Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI

Call Directions Website Contact the university

Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN OFFICIAL, UPSI We are boasting a diverse yet coherent range of academic activity.

The Faculty of Human Sciences offers a dynamic and vibrant learning environment to inspire and excite the next generation of global citizens. Established since 2005, the Faculty has developed alongside UPSI into an academic and research centre for humanities, offering academic programmes at undergraduate and postgraduate levels. We are working towards the betterment of society through various scholarly academic activities. We are distinctive in combining academic rigor with practical application. Our staffs are well known for their research and expertise and are eager to share their passion with the students so as to meet the challenges of our times and to leave a better world for future generation to live. With our strong teaching tradition in humanities, we covered a wide spectrum of disciplines that include geography, environment, history, Islamic studies, social studies and civilization. We provide numerous opportunities and are committed to life-long learning to allow those with passion of knowledge to learn and to develop new skills, whatever their stage in life.

29/09/2026
*πŸ₯¬Projek Bottle Cap Mural FSK-FSKIK UPSIπŸ₯¬* yang akan dirasmikan semasa Karnival Alam Sekitar UPSI 2026 hampir siap pembi...
27/09/2026

*πŸ₯¬Projek Bottle Cap Mural FSK-FSKIK UPSIπŸ₯¬* yang akan dirasmikan semasa Karnival Alam Sekitar UPSI 2026 hampir siap pembikinannya.

Projek ini bermula pembikinannya pada *15 Julai 2026* yang melibatkan *10k bottle caps* yang dikumpul daripada warga UPSI dan komuniti muallim melalui *bottle cap challenge program* yang telah diadakan di UPSI dan bersama komuniti Muallim.

Disebalik pembikinan mural ini, didahulukan dengan projek *pemindahan ilmu* oleh ECOLEAD FSK dan projek *SULAM* daripada Jabatan Geografi dan Alam Sekitar, FSK kepada komuniti setempat.

Projek ini juga menampilkan *projek bottle cap mural pertama di UPSI* yang menonjolkan kegigihan warga FSK dan FSKIK serta kemahiran seni yang tinggi dalam kalangan karyawan seni di FSKIK.

Projek mural ini *dibiayai oleh SWCORP melalui perundingan bersama ECOLEAD FSK*. Disebalik projek ini terdapat kerjasama yang tinggi daripada Pengurusan Tertinggi Universiti dan SDG@UPSI dalam memberi sokongan penuh, warga FSK dalam mengangkat kelestarian, FSKIK dalam memartabat kesenian, seluruh warga UPSI dan komuniti muallim dalam menyokong aktitiviti kitar semula dan kehijauan alam serta agensi SWCORP dalam penyaluran dana.

*Mural ini akan diabadikan di dinding FSK sebagai lambang kerjasama dan semangat kita semua*. FSK sangat berterima kasih kepada semua yang menyokong dan terlibat secara langsung atau tidak.

Jemput semua ke *KARNIVAL ALAM SEKITAR UPSI 2026* pada *3 Oktober* ini untuk menyaksikan sendiri seni lestari mural yang penuh bermakna ini.

Terima kasihπŸ₯¬πŸ₯¬πŸ₯¬πŸ₯¬πŸ₯¬πŸ₯¬πŸ₯¬πŸ₯¬πŸ₯¬πŸ₯¬πŸ₯¬πŸ₯¬

*Jualan Ikan Murah LKIM Bersama UPSI sempena Karnival Alam Sekitar 2026. 🐟* Semua dijemput hadir. Bawa keluarga dan raka...
25/09/2026

*Jualan Ikan Murah LKIM Bersama UPSI sempena Karnival Alam Sekitar 2026. 🐟*

Semua dijemput hadir. Bawa keluarga dan rakan-rakan, singgah beli ikan segar pada harga yang berpatutan sambil memeriahkan program.

