Maahad Tahfiz Masjid Al Hidayah

Directions Contact the university

Maahad Tahfiz Masjid Al Hidayah Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Maahad Tahfiz Masjid Al Hidayah, College & University, No. 76, Jalan Wawasan Dagangan 3, Bandar Behrang 2020, Tanjung Malim.

Air💧, Tanah🌱 dan Udara🌬️: Sumber Asas Kehidupan Ciptaan Allah💧 AIRIa menghilangkan dahaga, menyuburkan tanaman dan menja...
24/09/2026

Air💧, Tanah🌱 dan Udara🌬️: Sumber Asas Kehidupan Ciptaan Allah

💧 AIR
Ia menghilangkan dahaga, menyuburkan tanaman dan menjadi keperluan bagi manusia serta seluruh makhluk hidup.

Sungai yang mengalir, hujan yang turun dan air yang tersimpan di dalam bumi semuanya mengingatkan kita bahawa kehidupan ini bergantung kepada rahmat Allah.

🌱 TANAH
Tanah kelihatan biasa dan sering kita pijak tanpa kita fikirkan. Tetapi daripada tanah tumbuh pelbagai makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin dan tumbuh-tumbuhan yang menjadi sumber kehidupan.

Tanah juga mengingatkan kita tentang asal kejadian manusia dan ke mana akhirnya kita akan kembali.

🌬️ UDARA

Kita tidak nampak udara, tetapi setiap saat kita memerlukannya.

Kita tidur dengan udara.
Kita bangun dengan udara.
Kita bekerja dan bergerak dengan udara.

Bayangkan jika udara yang kita hirup perlu dibeli setiap kali kita menarik nafas.

Betapa lemahnya kita sebagai manusia. Namun Allah memberikannya tanpa kita minta, tanpa kita bayar dan tanpa kita sedari nilainya.

~INILAH TANDA KEBESARAN ALLAH~

🌿Sentiasa bersyukur kepada Allah SWT atas nikmat yang Dia berikan.

🌿Tiada siapa yang dapat menciptakan 3 sumber asas kehidupan ini dengan sempurna melainkan Allah SWT.

🌿Sentiasa taat perintah Allah SWT dan tinggalkan larangan Allah
SWT

Semoga Maahad Tahfiz Masjid Al Hidayah sentiasa dalam lindungan Allah SWT dan dipermudahkan segala urusan🤲.Semoga para p...
24/09/2026

Semoga Maahad Tahfiz Masjid Al Hidayah sentiasa dalam lindungan Allah SWT dan dipermudahkan segala urusan🤲.

Semoga para pelajar sentiasa istiqamah, tekun dan bersemangat dalam menuntut ilmu, membaca Al-Quran serta menghafaz kalam Allah. 📖

Semoga setiap ayat yang dihafaz menjadi cahaya dalam kehidupan mereka, menjadi peneman di dunia dan bekalan di akhirat.

🤲Ya Allah, bukakanlah hati mereka untuk menerima ilmu, mencintai Al-Quran dan istiqamah dalam menghafaz ayat-ayatMu.

🤲Jauhkanlah mereka daripada segala perkara yang tidak baik, pergaulan yang membawa keburukan dan perkara yang melalaikan.

🤲Peliharalah akhlak mereka, kuatkanlah semangat mereka dan bimbinglah setiap langkah mereka ke jalan yang Engkau redai.

🤲Ya Allah, bantulah kami dalam setiap langkah. Permudahkanlah urusan kami, kuatkanlah semangat kami dan berkatilah usaha kami dalam mendidik generasi pencinta Al-Quran.

Alhamdulillah, telah selesai Mesyuarat PEMATAP Daerah Muallim Bil. 4/2026 yang diadakan pada hari ini di Maahad Tahfiz A...
22/09/2026

Alhamdulillah, telah selesai Mesyuarat PEMATAP Daerah Muallim Bil. 4/2026 yang diadakan pada hari ini di Maahad Tahfiz Al-Hilmi, Slim Village bagi membincangkan tentang persediaan dan persiapan terakhir sebelum berlangsungnya Pertandingan Tilawah, Hafazan Al-Quran, Pidato, Khutbah dan Azan peringkat Maahad Tahfiz Daerah Muallim, Perak pada 28 September 2026 akan datang.

Semoga pertandingan yang akan diadakan ini berjalan lancar dan dipermudahkan segala urusan🤲.

