Pusat Alumni UPSI

Pusat Alumni UPSI Dikendalikan oleh Pusat Alumni UPSI sebagai medium hebahan maklumat dan aktiviti alumni

🎳 JOM KEMBALI KE KAMPUS!ALUMNI BACK TO CAMPUS BOWLING TOURNAMENT 2026Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua Al...
31/08/2026

🎳 JOM KEMBALI KE KAMPUS!
ALUMNI BACK TO CAMPUS BOWLING TOURNAMENT 2026

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua Alumni Anak Kandung Suluh Budiman.

Rindukan suasana kampus dan kenangan bersama rakan seperjuangan? Jom pulang ke UPSI, eratkan semula ukhuwah dan uji bakat boling anda dalam kejohanan anjuran Pusat Alumni UPSI.

πŸ“… Tarikh: 10 Oktober 2026 (Sabtu)
πŸ•— Masa: 8.30 pagi - 11.30 pagi
πŸ“ Tempat: UPSI Sports Bowl, Kampus Sultan Azlan Shah (KSAS), UPSI
πŸ’΅ Yuran Penyertaan: RM100 seorang
πŸ—“οΈ Tarikh Tutup Pendaftaran: 27 September 2026

✨ YURAN ANDA TERMASUK:

Baju kejohanan
Medal
Hamper menarik

πŸ”— Pautan Pendaftaran:
https://forms.gle/1U6jjywYtTByoghr5

πŸ’¬ Kumpulan WhatsApp Rasmi:
https://chat.whatsapp.com/IVe3dvI8nSk6lKUlUFjMmk

πŸ—ΊοΈ Lokasi Google Maps:
https://maps.app.goo.gl/zy9WWwebtnE5Pwa87?g_st=ic

☎️ Sebarang Pertanyaan:
Puan Nora - 013-514 1750

Jemput kongsikan hebahan ini kepada rakan-rakan alumni anda.

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69Pusat Alumni, Universiti Pendidikan Sultan Idris mengucapkan Selamat Menyambut Ha...
30/08/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69

Pusat Alumni, Universiti Pendidikan Sultan Idris mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-69 kepada seluruh Alumni Anak Kandung Suluh Budiman di mana jua berada.

Menyusuri tema "Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati", semoga kemerdekaan yang dikecapi hari ini terus dinikmati secara adil dan menyeluruh oleh setiap lapisan rakyat. Sebagai pendidik, profesional dan pemimpin di seluruh negara, Anak Kandung Suluh Budiman merupakan tunggak penting dalam usaha membina generasi yang bersatu dan berjiwa merdeka.

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Ikhlas daripada,
Pengarah dan Warga Kerja
Pusat Alumni UPSI

"Selagi Hayat Dikandung Badan, Kami Tetap Berbakti"

Salam Maulidur Rasul 1448H buat seluruh Alumni Anak Kandung Suluh Budiman.Marilah kita bersama-sama mengenang sirah dan ...
24/08/2026

Salam Maulidur Rasul 1448H buat seluruh Alumni Anak Kandung Suluh Budiman.

Marilah kita bersama-sama mengenang sirah dan pengorbanan Baginda Nabi Muhammad SAW, memperbanyakkan selawat serta menghidupkan sunnah Baginda dalam kehidupan seharian.

Semoga akhlak mulia Rasulullah SAW menjadi teladan kita dalam berbakti kepada keluarga, masyarakat dan negara.

Ikhlas daripada,
Pengarah dan Warga Kerja
Pusat Alumni UPSI

"Selagi Hayat Dikandung Badan, Kami Tetap Berbakti"

21/08/2026
🎳 JOM KEMBALI KE KAMPUS! ALUMNI BACK TO CAMPUS BOWLING TOURNAMENT 2026 🎳Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua...
21/08/2026

🎳 JOM KEMBALI KE KAMPUS! ALUMNI BACK TO CAMPUS BOWLING TOURNAMENT 2026 🎳

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua Anak Kandung Suluh Budiman!

Rindu dengan kenangan dan suasana di kampus? Jom eratkan kembali ukhuwah dan asah bakat boling anda bersama rakan-rakan alumni di kejohanan boling anjuran Pusat Alumni UPSI.

