Sekretariat Rakan Integriti Mahasiswa - RIM UPSI

Sekretariat Rakan Integriti Mahasiswa - RIM UPSI "INTEGRITI MERENTAS GENERASI"

[ SELAMAT MENJALANI MINGGU ULANGKAJI ] 📚Assalamualaikum dan Salam Sejahtera✨Kami daripada Sekretariat Rakan Integriti Ma...
08/07/2024

[ SELAMAT MENJALANI MINGGU ULANGKAJI ] 📚

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera✨

Kami daripada Sekretariat Rakan Integriti Mahasiswa (SRIM) UPSI ingin mengucapkan Selamat Menjalani Minggu Ulangkaji kepada pelajar Ijazah Sarjana Muda sesi 2023/2024.

Dinasihatkan agar anak kandung suluh budiman semua haruslah memanfaatkan waktu ini dengan efektif untuk menjaga kesihatan mental dan fizikal dengan baik supaya bersedia untuk menghadapi peperiksaan akhir.

⚜️ ```INTEGRITI MERENTASI GENERASI``` ⚜️



/24

🌙[SALAM MAAL HIJRAH 1446H] 🌟Assalamualaikum dan Salam Sejahtera✨Barisan Kepimpinan Sekretariat Rakan Integriti Mahasiswa...
08/07/2024

🌙[SALAM MAAL HIJRAH 1446H] 🌟

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera✨

Barisan Kepimpinan Sekretariat Rakan Integriti Mahasiswa, SRIM UPSI ingin mengucapkan Salam Maal Hijrah kepada seluruh muslimin dan muslimat ibu kandung suluh budiman.

Semoga dengan kehadiran tahun baharu Islam, 1 Muharram 1446H bersamaan 7 Julai 2024 akan menjadi lebih bermakna kepada seluruh umat Islam demi mencapai kejayaan yang lebih tinggi dalam kehidupan dan dapat meningkatkan lagi keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT.

Semoga dengan tahun ini kita dapat bersama-sama berhijrah dan lebih istiqamah kerana Allah.

⚜️ ```INTEGRITI MERENTASI GENERASI``` ⚜️



/24

📝🔍 PENCARIAN MAJLIS TERTINGGI SEKRETARIAT RAKAN INTEGRITI MAHASISWA (SRIM) SIDANG 2024/2025🔎      Anda berkemahiran?    ...
06/07/2024

📝🔍 PENCARIAN MAJLIS TERTINGGI SEKRETARIAT RAKAN INTEGRITI MAHASISWA (SRIM) SIDANG 2024/2025🔎

Anda berkemahiran? Yakin dan bersemangat kepimpinan?

Sukacitanya, SRIM mengalukan mahasiswa/i UPSI untuk tampil kehadapan dan menjadi Barisan Majlis Tertinggi SRIM UPSI bagi Sidang 2024/2025❕

Terbuka kepada semua mahasiswa/i UPSI yang memenuhi syarat² berikut :
📌 Merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Semester 2 - 5 (sidang 2024/2025)
📌 Boleh memberi komitmen sepenuhnya dan pandai membahagi masa
📌 Minat untuk berprogram dan berorganisasi

❗TEMPOH PERMOHONAN❗
>>> 06 - 20 Julai 2024 Lili

⚜️ ```INTEGRITI MERENTASI GENERASI``` ⚜️



/24

[SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA] 🕌🌷بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِAssalamualaikum dan Salam Sejahtera ✨Sekre...
17/06/2024

[SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA] 🕌🌷

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ✨

Sekretariat Rakan Integriti Mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (SRIM UPSI) ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha.✨🕌

“Makna sebenar di balik pengorbanan di Hari Raya Aidiladha adalah untuk memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s yang sanggup menyembelih anaknya Nabi Ismail kerana ketaatannya terhadap Allah S.WT. Pengorbanan ini juga memperingati peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim yang diperintahkan oleh Allah untuk menyembelih anaknya Ismail sebagai tanda kesetiaan dan ketaatan terhadap Allah.” 🌙

Semoga hari raya ini dapat memperkukuhkan lagi ikatan silaturahim dan kasih sayang di kalangan kita semua. Mari kita rayakan kemenangan iman dan pengorbanan dengan penuh kebersyukuran dan kebahagiaan. 🤲🏻🕌

⚜️ ```INTEGRITI MERENTASI GENERASI``` ⚜️



/24

[HARI ARAFAH 2024 ✨]Hari Arafah adalah hari kedua dalam ibadah haji yang dilakukan oleh umat Islam. Pada hari ini, umat ...
16/06/2024

[HARI ARAFAH 2024 ✨]

Hari Arafah adalah hari kedua dalam ibadah haji yang dilakukan oleh umat Islam. Pada hari ini, umat Islam akan berwukuf di Padang Arafah yang merupakan antara kemuncak ibadah.