πŸ“… 3 Oktober 2026 (Sabtu)
⏰ 8.00 pagi – 5.00 petang
πŸ“ Dewan SITC, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, UPSI

https://maps.app.goo.gl/zbR4WFLWneUXmsW98?g_st=ac

🌿 KARNIVAL ALAM SEKITAR UPSI 2026 🌿✨ Jom Meriahkan! ✨Jom hadir dan meriahkan Karnival Alam Sekitar Universiti Pendidikan...
25/09/2026

🌿 KARNIVAL ALAM SEKITAR UPSI 2026 🌿
✨ Jom Meriahkan! ✨

Jom hadir dan meriahkan Karnival Alam Sekitar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 2026! Pelbagai aktiviti menarik untuk warga UPSI, keluarga dan komuniti menanti anda. πŸŒπŸ’š

πŸ“… Tarikh: Sabtu, 3 Oktober 2026
⏰ Masa: 7.00 pagi – 5.00 petang
πŸ“ Tempat: Dewan SITC, KSAJS (Kampus Lama UPSI)

πŸŽ‰ PELBAGAI AKTIVITI MENARIK

πŸšͺ Open Day FSK
πŸŽ™οΈ Forum Alam Sekitar
πŸƒ Sg. Bernam X UPSI Fun Trail Run
🩺 Pemeriksaan Kesihatan
πŸ›οΈ Pameran JAS, SWCorp, DOSM, SPAN, INSTUN & lain-lain agensi
🚚 Food Truck
πŸ›’ Jualan Rahmah
🐟 Jualan Ikan Segar LKIM
πŸ₯¬ Jualan Hasil Segar Peladang

🌱 Dapatkan maklumat lanjut & ikuti perkembangan KAS 2026:

🌐 https://kas.upsi.my
🎡 https://www.tiktok.com/.kas.upsi

πŸ“£ Jangan lupa ajak keluarga, rakan-rakan dan warga kampus. Jumpa anda di KAS 2026!

Anjuran:
Fakulti Sains Kemanusiaan (FSK), UPSI

Dengan Kerjasama:
JPPHB

♻️
🌏

*⚜️[KEMPEN MENGUMPUL DAN MELUPUS AL-QURAN & KITAB LAMA – KARNIVAL ALAM SEKITAR UPSI 2026]⚜️*Assalamualaikum wbt dan sala...
24/09/2026

*⚜️[KEMPEN MENGUMPUL DAN MELUPUS AL-QURAN & KITAB LAMA – KARNIVAL ALAM SEKITAR UPSI 2026]⚜️*

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Dengan penuh sukacita, kami menjemput seluruh warga UPSI untuk menyertai *KEMPEN MENGUMPUL DAN MELUPUS AL-QURAN & KITAB LAMA*, salah satu aktiviti sempena Karnival Alam Sekitar (KAS) 2026 anjuran Fakulti Sains Kemanusiaan (FSK) dengan kerjasama Persatuan Tahfiz Qiraat (PTQ).

Kempen ini membuka ruang kepada warga UPSI untuk menyerahkan al-Quran dan kitab-kitab lama yang sudah tidak digunakan bagi tujuan pelupusan yang sewajarnya. Usaha ini bukan sahaja membantu menjaga kesucian bahan-bahan berunsur keagamaan, malah menyokong amalan pengurusan bahan terpakai secara lebih bertanggungjawab. πŸŒΏπŸ“–

🌿 Butiran program seperti di bawah:

πŸ“Œ Tarikh: 3 Oktober 2026 (Sabtu)
πŸ“Œ Masa: 7.00 pagi – 5.00 petang
πŸ“Œ Tempat: Dewan SITC, KSAJS (Kampus Lama UPSI)
πŸ“Œ Yuran: RM7 untuk setiap kilogram

Ayuh bersama-sama menjayakan kempen ini dengan menyerahkan al-Quran dan kitab lama yang tidak lagi digunakan agar dapat diurus dan dilupuskan dengan cara yang sewajarnya. πŸ€πŸ“š

Jom sertai kami dan sama-sama memelihara kesucian al-Quran serta menyokong usaha kelestarian dalam komuniti kampus! 🌱✨

Sekian, terima kasih.