Berikut adalah butiran program:

πŸ“… Tarikh: 10 Oktober 2026
⏰ Masa: 08:30 AM - 11:30 AM
πŸ“ Tempat: UPSI Sports Bowl, Kampus Sultan Azlan Shah (KSAS), UPSI
πŸ’΅ Yuran Penyertaan: RM 100 / 1 Orang

Apa yang anda akan dapat dengan yuran ini?
Yuran sudah termasuk Baju, Medal, dan Hamper yang sangat menarik! πŸ‘•πŸ…πŸŽ

🌟 Untuk makluman bersama, penyertaan anda dalam kejohanan ini juga adalah sebahagian daripada sumbangan amal anda kembali kepada pihak universiti kita tercinta. 🌟

Tunggu apa lagi? Tempat mungkin terhad. Sila buat pendaftaran dan sertai group WhatsApp kami untuk sebarang maklumat lanjut melalui pautan di bawah:

πŸ“ LINK PENDAFTARAN:
https://forms.gle/1U6jjywYtTByoghr5

πŸ“± GROUP WHATSAPP RASMI:
https://chat.whatsapp.com/IVe3dvI8nSk6lKUlUFjMmk

πŸ—ΊοΈ LOKASI GOOGLE MAPS:
https://maps.app.goo.gl/zy9WWwebtnE5Pwa87?g_st=ic

πŸ“ž SEBARANG PERTANYAAN:
Sila hubungi Puan Nora: 013-514 1750

β€œSelagi hayat dikandung badan, kami tetap berbakti”

Kongsikan hebahan ini kepada rakan-rakan alumni yang lain. Jumpa anda di sana! 🎳πŸ”₯

TAHNIAH ANAK KANDUNG SULUH BUDIMAN ATAS KEJAYAAN MERAIH ANUGERAH JURUTEKNIK NEGARA 2026Pusat Alumni, Universiti Pendidik...
21/08/2026

TAHNIAH ANAK KANDUNG SULUH BUDIMAN ATAS KEJAYAAN MERAIH ANUGERAH JURUTEKNIK NEGARA 2026

Pusat Alumni, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Kapten Tc. Dr. Baharin bin Baharom, alumni Anak Kandung Suluh Budiman atas kejayaan merangkul Anugerah Juruteknik Negara Tahun 2026.

Anugerah berprestij ini telah disampaikan oleh YB Datuk Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi pada 18 Ogos 2026.

Penganugerahan ini membuktikan keupayaan serta kecemerlangan alumni UPSI yang sentiasa berdaya saing, khususnya dalam memartabatkan bidang sains, teknologi, dan inovasi di peringkat kebangsaan. Ikhlas daripada Pengarah dan seluruh Warga Kerja Pusat Alumni UPSI.

Semoga pencapaian yang diperoleh ini terus memberi manfaat, menjadi inspirasi, serta menyuntik semangat kepada seluruh warga alumni untuk terus melakar kecemerlangan demi pembangunan negara.

"Selagi Hayat Dikandung Badan, Kami Tetap Berbakti"

FROM ZERO2HERO: TOKOH ALUMNIDaripada dunia pendidikan kepada bidang inovasi dan kajian Matematik, perjalanan seorang alu...
21/08/2026

FROM ZERO2HERO: TOKOH ALUMNI

Daripada dunia pendidikan kepada bidang inovasi dan kajian Matematik, perjalanan seorang alumni mencerminkan kesungguhan untuk terus menimba ilmu, memperkasa diri dan memberi sumbangan kepada generasi akan datang.

Menampilkan Suhaida binti Shahar Zaman, Alumni Anak Kandung Suluh Budiman, Era UPSI yang telah mendedikasikan lebih 23 tahun sebagai guru Matematik dan Matematik Tambahan. Selain aktif dalam inovasi dan kajian tindakan Matematik, beliau turut berkongsi amalan baik PdP serta terlibat dalam pelbagai program pendidikan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Dedikasi dan kecemerlangan beliau turut diiktiraf menerusi Anugerah Perkhidmatan Cemerlang sebanyak tiga kali, pengiktirafan sebagai Duta Guru KPM – Yayasan Petronas, serta pelbagai anugerah inovasi pendidikan di peringkat daerah dan negeri. Kesungguhan beliau dalam pembelajaran sepanjang hayat turut dibuktikan dengan melanjutkan pengajian sehingga ke peringkat Sarjana Pendidikan Matematik di UPSI pada tahun 2023.

Kisah Suhaida membuktikan bahawa pengalaman, ilmu dan semangat untuk terus berinovasi mampu membentuk seorang pendidik yang bukan sahaja cemerlang dalam kerjaya, malah mampu memberi inspirasi kepada generasi yang dibimbingnya. Semoga perjalanan beliau terus menjadi sumber inspirasi kepada alumni dan para pendidik untuk terus berbakti kepada dunia pendidikan.

"Selagi Hayat Dikandung Badan, Kami Tetap Berbakti."