Pada hari Arafah ini terkandung pelbagai kelebihan dan kebaikan. Justeru itu, Sekretariat Rakan Integriti Mahasiswa, SRIM UPSI ingin mengajak semua umat Islam untuk sama sama mengambil peluang ini untuk bertaubat dan memohon keampunan sebanyaknya kerana hari Arafah adalah hari pelepasan daripada api neraka.

Daripada Aisyah R.A bahawa Nabi S.A.W. bersabda

"Tidak ada satu hari yang lebih banyak dibebaskan hamba-Nya daripada api neraka melainkan pada Hari Arafah"

[Riwayat Muslim 2402]

Semua umat Islam hendaklah meningkatkan kualiti amalan, memperbanyakkan berdoa dan berzikir serta memohon keampunan kepada Allah. Semoga taubat dan doa kita diterima Allah.

⚜️ ```INTEGRITI MERENTASI GENERASI``` ⚜️



/24

🪷 [SELAMAT MENYAMBUT HARI WESAK] 🪷Sekretariat Rakan Integriti Mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (SRIM UPSI) i...
22/05/2024

🪷 [SELAMAT MENYAMBUT HARI WESAK] 🪷

Sekretariat Rakan Integriti Mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (SRIM UPSI) ingin mengucapkan selamat
menyambut Hari Wesak kepada semua penganut Agama Buddha.✨💛

Hari Wesak adalah hari besar buat kalangan penganut Buddha di mana mereka memperingati tiga peristiwa penting melalui satu perayaan (Trisuci Wesak).🌼✨

Semoga Hari Wesak membawa kedamaian dan kebahagiaan kepada semua penganut Buddha.🌸🙏

💐 IKHLAS DARI,
SEKRETARIAT RAKAN INTEGRITI MAHASISWA UPSI SIDANG 2023/2024 💐

⚜️ INTEGRITI MERENTASI GENERASI ⚜️



/24

👩🏻‍🏫 [SELAMAT HARI GURU] 🧑🏻‍🏫Pengorbanan guru dalam membina anak bangsa negara memang tidak dinafikan signifikannya. Nam...
16/05/2024

👩🏻‍🏫 [SELAMAT HARI GURU] 🧑🏻‍🏫

Pengorbanan guru dalam membina anak bangsa negara memang tidak dinafikan signifikannya.

Namun, sejauh manakah kita menghargai pengorbanan insan-insan yang bergelar guru ini?

Oleh itu, dalam kesempatan ini, Sekretariat Rakan Integriti Mahasiswa UPSI ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik di seluruh Malaysia 🌟

Semoga semangat juang para pendidik tidak luntur dalam menempuh cabaran yang perlu didepani. ❤️

Selamat Hari Guru ✨

Sekian dan terima kasih.

💐 IKHLAS DARI,
SEKRETARIAT RAKAN INTEGRITI MAHASISWA UPSI SIDANG 2023/2024 💐

⚜️ INTEGRITI MERENTASI GENERASI ⚜️



/24

[ SELAMAT HARI IBU 2024 ]👩🏻‍🍼💖Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, ✨Kami dari Sekretariat Rakan Integriti Mahasiswa, SRI...
12/05/2024

[ SELAMAT HARI IBU 2024 ]👩🏻‍🍼💖

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, ✨

Kami dari Sekretariat Rakan Integriti Mahasiswa, SRIM UPSI ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Ibu kepada semua insan hebat yang tercinta bergelar ibu.

Ibu adalah cinta abadi, sebuah cinta yang luar biasa, seseorang yang membantumu, mengatasi segala masalah. Dan dialah salah seorang yang mengambil berat dan mempedulikanmu.

Terima kasih telah menjadi ibu yang hebat. Segala jasa pengorbananmu tidak akan dapat kami balas, akan tetapi kami pasti akan membahagiakanmu wahai ibu.
Selamat Hari Ibu❣️

⚜️ ```INTEGRITI MERENTASI GENERASI``` ⚜️



/24

[ SELAMAT HARI PEKERJA 2024 ] 👩🏻‍🔬👨🏻‍🔧👩🏽‍🏫Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, ✨Kami dari Sekretariat Rakan Integriti Ma...
01/05/2024

[ SELAMAT HARI PEKERJA 2024 ] 👩🏻‍🔬👨🏻‍🔧👩🏽‍🏫

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, ✨

Kami dari Sekretariat Rakan Integriti Mahasiswa, SRIM UPSI ingin mengucapkan Selamat Hari Pekerja kepada semua warga UPSI.