Jom _SEDEKAH @ WAKAF_  *Maahad Tahfiz Masjid Al-Hidayah Bandar Behrang 2020*Sumbangan boleh disalurkan terus ke no akaun...
22/09/2026

Jom _SEDEKAH @ WAKAF_
*Maahad Tahfiz Masjid Al-Hidayah Bandar Behrang 2020*

Sumbangan boleh disalurkan terus ke no akaun dibawah:

• *Maahad Tahfiz Al-Hidayah *
Bank rakyat:11-0172093-3
Bank Islam: 08068010037434

Mudir - Ust Hafiezi
‭+60 19 507 6537

22/09/2026

Assalamualaikum, semoga hari ini lebih baik daripada semalam, dan semoga setiap langkah kita sentiasa dalam lindungan Allah SWT🤲.

📖Jadikanlah Al-Quran penemanmu📖Bacalah ketika hati tenang, bacalah ketika hati resah.Kerana Al-Quran bukan sekadar untuk...
21/09/2026

📖Jadikanlah Al-Quran penemanmu📖

Bacalah ketika hati tenang, bacalah ketika hati resah.
Kerana Al-Quran bukan sekadar untuk dibaca, tetapi untuk menjadi petunjuk, pengubat hati dan cahaya dalam kehidupan.

Dekatilah Al-Quran setiap hari, walaupun hanya beberapa ayat.

Al-Quran ialah mukjizat terbesar yang dikurniakan Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW.

Ia bukan sekadar untuk dibaca, tetapi menjadi sumber ilmu, petunjuk, peringatan dan panduan dalam kehidupan.

🌱 Allah Maha Pencipta.Setiap tumbuhan yang tumbuh adalah bukti kebesaran-Nya.🌿 Allah Maha Berkuasa.Yang menumbuhkan kehi...
21/09/2026

🌱 Allah Maha Pencipta.
Setiap tumbuhan yang tumbuh adalah bukti kebesaran-Nya.

🌿 Allah Maha Berkuasa.
Yang menumbuhkan kehidupan daripada tanah yang sama.

🍃 Allah Maha Sempurna.
Tiada satu pun ciptaan-Nya yang sia-sia.

🌱 Allah Maha Menghidupkan.
Dari tanah yang kering, tumbuhlah kehidupan dengan izin-Nya.

✨Tazkirah Jumaat✨Disampaikan oleh Mudir, Ustaz Mohd Hafiezi Hashim tentang kewajipan Solat 5 waktu, adab-adab dalam masj...
18/09/2026

✨Tazkirah Jumaat✨

Disampaikan oleh Mudir, Ustaz Mohd Hafiezi Hashim tentang kewajipan Solat 5 waktu, adab-adab dalam masjid & dalam saf, amalan sunnah terutama hari Jumaat, doa masuk masjid dan solat-solat sunat. Selain itu menerapkan adab-adab bersama jemaah masjid, ibu bapa dan rakan-rakan.

Semoga memberi manfaat kepada semua pelajar dan sentiasa istiqamah menuju kebaikan.

_INFAQ / WAKAF BINA BANGUNAN MAAHAD TAHFIZ MASJID AL-HIDAYAH BANDAR BEHRANG 2020_ Maahad Tahfiz Masjid Al-Hidayah amat m...
17/09/2026

_INFAQ / WAKAF BINA BANGUNAN MAAHAD TAHFIZ MASJID AL-HIDAYAH BANDAR BEHRANG 2020_

Maahad Tahfiz Masjid Al-Hidayah amat menghargai INFAQ / WAKAF tuan-puan bagi menjayakan pembinaan bangunan baru ini.

Kos Keseluruhan pembinaan adalah RM 812,835.75 dan Dana yang telah digunakan adalah RM 211,150.00. Jumlah terkini sumbangan untuk Fasa 3 adalah RM 15,360.76. Kami masih memerlukan sumbangan sebanyak RM 586,384.96, untuk memastikan kerja-kerja Fasa 3 dapat diteruskan.

💸Sumbangan boleh dibuat ke Akaun Bank Islam:

NAMA AKAUN :
PEMBANGUNAN MAAHAD TAHFIZ AL-HIDAYAH

NO. AKAUN :
08068010039681.

Untuk pertanyaan boleh hubungi:

Ustaz Tarmizi ( Pengerusi Maahad )
019-910 6081

Ustaz Hafiezi (Mudir)
019-507 6537

Address

No. 76, Jalan Wawasan Dagangan 3, Bandar Behrang 2020
Tanjung Malim
35900

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Maahad Tahfiz Masjid Al Hidayah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Maahad Tahfiz Masjid Al Hidayah:

Shortcuts

Share