⚜️ PENCETUS REVOLUSI UMMAH ⚜️

BARISAN KEPIMPINAN RAKAIZUL ABQARIY SIDANG 2025/2026

β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”
πŸ“Έ Instagram: https://instagram.com/ptqupsi.official
πŸ“˜ Facebook: https://www.facebook.com/ptq.upsi
πŸ“± TikTok: https://www.tiktok.com/

-alukan bagi yg ingin melupus al-quran & kitab di KARNIVAL ALAM SEKITAR 2026 anjuran FSK.

*SESI MENZIARAHI DAN PENYERAHAN SUMBANGAN KEPADA PM DR. NASIR BIN NAYAN*Untuk makluman, pengurusan Fakulti telah menziar...
19/09/2026

*SESI MENZIARAHI DAN PENYERAHAN SUMBANGAN KEPADA PM DR. NASIR BIN NAYAN*

Untuk makluman, pengurusan Fakulti telah menziarahi PM Dr. Nasir bin Nayan, Pensyarah Kanan JGAS di kediaman beliau pada petang tadi dan sesi penyerahan sumbangan juga telah dilaksanakan oleh pihak Fakulti. Penyerahan sumbangan ini telah disampaikan oleh YBrs. Prof. Ts. Dr. Nor Kalsum binti Mohd Isa, Dekan FSK kepada PM Dr. Nasir bin Nayan. Jumlah kutipan sumbangan daripada warga Fakulti adalah sebanyak *RM825.00*

Oleh itu, pihak Fakulti mendoakan agar PM Dr. Nasir bin Nayan kembali sembuh seperti biasa dan sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban keluarga beliau.

Sekian, terima kasih.

*[GREEN MARKET@FSK SEMPENA KARNIVAL ALAM SEKITAR]* Assalamualaikum dan salam sejahtera,Sukacita dimaklumkan bahawa Team ...
15/09/2026

*[GREEN MARKET@FSK SEMPENA KARNIVAL ALAM SEKITAR]*

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sukacita dimaklumkan bahawa Team Kesukarelawanan FSK (V-FSK4U) akan menganjurkan program GREEN MARKET@FSK pada 3 Oktober 2026 bersempena Karnival Alam Sekitar tahun 2026.

Sehubungan itu, pihak penganjur amat mengalu-alukan sumbangan daripada warga UPSI, khususnya dalam bentuk barangan terpakai yang masih bersih, baik dan boleh diguna semula untuk dijual dan dimanfaatkan dalam Green Market@FSK. Antara barangan yang diterima sebagai sumbangan termasuk:

βœ…Pakaian masih dalam keadaan baik dan bersihπŸ‘šπŸ‘”πŸ‘–πŸ‘•πŸ§’;
βœ…Buku dan bahan bacaanπŸ“šπŸ“•;
βœ…Beg dan aksesoriπŸ’ΌπŸ‘œπŸ‘›πŸ‘žπŸ•ΆοΈπŸŒ‚πŸ‘ πŸ§Έ;
βœ…Barangan rumah yang masih boleh digunakan; dan lain-lain yang sesuai untuk diguna semula.

πŸ”΄Tarikh akhir penerimaan sumbangan pada *30 September 2026 (Rabu)*.

Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini, sila hubungi Dr. Nurzaimah binti Asalal (0132855166) atau wakil pelajar, Chong Yoke Ming (011-39768362)

Sekian, terima kasih.

Address

Universiti Pendidikan Sultan Idris
Tanjung Malim
35900

Opening Hours

Monday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Friday 08:00 - 12:15
14:45 - 17:00

Telephone

+6054505047

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI:

Shortcuts

Share