Pusat Inisiatif Pemodenan Pendidikan UPSI

Directions Website Contact the university

Pusat Inisiatif Pemodenan Pendidikan UPSI NiCE sits at the epicentre of a robust initiative, aimed to be the focal point for the best educational practices in Malaysia and the Asia Pacific region.

Sekolah Makmal is another educational initiative under Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) aimed to provide the best possible learning experiences to students. Neoteric Education Initiatives Centre - NiCE UPSI (previously known as Sekolah Makmal) is another excellent educational initiative under the Universiti Pendidikan Sultan Idris, the premiere education university in Malaysia. NiCE focuses on becoming a Higher Institution Centre of Excellence (HICoE) in the area of Education, particularly for Research and Development (R&D) in instructional design, curriculum design, technology, pedagogy, and assessment. Staffs:
Pengarah
YBrs. Dr Kama Shaffeei

Timbalan Pengarah
YBrs. Dr. Anis Nazihah Mat Daud

Penyelaras
YBrs. Dr. Shakila Che Dahalan

Pn. Siti Sarah Ahmad Zubdi
(PENOLONG PEGAWAI TADBIR N36)

Pn. Sharizan Shahrani
(PEMBANTU TADBIR (P/O) N26)

JIC 2026 Serlah Bakat dan Inovasi Murid Sekolah Seri BudimanTahniah kepada semua pemenang dan peserta Junior Innovator C...
30/09/2026

JIC 2026 Serlah Bakat dan Inovasi Murid Sekolah Seri Budiman

Tahniah kepada semua pemenang dan peserta Junior Innovator Competition (JIC) 2026 yang telah berlangsung pada 30 September 2026 di Sekolah Seri Budiman (SSB), UPSI. Program ini menjadi platform untuk mencungkil kreativiti, keberanian dan bakat inovasi murid melalui penghasilan serta perkongsian idea yang kreatif. Syabas kepada semua inovator cilik yang telah berani mencipta, meneroka dan berinovasi — hari ini mencipta idea, esok mencipta masa hadapan!

KUNJUNGAN PIPP KE PENANG SCIENCE CLUSTERPULAU PINANG, 28 September 2026 – Pusat Inisiatif Pemodenan Pendidikan (PIPP), U...
30/09/2026

KUNJUNGAN PIPP KE PENANG SCIENCE CLUSTER

PULAU PINANG, 28 September 2026 – Pusat Inisiatif Pemodenan Pendidikan (PIPP), UPSI telah mengadakan kunjungan ke Penang Science Cluster (PSC) bagi meneroka potensi kerjasama strategik dalam bidang STEM, inovasi, teknologi, pembelajaran digital dan pembangunan bakat. Kunjungan ini diharapkan menjadi langkah awal ke arah pembangunan program bersama, perkongsian kepakaran dan pelbagai inisiatif berimpak dalam usaha memperkasa ekosistem pendidikan masa hadapan yang inovatif dan berdaya saing.

Pusat Inisiatif Pemodenan Pendidikan (PIPP) dengan kerjasama Sekolah Seri Budiman akan menganjurkan Junior Innovator Com...
27/09/2026

Pusat Inisiatif Pemodenan Pendidikan (PIPP) dengan kerjasama Sekolah Seri Budiman akan menganjurkan Junior Innovator Competition 2026 pada 30 September 2026 khusus untuk murid-murid Sekolah Seri Budiman UPSI. Terima kasih yang telah memberi sumbangan : NHK BioScience, Mr. D.I.Y., Les Copaque dan Cekal Utama Enterprise.

🤖 *SUMBANGAN ALAT BANTU MENGAJAR ROBOTIK DARIPADA MR D.I.Y.*Pusat Inisiatif Pemodenan Pendidikan (PIPP), Universiti Pend...
26/09/2026

🤖 *SUMBANGAN ALAT BANTU MENGAJAR ROBOTIK DARIPADA MR D.I.Y.*

Pusat Inisiatif Pemodenan Pendidikan (PIPP), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada MR D.I.Y. atas sumbangan Alat Bantu Mengajar (ABM) bagi pembelajaran robotik kepada Sekolah Seri Budiman UPSI.

Sumbangan ini amat bermakna dalam menyokong usaha PIPP memperkasa pembelajaran STEM, teknologi dan robotik, di samping menyediakan pengalaman pembelajaran yang lebih interaktif, kreatif dan berasaskan penerokaan kepada murid.
PIPP amat menghargai sokongan dan keprihatinan MR D.I.Y. dalam bersama-sama menyumbang kepada pembangunan pendidikan serta memperkayakan sumber pembelajaran untuk manfaat murid.

Semoga jalinan kerjasama strategik antara PIPP, UPSI dan MR D.I.Y. dapat terus diperkukuh pada masa hadapan dalam usaha melahirkan generasi yang celik teknologi, inovatif dan bersedia menghadapi cabaran masa hadapan.

Terima kasih, MR D.I.Y.!
Sumbangan anda, inspirasi kepada pembelajaran dan inovasi anak-anak masa hadapan.

