01/09/2017
اَللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ وَالِلَّهِ الْحَمْدُ.
10 Zulhijjah 1438H membawa sejarah besar bagi umat Islam sehingga umat ini mampu menyembelih binatang korban, menghidupkan ajaran Allah yang dimulakan oleh Nabi Ibrahim a.s yang bersedia mengorbankan anak kesayangannya Ismail a.s kerana perintah Allah. Dan Allah menerima amalan orang yang ikhlas niatnya bukannya menyembelih anaknya, tetapi Allah menukarkannya dengan binatang peliharaan yang dimakan dagingnya. Firman Allah:
لَن يَنَالَ اللَّهَ لُحُومُهَا وَلَا دِمَاؤُهَا وَلَـٰكِن يَنَالُهُ التَّقْوَىٰ مِنكُمْ ۚ كَذَٰلِكَ سَخَّرَهَا لَكُمْ لِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَاكُمْ ۗ وَبَشِّرِ الْمُحْسِنِينَ ﴿٣٧﴾ [سورة الحج : ٣٧]
(Maksudnya): Allah tidaklah mencapai daging-daging dan darah-darah (binatang korban itu), tetapi Allah menerima taqwa yang ada pada kamu. Begitulah Allah menjadikan kamu dapat memelihara binatang itu untuk kamu supaya kamu membesarkan Allah (bertakbir memuliakan-Nya) menandakan kesyukuran kerana hidayah-Nya kepada kamu menjadi Islam. Dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang mengerjakan amalan yang baik.
Maka, pada hari yang mulia dan penuh barakah ini marilah kita membanyakkan ucapan selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad s.a.w yang telah menyampaikan Islam kepada kita setelah melalui berbagai bentuk jihad dan pengorbanan.
SALAM AIDILADHA DARIPADA MAHASISWA PENDIDIK BUAT MAHASISWA & MAHASISWI SERTA WARGA KAMPUS UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS