Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu, UPSI

Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu, UPSI “Page” Rasmi Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu, Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Malaysia.

PENCAPAIAN DAN PENGLIBATAN WARGA JBKM 2026Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Dr. Zuraini binti Ramli atas penyerta...
18/03/2026

PENCAPAIAN DAN PENGLIBATAN WARGA JBKM 2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Dr. Zuraini binti Ramli atas penyertaan dalam Program Sangkutan Akademik di Bukhara State University (BukSU), Uzbekistan yang berlangsung dari 1 Mac 2026 hingga 31 Mei 2026.

Penyertaan ini mencerminkan komitmen berterusan warga Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu (JBKM), Fakulti Bahasa dan Komunikasi, UPSI dalam memperkukuh jaringan kerjasama akademik antarabangsa, memperluas perkongsian kepakaran serta memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu di pentas global.

Semoga program ini menjadi medan pengembangan ilmu, pengukuhan kolaborasi strategik dan pemerkasaan diplomasi akademik antara institusi pendidikan tinggi serantau dan antarabangsa.

Warga JBKM, FBK, UPSI merakamkan ucapan tahniah serta mendoakan kejayaan dan kelancaran sepanjang program berlangsung.
Terus melakar kecemerlangan dan mengharumkan nama UPSI di persada dunia.







PENCAPAIAN PELAJAR JBKMWarga Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu (JBKM), Fakulti Bahasa dan Komunikasi, UPSI merakam...
16/02/2026

PENCAPAIAN PELAJAR JBKM

Warga Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu (JBKM), Fakulti Bahasa dan Komunikasi, UPSI merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada:

Mohammad Amirul Fahmi bin Azmi
Pelajar Semester 7
ISMP Bahasa Melayu dengan Kepujian

atas kejayaan terpilih menyertai Program Mobiliti Outbound Latihan Mengajar Peringkat Antarabangsa di Uzbekistan State World Languages University (UZSWLU) bermula 23 Februari 2026 hingga 17 April 2026.

Pencapaian ini bukan sahaja membanggakan JBKM dan Fakulti Bahasa dan Komunikasi, malah turut mengharumkan nama Universiti Pendidikan Sultan Idris di persada antarabangsa. Penyertaan ini mencerminkan kecemerlangan, komitmen dan potensi tinggi mahasiswa UPSI dalam memartabatkan bahasa Melayu serta profesion keguruan di peringkat global.

Semoga pengalaman berharga ini menjadi wadah memperkaya ilmu, kemahiran pedagogi dan jati diri sebagai bakal pendidik bertaraf dunia.

Syabas dan selamat maju jaya!
Teruskan menggapai kecemerlangan demi agama, bangsa dan negara.

PELANTIKAN AHLI JABATANSekalung tahniah diucapkan kepada Prof. Madya Dr. Nordiana binti Hamzah atas pelantikan sebagai P...
12/02/2026

PELANTIKAN AHLI JABATAN

Sekalung tahniah diucapkan kepada Prof. Madya Dr. Nordiana binti Hamzah atas pelantikan sebagai Pengarah, Pejabat Karang Mengarang, Universiti Pendidikan Sultan Idris bagi tempoh 1 Februari 2026 hingga 31 Januari 2028.

Seluruh warga Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu serta Fakulti Bahasa dan Komunikasi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah atas pelantikan ini. Semoga amanah yang diberikan dapat dilaksanakan dengan cemerlang dalam memperkasa penerbitan ilmiah, penulisan dan pengkaryaan universiti ke tahap yang lebih gemilang.

Semoga terus dilimpahi kejayaan, kebijaksanaan dan kecemerlangan dalam memacu kecemerlangan UPSI di peringkat nasional dan antarabangsa.