Ikhlas Daripada
PIPP & Sekolah Seri Budiman UPSI

📚 BENGKEL SEMAKAN MODUL PEMBELAJARAN NEOTERIK TAHUN 4 📚Pada 19 September 2026, Pusat Inisiatif Pemodenan Pendidikan (PiP...
21/09/2026

📚 BENGKEL SEMAKAN MODUL PEMBELAJARAN NEOTERIK TAHUN 4 📚

Pada 19 September 2026, Pusat Inisiatif Pemodenan Pendidikan (PiPP), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah melaksanakan Bengkel Semakan Modul Pembelajaran Neoterik Tahun 4 bertempat di Ruang Pembelajaran, Kompleks RMIC, Kampus Sultan Azlan Shah, UPSI.

Bengkel ini melibatkan kakitangan PiPP, penulis modul dan guru pakar dalam usaha bersama untuk menyemak, menilai dan memurnikan kandungan modul agar lebih berkualiti, relevan serta memenuhi standard yang ditetapkan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua guru pakar dan penulis modul atas kesudian meluangkan masa, berkongsi ilmu, pengalaman dan kepakaran sepanjang sesi semakan.

🤝 Kerjasama dan komitmen yang diberikan amat bermakna dalam usaha memperkukuh kualiti Modul Pembelajaran Neoterik Tahun 4 demi menyokong pembangunan pendidikan yang lebih berkualiti dan bermakna.

Terima kasih atas ilmu, masa dan dedikasi yang dicurahkan.



PIPP dan SASBADI Rancang Kerjasama Memacu Pendidikan Lebih BermaknaPusat Inisiatif Pemodenan Pendidikan (PIPP), Universi...
20/09/2026

PIPP dan SASBADI Rancang Kerjasama Memacu Pendidikan Lebih Bermakna

Pusat Inisiatif Pemodenan Pendidikan (PIPP), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah mengadakan lawatan strategik ke SASBADI, Petaling Jaya pada 15 September 2026 bagi meneroka potensi kerjasama dalam memperkasa ekosistem pendidikan yang lebih inovatif dan bermakna.

Perbincangan memberi tumpuan kepada pembangunan kandungan pendidikan, inovasi dan teknologi pembelajaran, latihan dan pembangunan profesional, program kerjasama dan jaringan strategik serta penyelidikan dan perkongsian kepakaran. Pertemuan ini membuka ruang kepada kedua-dua pihak untuk meneroka inisiatif bersama yang menggabungkan kepakaran pendidikan UPSI dengan pengalaman SASBADI dalam pembangunan kandungan dan penyelesaian pendidikan.

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2026
16/09/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2026

✨ insightNiCE | SPECIAL EDITION ✨JUNIOR INNOVATOR COMPETITION 2026 🤖💡Small Ideas Today, Big Innovations Tomorrow!Pusat I...
12/09/2026

✨ insightNiCE | SPECIAL EDITION ✨

JUNIOR INNOVATOR COMPETITION 2026 🤖💡

Small Ideas Today, Big Innovations Tomorrow!

Pusat Inisiatif Pemodenan Pendidikan (PIPP), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bakal menganjurkan Junior Innovator Competition 2026, sebuah program inovasi yang dirangka khas untuk murid Sekolah Rendah Seri Budiman (SRSB).

Program ini membuka ruang kepada murid untuk meneroka dunia robotik, teknologi dan inovasi melalui pengalaman pembelajaran secara hands-on. Murid akan melalui proses mengenali komponen, berbincang dan mereka bentuk idea, membina serta menguji prototaip, seterusnya mempersembahkan hasil inovasi mereka.

đź“… 30 September 2026
📍 Sekolah Rendah Seri Budiman, UPSI

Create Ideas • Build Innovations • Shape the Future

🌟 Today’s Junior, Tomorrow’s Innovators.

PIPP UPSI Teroka Potensi Kerjasama Strategik Bersama Chumbaka dan Leave a NestCYBERJAYA, 10 September 2026 – Pusat Inisi...
12/09/2026

PIPP UPSI Teroka Potensi Kerjasama Strategik Bersama Chumbaka dan Leave a Nest

CYBERJAYA, 10 September 2026 – Pusat Inisiatif Pemodenan Pendidikan (PIPP), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah mengadakan lawatan strategik ke Chumbaka dan Leave a Nest di Cyberjaya sebagai salah satu usaha memperluas jaringan industri serta meneroka pendekatan inovatif dalam pemodenan pendidikan berteraskan teknologi.

Lawatan ini memberi peluang kepada delegasi PIPP untuk mendapatkan pendedahan secara lebih dekat mengenai ekosistem pembelajaran berasaskan teknologi, inovasi dan pembangunan bakat yang dilaksanakan oleh kedua-dua organisasi. Perkongsian yang diadakan turut membuka ruang perbincangan mengenai pendekatan pendidikan masa hadapan yang mengintegrasikan kreativiti, penyelesaian masalah, teknologi serta pengalaman pembelajaran yang lebih bermakna.

30/08/2026

Selamat menyambut hari kemerdekaan Malaysia yang ke 69. Terima kasih Malaysia

Address

Aras 1, Kompleks Penyelidikan & Inovasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Kampus Sultan Azlan Shah, Bandar Proton
Tanjung Malim
35900

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Inisiatif Pemodenan Pendidikan UPSI posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Pusat Inisiatif Pemodenan Pendidikan UPSI:

Shortcuts

Share