Kelab Sahabat Perpustakaan Tuanku Bainun Upsi-ii

Kelab Sahabat Perpustakaan Tuanku Bainun Upsi-ii Laman rasmi Kelab Sahabat Perpustakaan Tuanku Bainun Upsi sidang 23/24

🌙✨ [SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL ﷺ] ✨🌙Salam sejahtera kepada seluruh warga UPSI.Kelab Sahabat Perpustakaan Tuanku Ba...
25/08/2026

🌙✨ [SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL ﷺ] ✨🌙

Salam sejahtera kepada seluruh warga UPSI.

Kelab Sahabat Perpustakaan Tuanku Bainun ingin mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul ﷺ kepada seluruh mahasiswa dan mahasiswi UPSI.

Marilah kita bersama-sama menghayati dan memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ dengan meneladani akhlak mulia, perjuangan serta ajaran Baginda dalam kehidupan seharian.

Semoga kita sentiasa dikurniakan kekuatan untuk mengamalkan sunnah Rasulullah ﷺ dan menjadi insan yang membawa manfaat kepada keluarga, masyarakat serta ummah.

Ikhlas daripada,
Kelab Sahabat Perpustakaan Tuanku Bainun
25/26

✨ “Ilmu Tanpa Batas, Inspirasi Tanpa Henti”





[PENCARIAN BARISAN KEPIMPINAN KELAB SAHABAT PERPUSTAKAAN TUANKU BAINUN SIDANG 2026/2027]Salam sejahtera kepada semua mah...
10/08/2026

[PENCARIAN BARISAN KEPIMPINAN KELAB SAHABAT PERPUSTAKAAN TUANKU BAINUN SIDANG 2026/2027]

Salam sejahtera kepada semua mahasiswa dan mahasiswi UPSI.

Kelab Sahabat Perpustakaan Tuanku Bainun membuka peluang kepada semua pelajar UPSI untuk menyertai Barisan Kepimpinan Sidang 2026/2027‼️Inilah peluang anda untuk menyumbang kepada pembangunan perpustakaan dan komuniti kampus.

Syarat Permohonan:

- Terbuka kepada semua pelajar Diploma dan Ijazah Sarjana Muda UPSI.
- Mahasiswa/i Semester 1 hingga Semester 5.
- Mempunyai ciri-ciri kepimpinan serta komitmen yang tinggi.

Tempoh Permohonan:
10 OGOS 2026 - 10 SEPTEMBER 2026

Jawatankuasa yang Ditawarkan:
⚜️ Majlis Tertinggi
⚜️ Exco Akademik dan Kerjaya
⚜️ Exco Ekonomi dan Keusahawanan
⚜️ Exco Publisiti dan Informasi
⚜️ Exco Kebajikan dan Kemasyarakatan
⚜️ Exco Kerohanian dan Pembangunan Sahsiah
⚜️ Exco Sukan dan Rekreasi
⚜️ Exco Perhubungan Awam dan Antarabangsa
⚜️ Exco Kesenian dan Kebudayaan
⚜️ Exco Tugas-Tugas Khas

Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang melalui pautan Google Form atau mengimbas kod QR yang disediakan.

Pautan: https://forms.gle/8kTwt8fGJimNH9ph6

⭐️Semoga proses pemilihan dan pelantikan Barisan Kepimpinan Kelab Sahabat Perpustakaan Tuanku Bainun Sidang 2026/2027 berjalan dengan lancar dan melahirkan barisan pemimpin yang berkomitmen tinggi, berdaya saing serta mampu membawa kelab ke arah kecemerlangan.⭐️

“Ilmu Tanpa Batas, Inspirasi Tanpa Henti”

/27
/26
/27

📝✨ [SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN AKHIR SESI 2025/2026]✨📝Salam sejahtera kepada seluruh warga UPSI.Kelab Sahabat Perpus...
06/07/2026

📝✨ [SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN AKHIR SESI 2025/2026]✨📝

Salam sejahtera kepada seluruh warga UPSI.

Kelab Sahabat Perpustakaan Tuanku Bainun ingin mengucapkan Selamat Menjalani Minggu Peperiksaan kepada semua mahasiswa dan mahasiswi UPSI bagi Semester 2 Sesi 2025/2026.

Jawablah setiap soalan dengan tenang, yakin dan teliti. Jangan lupa menjaga kesihatan, mendapatkan rehat yang mencukupi serta mengurus masa dengan baik sepanjang tempoh peperiksaan.

Semoga segala usaha, doa dan pengorbanan kita dipermudahkan, dikurniakan ketenangan ketika menjawab peperiksaan serta memperoleh keputusan yang cemerlang.

Selamat Menduduki Peperiksaan dan semoga berjaya! 🌟📖

Ikhlas daripada,
Kelab Sahabat Perpustakaan Tuanku Bainun 25/26

✨ “Ilmu Tanpa Batas, Inspirasi Tanpa Henti”



📚✨ [SELAMAT MENJALANI MINGGU ULANG KAJI]✨📚Salam sejahtera kepada seluruh warga UPSI.Kelab Sahabat Perpustakaan Tuanku Ba...
29/06/2026

📚✨ [SELAMAT MENJALANI MINGGU ULANG KAJI]✨📚

Salam sejahtera kepada seluruh warga UPSI.

