17/12/2014
Ramai yang menyalah anggap bahawa Merintis Perubahan Mahasiswa(MPM) adalah Pro M.. Mungkin salah satu punca adalah semasa rapat umum kami ditempatkan bersama Mahasiswa Pendidik.. Di sini saya menegaskan bahawa kami adalah sepenuhnya BEBAS dan bukannya Pro M mahupun Pro A. Kami juga tidak sesekali menentang Pihak Universiti sekiranya perkara yang dilakukan adalah betul. Kami hanya pembawa suara mahasiswa untuk di dengar oleh pihak universiti agar mahasiswa diberi kebebasan untuk memberikan idea dan melontarkan pendapat mereka.
MPM adalah gabungan antara Rintis, IMUPSI dan LMP. Adakah anda sedar bahawa dahulunya LMP adalah sebahagian daripada Pro M manakala ramai calon RINTIS adalah berasal dari Pro A . Namun kini, kami bergabung untuk bersama-sama membawa suara mahasiswa tanpa mengira usia, ideologi, mahupun agama kepada pihak universiti. Dengan gabungan ini juga telah membuktikan bahawa mahasiswa boleh bersatu sekiranya politik luar tidak dibawa kedalam politik kampus.