INSPIRASI ALUMNI '26Anak Kandung Suluh BudimanSetiap perjalanan kehidupan mempunyai ujian dan cabaran yang tersendiri. A...
21/08/2026

INSPIRASI ALUMNI '26

Anak Kandung Suluh Budiman

Setiap perjalanan kehidupan mempunyai ujian dan cabaran yang tersendiri. Ada kehilangan yang menguji kekuatan, ada impian yang menuntut pengorbanan dan ada ketabahan yang membawa seseorang untuk terus melangkah demi mencapai kejayaan.

Edisi kali ini menampilkan En. Khairul Azhar bin Nasruddin, seorang Anak Kandung Suluh Budiman yang membuktikan bahawa cabaran hidup bukanlah penghalang untuk mencapai impian. Kehilangan kedua-dua ibu bapa pada usia muda menjadi satu ujian besar dalam kehidupannya, namun beliau memilih untuk bangkit dan meneruskan perjuangan demi adik-beradik serta masa depan yang lebih baik.

Dengan tekad yang kuat, beliau memilih Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sebagai wadah untuk merealisasikan impian menjadi seorang guru. Perjalanan selama empat tahun di UPSI tidak terlepas daripada pelbagai cabaran, namun setiap kesukaran menjadi pengalaman yang membentuk ketabahan dan kekuatan dirinya.

Kini, beliau bergelar seorang guru di SMK Datuk Haji Abdul Wahab, membuktikan bahawa setiap ujian yang dilalui bukanlah alasan untuk berputus asa, sebaliknya menjadi pengalaman yang membentuk diri untuk terus melangkah. Kisah beliau menjadi bukti bahawa dengan doa, usaha dan kesungguhan, impian mampu direalisasikan.

Semoga kisah En. Khairul Azhar menjadi inspirasi kepada seluruh warga alumni agar terus tabah menghadapi cabaran, tidak mudah menyerah dan sentiasa percaya bahawa setiap kesukaran mempunyai hikmah serta jalan menuju kejayaan.

"Selagi Hayat Dikandung Badan, Kami Tetap Berbakti."

TAHNIAH ANAK KANDUNG SULUH BUDIMAN ATAS KEJAYAAN TERPILIH KE KOMTEP 2026Pusat Alumni, Universiti Pendidikan Sultan Idris...
11/08/2026

TAHNIAH ANAK KANDUNG SULUH BUDIMAN ATAS KEJAYAAN TERPILIH KE KOMTEP 2026

Pusat Alumni, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada tiga orang alumni yang telah berjaya dipilih untuk menyertai Korea-Malaysia Teacher Exchange Programme (KOMTEP) Tahun 2026, pada 24 Ogos hingga 21 November 2026 di Republik Korea.

Mereka yang terpilih ialah:

1. Azlyn Izzati binti Adinie
SMK Saratok, Sarawak
Penempatan: Yushin High School, Gyeonggi

2. Humairah binti Lokman
SMK Seri Jempol, Negeri Sembilan
Penempatan: Yongmun High School, Seoul

3. Zulazri bin Yusof
SMK Sultanah Asma, Kedah
Penempatan: Seoul Technical High School, Seoul

Program ini merupakan anjuran Kementerian Pendidikan Republik Korea melalui UNESCO Asia-Pacific Centre of Education for International Understanding (APCEIU) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Sepanjang tempoh tiga bulan, guru-guru terpilih akan melaksanakan pelbagai aktiviti profesional termasuk pengajaran dan pembelajaran (PdP), penglibatan dalam aktiviti kokurikulum, pertukaran budaya serta pelaksanaan projek individu yang berteraskan Pendidikan Kewarganegaraan Global (Global Citizenship Education, GCED).

Semoga pengalaman yang diperoleh sepanjang program ini terus memberi manfaat kepada dunia pendidikan negara.

"Selagi Hayat Dikandung Badan, Kami Tetap Berbakti"

TAHNIAH YBHG. PROF. DATO' DR. MD AMIN MD TAFFPusat Alumni Universiti Pendidikan Sultan Idris mengucapkan setinggi-tinggi...
10/08/2026

TAHNIAH YBHG. PROF. DATO' DR. MD AMIN MD TAFF

Pusat Alumni Universiti Pendidikan Sultan Idris mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Alumni Anak Kandung Suluh Budiman Era UPSI, YBhg. Prof. Dato' Dr. Md Amin Md Taff, atas kejayaan beliau menerima Icon Award sempena Outdoor Expo Malaysia 2026 pada 9 Ogos 2026.

Ikhlas daripada,
Pengarah dan Warga Kerja Pusat Alumni UPSI.

Selagi Hayat Dikandung Badan, Kami Tetap Berbakti.

Address

Pusat Alumni, Pusat Pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris
Tanjung Malim
35900

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6054507052

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Alumni UPSI posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Pusat Alumni UPSI:

Shortcuts

Share