Kelab Sahabat Perpustakaan Tuanku Bainun ingin mengucapkan Selamat Menjalani Minggu Ulang Kaji kepada semua mahasiswa dan mahasiswi UPSI bagi Sesi 2025/2026

Minggu ulang kaji merupakan peluang terbaik untuk mengukuhkan kefahaman, menyusun strategi pembelajaran dan membuat persediaan sebelum menghadapi peperiksaan. Teruskan berusaha dengan penuh semangat, kekal konsisten dan jangan lupa menjaga kesihatan fizikal serta mental sepanjang tempoh ini. Semoga segala usaha, doa dan pengorbanan anda dipermudahkan serta membuahkan hasil yang cemerlang.

Selamat mengulang kaji dan semoga berjaya dalam peperiksaan! 🌟📖

Ikhlas daripada,
Kelab Sahabat Perpustakaan Tuanku Bainun 25/26

✨”Ilmu Tanpa Batas, Inspirasi Tanpa Henti”✨





[SELAMAT HARI BAPA]💕Salam sejahtera kepada warga UPSI⭐️Kelab Sahabat Perpustakaan Tuanku Bainun ingin mengucapkan Selama...
20/06/2026

[SELAMAT HARI BAPA]💕
Salam sejahtera kepada warga UPSI⭐️

Kelab Sahabat Perpustakaan Tuanku Bainun ingin mengucapkan Selamat Hari Bapa kepada semua insan yang bergelar bapa.

Bapa merupakan tonggak kekuatan keluarga yang sentiasa berusaha, berkorban dan memberi kasih sayang tanpa mengharapkan balasan. Segala penat lelah, pengorbanan dan nasihat yang dicurahkan menjadi sumber inspirasi serta panduan dalam kehidupan anak-anak.

Selamat Hari Bapa. Terima kasih atas segala pengorbanan, kasih sayang dan bimbingan yang tidak ternilai.❤️

Ikhlas daripada,
Kelab Sahabat Perpustakaan Tuanku Bainun 25/26

✨”Ilmu Tanpa Batas, Inspirasi Tanpa Henti”✨




[SALAM MAAL HIJRAH 1448H] ✨🌙Dengan penuh kesyukuran dan keinsafan, 🤲Kelab Sahabat Perpustakaan Tuanku Bainun mengucapkan...
17/06/2026

[SALAM MAAL HIJRAH 1448H] ✨🌙

Dengan penuh kesyukuran dan keinsafan, 🤲

Kelab Sahabat Perpustakaan Tuanku Bainun mengucapkan selamat menyambut Awal Muharram dan Maal Hijrah 1448H kepada seluruh umat Islam, khususnya warga UPSI. 🕋

Semoga kedatangan tahun baru Islam ini membuka lembaran baru yang penuh dengan keberkatan, kedamaian, serta hijrah ke arah kebaikan dalam setiap aspek kehidupan kita. 🕊️⭐

Mari kita mulakan tahun baru ini dengan azam yang kukuh untuk terus meningkatkan ketakwaan dan memperkukuh ukhuwah sesama kita.

“Ilmu Tanpa Batas, Inspirasi Tanpa Henti”





[SUMBANGAN IKHLAS & DERMA KILAT]Salam sejahtera kepada semua warga UPSI.Dukacita dimaklumkan bahawa TYDP KSPTB, Ahmad Ad...
13/06/2026

[SUMBANGAN IKHLAS & DERMA KILAT]

Salam sejahtera kepada semua warga UPSI.

Dukacita dimaklumkan bahawa TYDP KSPTB, Ahmad Adib Hakim bin Rosidi, telah terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 13 Jun 2026.

Bagi meringankan beban emosi dan kewangan yang dihadapi oleh saudara Adib serta keluarga pada waktu sukar ini, Kelab Sahabat Perpustakaan Tuanku Bainun ingin mengadakan tabung Derma Kilat sumbangan ikhlas. Dengan ini, marilah kita bersama-sama menghulurkan bantuan mengikut kemampuan kita.

MAKLUMAT SUMBANGAN:
Nama Akaun: AHMAD ADIB HAKIM BIN ROSIDI
Bank: RHB Bank
Rujukan (Reference): KSPTBCARE

Jika ada sebarang pertanyaan boleh hubungi:
- Nurul Hazwani: 019-3793987
- Alya Nurina: 011-56976995

Semoga kebaikan anda dibalas dengan ganjaran yang berlipat kali ganda.

“Ilmu Tanpa Batas, Inspirasi Tanpa Henti”




[LENSA LAWATAN KE PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR]Salam sejahtera kepada semua warga UPSI✨Pada 7Jun 2026, ahli Kela...
12/06/2026

[LENSA LAWATAN KE PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR]

Salam sejahtera kepada semua warga UPSI✨

Pada 7Jun 2026, ahli Kelab Sahabat Perpustakaan Tuanku Bainun telah menganjurkan lawatan ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur!

Tujuan utama lawatan ini diadakan adalah untuk memupuk budaya membaca dalam kalangan mahasiswa, di samping memberi peluang kepada mereka untuk meneroka ribuan judul buku terkini dan menghadiri sesi perkongsian bersama penulis-penulis terkenal.📚🖋️✨

Kelab Sahabat Perpustakaan Tuanku Bainun ingin mengucapkan sejuta penghargaan kepada pihak pengurusan dan seluruh peserta yang telah menjayakan lawatan ini. Semoga lawatan ini dapat mencetuskan minat untuk membaca buku serta menambah ilmu pengetahuan dalam kalangan mahasiswa!❤️

“Ilmu Tanpa Batas, Inspirasi Tanpa Henti”




Address

Tanjung Malim

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelab Sahabat Perpustakaan Tuanku Bainun Upsi-ii posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Kelab Sahabat Perpustakaan Tuanku Bainun Upsi-ii:

Shortcuts

Share