PELANTIKAN AHLI JABATAN Sekalung tahniah diucapkan kepada Prof. Madya Dr. Norliza binti Jamaluddin atas pelantikan sebag...
12/02/2026

PELANTIKAN AHLI JABATAN

Sekalung tahniah diucapkan kepada Prof. Madya Dr. Norliza binti Jamaluddin atas pelantikan sebagai Timbalan Dekan (Akademik & Antarabangsa), Fakulti Bahasa dan Komunikasi, UPSI bagi sesi 1 Februari 2026 hingga 31 Januari 2027.

Seluruh warga Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu, Fakulti Bahasa dan Komunikasi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah atas amanah serta kepercayaan yang diberikan. Semoga pelantikan ini terus memacu kecemerlangan fakulti dalam bidang akademik dan pengantarabangsaan, di samping memperkukuh peranan UPSI sebagai peneraju pendidikan bahasa dan komunikasi.

Semoga Prof. Madya Dr. Norliza terus diberi kekuatan, kebijaksanaan dan kejayaan dalam menerajui kepimpinan demi kemajuan fakulti dan universiti tercinta.

PENCAPAIAN DAN PENGLIBATAN WARGA JBKM 2026Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Prof. Madya Dr. Anida Sarudin atas pe...
06/02/2026

PENCAPAIAN DAN PENGLIBATAN WARGA JBKM 2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Prof. Madya Dr. Anida Sarudin atas penyertaan dalam Program Sangkutan Akademik di Tashkent State University of Oriental Studies, Uzbekistan yang akan berlangsung dari 8 Februari hingga 8 Mei 2026.

Semoga program ini menjadi wadah pengukuhan jaringan akademik antarabangsa, perkongsian kepakaran serta pemerkasaan peranan Bahasa Melayu di persada global.

Warga Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, UPSI mendoakan kejayaan dan kelancaran sepanjang program berlangsung.

Selamat menjalankan amanah dan membawa nama UPSI ke peringkat antarabangsa.







PENCAPAIAN DAN PENGLIBATAN WARGA JBKM 2026Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu (JBKM), Fakulti Bahasa dan Komunikasi,...
28/01/2026

PENCAPAIAN DAN PENGLIBATAN WARGA JBKM 2026

Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu (JBKM), Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Profesor Dr. Azhar bin Haji Wahid atas pengiktirafan Penerbitan Buku Sastera Terbaik melalui karya Worldview dan Hegemoni Sastera Melayu sempena ASEAN International Book Award.

✨ Pencapaian ini membuktikan:
• ketokohan ilmiah dalam bidang kesusasteraan Melayu
• sumbangan besar terhadap pemerkasaan ilmu dan budaya Melayu
• pengiktirafan karya Melayu di peringkat antarabangsa

Semoga kejayaan ini terus menginspirasikan warga akademik dan memartabatkan bahasa serta sastera Melayu.

💐 Tahniah sekali lagi!



Sumber foto: Pejabat Karang Mengarang, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

Sabah dan Sarawak, bersedialah! Program Pesisir Sarjana Pendidikan UPSI kini hadir di Sibu, Kuching dan Kota Kinabalu ba...
23/01/2026

Sabah dan Sarawak, bersedialah! Program Pesisir Sarjana Pendidikan UPSI kini hadir di Sibu, Kuching dan Kota Kinabalu bagi Kohort 1, 2026. Inilah peluang anda melanjutkan pengajian sarjana tanpa perlu berhijrah!

📚 Bidang yang ditawarkan:
✅ TESL
✅ Bahasa Melayu
✅ Kesusasteraan Melayu

📍 Lokasi Pusat Pembelajaran:
📌 Sibu, Sarawak
📌 Kuching, Sarawak
📌 Kota Kinabalu, Sabah

✨ Tingkatkan kelayakan akademik.
✨ Perkukuh profesionalisme kerjaya.
✨ Rebut peluang belajar di universiti pendidikan terunggul negara.

Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk melangkah lebih jauh dalam dunia pendidikan!

👉 Imbas QR untuk pendaftaran & maklumat lanjut
atau klik pautan berikut:
🔗 https://docs.google.com/forms/d/1niuzUq4ILOdZnutnGmmbUvc2wAcBw8dAqnm8n9Snl7o/viewform?edit_requested=true

📣 Kongsikan hebahan ini kepada rakan-rakan pendidik dan warga pendidikan di Sabah & Sarawak!

Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu merakamkan ucapan selamat maju jaya kepada semua pelajar Program Ijazah Sarjana ...
23/01/2026

Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu merakamkan ucapan selamat maju jaya kepada semua pelajar Program Ijazah Sarjana Muda yang bakal menduduki Peperiksaan Akhir Semester 1 Sesi 2025/2026 (A251) bermula 26 Januari 2026 hingga 14 Februari 2026.

Semoga para pelajar dapat menghadapi peperiksaan ini dengan tenang, sihat dan bersedia sepenuhnya, serta mampu mempamerkan prestasi terbaik dalam setiap kertas peperiksaan yang diduduki.

Semoga usaha dan kesungguhan anda membuahkan kejayaan yang membanggakan. Selamat maju jaya!

Sumber Foto: BHEA, UPSI

✨ [Sembang Santai: Doktor Falsafah & Sarjana Bahasa Melayu]✨Ada impian nak sambung belajar?Masih mencari hala tuju antar...
17/11/2025

✨ [Sembang Santai: Doktor Falsafah & Sarjana Bahasa Melayu]✨

Ada impian nak sambung belajar?
Masih mencari hala tuju antara Sarjana atau PhD? Atau nak tahu realiti dunia penyelidikan daripada orang berpengalaman?

Ayuh sertai kami dalam sesi SEMBANG SANTAI yang penuh inspirasi, santai tetapi sarat ilmu, tempat di mana segala persoalan tentang dunia pascasiswazah bakal terungkai!

📚✨ Mari buka lembaran baru, rancang masa depan, dan mula membina perjalanan akademik anda.

📅 Tarikh: 18 November 2025 (Selasa)
🕣 Masa: 8.30 malam hingga 9.15 malam
📍 Platform: Google Meet
🔗 Pautan: https://meet.google.com/pkg-renj-eay

🎓 Topik: Dunia Sarjana & Doktor Falsafah Bahasa Melayu

🎤 Panel Jemputan:
Dr. Norfaizah Abdul Jobar
Ketua Jabatan Bahasa & Kesusasteraan Melayu
Fakulti Bahasa dan Komunikasi, UPSI

📞 Sebarang pertanyaan, sila hubungi +6011-37385827 (Cik Munawwarah)

ANUGERAH AKADEMIK BAHASA MELAYU 2025 🗓️ 14 Oktober 2025 (Selasa)⏰ 11.00 pagi📍 Dewan Za’ba, Kementerian Pendidikan Tinggi...
14/10/2025

ANUGERAH AKADEMIK BAHASA MELAYU 2025

🗓️ 14 Oktober 2025 (Selasa)
⏰ 11.00 pagi
📍 Dewan Za’ba, Kementerian Pendidikan Tinggi

Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu (JBKM), Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Prof. Madya Dr. Norliza Jamaluddin atas pengiktirafan sebagai penerima Anugerah Terbaik Akademik Bahasa Melayu 2025 oleh Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia dalam Majlis Anugerah Akademik Bahasa Melayu 2025.

Penganugerahan ini menjadi bukti ketokohan beliau dalam bidang ilmu bahasa Melayu yang sentiasa subur dengan penyelidikan, penulisan dan dedikasi tinggi terhadap pendidikan bahasa kebangsaan. Semoga kejayaan ini terus menjadi inspirasi kepada seluruh warga JBKM dan UPSI untuk terus mengharumkan nama universiti dalam memartabatkan bahasa Melayu di persada nasional dan antarabangsa.




Address

Tanjung Malim
35900

Opening Hours

Monday 09:00 - 05:00
Tuesday 09:00 - 05:00
Wednesday 09:00 - 05:00
Thursday 09:00 - 05:00
Friday 09:00 - 05:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu, UPSI posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu, UPSI:

Share