspot KSAS UPSI
๐Ÿ“… 13 Disember 2025 (Sabtu)
โฐ 7.30 pagi โ€“ 5.00 petang

๐Ÿ’š Hasil jualan akan disalurkan kepada Projek Low Carbon & Recycle di bawah LCERC FSK.

๐Ÿ”Ž Sebarang pertanyaan hubungi:
๐Ÿ“ž 014-4888424 (Erra) | 017-5949857 (Adham)

*[โ™ป๏ธRECYCLE AND LOW CARBON@COMMUNITY 2025โ™ป๏ธ]*Assalamualaikum dan selamat sejahtera,Sukacita dimaklumkan bahawa Fakulti S...
10/11/2025

*[โ™ป๏ธRECYCLE AND LOW CARBON@COMMUNITY 2025โ™ป๏ธ]*

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Sukacita dimaklumkan bahawa Fakulti Sains Kemanusiaan dan _Low Carbon Education & Recycle Research Centre_ FSK dengan Kerjasama V-FSK4U akan menganjurkan _*Program Recycle and Low Carbon@Community*_ 2025. Maklumat program adalah seperti berikut:

Tarikh: *19 November 2025 (Rabu)*
Masa: *7.30am hingga 11.00am*
Tempat:
1. *Kg. Ketoyong*
2. *Kg. Simpang Empat*
3. *Kg. Lubuk Salak*
4. *Kg. Kelawar*
5. *Kg. Kurnia, Slim River*

Kami mengalu-alukan penyertaan komuniti setempat dengan menyediakan barangan kitar semula seperti *Plastik sekali guna* ๐Ÿ›๏ธ, *botol & tudung minuman* ๐Ÿพ, *kertas & kotak* ๐Ÿ“ฆ๐Ÿ“‘ serta *tin/aluminium* ๐Ÿฅซ.

Penyertaan anda adalah amat bermakna bagi menjayakan pelaksanaan program ini.

โ˜Ž๏ธSebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Dr. Nurzaimah binti Asalal ditalian 013-2855166 @ Muhamad Arif bin Ibrahim (013-7439020)

Sekian, jumpa anda di sana๐ŸŒน

SESI TAKLIMAT PROGRAM BERSAMA KOMUNITI & PERKONGSIAN ILMUโ™ป๏ธAssalamualaikum dan selamat sejahtera,Sukacita dimaklumkan Fa...
21/10/2025

SESI TAKLIMAT PROGRAM BERSAMA KOMUNITI & PERKONGSIAN ILMUโ™ป๏ธ

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Sukacita dimaklumkan Fakulti Sains Kemanusiaan (FSK) & Low Carbon Education and Recycle Research Center (LCERC) Universiti Pendidikan Sultan Idris dengan kerjasama V-FSK4U serta agensi lain akan menganjurkan Sesi Taklimat Program Bersama Komuniti dan Perkongsian Ilmu bertemakan โ€œCommunity Recycling Program: Plastic Waste to Fuelโ€.

Program ini bertujuan memperkukuh jalinan kerjasama antara universiti dan komuniti setempat melalui perkongsian ilmu serta kesedaran terhadap kelestarian alam sekitar.

Maklumat program adalah seperti berikut:

๐Ÿ“… Tarikh: 22 Oktober 2025 (Rabu)
๐Ÿ•‘ Masa: 2.00 petang โ€“ 5.00 petang
๐Ÿ“ Tempat: Dewan Serbaguna Masjid Jamek, Tanjong Malim

Program ini diharap dapat memberi pendedahan kepada komuniti setempat tentang program kitar semula dan inovasi serta memperkukuh kesedaran terhadap amalan hijau demi kelestarian alam sekitar. ๐ŸŒฟ

Jumpa anda di sana๐ŸŒน

๐Ÿ“šโœจ [SELAMAT MENJALANI MINGGU ULANGKAJI]โœจ๐Ÿ“šAssalamualaikum & Salam Sejahtera,Kami daripada V-FSKU ingin mengucapkan Selama...
01/07/2025

๐Ÿ“šโœจ [SELAMAT MENJALANI MINGGU ULANGKAJI]โœจ๐Ÿ“š

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Kami daripada V-FSKU ingin mengucapkan Selamat Menjalani Minggu Ulangkaji kepada semua mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Sesi 2024/2025, Universiti Pendidikan Sultan Idris. ๐Ÿ“–

Semoga minggu ulang kaji ini dimanfaatkan sebaik mungkin dengan pengurusan masa yang bijak, kesihatan yang terjaga, dan semangat yang sentiasa membara! ๐Ÿ”ฅ

Teruskan berjuang, kerana setiap titik peluh hari ini adalah anak tangga kejayaan esok! ๐ŸŒŸ

All the best, UPSIan! ๐Ÿ’ช๐Ÿ“–






[BERSAMA TEAM V-FSK4U SEMPENA KARNIVAL KESIHATAN MUALLIM ] ๐Ÿ“ฃ Assalamualaikum dan Salam Sejahtera!Dijemput semua pelajar ...
22/06/2025

[BERSAMA TEAM V-FSK4U SEMPENA KARNIVAL KESIHATAN MUALLIM ] ๐Ÿ“ฃ

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera!

Dijemput semua pelajar UPSI dan warga Muallim untuk hadir dan memeriahkan booth V-FSK4U sempena Karnival Kesihatan Muallim! ๐ŸŽ‰

๐Ÿ“ Lokasi: Dewan SITC & Padang KSAJS
๐Ÿ“… Tarikh: 25 Jun 2025 (Rabu)
๐Ÿ•— Masa: 8:00 pagi โ€“ 1:00 petang

โœจ Apa yang menarik di booth V-FSK4U?
๐Ÿ”ธ Pameran informatif & interaktif
๐Ÿ”ธ Aktiviti fun game (RM1 sahaja!)
๐Ÿ”ธ Kutipan barang kitar semula (kertas, kotak, botol, tin)
๐Ÿ”ธ Jualan makanan & minuman โ€“ air balang soda bandung & puding sedap!

๐ŸŽ Jangan lepaskan peluang untuk menyertai aktiviti menarik sambil menyokong gerakan kesukarelawanan FSK!

Jom ramai-ramai kita turun padang! ๐Ÿ’ช๐ŸŒฑ





[SALAM TAKZIAH]Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,Dengan penuh rasa dukacita dan rendah hati, kami seluruh warga sukare...
17/06/2025

[SALAM TAKZIAH]

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Dengan penuh rasa dukacita dan rendah hati, kami seluruh warga sukarelawan VFSK4U ingin merakamkan ucapan takziah dan simpati yang mendalam kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam kemalangan jalan raya membabitkan sebuah bas persiaran yang membawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), yang dilaporkan berlaku di kawasan Gerik, Perak.

Dalam saat yang sukar ini, marilah kita bersama-sama menitipkan doa dan memberikan sokongan moral kepada semua yang terkesan.

Al-Fatihah.

Volunteer, Empower, Inspire




Address

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
Tanjung Malim
35900

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when V-Fsk4u, UPSI posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share