Hari ini adalah masa yang sesuai untuk memberi penghormatan kepada semua pekerja di seluruh dunia.Setiap pekerja seperti anda yang telah tabah dan gigih sepanjang tahun ini dengan usaha dan kerja keras yang cemerlang, pasti akan mencapai kejayaan yang besar pada masa akan datang.

Terima kasih atas usaha anda yang luar biasa, serta semangat dan kesungguhan anda dalam menjalankan tugas-tugas anda.

Selamat Hari Pekerja!

⚜️ ```INTEGRITI MERENTASI GENERASI``` ⚜️



/24

[ SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2024 ] 🕌🌙Kami barisan Sekretariat Rakan Integriti Mahasiswa, SRIM UPSI mengucapkan Selama...
09/04/2024

[ SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2024 ] 🕌🌙

Kami barisan Sekretariat Rakan Integriti Mahasiswa, SRIM UPSI mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua anak kandung suluh budiman berserta keluarga! Semoga kegembiraan dan keberkatan menyertai kita semua pada hari yang mulia ini. Di tengah-tengah keriangan sambutan, marilah kita bersyukur atas segala nikmat yang diberikan dan menebarkan kasih sayang kepada sesama.

Indah langit kerana awan 🌥️
Indah lautan kerana kebiruan 🌊
Indah Ramadhan kerana keinsafan 🌙
Indah Syawal kerana kemaafan 🤝

Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Maaf Zahir dan Batin.

⚜️ ```INTEGRITI MERENTASI GENERASI``` ⚜️



/24

😎🔥🔥[ SRIM JERSEY EDITION SEMURAH MAMPU MILIK KINI KEMBALI!! ]🔥🔥😎Assalamualaikum dan Salam Integriti Merentasi Generasi 💛...
07/04/2024

😎🔥🔥[ SRIM JERSEY EDITION SEMURAH MAMPU MILIK KINI KEMBALI!! ]🔥🔥😎

Assalamualaikum dan Salam Integriti Merentasi Generasi 💛🖤

Berita baik untuk anda semua!!!😱😱😱. BAJU JERSEY EDITION SRIM dari Persatuan Sekretariat Rakan Integriti Mahasiswa UPSI kini telah membuka tempahan kepada semua warga UPSI. 🔥😊😍

📌Harga:
💵Short sleeve (retro collar) - RM39
💵Long sleeve - RM38
💵Muslimah - RM42

🧶Material kain:
🟡 𝗝𝗲𝗻𝗶𝘀 𝗞𝗮𝗶𝗻: Microfibre RJ 180gsm (Full sublimation)
🟡 𝗦𝗮𝗶𝘇: XS hingga 6XL -standard asian cutting (sila pilih size chart yang telah disediakan didalam google form )

➕Extra Size Charge:
➡️3XL keatas (+RM3)

🚐 PICKUP 𝗸𝗮𝘄𝗮𝘀𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗨𝗣𝗦𝗜 𝘀𝗮𝗵𝗮𝗷𝗮 😍😍😍.

Berminat? Ayuh tempah dengan menekan link Google Form di bawah segera👇👇👇

🔕https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScjXrIHXINOoPKOa6azNlVv0VQtm8zm9rsSvKfn1vp0Qdxf_g/viewform

📌Sebarang pertanyaan boleh hubungi:

🧕🏻HAUNA : https://wa.me/qr/SCALQ4MM4WT2P1
🧕🏻AISYA : https://wa.me/qr/NUNS6ZXDN6D3D1

‼️‼️Tunggu apa lagi, jom grab sekarang‼️‼️

🌸 [ SALAM NUZUL AL-QURAN 1445H/2024 ] 🌸Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ✨Sekretariat Rakan Integriti Mahasiswa Univer...
27/03/2024

🌸 [ SALAM NUZUL AL-QURAN 1445H/2024 ] 🌸

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ✨

Sekretariat Rakan Integriti Mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (SRIM UPSI) ingin mengucapkan selamat menyambut Nuzul Al-Quran kepada semua umat Islam. ✨🕌

Peristiwa nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, di Gua Hira' tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad melalui perantaraan malaikat Jibril .🌙

Sempena sambutan Nuzul al-Quran, marilah kita mendalami kepentingan membaca kitab suci ini. Semoga Ramadan tahun ini menjadi yang terbaik buat kita dan membawa banyak keberkatan. 🤲🏻🕌

⚜️ ```INTEGRITI MERENTASI GENERASI``` ⚜️



/24

Address

Tanjung Malim
41000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekretariat Rakan Integriti Mahasiswa - RIM UPSI posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Sekretariat Rakan Integriti Mahasiswa - RIM UPSI:

Share