07/08/2024
[ KHIDMAT MASYARAKAT : SANTUNI ANAK WARISAN ]
Pada 6 Ogos 2024 bertempat di Pos Bakong, Ulu Slim, Perak telah diadakan Program Khidmat Masyarakat Santuni Anak Warisan. Program yang dilaksanakan oleh Skuad 18 dengan kerjasama beberapa organisasi itu merupakan kesinambungan kepada moto yang dipegang oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) iaitu “Polis dan Masyarakat berpisah tiada”.
Program tersebut juga salah satu cara memperkenalkan dan mempromosikan badan beruniform Pasukan Kor Sukarelawanan Polis (SUKSIS) kepada masyarakat sekeliling disamping meningkatkan kesedaran tentang kesihatan kepada penduduk kampung. Malah, dapat mengukuhkan hubungan dan nilai kerjasama antara mahasiswa/i universiti dan masyarakat sekitar.